Thursday, 7 January 2016

Adakah McDonald's Malaysia Halal?! #McDonald'sMalaysia

Persoalan halal haramnya sesuatu makanan itu adalah sama pentingnya seperti perkara-perkara dan masalah-masalah keagamaan yang lain. Sesungguhnya yang halal itu menyihatkan dan yang haram itu memudaratkan. 


Justeru itu, wajib bagi kita untuk menjaga diri kita, keluarga dan masyarakat kita daripada makanan yang mengandungi keraguan atau syubhah. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. maka adalah wajib bagi masyarakat Islam di Malaysia untuk menjaga elemen keperibadian Islam tersebut. Ini termasuklah dari segi pemakanan dan kehidupan.

Menyentuh berkenaan tajuk artikel ini "McDonald's Malaysia Halal?" Seperti yang telah dijaminkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) McDonald's Malaysia telah diistiharkan halal selepas melalui pemantaun berkala dari pihak JAKIM terhadap proses pembuatan barang makanan ini


Disamping itu Pihak Jabatan Kemajuan Islam Negeri (JAIN) juga telah dipertanggungjawabkan menjalankan pengauditan menyeluruh terhadap setiap restoran McDonald's Malaysia dan kilang McDonald's Malaysia dari setiap aspek bahan mentah, kebersihan, proses penyediaan, pekerja, peralatan, penyimpanan, pengangkutan dan juga kawasan persekitaran restoran dan kilang pemprosesan.


McDonald's Malaysia amat menghormati seluruh pekerja dan pelanggarnya berkenaan status halal ini dan pihak McDonald's Malaysia menubuhkan unit Audit Halal Dalaman. Yang mana Jawatankuasa Halal Dalaman akan melantik pekerja Muslim bagi memastikan pematuhan standard piawaian halal yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.

Walaubagaimanapun pernah juga berita palsu disebar luas dan diviralkan di media sosial berkenaan status halal McDonald's ini, antaranya ada mengatakan pihak JAKIM telah menarik Pengakuan Sijil Halal daripada McDonald's sedangkan dakwaan itu tidak benar dan berbau fitnah.

Untuk sebarang kemuyskilan dan pertanyaan lanjut berkenaan status halal makanan di McDonald's Malaysia, pelanggan boleh merujuk kepada laman web rasmi JAKIM atau hubungi Hab Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 atau Talian Khidmat Pelanggan McDonald's Malaysia ditalian 03- 2726 5600.


Rujuk dicarian Halal Direktori [SINI]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Adakah McDonald's Malaysia Halal?! #McDonald'sMalaysia Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 7 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!