Monday, 30 November 2015

PM Ulas Pembangkang Bertemu Pengganas Sulu #LahadDatu

Tanpa menyebut nama Nurul Izzah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan perbuatan individu tertentu yang adakan pertemuan dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.

Katanya perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.

"Rakyat Sabah tentu tersentuh hati jika ada sesiapa tidak hormati pengorbanan anggota keselamatan ini... mereka hilang nyawa dengan cara zalim.

"Apatah lagi kalau mereka lihat ada orang yang berbaik-baik dan kelihatan mesra dengan mereka yang mempunyai kaitan menyebabkan anggota keselamatan kita terkorban," katanya.


Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berucap di majlis Rela bersama Perdana Menteri di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan Ahad.

Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit, kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada tindakan Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, berhubung pertemuan kontroversinya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Berikutan itu, sidang Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan usul menghalang beliau dan seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki Sabah.


Sementara itu, Najib berkata kestabilan politik yang jitu merupakan asas utama kepada keselamatan negara ketika berhadapan dengan ancaman keselamatan baharu dan lama ketika ini.

"Jika politik dalam keadaan tidak stabil, negara akan bergolak, sama seperti apa yang sedang berlaku di sesetengah negara seperti Syria, Tunisia, Mali dan negara Eropah.

"Jika politik dalam keadaan stabil, soal ancaman keselamatan akan lebih mudah ditangani," katanya.

Perdana menteri berkata hakikat pada masa kini, ancaman keselamatan boleh datang dari pelbagai sudut dan penjuru, serta akan muncul dari semasa ke semasa. Ini, katanya, termasuk ancaman pemerdagangan manusia, kehadiran pelarian serta penyebaran fahaman keganasan menerusi kumpulan pengganas Daesh.

'Daesh' adalah singkatan nama dalam bahasa Arab bagi militan IS. Najib berkata ini memerlukan perhatian serius semua pihak lebih-lebih lagi apabila 130 rakyat Malaysia ditahan kerana terlibat dengan kegiatan itu.

"Ini bentuk ancaman yang kita perlu tingkat kesiapsiagaan bukan sahaja pasukan hadapan tetapi juga Rela dan 29 juta rakyat Malaysia untuk mendepani apa jua ancaman keselamatan yang mendatang," katanya.

Sementara itu, Najib berkata anggota Rela yang berjumlah tiga juta orang di seluruh negara bukan sahaja perlu menjadi mata dan telinga kerajaan, tetapi juga tangan kerajaan untuk menjadi benteng mempertahankan keselamatan negara.
Kata beliau, jika polis dan tentera menjadi barisan utama pertahanan negara, Rela pula adalah barisan kedua dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

"Terima kasih atas daya usaha untuk terus bangunkan Rela sebagai satu kekuatan tambahan dalam sistem pertahanan negara," katanya.

Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 10,000 anggota Rela dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu, Najib turut menyampaikan sumbangan pakaian operasi digital kepada pasukan Rela daerah Pekan. - Bernama




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 29 November 2015

LGE Masam Mencuka Disindir Chow Kon Yeow

Pulau Pinang : Chow Kon Yeow ditabalkan Pengerusi DAP Pulau Pinang. Meskipun LGE tidak bertanding mencabar Chow Kon Yeow pada pemilihan DAP Pulau Pinang hari ini ada antara ucapan yang membuatkan beliau masam mencuka adalah apabila Chow Kon Yeow secara sinis menyatakan sokongan kepada beliau secara terbuka sedangkan didalam pemilihan DAP Pulau Pinang itu boleh dianggap sebagai kayu pengukur tahap sokongan padu pewakilan DAP lantaran kata kata beliau yang secara angkuhnya mengatakan semua perwakilan DAP Pulau Pinang menyokong beliau secara total.


