Wednesday, 30 December 2015

Ustaz Kazim Elias Caj RM20,000 Untuk Ceramah?!

Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias menafikan dirinya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit membuat kerja dakwah dengan mengenakan bayaran tinggi apabila dijemput menyampaikan ceramah.

Sebaliknya beliau, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias, menuding jari kepada orang tengah yang “memperdayakan” pihak ketiga terutamanya ahli politik, dengan mengenakan bayaran sehingga RM25,000 bagi satu ceramah.

“Kebanyakan mangsanya ialah Yang Berhormat (YB), orang tengah bagi tahu kepada YB kalau hendakkan saya berceramah, kena bayar sebanyak RM20,000 hingga RM25,000.

“YB terpaksa mencari duit berkenaan, selesai saya berceramah, orang tengah itu bagi kepada saya RM2,000. Baki RM18,000 dia masuk poket,” katanya dipetik laporan akhbar Harian Metro hari ini.

Beliau kesal secara tidak langsung imejnya sebagai pendakwah terjejas, katanya semasa menyampaikan ceramah Maulidur Rasul Peringkat Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi di Alor Gajah, kelmarin.

“Sebenarnya saya tidak pernah tetapkan sebarang bayaran, berapa hendak bagi, terpulanglah kepada tuan-tuan.

“Saya sudah berceramah 25 tahun tidak pernah saya menetapkan bayaran, apatah lagi yang melambung sampai RM25,000.

“Gilakah saya hendak mengenakan bayaran macam itu? Asalkan lepas minyak dan tol sudah cukup, pernah orang cuma bagi bunga telur saya hendak buat macam mana, terima sajalah,” katanya.

Tambahnya, mana-mana pihak yang berminat ingin menjemputnya diminta berhubung terus dengannya dan tidak menggunakan khidmat orang tengah.

Beliau turut menafikan dakwaan mendapat kontrak besar daripada kerajaan membina Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi, Perak, sebaliknya berkata wang yang diterima daripada jemputan ceramah disalurkan untuk membina sekolah agama berkenaan, selain hasil derma orang ramai. - HM


DS : Sabarlah Ustaz Kazim Elias...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Katil Beranak Kerajaan Kedekut?!

"Bagus betol kalau Malaysia macam itu..Tapi apakah daya dapat pemimpin kedekut" Inilah antara maksud perkataan yang dilontarkan oleh seoran Netizen yang mendakwa perkhimatan bersalin hospital dinegara ini dikaitkan dengan pemimpin kedekut?

cuba kita renungi fakta yang dikongsikan oleh salah seorang doktor pakar perubatan yang terkilan dengan kedaifan netizen tersebut isu ini.


Tak salah mengkagumi kemewahan negara lain tapi jangan pulak kutuk negara sendiri. Apatah lagi tuduh pulak pemimpin kedekut.

Di Belanda, perkhidmatan mereka memang mewah. Apatah tidaknya rakyat mereka WAJIB MEMBELI INSURANS. 

Juga, income tax mereka adalah setinggi 52%!  GST (VAT) mereka pula adalah setinggi 21%!



Tapi di Malaysia, rakyat takde insurans, miskin malah gelandangan pun boleh mendapatkan perawatan pakar, ubat2an mahal hingga CT scan (jika perlu) pada harga RM 1 (itupun boleh ngelat bayar kalau x mampu sangat).

Subsidi kesihatan kita adalah antara yg tertinggi di dunia dengan 95% ditanggung oleh kerajaan. Masuk wad berbulan2 hampir tak terasa bayarannya.

Pendapatan bawah RM 5K dikecualikan income tax. Majoriti rakyat kalau kena tax pun pda kadar 11% sahaja.

GST kita hanya 6% sahaja itupun begitu banyak barangan dan ubat-ubatan dikecualikan GST.

Tapi macai dok terliur tengok negara lain. Nak negara kita macam Belanda....Tapi GST 6% je dah behave macam akan meninggal papa kedana. Bayar income tax pun sambil maki hamun pemimpin negara. 

Berbeza pengalaman Puan ini :


Katil hospital pun salah pemimpin? 
Ko patut lahir kat Myanmar atau Uganda. Beranak atas lantai baru ada akal.

credit : Doktor  Abdul Rahman Abdul Kadir

Dia boleh kawan dengan Maklampir, kan?!




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 28 December 2015

Dewan Pemuda PAS Sokong Malaysia Tolak Visa Atlet Israel

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPM), Khairil Nizam Khirudin memuji tindakan kerajaan menolak visa dua peserta Israel dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Antarabangsa, Langkawi yang disifatkan sebagai satu tindakan yang tepat, ekoran banyak siri pembunuhan terbuka umat Islam Palestin dilakukan Israel.

