Thursday, 21 January 2016

#Felda : Felda Sasar Pembangunan Tanah Kini Di Negeri Selangor

FELDA terus bergerak maju dalam proses meransang pembangunan tanah miliknya secara berperingkat seperti anak syarikatnya iaitu FELDA Global Venture atau dikenali FGV berusaha untuk memilik tanah untuk dimajukan dalam bidang perladangan kepala sawit selain dari bidang urusniaga pasaran sahamnya.


FGV kini telah menembusi pasaran tanah di Indonesia yang ditunjangi pergurusan tertinggi Felda yang sedang dalam proses merencanakan tranformasi Felda demi kestabilan FELDA agar terus berada dihadapan. 

Ketika ini FELDA sedang rancak menjalakan kerja pembangunan projek perbandaran bersepadu Bukit Katil, Melaka Bandar Bersejarah. Selepas selesainya projek ini FELDA telah mengenal pasti lokasi dan bidang tanah yang bakal dibangunkan kelak untuk perancangan masa akan datang.

“Pembangunan di Pulai Indah, Bukit Cerakah bermula selepas projek di Melaka Siap” - Tan Sri Isa Samad

Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi FELDA baru baru ini memberitahu antara kawasan tanah yang telah disenarai pendek untuk dimajukan dalam rancangan selepas ini berada di Pulau Indah, Klang, Bukit Cerakah dan Shah Alam, Selangor.


Pengambilalihan ENCORP oleh FELDA bakal memberi impak yang baik untuk mempercepatkan proses pembangunan tanah milik kumpulan FELDA.

Tan Sri Isa juga memaklumkan pengambilan ENCORP oleh FELDA ini berasaskan FELDA yang mempunyai tanah dan ENCOPR di perlukan sebagai alat untuk memrealisasikan hasrat FELDA untuk terus memberi focus kepada bidang kemajuan Hartanahnya.

“Kami sudah kenal pasti beberapa kawasan , namun kumpulan akan selesaikan dulu pembangunan Bukit Katil,dan yang lain akan menyusul kemudian, terutamanya dari segi pembangunan hartanah kawasan FELDA”

FELDA dan pihak pengurusannya sebelum ini diserang oleh entiti yang mahu memburukkan FELDA dan berkepentingan dalam bidang hartanah ditambah oleh sentimen bersifat ‘buruk sangka’ terhadap asset yang dimiliki oleh ‘Orang Melayu’ ini.

Pada umumnya kita semua tahu Harga Pasaran Hartanah ada masa akan naik dan turun mengikut trend ekonomi semasa dan ianya sesuatu yang lumrah dalam perniagaan. Puncanya hanya kerana nilai projek Bukit katil merosot sementara pada harga waktu kini yang bernilai RM3.2 billion ketika mana sebelum anggaran asalnya bernilai RM4.9 billion.

Tan Sri Isa jumpa sempat memberi kenyataan berkenaan perundingan antara FGV dan Eagle High Indonesia. Katanya ia akan diselesaikan selewat-lewatnyanya pada bulan Mac tahun ini.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#Felda : Felda Sasar Pembangunan Tanah Kini Di Negeri Selangor Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 21 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!