Friday, 8 January 2016

16 Kanak Kanak Tadika Masuk ICU #KeracunanMakanan


16 kanak-kanak Pra Sekolah Kebangsaan Tualak, Kuala Nerang, Kedah dimasukan ke unit kecemasan hospital daerah itu kerana keracunan makanan pada Khamis. Mereka yang berusia antara lima dan enam tahun itu dibawa ibubapa masing-masing selepas mengadu sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit selepas makan nasi goreng berlauk daging semasa waktu rehat di sekolah, pada Rabu pagi. - astroawani



Secara umum memasak makanan sendiri itu lebih sihat dan lebih selamat dibandingkan dengan makanan di luar, seperti makan di warung, kantin, kedai, restoran, kereta tolak dan lain sebagainya. Dengan amalan masak sendiri maka kita akan terlibat langsung dalam pemilihan bahan masakan yang akan digunakan, penentuan alat / peralatan memasak yang akan dipakai, memilih diet yang dikehendaki dan lain sebagainya.

Jika kita memilih makan di luar rumah setiap hari maka kita tidak bolehmelihat proses pemilihan bahan bahan masakan, alat yang digunakan, cara pemasakan, cara penyajian, penentuan tempat memasak, dan lain sebagainya. Mungkin dalam suatu proses memasak makanan atau minuman terdapat proses yang menurut kita adalah sesuatu yang tidak baik dan seharusnya tidak dilakukan.


Kita hanya menerima makanan / minuman jadi dalam bentuk sajian. Maka yang mampu kita nilai hanya rupa masakan, rasa dan aromanya sahaja tidak pada kualiti dan diet yang badan kita sendiri perlukan

Oleh kerana itu maka hendaknya kita sendiri mengolah makanan dan minuman kita dan keluarga. jika bukan kita yang jaga diri sendiri siapa lagi nak kita harapkan?

So, Para Netizen semua tak payah kecam sangat orang bawa bekal pergi kerja atau bagi bekal makanan untuk anak anak!




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
16 Kanak Kanak Tadika Masuk ICU #KeracunanMakanan Daeng Selili Rating: 5 Friday, 8 January 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!