Kenyataan DPPM pada Isnin menyatakan bahawa tindakan itu selaras pendirian Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1948 sehingga ke hari ini kerana masih tidak mengiktiraf kedaulatan Israel.

“Kita mahu Kerajaan Malaysia bersikap konsisten dalam memboikot Israel serta tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik, ekonomi, sosial dan sukan dengan negara haram Israel itu,” kata Khairil mengulas penolakan visa dua peserta luncur angin Israel daripada menyertai Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) di Langkawi.

Menurutnya, mana-mana individu atau wakil parti politik Malaysia yang menyokong kehadiran rakyat Israel di negara ini adalah dianggap merestui kezaliman yang dilakukan oleh zionis Israel.

“Sama ada pemimpin DAP atau sesiapa sahaja, mereka perlu sedar diri dan tidak berkompromi membenarkan hubungan dengan Israel sama ada secara langsung atau pun tidak.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan mengatakan bahawa aktiviti sukan ini tiada kaitan dengan politik dan keganasan yang dilakukan oleh Israel,” katanya. - bnbbc




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

DAP Sokong Atlet Israel?

DAP Perak mengutuk pendirian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menafikan hak dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi.

Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin (gambar) berkata, Khairy menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu. kah kah kah


Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah antara negara yang turut serta dalam memboikot barangan Israel termasuk apa juga yang dijuangkan oleh Israel. Memang rakyat Malaysia amat dikenali dengan sifat pemurah dan prihatinnya, sungguh saya bangga menjadi rakyat Malaysia. 

Tak lupa juga pada tuduhan Israel bahawa Malaysia menjadi tempat latihan pejuang Hamas sebelum ini . Dan ia hanya bermotifkan propaganda berikutan pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin. Hari ini DAP nak ajar Malaysia nak sembang pasal semangat kesukanan?! bongok... kah kah kah

Tak takut ke "perjuang hamas" yang dikata Israel dilatih di Malaysia tu bunuh perserta negara mereka? kah kah kah

Hari ini lantaran DAP dikecam teruk oleh seluruh umat Islam di Malaysia, Nga Kho Ming menafikan ini adalah pendirian DAP.  kah kah kah

Dengan sekali hembus mat sabu senyum simpul..

"Tabiat kepimpinan Israel, gemar membuat tuduhan tanpa bukti"
(Sama tabiat dengan DAP)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 26 December 2015

Ada Pahala Pada Haiwan

Ada seorang pemuda bertanya kepada saya apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti? Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka? Atau bagaimana?

Walaupun jawapannya saya tahu, tetapi banyak perkara yang saya tahu dulu telah tidak sah lagi. Ilmu-ilmu yang dulu saya dapati melalui pembelajaran, kuliah, ceramah dan pembacaan perlu dimurnikan dan dipastikan kesahihannya berdasarkan nas yang benar. Jadi, sebelum saya menjawab kepada pemuda itu, saya memeriksa dahulu di arkib soal-jawab.

Berikut ini jawapannya:

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain-lain. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".(An-Naba' 78:40).

Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam hadith tiupan sangka-kala”

[Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir ‘an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa’, 2003].

Ya, mereka menjadi debu. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

Membaca jawapan di atas akan membuatkan kita berasa insaf dalam banyak aspek. Dalam tulisan ini, saya ingin menyentuh satu aspek yang terngiang-ngiang di fikiran saya beberapa hari ini. Iaitu tujuan apa haiwan-haiwan ini dicipta oleh ALLAH Ta`ala?

Sudah tentunya ada manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan manusia. Khususnya untuk manusia sebagai khalifah di bumi ini. Tidak mungkin sia-sia ALLAH jadikan haiwan dan segalanya.

ربنا ما خلقت هذا باطلا

“Tuhan kami, tidaklah ENGKAU jadikan semua ini sia-sia.”


Saya terbayangkan seekor kucing...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 25 December 2015

Hidup Dalam Suasana Aman Dan Harmoni Sebagai Adik-Beradik

Rakyat Malaysia harus menganggap diri mereka bertuah kerana dapat menyambut perayaan masing-masing dalam suasana aman dan tenang, tidak seperti penduduk di sesetengah negara yang dilanda konflik.

Aktivis alam sekitar dan dermawan Sarawak terkemuka Datuk Seri Ang Lai Soon berkata Malaysia mempunyai tradisi luar biasa apabila masyarakat daripada kepercayaan yang berbeza menyertai rakan-rakan mereka yang beragama Kristian menyambut Krismas.

"Saya rasa saya bercakap untuk hampir kebanyakan rakyat Malaysia apabila menyatakan bahawa hadiah terbaik Krismas dan Tahun Baharu untuk kita ialah dapat terus hidup dengan aman dan harmoni sebagai adik-beradik dalam keluarga umat manusia yang besar," kata beliau dalam perutusan sempena Krismas 2015.


