Thursday, 21 January 2016

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Dibekukan?!

Portal penabur fitnah no.1 di Malaysia MalaysiaKini cukup terkenal dengan tajuk dan pemberitaan yang banyak menimbulkan keraguan dan tidak mencerminkan nilai kewartawanan yang sebenar. Mkini lebih gemar memutarbelitkan fakta dan kerap mengeluarkan berita separuh benar. 

Dalam artikel yang sebelum ini telah dipadam oleh MalaysiaKini berkenaan pembekuan pemberian Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana halnya yang sebenarnya para Jemaah Menteri bermesyuarat semalam telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa supaya mengkaji semula langkah pembekuan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang. DS Dr. Wee Ka Siong berkata, Beliau telah membangkitkan isu tersebut didalam cabinet selepas menerima pelbagai aduan daripada pelajar pelajar cemerlang.

DS Dr. Wee Ka Siong memberitahu, anggaran pemberhentian pemberian biasiswa bakal memberi kesan kepada 700 pelajar cemerlang yang melibatkan sesi pembelajaran didalam dan diluar Negara. Dr. Wee juga mahu kajian semula dijalankan dengan secepat mungkin memandangkan sebilangan besar Universiti luar Negara seperti Australia bakal memulakan sesi pembelajaran semesta baru pengajian seawall Febuari tahun ini.


Laporan akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily antara akhbar yang terawal yang mengeluarkan laporan ini. Walaubagaimanapun Mkini hanya memetik sebilangan point dari pemberitaan tersebut.

Dr. Wee berkata, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memahami beban rakyat bertambah dalam keadaan semasa dan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara mengkaji pendekatan baharu," katanya. 

Dr Wee bagaimanapun memberitahu beliau tidak seratus peratus yakin akan wujud perubahan dalam isu biasiswa JPA. 

Katanya, pelajar mungkin hanya boleh memohon biasiswa JPA selepas pendekatan baru dikenal pasti kerajaan.

Penyelarasan bajet 2016 mungkin antara faktor yang menyumbang kepada tindakkan ini yang mana pada tahun ini tahap ekonomi jelas cukup mencabar kepada Negara kita. Seperti kebiasaan pihak Kementerian Kewangan (MOF) akan memohon kepada setiap agensi dan kementerian yang berkenaan mengemukakan peruntukkan untuk perbelanjaan mereka termasuk perbelanjaan pembangunan dan kos operasi pengurusan untuk setiap tahun.

Sekiranya pemotongan atau pengurangan perbelanjaan yang akan melibatkan pembiayaan untuk biasiswa, itu adalah permintaan JPA dan bukan MOF. Jauh sekali permintaan DS Najib Razak seperti mana yang dicanang oleh pihak pembangkang.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Dibekukan?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 21 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!