Pagi tadi, sekumpulan individu yang tampil menunjukkan sokongan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, sebelum konvensyen bermula dan berkata beliau yang sepatutnya berhak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada jumaat lepas pula, puluhan penyokong Chow Kon Yeow yang mahukan Chow Kon Yeow mengantikan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang lantaran LGE tiada bukti adanya sokongan multak dari para penyokong DAP di negeri pulau mutiara itu

LGE masam mencuka bilamana pewakilan terpaksa ditenangkan oleh Chow Kon Yeow

"Walau apapun parti-parti nyamuk di luar bercakap, DAP Pulau Pinang tetap menyokong Saudara Lim Guan Eng, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang!!" kata Satees Muniandy merangkap pegawai P. Ramasamy iaitu merupakan Timbalan Ketua Menteri bagi negeri Pulau Pinang walaubagaimanapun rakan sejawat beliau iaitu saudara Shamsher Singh Thind bertindak sebaliknya iaitu dengan mengkritik LGE kerana Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya dipegang Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, bukannya Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti pemerintah Pulau Mutiara itu.


Shamser Singh Thind dari Taman Chai Peng berkata, mandat untuk menjadi Ketua Menteri perlu diberikan kepada individu berasal dari Pulau Pinang, sebaik-baiknya pemimpin akar umbi, bukannya orang luar.

LGE yang merupakan wakil rakyat di Melaka sebelum ini, dilahirkan di Johor. Hal ini memperlihatkan LGE juga dilihat tidak layak memegang pucuk pimpinan Kerajaan Pulau Pinang dengan hanya cakap kosong dan tidak membuktikkan LGE seorang yang memperjuangkan demokrasi didalam parti DAP itu sendiri.

Mengulas kritikan itu LGE memberi amaran kepada Shamser Singh Thind agar lebih kuat berkerja untuk parti dan boleh terus mengkritik beliau kerana beliau tahu Shamser Singh Thind hanya boleh bercakap apa sahaja tetapi kerusi Ketua Menteri tetap dalam gengamannya.
Baca Seterusnya...

Friday, 27 November 2015

DAP - Dinasti Lim Kit Siang Di Pulau Pinang?

Susulan cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang mahu Lim Guan Eng membuktikan bahawa dirinya memperolehi sokongan penuh ahli DAP Pulau Pinang dengan bertanding jawatan Pengerusi DAP negeri itu, Lim Guan Eng semalam menolak untuk menyahut cabaran itu.



Alasan yang digunakan Lim Guan Eng adalah, beliau tidak akan menerima cabaran Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan kerana dia bukan ahli DAP.


Berdasarkan alasan yang diberikan Lim Guan Eng itu, ia menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan pemerhati politik. Antaranya:

1. Lim Guan Eng sedar bahawa dirinya tidak mempunyai sokongan penuh anggota DAP Pulau Pinang.

2. Lim Guan Eng cuba menggunakan kuasa eksklusif yang dimilikinya untuk terus memegang jawatan Ketua Menteri tanpa perlu bergelar Pengerusi DAP negeri.

3. Lim Guan Eng adalah pengecut dan takut kepada bakal pencabarnya.


Jika beliau mahu mengatakan bahawa Datuk Huan Cheng Guan tidak layak untuk mencabarnya hanya kerana beliau bukan ahli parti itu, Lim Guan Eng juga harus sedar bahawa beliau bukanlah Setiausaha Agung kepada salah sebuah parti komponen Barisan Nasional. Untuk itu, beliau tidak berhak sama sekali untuk mencampuri urusan pentadbiran Barisan Nasional.

Dinasti Anak Dan Papa (DAP)

FMT Reporters | November 27, 2015 

Penang Chief Minister says Huan Cheng Guan of PCM has no right to dare him to contest in the DAP party polls as he is not a member.

PETALING JAYA: Penang Chief Minister Lim Guan Eng has warned Parti Cinta Malaysia (PCM) vice-president Huan Cheng Guan against meddling in DAP’s affairs since he is not a member of the party.

Responding to Huan’s challenge that Lim contest in the Penang DAP election this Sunday, Lim lashed back, asking, “Who is he to challenge me? He is not even a party member”.

Lim also said it was too late to even consider contesting at this stage as the deadline for nominations was over.

Huan had earlier dared Lim to contest in his party polls to prove he had more support than current Penang DAP chairman Chow Kon Yeow.

He also said Lim’s refusal clearly meant that he was not the “legitimate” chief minister.

Lim however countered saying that there was no popularity contest between him and Chow given that both had always backed each other. “I have always supported Chow as Penang DAP chairman and he has always supported me as DAP secretary-general.”