Ang, yang juga Pengerusi merangkap Komander St John Ambulance Sarawak berkata pada ketika ini tahun ini, setiap rakyat Malaysia harus menghulurkan tangan persahabatan dan muhibah kepada keluarga, jiran, kawan-kawan dan rakan senegara.

Beliau berkata, golongan miskin, orang sakit, orang kurang upaya dan golongan kurang bernasib baik tidak harus dilupakan ketika mesej keamanan dan muhibah telah disebarkan kepada semua anggota masyarakat.

Ang menegaskan bahawa bagi kebanyakan mereka yang lain di seluruh dunia, 2015 dan perayaan Krismas telah dan akan dicemari oleh peperangan dan konflik, dan pencabulan hak asasi manusia.

Dari segi sejarah dan sehingga ke hari ini, beliau berkata, nyawa telah hilang dan kesengsaraan menimpa akibat perkara-perkara yang bergantung kepada etnik, mengagungkan kedudukan, kepercayaan atau ketuanan.

"Mujurlah, kita di negara ini sentiasa dapat mengekalkan identiti kita sendiri, menolak apa-apa yang tidak munasabah, tidak adil dan tidak wajar pada setiap masa. Ini yang kita raikan," katanya. - Bernama
Baca Seterusnya...

Thursday, 24 December 2015

Kisah Sebenar Hamidah Gagal Bayar Saman


Pagi tadi admin menerima sekeping gambar yang merujuk kepada cubaan menyongok pembaca terutama yang menyokong bekas ahli UMNO ini kononnya Datuk Hamidah dizalimi dengan ayat nyata "KERANA UMNO RUMAH DISITA DIATAS KES KALIMAH ALLAH" 


Adakah gerakan penyebar fitnah ini ditunjangi Midah dan balacinya?Geng buat poster fitnah UMNO sepertimana dia buat pada Khalid?

Semua sedia maklum Midah bukan lagi ahli UMNO dan kini tindakkan beliau bukannya mewakili parti malah dilihat lebih kurang sama dengan Parti Keadilan Rakyat (KETUM)

Hamidah cukup dikenali disekitar jajahan Gopeng dengan pelbagai isu dalaman dan tempatan yang melibatkan beliau dan adik beliau. Malah admin sendiri pernah berbual dengan seorang kakitangan Pejabat Daerah dan Tnah di Batu Gajah sebelum PRU13 lepas.

"Ghentikan kome dengan Si Midoh tu..haramjadah perangai dia terutama adiknya" - Pengundi Sungai Rapat.




Kenapa dan mengapa sampai macam itu pengundi disana kata? Samseng? Ramai getik dengan Adik Midah?

"Semua barangan akan dilelong termasuk tilam dan bantal"

Ini semua taktik meraih simpati demi menghalalkan fitnah yang dibuat oleh Midah, agak lucu bilamana rumah disita tapi bukan orang Ipoh-Gopeng tak tahu berapa buah rumah dia ada. Ha ha ha..

Nak pindah kemana lepas ini? maklum la orang Perak dah tak gemo..ha ha ha

Gagal bayar ganti rugi, barang rumah Hamidah Osman disita

Gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah, barangan dalam rumah milik bekas Ketua Penerangan Wanita Umno di Kampung Tersusun Jalan Gopeng di sini, disita oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Mahkamah mengeluarkan perintah sita itu setelah Datuk Hamidah Osman gagal membayar ganti rugi berkenaan kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes saman fitnah terhadap bekas Adun Sungai Rapat itu.

Pada 27 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel tersebut, Hamidah didakwa memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang paderi.

Pernyataan tuntutan Khalid, yang difail pada 23 Disember 2011, mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Hamidah sebelum ini bagaimanapun dipetik sebagai berkata, Khalid mendakwa beliau adalah penulis artikel yang mempunyai gambar 'superimpose' plaintif sedangkan beliau bukan penulis artikel itu dan tidak pernah meletakkan gambar tersebut di dalam artikelnya. - Sinarharian



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 23 December 2015

Kerajaan Mansuh Bahagian Pinjaman Perumahan?!

Salinan ini seperti dalam edaran Whatsapp!



[Info kepada penjawat Awam]

Melalui keputusan terbaru di fahaman oleh MOF melalui Perbendaharaan;

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) or government housing loan akan ditamatkan operasi fungsinya pd 31/12/2015. 

Selepas ini tidak akan wujud lagi bahagian perbendaharaan perumahan (BPP). Permohonan govt loan dah diswastakan bermula 1/1/2016. 

Ini menjadikan semua permohonan govt loan diperketatkan macam permohonan loan di bank2 swasta. Rekod ctos dan tanggungan pemohon diambil kira. Tak macam sebelum2 ni. Interest rate pun dah naik. 

