Wednesday, 13 January 2016

Barisan Nasional Tak Jaga Tepi Kain Orang - Datuk Wee Ka Siong


Timbalan Presiden MCA Datuk Ir Dr Wee Ka Siong menjawab soalan yang diajurkan kepada beliau berkenaan ketegangan yang sedang belaku didalam pembangkang iaitu antara Pakatan Harapan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ,Secara rasminya beliau menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk menjaga tepi kain orang.

Namun, sebagai sebuah parti politik dan pemimpin yang berpengalaman dalam politik, beliau menyifatkan apa yang berlaku di dalam Pakatan Pembangkang itu merupakan keadaan yang bercelaru.

"Kita melihat perkembangan ini secara menyeluruh, diluar jangkaan dan dugaan. Saya juga terkejut apabila melihat Pakatan Rakyat yang sebelum ini secara intim bergabung sesama mereka DAP, PKR dan PAS kini bercerai talak tiga."

"Saya tak pasti samada di Selangor mereka bercerai ataupun tidak. Mungkin ini juga merupakan satu sandiwara atau realiti yang patut diterima kerana masing-masing rakus kuasa."


Dalam masa sama Ka Siong yang juga merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang kewujudan Parti Amanah Negara sebagai pengganti PAS di dalam gabungan pembangkang tersebut.

Apakah wadah perjuangan Amanah yang diberi jolokan 'isteri luar nikah' atau anggota keempat dalam pakatan bercelaru itu sama seperti PAS? Atau mereka (Amanah) cenderung kepada prinsip moderat dan liberal?

Kata Ka Siong, sesuatu yang pelik dan janggal apabila mereka di dalam gabungan pembangkang menyentuh tentang perlaksanaan hukum hudud. Mereka membentuk jawatankuasa (berhubung hudud) di Kelantan tetapi ia tidak berlaku di Selangor yang juga merupakan negeri pemerintahan Pakatan.

Bahkan janji-janji kitar semula turut didendangkan cuma menerusi lidah berbeza. Dulu PAS, kini Amanah pula. Janji popular mereka berbunyi, "Laksana (hudud) atau tidak biar kita menang (pilihanraya) dulu."

Hakikatnya, mereka di dalam Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan atau apa-apa nama sekalipun di dalam parti pembangkang ini sebenarnya sebuah gabungan yang tidak pernah berjaya capai kata sepakat.

"Mereka perlu terangkan secara jelas kepada masyarakat apa prinsip sebenar perjuangan mereka. Jika tidak, ini sekadar untuk memancing undi. Bagi saya, ini adalah satu keadaan bercelaru dan perlu diselesaikan sesama mereka," ujarnya.

Ulas beliau di majlis menandatangi memorandum kerjasama latihan antara MCA dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, yang di sempunakan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun, Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA.


Jika dilihat dari sejarah pembangkang Malaysia pada satu ketika dulu dikenali sebagai Pakatan Alternatif, Kemudian ditukar kepada Pakatan Rakyat dan ini diubah kepada Pakatan Harapan. Disini secara jelas cara agenda parti sesama mereka juga berubah mengikut polisi masing masing yang jelas tidak ada kesepakatan dan berbalah demi merebut kuasa.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Barisan Nasional Tak Jaga Tepi Kain Orang - Datuk Wee Ka Siong Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!