A total 48 DAP politicians are vying for 15 elected positions in the state committee in the Sunday internal polls with observers predicting that Chow’s faction would sweep at least two-thirds of the elected positions.

Huan said today that the DAP leader had deliberately misconstrued his challenge and given a stream of lame excuses to avoid contesting.

He also derided Lim’s alleged support of Chow as a means to escape contesting in the state party polls, and suggested that Lim could always contest and win as one of the 15 elected members of the state committee, then later allow Chow to remain as Penang DAP chairman.

“Contesting in the polls is just to prove that he has the support of Penang DAP members, which is something that we all have always doubted.

“Is he afraid to contest?” chided Huan.

He also mocked Lim’s reasoning that he had no right to issue the challenge because he was not a DAP member and countered that argument by saying, “Since Lim is not a BN member, does that mean he should not question BN matters?”

Huan also said he was more than willing to join the DAP in order to earn the right to speak about the party but that Lim had to agree to contest in the Penang DAP polls first.

“I will immediately quit as PCM veep and apply to join DAP as an ordinary member if Lim agrees to contest.

“The ball is in his court. I will join DAP if he contests first. But if I join DAP, he will have nightmares,” said Huan. - FMT


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 25 November 2015

Saring Berita Persidangan UMNO! #PAU2015

Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan diadakan dalam sesi tertutup tanpa liputan media termasuk media-media arus perdana.

Kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sebarang perkembangan dan maklumat berkenaan perhimpunan parti terbesar Melayu itu hanya akan disampaikan oleh dua Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi sidang akhbar harian.

Menurutnya, langkah sebegitu diambil oleh parti bagi mengelakkan sebarang laporan berunsur putar belit oleh media seperti sebelum ini.

"Kita tidak benarkan media berlegar merata-rata. Kita tidak akan pancar apa yang berlaku di dalam Dewan Merdeka kepada televisyen litar seperti sebelum ini.

"Setiap hari Ahmad Zahid dan Hishammuddin akan membuat sidang akhbar untuk mengupas apa yang berlaku pada perhimpunan tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini. - K! ONLINE


"Langkah sebegitu diambil oleh parti bagi mengelakkan sebarang laporan berunsur putar belit oleh media seperti sebelum ini." 

Dari sini dah jelas, media pembangkang yang buat hal, cuma aku nak pesan kepada ahli UMNO yang tak setuju akan rancangan ini, ingatlah yang membuatkan kamu benci kepada UMNO dan pemimpin pemimpinya hari ini adalah adalah kejayaan pembangkang. Bukan pemimpin parti kamu!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

LGE Dicabar Bertanding Lawan Chow Kon Yeow! #DAP



Menurut beliau penyertaan Guan Eng dalam pemilihan akan membuktikan pelantikannya sebagai Ketua Menteri mendapat sokongan penuh ahli DAP di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar bertanding dalam pemilihan DAP negeri, Ahad ini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, berkata Guan Eng untuk mengukur samada beliau masih mendapat sokongan daripada ahli-ahli DAP negeri.

Beliau berkata, penyertaan Guan Eng dalam pemilihan itu, akan membuktikan bahawa lantikan beliau sebagai Ketua Menteri dibuat dengan betul dan mendapat kelulusan semua ahli DAP.

“Saya tertanya-tanya bagaimana Lim boleh menjadi Ketua Menteri ketika dia tidak mempunyai jawatan di peringkat negeri dalam DAP Pulau Pinang.

“Kerana itu, mengapa Chow Kon Yeow lebih sesuai kerana dia adalah Pengerusi DAP Negeri ketika Lim sendiri tidak mempunyai sebarang jawatan,” kata Huan dalam sidang akhbar, hari ini.

Pada pemilihan DAP negeri 2013, Guan Eng tidak bertanding sekalipun beliau adalah ahli DAP Pulau Pinang, ketika itu.

Pemilihan itu menyaksikan Kon Yeow muncul sebagai Pengerusi DAP Negeri yang bagi dengan undian tertinggi iaitu 621 daripada keseluruhan jumlah undia 661.

Cheng Guan berkata, dia menjangka Kon Yeow tidak akan menghadapi masalah untuk mendapat kembali jumlah undi hampir sana, atau pun lebih tinggi daripada populariti yang diraihnya ketika ini.