Sebarang urusan pinjaman perumahan govt diarahkan utk diselesaikan sebelum 31/12/2015. Kalau tak sempat selesai, semua permohonan dan dokumen kena buat lain di bawah LPPSA - Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Swasta (nama baru bagi BPP). 
Difahamkan CIMB yg bertanggungjawab bagi tabung utk LPPSA. 

Ini seperti pernah berlaku kepada beberapa tabung biasiswa yg pernah wujud dahulu sebelum semua ditukarkan kepada pinjaman pelajaran dibawah PTPTN dan akhir2 ni dikatakan juga akan diswastakan sepenuhnya..

Menjawap pertanyaan itu..Apakah yg sebenarnya terjadi kepada laungan ekonomi negara masih berkembang pada kadar positive..??

Hishamuddin Abd Majid (Nama palsu/penipu)


SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA OLEH YBHG TAN SRI DR MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH, KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

MENGENAI PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

Kementerian Kewangan merujuk kepada kenyataan stesen tv online Astro Awani yang menyatakan bahawa kerajaan akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara adalah tidak benar. Kementerian Kewangan amat kesal kerana kenyataan tersebut disiarkan tanpa merujuk kepada pihak Kementerian terlebih dahulu.

Malah, kerajaan akan menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PUTRAJAYA
8 JULAI 2015



*** Jelas fitnah hari ini bertebaran merata rata terutama individu yang mahu memburukkan kerajaan, keadaan harmoni negara kita Malaysia

Tindakkan menabur fitnah seperti ini menunjukkan hati perut pembangkang akan mengunakan apa juga cara untuk menanam sifat kebencian rakyat kepada Kerajaan.

Jika tidak kenapa edaran palsu ini direka?


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 18 December 2015

DAP Kutuk Pemimpin UMNO-PAS



Pertemuan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar di sini Khamis berlangsung dalam suasana penuh kemesraan.

Perdana menteri yang juga presiden Umno dan Abdul Hadi saling menyapa serta bersalam-salaman lalu kemudiannya menyertai alumni tersohor lain di atas pentas selepas Najib merasmikan multaqa berkenaan. Abdul Hadi, yang berucap sebelum Najib, menegaskan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Ketika berucap, Najib memetik surah al-Quran berkaitan kewajipan umat Islam untuk bersatu padu.

Beliau turut menggesa Abdul Hadi supaya bersama-sama dengan beliau dalam menyatupadukan umat Islam.

"Saya bagi pihak kabilah saya (UMNO) dan Tuan Guru (Abdul Hadi) yang mewakili kabilahnya (PAS) akan terus berpegang kepada tali Allah," katanya.

"Insya-Allah kita tidak akan berpecah seperti negara-negara lain yang disebut oleh Sheikh Abbas Timbalan Pengerusi Alumni al-Azhar Induk."

Najib, dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, menghulurkan tali silaturahim kepada PAS. Presiden UMNO itu berkata umat Islam perlu berusaha ke arah bersatu padu kerana ia adalah tindakan yang wajib dilaksanakan dan bukannya satu pilihan.


Perdana Menteri berkata berdasarkan dalil yang terdapat di dalam al-Quran, surah Aali Imran ayat 103, Allah mewajibkan umat Islam untuk bersatu padu kerana perpaduan adalah tali kepada agama Islam. Malahan Najib berjanji akan menjaga perpaduan yang wujud kini dan mengelakkan berlakunya perpecahan.

Dalam usaha perpaduan itu juga, kata Najib, umat Islam harus meraikan pandangan serta pendapat daripada bukan Islam, termasuk urusan ibadah dan keagamaan mereka.

"Apa yang saya faham, ini mengisyaratkan bahawa pra syarat kepada perpaduan itu adalah budaya hidup bermasyarakat yang positif serta berasaskan akhlak yang terpuji," kata beliau.

Najib berkata bagi Malaysia, kepelbagaian dan kemajmukan rakyatnya adalah satu kekuatan yang perlu digarap demi membangunkan negara.

Beliau berkata satu daripada cabaran dihadapi umat Islam kini adalah wujudnya golongan yang mentafsirkan Islam secara tegar dan ketat sehingga menyalahgunakan konsep jihad seperti yang didukung Daesh (kumpulan militan IS), yang sanggup membunuh umat Islam sendiri kerana tidak sehaluan dengan mereka.

Cabaran kedua, kata Najib, adalah golongan cenderung mentafsirkan agama secara liberal walaupun ia bercanggah dengan pandangan majoriti ulama.

