Monday, 25 January 2016

Cara Buka Pintu Kereta Ketika Kunci Tertinggal Didalam Kereta


Nak share ilmu kalau ada yg masih tidak tahu?

Kepada yang tertinggal kunci kereta dalam kereta yang dah terkunci (auto-lock). Kadang kadang kita tak sengaja membiarkan kunci didalam kereta. Tapi cuba elak jangan selalu tinggalkan kenderaan yang enginenya masih hidup bersama kunci tanpa ada sesiapa didalamnya. Terutama yang suka biarkan anak kecil dalam kereta tu pun mohon perhatian.

cara nak buka kunci kereta guna "alarm spare" yang disimpan dirumah/pejabat/rumah mak mertua dll...
  1. Pastikan anda ada kunci+alarm spare tersebut.(Penting)
  2. Sila buat panggilan telefon mak / ayah / isteri /adik / kawan yang berkaitan supaya ambil kunci spare tersebut.
  3. Suruh diorang picit unlock rapat-rapat dengan handphone ketika menjawap panggil.
  4. Tugas anda pula letak handphone berhampiran kereta dan jarakkan lebih kurang 15 - 30cm semasa dalam panggilan. (biasanya sensor ini berada dibawah dashboard)
  5. Cuba gerak-gerakkan handphone sedikit jika tiada perubahan.
  6. Tamatkan panggil selepas pintu berjaya di unlock. Jangan lupa ucap terima kasih!
Cara menghalakan alarm dekat handphone semasa proses unlock.

InsyaAllah pintu kereta dapat dibuka, Teknik ini tidak kira jarak dan tiada masalah walau anda sedang berambu di Genting Highland tapi kunci spare di Kota Tinggi.

Ini kerana frekungsi "alarm spare" anda mampu mengalir terus didalam talian telefon ketika ditekan "unlokc" dan memberi arahan kepada penerima (sensor alarm kereta) dan membuka sekatannya.

Amaran : Teknik ini tidak berkesan jika anda memanggil menggunakan telefon di pejabat atau telefon awam guna duit syiling/kad (itupun kalau wujud lagi) :3



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Cara Buka Pintu Kereta Ketika Kunci Tertinggal Didalam Kereta Daeng Selili Rating: 5 Monday, 25 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!