“Kita akan tengok Ahad ini,” katanya.

Cheng Guan berkata lagi, Guan Eng tidak seharusnya membiarkan peluang yang ada untuk bertanding kerana ia boleh membantu mmebaiki imej serta kredibilitinya yang sudah rosak dan tercalar. Beliau berkata, sekalipun menjawat jawatan Ketua Menteri dan Setiausaha Agung parti, Guan Eng tidak mendapat sokongan dalaman DAP dan ia bukan rahsia.

Malah, beliau merujuk kepada contoh di mana Guan Eng hanya mampu meraih 1,575 undian pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Lebih teruk, dia hanya mampu meraih 1,304 undian pada pemilihan semua CEC pada 2013 dengan kedudukan kelima tertinggi.

“Maka, soalan saya adalah bagaimana orang seperti ini yang meraih undian kelima tertinggi boleh menjadi Setiausaha Agung DAP?” personal Cheng Guan. - sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 24 November 2015

Tian Chua Dalang Lahad Datu Melenting Dikaitkan?!

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merupakan dalang yang mengatur pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.


Beliau berkata, Tian Chua juga merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan tindakan secara halus dalam mengatur tuntutan ‘Kesultanan Sulu’ terhadap Sabah sebelum ini.

“Saya harap Tian Chua hati-hati dalam perbuatannya, Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya, jangan sembarangan mengeluarkan kenyataan beliau itu...” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China - UTUSAN ONLINE.



Zahid Ulas penafian Tian Chua

Semakin panas kisah pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ahli Parlimen Batu Tian Chua mengatur pertemuan antara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan anak ketua pengganas Sulu Jacel Kiram.
Zahid dalam sidang media ringkas di lobi Parlimen petang Isnin memintaTian Chua tidak menafikan perkara itu kepada media, sebaliknya perlu memberi kenyataan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dipanggil untuk memberi keterangan nanti.

Sebelumnya Tian Chua menafikan dakwaan Zahid dan meminta Menteri Dalam Negeri itu menarik semula tuduhan beliau dan meminta maaf.

Menurut Zahid, beliau tidak akan menarik semula pendedahantersebut.

“Sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau dia mengaku tidak terlibat, saya tidak berhasrat menarik balik kenyataan saya pagi tadi. Beliau (Tian Chua) jawablah, kerana beliau sahaja yang tahu mengenai perjumpaan di Manila itu,


“Saya nasihatkan tak perlu beliau nafikannya kepada media, sila jawab kepada polis apabila diminta beri keterangan ” kata Zahid.

Pagi tadi Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa, Chua yang juga Ahli Parlimen PKR Batu bertanggungjawab mengatur pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan anak bekas ketua pengganas, Jacel Kiram berikutan tersebarnya gambar mereka bersama minggu lalu.

Sejak minggu lalu, Nurul Izzah mendapat kecaman pelbagai pihak kerana tidak menghormati rakyat Sabah khususnya mereka yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Nurul Izzah dalam penjelasannya turut mengaitkan kehadiran Tian Chua dalam perjumpaan di Manila minggu lalu sebagai sokongan kepada keputusan satu kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak pembebasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

"Hapuskan Gelendangan" - Tengku Adnan



Untuk info semua orang terutama pihak yang berkepentingan memperlekehkan usaha Menteri WP kononnya sengaja menganiaya golongan gelandangan.

Di Medan Tuanku telah diwujudkan sebuah pusat khidmat gelandangan yang bertujuan untuk menjadi pusat agihan makanan dan pusat khidmat sementara DBKL bagi menyelaraskan perkhidmatan NGO.


Mula beroperasi selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Sehingga kini terdapat beberapa NGO menggunakan pusat ini untuk tujuan mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan.

1. PERTIWI Soup Kitchen

2. Kenchara Soup Kitchen

3. Need to Feed The Need

4. Kaseh4U

Maksud kepada kenyataan DS Tengku Adnan yang dispin sebelum ini sebenarnya bermaksud pihaknya memandang serius kegiatan NGO yang prihatin akan nasib gelandangan dan disebabkan hal tersebut, pusat ini diwujudkan.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 23 November 2015

Jelas #Yapeim Difitnah Pemimpin Pembangkang #SkandalYapeim

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar. 