"Pemikiran liberal ini...sesungguhnya membuka ruang kepada berleluasanya tafsiran agama secara bebas, kononnya menjunjung akal dan logik manusia semata-mata," katanya.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 17 December 2015

Lagi Kes Penipuan Telefon Di Kota Raya?

Dikongsikan oleh seorang penulis : Roslan Haji Ismail [facebook]

Mangsa Terbaru : Encik Mohd Hanif Bin Abdul Ghani

LAGI KISAH KOTA RAYA, 16/12/2015.

Datang sendiri menceritakn nasib beliau.

Kehadiran pakcik ini melihat2 accessories telefon yg dipamerkan di kedai kami menjadi tanda tanya. Bile ditanya cari apa, dia diamkan diri sahaja tanpa bercakap sepatah pon. Senyum pun tidak, angguk pon tidak, geleng pon tidak. Lama jugak gelagatnye di perhatikan kami. Sampai gambarnya kami boleh tangkap depan2 tanpa disedari.

Termenung sahaja melihat accessories telefon yg dipamerkan..

"Kenapa pakcik?."

Sedih melihat raut wajahnya. Lama jgk cuba2 pujuk, akhirnya beliau berjaya menceritakan apa yg tersirat disebalik kesedihan beliau td.

"Pakcik tak tau la nak cakap mcm mana. Benda ni berlaku sangat pantas".

Rupa2nya pakcik ini ada memegang 1 beg kertas OPPO. Lalu di tunjukkan isi dalam beg tersebut. Pakcik ni menceritakan 1 per 1 kejadian yg berlaku. Dia ke Kota Raya kerana ingin menghadiahkan pada isterinya telefon.

Mula2, dia melihat harga yg dipamerkan dikedai tersebut RM800. Dia pon bertanyakan lebih lanjut mengenai telefon tersebut. Sales person tersebut pon menerangkan dgn lebih lanjut.

Pakcik ini pon terus mengatakan minat beliau. Lantas sales person ini pon terus meminta duit RM1000 terlebih dahulu sebagai bukti yg pakcik ini betul2 minat. Tanpa berpikir panjang, pakcik yg berusia lingkungan 55tahun ini terus menghulurkan wang yg diminta.


Penjual td meminta pakcik ini menunggu utk beliau ambil stok di tempat simpanan.Selang beberapa minit, penjual tadi datang membawa telefon yg pakcik td minat.

Pakcik tadi jadi keliru. Td dia tunjuk model lain, yg dibawa model lain. Pakcik tadi menyatakan pada penjual tersebut bahawa minat beliau bukan pada model yg baru dibawa ini. Minat beliau pada model R7plus. Penjual tadi terus ambil model R7plus dan menyiapkn bil2.

" Semua sekali RM3100.00". Kata penjual td.

Terkejut pakcik ni apabila hp yg disangkakan pada mulanya RM800, tiba2 menjadi RM3100.

Disebabkn rasa bersalah kerana semua bil telah siap, takut dimarahi oleh penjual tersebut dan rasa takut sekiranya duit RM1000 beliau hangus, beliau akur shj dgn jumlah yg dinyatakan. Habis kesemua duit yg beliau bawa beliau serahkn.

Beliau kekurangan RM300. Beliau berjanji akan melangsaikan baki RM300 itu apabila beliau perolehi duit kelak.

Beliau pulang dengan rase sesal dan xtau mana silap beliau.

Persoalannya :-
- Harga telefon RM2098 adalah benar.


Tetapi mana datangnya charge fee RM700?. Benarkan android system, antivirus, software boleh mencecah RM700?.

Siapa boleh membantu pakcik ini. Sila tampilkan diri anda. Sama2 kite share cerita ini utk membantu pakcik ini.

Kredit to : Repair Handphone


*Untuk pengesahan kebenaran anda boleh tel no yg tertera dan boleh share jika rasa anda perlu berbuat demikian.

**17/12/15 jam 6.10pg dpt bercakap dgn pak cik Hanif...disahkan berita sahih...pak cik ni kerja kilang di PJ.

"SYUKURSETELAH SAYA CALL DAN BLA BLA BLA BLA .....
PENIPU BERSETUJU UNTUK AMBIK BALIK HP DAN PULANGKAN BALIK BAYARAN PENUH DUIT PAK CIK HANIF, URUSAN DIBUAT PADA HARI SABTU WAKTU TENGAHARI." - Roslan Haji Ismail




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Haram Sebar Mesej Berantai

Assalamualaikum..

Baru baru ini saya mendapat sms dari sahabat yg berbunyi spt berikut:

“ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU…”

” KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENti”

Minta panel ustaz hurai apa hukum hantar sms seperti ini.
Terima kasih

jawapan:
Perkara seperti ini dikenali sebagai surat berantai, sebelum orang menggunakan sms mereka menggunakan surat, lalu disuruh fotostat kepada 10 orang, jika dilakukan akan mendapat manfaat, jika tidak lakukan akan berlaku sesuatu mudarat kepada tuannya.

