Thursday, 14 January 2016

Bengkel #TPPA Membantu Penerangan Lebih Jelas Dan Terperinci - Ehsanuddin

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Ahli parlimen Kota Tinggi, Johor. Memuji tindakkan dan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah mengadakan bengkel dan penerangan bagi menjelaskan dan menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas berkenaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).



Tekanan dari pihak pembangkang yang menggunakan suara NGO contohnya mula menyerang kerajaan berkaitan isu TPPA ini, Walaubagaimanapun Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yakin dengan tindakkan dari pihak MITI bakal membuatkan mereka mereka yang tidak memahami akan TPPA bakal di ‘sekolahkan’ kelak oleh pemimpin Barisan Nasional jika mereka menyerang tanpa merujuk kepada fakta yang benar berkenaan perjanjian itu.

“Bengkel-bengkel ini membolehkan isu-isu di rungkai dengan lebih jelas dan terperinci malah kefahaman yang lebih baik boleh menolak persepsi negatif dan membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya.

Harapan beliau bengkel TPPA yang dianjurkan oleh pihak MITI  dapat memberikan penerangan dan penyampaian yang baik kepada ahli-ahli parlimen Barisan Nasional, sekaligus bakal mematahkahkan hujah berbelit dari pihak pembangkang yang suka bertanyakan soalan berunsur provokasi.

Download ebook yang dikeluarkan oleh Pihak MITI tentang TPPA : KLIK SINI



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bengkel #TPPA Membantu Penerangan Lebih Jelas Dan Terperinci - Ehsanuddin Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 14 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!