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim. 

"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda Yapeim anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam tadi. 

Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Prof Datuk Mahamad Naser Dis.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata Yapeim kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.

Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya. - Bernama


Baca Seterusnya...

Thursday, 19 November 2015

DAP Pecat Semua JKKK Ahli PAS!

Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan sudah memecat semua ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri ini.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ahli Pas di Kepala Batas bukan meletak jawatan seperti didakwa sebaliknya mereka sudah dipecat sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Rashid Hasnor berkata, pemecatan berkenaan meliputi ahli Pas di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat.

Kerajaan negeri membuat semakan sama ada ahli-ahli Pas ini menyokong pakatan pembangkang baharu atau sebaliknya.

Mereka yang masih sokong Pas kemudian telah diberi surat pemecatan, katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kalau sampai tahap begini ahli PAS tak nampak lagi cara DAP bila dapat kuasa apa jadi, apa aku nak cakap pon tak tahu la wahai saudara seagamaku! Ini baru dapat kerajaan negeri belum lagi kerajaan pusat. 

Sekarang kat sana pun azan dah dipelahankan...Zakat dah dipertikai...Kalimah Allah nak dikongsi..isk isk isk..




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#LahadDatu Jika Begini Sandiwara Siapa?!


Masih ingatkah kita dengan tragedi pencerobohan Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu? Masih ingatkah kita dengan kumpulan bersenjata yang diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan Sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘Sultan’ Ismail Kiram II?

Di dalam gambar berkenaan adalah ‘Puteri’ Jacel Kiram, anak sulung Sultan Jamalul Kiram III. Jacel Kiram bertindak sebagai jurucakap utama sewaktu ‘mendiang’ Jamalul Kiram menawan Lahad Datu dan membunuh perwira-perwira Negara yang gugur mempertahankan tanahair.




Dengan siapa pula Jacel Kiram bergambar berlatarbelakang pokok krismas? Tidak lain dan tidak bukan adalah puteri sulung Ketum Anwar Ibrahim, Nurul Izzah. Nampak gayanya kedua-dua mereka mempunyai agenda yang sama iaitu berkempen memperjuangkan pembebasan tahanan liwat Anwar Ibrahim.



Kebetulan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Masih ingatkah kita lagi bila mana Anwar Ibrahim menyanyi di pentas, “Sabah dah HILANG!” ketika hampir tragedi pencerobohan Lahad Datu? Adakah Anwar Ibrahim berkonspirasi di dalam tragedi berkenaan? - pakdin.my


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 18 November 2015

Jonah Lomu Meninggal Dunia [Lagenda Rugbi Dunia]

Legenda sukan ragbi, Jonah Lomu meninggal dunia hari ini pada usia 40 tahun akibat sakit buah pinggang.


Jurucakap keluarga mendiang, John Mayhew berkata, kematian yang tidak disangka itu berlaku selepas Lomu dan keluarganya baru tiba di New Zealand dari United Kingdom malam tadi.

Lomu sangat terkenal dan digeruni dalam dunia ragbi kerana kepantasan dan kekuatannya menggempur pihak lawan.
Mendiang bermain di posisi sayap untuk pasukan New Zeland sejak tahun 1995 sehingga 2002.

Pemergian legenda New Zealand itu turut mendapati simpati daripada Perdana Menteri, John Key yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. – AFP



Admin amat meminati cara permainan beliau dari zaman persekolahan lagi..Memang hebat!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#YaPEIM #YaPeimScandal Prasangka yang boleh mendatangkan dosa.

Tidak ada penyelewengan penggunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeim) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom seperti didakwa Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Asyraf Wajdi Dasuki di Dewan Rakyat, ketika menggulung perbahasan Bajet 2016 peringkat jawatankuasa JPM, malam tadi.

Katanya, apa yang dibangkitkan sesetengah pihak termasuk Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Amanah Sepang Hanipa Maidin hanyalah andaian atau prasangka yang boleh mendatangkan dosa.

Menurut beliau, YaPeim tidak berkait dengan kerajaan sebaliknya organisasi beas yang terikat dengan surat ikatan amanah.