Perkara seperti ini Khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik kepada Allah s.w.t. Oleh kerana ianya rekaan manusia maka terdapat perbezaan pada isi kandungan surat ini, cumanya yang sama ialah sebarkan kepada 10 orang ….

surat seperti ini seolah-olah orang yang menyebarkannya mengetahui benda yang ghaib, maka ini merupakan kesesatan yang nyata.

maka penghantaran sms seperti ini HARAM kerana sebab-sebab yang telah dinyatakan. sesungguhnya perbuatan menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan merupakan perkara yang disuruh oleh Agama, tetapi hendaklah caranya juga betul dan tidak bercanggah dengan syariat.

Wallahu’alam - Al Ahkam


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 16 December 2015

#G25 Bakal Disiasat Polis

Veteran UMNO Kelantan meminta polis menyiasat kumpulan bekas penjawat awam (G25) yang mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan hukuman khalwat dimansuhkan.

Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Rozali Isohak berkata kenyataan daripada kumpulan G25 itu dilihat sebagai satu cubaan mengganggu urusan kerajaan persekutuan dan mengkhianati sistem perundangan syarak serta pentadbiran agama Islam negeri di bawah Raja-Raja Melayu.

Justeru, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Pengkalan Chepa di sini pagi tadi (semalam).

Rozali berkata Veteran UMNO Kelantan berpendapat kenyataan oleh kumpulan berkenaan amat serius dan tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh merosakkan akidah umat Islam.

“Rasionalnya, Jakim adalah nadi pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia manakala hukuman khalwat adalah sangat penting untuk mencegah dan mengawal perlakuan yang membawa kepada zina, perbuatan yang dikutuk dan ditegah oleh hukum syarak,” katanya.- Bernama


G25 :Noor Farida Ariffin



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 15 December 2015

AWAS! Maggi ketam sedap tetapi HARAM DIMAKAN.

Maggi Ketam?! Betul memang SEDAP!

Maggi adalah antara bahan-bahan yang digunakan untuk memasak maggi ketam dan pelbagai cara memasak maggi ketam sehingga siap untuk dimakan.

Memang dah lama tak makan maggi, tapi bila dengar jiran depan rumah buat/masak maggi ketam yang sempoi dan sedap, keinginan nak cuba tu semakin membuak-buak didalam dada hehe..

ianya HARAM DIMAKAN kalau ketam tersebut dicuri dari peti ais jiran ataupun konon beli kat pasar tapi tak bayar pada penjual ketam! Jaga jaga...Kbai..

*sebenarnya aku tengah teringin nak makan megi ketam :3



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Belanja Pilihanraya Bukan Jenayah!

Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman yang difailkan oleh PKR terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata mahkamah sivil atas sifatnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan deklarasi yang bersifat jenayah.

"Plaintif mempunyai motif terselindung apabila memfailkan saman ini iaitu melemahkan keputusan pilihan raya umum ke-13.

"Ini jelas menyalahgunakan proses mahkamah dan sesuatu yang mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa yang diperlukan untuk mendengarnya," kata beliau pada prosiding mendengar permohonan Najib dan tiga pihak lain untuk membatalkan saman yang difailkan oleh PKR.

Pada 12 Ogos lepas, PKR memfailkan saman terhadap Najib, setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana dikatakan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU13 dan kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Pihak plaintif dalam kes saman itu ialah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat; Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Anggota Parlimen Batu, Tian Chua; bekas setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad.

Mohd Hafarizam, yang juga mewakili Tengku Adnan, berhujah bahawa pihak plaintif tidak mempunyai 'locus standi' untuk memfailkan dan mengekalkan saman tersebut.

"Jika mahkamah ini mendapati bahawa plaintif mempunyai locus standi, saman itu akhirnya akan gagal kerana mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan pengisytgiharan yang dipohon oleh plaintif," kata beliau.

Mohd Hafarizam berkata barang kes yang dikemukakan dalam afidavit plaintif ialah laporan daripada akhbar dan portal berita dalam talian yang hanya sekadar bukti dengar cakap yang deponen secara peribadi tidak tahu tentang kandungannya.

"Afidavit oleh deponen yang secara peribadi tidak tahu tentang pertimbangan yang keputusan itu berdasarkan adalah khabar angin semata-mata dan tidak bernilai sebagai keterangan, dan tiada mahkamah boleh memberi sedikit pertimbangan kepadanya," kata beliau.

Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili 1MDB, berkata dakwaan konspirasi melibatkan Najib, Tengku Adnan dan 1MDB adalah tidak berasas sama sekali oleh plaintif untuk tujuan politik dan maksud yang tersembunyi.

