Tuesday, 26 January 2016

DAP Masih Membisu Dana PRU USD300 Oleh Israel #DAP

Alhamdulillah, Hari ini pihak yang menyiasat kes RM2.6Billion merungkaikan segala siasatan terhadap tuduhan yang ditujukan kepada PM. 


Jabatan Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana RM2.6 bilion.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada sidang media sebentar tadi, berkata beliau sudah mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup atau NFA/KUS, iaitu tiada tindakan lanjut (NFA)/kemas untuk simpan (KUS).

Kertas siasatan berkenaan termasuk satu berkaitan kes yang dikatakan membabitkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International (SRC) yang sudah dikemukakan kembali kepada Apandi oleh SPRM.

"Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri sebenarnya berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion).

"Dana berkenaan yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.


"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi," katanya.

Sementara itu, berhubung dua kertas siasatan berkaitan SRC, Mohamed Apandi berpuas hati tiada terzahir apa-apa kesalahan atas beberapa alasan.

Katanya, mengikut Akta SPRM 2009, tiada apa-apa keterangan menunjukkan Perdana Menteri menyalahgunakan kedudukan beliau ketika mesyuarat jemaah menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).



"Keterangan juga menunjukkan bahawa proses kelulusan pinjaman oleh Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat jemaah menteri dibuat secara teratur.

"Tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan Perdana Menteri meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas keputusan jemaah menteri dibuat," katanya.

Mohamed Apandi berkata, daripada keseluruhan keterangan yang membabitkan apa juga keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan oleh Perdana Menteri.

"Pihak SPRM sendiri mengakui berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi yang boleh menunjukkan bahawa Perdana Menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah," katanya.

Mengikut Kanun Keseksaan, Mohamed Apandi berkata, tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan Perdana Menteri mengetahui atau dimaklumkan bahawa terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun beliau.

Selain itu, katanya, tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan Perdana Menteri memberikan apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC ke dalam akaun beliau.

Beliau berkata, keterangan menunjukkan bahawa pada masa yang berkenaan, Perdana Menteri mempercayai segala pembayaran dibuat oleh beliau adalah menggunakan wang sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun beliau sebelum itu.

"Berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwa raya berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri berkait ketiga-tiga kertas siasatan terbabit.

"Pada hari ini, kertas siasatan berkaitan akan dikembalikan kepada SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan ditutup (NFA/KUS)," katanya. - BeritaHarian


ISU DANA USD300 juta oleh Israel kepada DAP

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mendesak supaya DAP menafikan dakwaan tentang parti itu ditawarkan dana USD300 juta oleh Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Katanya, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

“ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP,” katanya.

Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP. Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” katanya.

Pemimpin DAP baru-baru ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi. 

Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu turut dikecam teruk oleh PAS yang menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam selama ini. Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.

Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu. - sumber


DS : Tiba tiba ramai pertikai SPRM he he he...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Masih Membisu Dana PRU USD300 Oleh Israel #DAP Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 26 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!