Saturday, 9 January 2016

Cara Baru Sabotaj Tayar Kereta Anda

Seperti kebiasaaan rata rata pemandu di Malaysia amat berhati hati dan memanduu dengan pelahan ketika memandu di jalan yang rosak dan berlubang, tak gitu? Akan tetapi mereka mereka kurang memberi perhatian ketika memandu di jalan yang rata dan selamat. 

Ini memberi peluang kepada segelintir kumpulan pengkhidmatan tukang tarik kereta rosak (callman) atau kedai baiki tayar cuba menangguk di air keruh dengan membuat perkara yang tidak bertanggungjawab (sabotaj) seperti yang biasa kita dengar sebelum ini ada perbuatan kianat mencurahkan minyak hitam/diesel di atas jalan terutama selekoh untuk memungkinkan kemalangan belaku sekaligus mengancam nyawa pengguna jalan raya.

Dikongsikan disini teknik (yang mungkin baru) menjelang musim perayaan tahun baru cina yang akan belangsung tidak lama lagi.



Oleh yang demikan sekiranya anda sebagai seorang pemandu, dinasihatkan agar tidak melanggar sebarang objek yang berada diatas jalan raya contohnya seperti limau diatas yang mana diletakkan paku dalam jumlah 6-8 batang yang memungkinkan belaku kebocoran tayar kederaan anda.


Teknik ini kelihatan lebih kurang sama. Dalam span ada paku. upgrade dalam buah buahan ada paku. Berhati hati ketika memandu, Longkai limau paku menanti anda!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Cara Baru Sabotaj Tayar Kereta Anda Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 9 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!