"Siasatan masih diteruskan terhadap 1MDB yang kini dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jabatan Ketua Audit, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Oleh itu, dakwaan plaintif terhadap 1MDB dianggap sebagai mengganggu siasatan yang dijalankan sekarang," katanya.

Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh yang mewakili SPR, berhujah bahawa writ saman oleh plaintif telah melanggar Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan kerana sepatutnya mereka memfailkan saman melalui petisyen pilihan raya.

Peguam utama plaintif iaitu Tommy Thomas berkata saman itu bukan kes yang nyata dan jelas untuk dibatalkan kerana jauh lebih kompleks dan perlu dibicara.

Kami menyatakan bahawa ada cukup aduan dalam dakwaan ini yang perlu disiasat untuk perintah lanjutan diarah dikeluarkan oleh mahkamah," kata beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 21 Jan untuk membuat keputusan.- BERNAMA




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tambah Kawasan Larangan Rokok! #RokokNaik #HargaRokok

Lebih banyak kawasan Zon Larangan Merokok kini sedang diteliti Kementerian Kesihatan sebelum diwartakan kelak, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya sedang berbincang dengan agensi serta badan-badan bukan kerajaan mengenai perkara tersebut.

"Perancangan bagi menambah dan meluaskan zon ini sejajar dengan Artikel 8, perjanjian WHO Framework Convention for Tobacco Control (FCTC) iaitu untuk melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

"Perancangan ini telah dimasukkan ke dalam Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau yang telah menyasarkan Malaysia sebagai sebuah negara dengan generasi yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045," katanya.

Dr Hilmi menjawab soalan Senator Datuk Khairudin Samad tentang usaha kementerian dalam memastikan peluasan zon larangan merokok di seluruh negara tercapai tanpa mengundang tanggapan buruk masyarakat.

Beliau berkata kementerian juga menggalakkan tempat-tempat awam menyertai program bebas asap rokok di bawah Blue Ribbon Campaign serta Program Bandar Bebas Asap Rokok. - Bernama



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 14 December 2015

UMNO Lemah Dan Perlukan PAS?! #PASUMNO #PAS #UMNO

Ajakkan kearah perpaduan PAS-UMNO sebenarnya UMNO sebagai penyelamat PAS dari DAP atas dasar silaturrahim sesama Islam. 

Walaupun pada suatu masa dahulu pernah dimaki hamun di sumpah seranah dicorong corong ceramah terutama semasa presiden PAN iaitu Ayatollah Mat Sabu yang dulu bersama PAS dan akhirnya PAS kehilangan beberapa ahli parlimen dan sebilangan besar penyokong parti itu lantaran dimanderam oleh kata kata madu Mat Sabu.


UMNO kini mengajak PAS bersatu sewaktu UMNO kini sedang kuat memandangkan UMNO kini mendominasi kerusi parlimen Malaysia dan menjadi "abang" kepada parti komponen yang lain. Kini yang jelas PAS semakin berpecah dan lemah lantaran PAS kehilangan penyokongnya yang dicuri oleh Mat Sabu dan jebon jebon yang pernah digambarkan oleh TG Haji Hadi Awang pada suatu masa dulu.

UMNO yang masih berlapang dada menerima mencari titik persamaan dengan PAS meskipun teramat pahit untuk ditelan oleh segelintir pengkriti yang tak sayang mulut dahulu sanggup berpatah arang dengan saudara mara hanya keran berbeza pendapat dalam politik.

Harap Mursyidul AM PAS Tuan Guru Dr. Haron tidak terpengaruh dengan pro-DAP/PAN didalam PAS dan golongan puak munafik yang bermatian menentang dan tidak mahu lihat kerjasamaPAS-UMNO demi kebaikkan ummah.

Renung sejarah khalifah Usmaniyah Turki siapa untung bila ummah berpecah?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Ramai Abai Aspek Keselamatan Gajet, Telefon Pintar

Oleh Nur Adila Badul Wahab

Jika anda baru membeli atau mendapat telefon pintar, gajet mahupun sebarang alat telekomunikasi apakah aplikasi pertama yang akan anda muat turun?

Sudah tentu aplikasi-aplikasi media sosial popular seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Wechat, Instagram, Youtube dan Messenger yang membolehkan anda berinteraksi dalam alam maya, dan tidak ketinggalan permainan siber.

Keterujaan 'orang kita' mengikut peredaran zaman dengan membuka akaun dalam media sosial dan kebergantungan terhadap kemudahan alat telekomunikasi ini tanpa disedari mendedahkan diri mereka kepada peningkatan risiko menjadi mangsa jenayah siber.

