Sunday, 10 January 2016

#Bauksit Patuhi Syarat Dan Kawal Had Kelajuan Lori Pengankut

Baru baru ini SPRM memaklumkan bahawa 7 orang telah ditangkap kerana menerima rasuah dari pengusaha bauksit, ini membuktikan perlombongan bauksit secara haram juga berlaku yang secara tidak langsung mengabaikan keselamatan dan mengundang pencemaran alam sekitar kawasan perlombongan.


Isu Bauksit kini memjadi perbincangan hangat kerana terdapat bantahan dari pihak penduduk dan pengusaha walaubagaimanapun dari pihak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setelah berbincang dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar peraturan baru ini akan dilaksanakan dalam usaha menambahbaik kaedah pengangkutan bauksit. Perlaksanaan ini akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk pelaksanaan dan mengawalnya.

Namun begitu jika kaedah ini juga tidak berkesan dan pemandu lori bauksit memandu melebihi had laju yang dibenarkan, Kerajaan tidak teragak-agak mengunakan mekanisma pemantauan seperti kotak hitam dan cara yang lain bagi memastikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Setiap pemandu lori perlu memastikan kenderaan mereka diselenggara, ditutup dengan kanvas dan lori dicuci (bilas) setiap kali ingin melalui jalan besar. Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang wajib dipatuhi oleh pemandu lori yang membawa bauksit. 


Kementerian juga mengadakan usahasama dengan Pertubuhan Maritim Antarabangsa bangi mengawal pencemaran bauksit. Ini kerana pernah berlaku dimana kapal pengankut (tongkang) yang membawa bauksit tengelam dan mengorbankan 18 nyawa manusia jika menggunakan jalan laut.
Manakala Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Saripuddin Kasim telah diberi tanggungjawab agar lebih memberi tumpuan dikawasan pelabuhan bagi memastikan laut tidak cemari oleh bauksit. 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#Bauksit Patuhi Syarat Dan Kawal Had Kelajuan Lori Pengankut Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 10 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!