“YaPeim tidak terikat aturcaya kerajaan sebaliknya oleh pemegang amanah,” katanya sambil menegaskan pemberian elaun tinggi kepada pengarahnya adalah bidang kuasa pengurusan Yapeim.

Katanya, setakat ini tidak ada penyelewengan seperti dilaporkan sebaliknya jumlah perbelanjaan program-program YaPeim adalah hak muthlak pengurusan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli-ahli parlimen pembangkang jangan terpengaruh viral fitnah mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, beberapa ahli parlimen pembangkang mencetuskan kekecohan kerana tidak berpuashati dengan jawapan Asyraf.

Namun, timbalan menteri itu menegaskan, YaPeim adalah antara organisasi pelaksaan pembangunan Islam paling berjaya terutama dalam pelopor Ar Rahnu.

Beliau meminta orang ramai melihat kejayaan itu yang turut dijadikan contoh oleh negara lslam luar. - https://www.bnbbc.my/

Video jawapan penuh : SINI

Datuk Asyraf Wajdi Dasuki

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 16 November 2015

#Bajet2016 Lulus Di Parlimen (Video)

Bajet 2016 bacaan kali ke 2 di luluskan di Parlimen. 128 setuju 74 tidak besetuju!

Desas desus Rafizi pembelit mahu membatalkan Bajet 2016 pada kali ini dilihat menuju jalan buntu apa bila undian meluluskan bajet untuk rakyat Malaysia dibantah oleh 74 wakil parlimen (majoriti pembangkang) .


Undian pada hari ini jua turut memperlihatkan ketegasan PAS dengan Pakatan Harapan bilamana terdapat 4 MP PAS mengundi untuk menolak bajet, selebihnya 10 MP PAS berkecuali dari mengundi menolak ataupun membantah bajet kali ini.

Perincian keseluruhan undian :

Menerima : 127 Undi dari MP Barisan Nasional / 1 Bebas = 128 Undi

Menolak : 74 MP Pakatan Harapan (DAP/PKR/PAN) = 74

Berkecuali : 10 (MP PAS) = 10


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Lim Guan Eng Kalah Saman RM100,000 New Straits Times

Mahkamah Tinggi di sini hari ini (Pulau Pinang) menolak saman fitnah oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy terhadap satu artikel yang disiarkan secara dalam talian oleh New Straits Times (NST) dua tahun lalu.


Mahkamah turut mengarahkan Guan Eng dan Ramasamy membayar kos guaman sebanyak RM100,000. - UTUSAN ONLINE




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

@Zahid_Hamidi RM500,000 Untuk kejohanan Muay Thai Antarabangsa 2016

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi penganjuran kejohanan antarabangsa sukan Muay Thai berskala besar tahun depan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejohanan tersebut dilihat berpotensi menjadi antara sukan berprestij negara apabila berjaya menarik kehadiran penonton.

"Kita akan biayai RM500,000 untuk kejohanan tahun depan, kita harap hadiah lebih besar dari penaja-penaja," katanya ketika merasmikan Pertandingan Akhir Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Kuda Merah 2015 di sini malam ini.

Kejohanan kali keempat itu adalah anjuran Kelab Muay Thai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seramai 24 peserta dari dalam dan luar negara, kebanyakan dari Thailand, berentap selama dua hari mulai semalam bagi merebut 12 gelaran (tali pinggang).

Gelaran utama yang menjadi rebutan adalah tali pinggang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain tali pinggang Datuk Siti Nurhaliza dan Tali Pinggang Sinar Harian.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 15 November 2015

#YaPEIM #YaPeimScandal Dua Hari Jamil Khir Baharom Beri Pada Akmal Nasir



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat laporan polis di sini hari ini, berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara. 

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada pukul 2.30 petang bersama peguam, Adnan Seman @Abdullah dan beberapa pegawainya. 

Jumaat lalu, portal berita, The Malaysian Insider melaporkan dakwaan Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir mengenai lawatan Jamil Khir dan mendedahkan beberapa dokumen yang merujuk kepada perbelanjaan menteri itu ke luar negara untuk menghadiri program dan dibiayai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). 


Pada hari yang sama, Jamil Khir menjelaskan lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika serta Kanada. 

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis, Jamil Khir berkata dakwaan Akmal mengenai program di AS bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

"Saya mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah NOW (Akmal) yang melakukan fitnah jahat dan tuduhan keji kepada saya. 