MUDAH TAPI ABAIKAN

Pernahkah anda terfikir untuk memuat turun aplikasi-aplikasi untuk melindungi gajet dan data anda daripada mudah dicuri atau digodam seperti 'Anti Theft' dan 'Android Device Manager'.

Tahukah anda akan kewujudan aplikasi-aplikasi seumpama ini?

Menceritakan pengalaman memberi ceramah berhubung jenayah siber, pengarah Onemyr Awareness Management yang juga pakar teknologi maklumat Mohd Ridzman Azzahari berkata rata-rata pengguna gajet ketika diajukan soalan sama tidak peka dengan kewujudan aplikasi seumpama itu.

"Sebenarnya banyak aplikasi percuma yang boleh dipakai untuk elakkan telefon daripada hilang. Benda mudah dan percuma tapi ramai yang tidak tahu. Kebiasaannya ceramah-ceramah saya melibatkan 80 peratus praktikal.

"Dari situ baru peserta buka mata. Contohnya, biasa kalau telefon hilang kita akan buat laporan polis. Tapi untuk ini kita lari daripada kebiasaan. Jika awak pergi buat laporan polis akan ambil masa yang lama. Pencuri tu boleh curi semua data anda dan gunakan untuk tujuan yang tidak baik.

"Kalau kita ada pengetahuan tentang aplikasi-aplikasi ini walaupun berada di London awak boleh hapuskan semua data itu dari jauh. Benda senang saja, dengan sedikit ilmu kita boleh lindungi data dan maruah kita," katanya kepada Bernama pada Program Jenayah Siber-Siapa Pahlawan Alam Maya di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah di sini.

Sebagai pengguna, seharusnya bijak membezakan mana yang perlu menjadi keutamaan dan mana yang boleh dikemudiankan ketika memuat turun sebarang aplikasi pada alat telekomunikasi.

RISIKO MENJADI MANGSA

Mohd Ridzman berkata kurangnya pengetahuan mengenai aspek keselamatan dalam melindungi gajet atau telefon pintar menyebabkan ramai yang mudah menjadi mangsa jenayah siber.

Beliau berkata ramai yang menganggap telefon pintar adalah hak eksklusif dan peribadi serta boleh melakukan apa sahaja terhadap gajet berkenaan, namun mereka silap kerana dengan hanya satu gambar sahaja ia boleh mengubah kehidupan seseorang itu.

Beliau berkata golongan yang gemar mengambil gambar dan kemudian kongsi gambar berkenaan di laman sosial atau mengirimnya kepada teman lelaki mahupun suami mendedahkan mereka kepada kegiatan jenayah siber.

Aktiviti itu memberi kesan buruk jika gajet atau telefon pintar mereka hilang atau disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memandangkan telefon bimbit mudah digodam kerana disambung dengan internet.

"Kebanyakan pengguna terutama remaja perempuan tidak menyedari kesan jangka panjang sekiranya mereka menyebarkan gambar-gambar bersifat peribadi yang akhirnya boleh memerangkap diri mereka sendiri.

"Ada kes remaja perempuan diperas ugut oleh teman lelaki sendiri akibat kesilapannya menghantar gambar lucah sendiri kepada teman lelakinya. Hanya dengan satu gambar itu maruah boleh tercemar. Jadi berhati-hatilah sebelum berkongsi atau memuat turun gambar anda dalam laman sosial," katanya.

Justeru, beliau berkata sesiapa sahaja berisiko menjadi mangsa jenayah siber jika mendedahkan maklumat diri kepada aktiviti berkenaan.

FOKUS AKTIVITI GODAM

Mohd Ridzman berkata sejak program jenayah siber diperkenalkan pada Februari, pihaknya memberi fokus kepada aktiviti penggodaman selain memberi ilmu kepada para pelajar dan mahasiswa bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa godam.

"Kalau kita bercakap mengenai jenayah siber orang akan melihat kepada fitnah, scam dan sebagainya... bila dah terlalu banyak ia menjadi kebiasaan. Jadi kita tukar dan fokus kepada aktiviti penggodaman. Penggodaman ini boleh jadi satu bisnes.

"Bila saya tunjukkan bagaimana telefon pintar itu boleh digodam, para pelajar terkejut dan mereka ingin tahu lebih lanjut. Melalui program ini mereka diberi kesedaran mengenai kesan buruk jika terlibat dengan jenayah siber dan bukannya kaedah untuk melindungi aktiviti media sosial mereka.

Program secara percuma selama lima jam itu diadakan di 18 buah sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan 80 peratus secara praktikal.

Sepanjang program itu syarikat berkenaan dapat mengumpulkan hampir 5,000 borang kaji selidik berhubung jenayah siber.

Mohd Ridzman menasihati para ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawal aktiviti media sosial anak masing-masing memandangkan kini kebanyakan pelajar mempunyai telefon bimbit.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!