"Saya sentiasa bersedia dan terbuka untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku," katanya. 

Ditanya sekiranya Akmal enggan meminta maaf, Jamil Khir berkata "kita jumpa di mahkamah". Dalam laporan polis itu, Jamil Khir berkata Akmal secara sengaja memfitnah dan dengan niat jahat mencadangkan kepada umum bahawa beliau seorang menteri yang korup, mencuri dan menyalahgunakan duit anak yatim dan tidak amanah. 

"Ini satu serangan terhadap saya di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai menteri," katanya. Sementara itu, Adnan berkata pihaknya (Adnan Sharida & Associates) akan mengeluarkan satu lagi surat tuntutan esok (Isnin) bagi mengarahkan Akmal menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara lisan dan bertulis. 

"Kita akan beri Akmal dua hari (menarik balik kenyataan, memohon maaf) Jika gagal, kita akan memfailkan saman di mahkamah...paling lewat pada Jumaat," katanya. -BERNAMA



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 14 November 2015

Ramai Pemimpin UMNO Sabotaj Parti Disiasat

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.


Beliau yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi Tahun 2015 di sini berkata, mesyuarat mengenai perkara itu sudah diadakan.

"Siapa kata tujuh? Mungkin lebih...saya tidak tahu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO yang didakwa mengkritik parti secara terbuka.

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Diminta mengulas lanjut mengenai jumlah pemimpin UMNO yang disiasat pada masa ini beliau menjawab: "Dulu saya cakap tujuh, barangkali lebih. Saya tak tahu. Tunggu sajalah."

Laporan media sebelum ini turut menyebut jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti. - BERNAMA




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Malaysia Kekal Lembaga Eksekutif UNESCO


Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat bersama delegasi Malaysia semasa pengumunan pengundian kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sesi 2015-2019 



Tahniah kepada semua yang telibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi berkerjasama dalam memastikan Malaysia berjaya menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sesi 2015-2019 @ Persidangan Agung UNESCO KE-38.Paris


UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB atau UN Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklan kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#YaPEIM Jamil Khir Mahu Saman The Malaysian Insider

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan yang beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara dan ia adalah kenyataan jahat berupa fitnah serta menyimpang daripada fakta sebenar.

Sehubungan itu, Jamil Khir menuntut Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir dan The Malaysian Insider menarik balik dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.


"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah kredibiliti saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Portal berita, The Malaysian Insider hari ini melaporkan dakwaan Akmal mengenai lawatan Jamil Khir itu dan beliau turut mendedahkan beberapa dokumen yang merujuk kepada perbelanjaan Jamil Khir ke luar negara untuk menghadiri program dan dibiayai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Beliau berkata lawatannya ke Amerika Syarikat (Amerika) pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika.

Ini termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika serta Kanada, kata Jamil Khir.

"Dakwaan kononnya program saya di Amerika bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata "adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya."

Jamil Khir berkata beliau sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku melibatkan dirinya atau agensi di bawah seliaannya.

"Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan," katanya. - Bernama
Baca Seterusnya...

Friday, 13 November 2015

14 Tanda Orang Yang Berbohong

14 Tanda Orang Berbohong/Menipu

1.Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka.Terutama di mata.Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda.Mereka juga semakin sering mengerdipkan mata.Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu,tegang dan berbohong,kadar stres yang meningkat akan menyebabkan mereka lebih banyak mengerdipkan mata.

2. Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya,jika sedang meninggi,ertinya sebuah dusta sedang diceritakan.Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.

3. Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan.Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan.Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu.Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.

4. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong,tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar.Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio.Jadi,apabila mereka bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal,sebenarnya ada sesuatu yang cuba diselindungkan.

5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya.Berfikir terlalu lama,berdehem,batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi.Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih,pilu,marah dan sebagainya,kemungkinan besar orang tersebut berbohong.Jadi,jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya,maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

7. Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri,kaki mereka mula mengetuk ke tanah.Semasa pembohong sedang duduk,maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

8. Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka.Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami.Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga.

9. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya.Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan,ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

10. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong.Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong.Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta,tangan cuba menghalangnya.

11. Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama.Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.

12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong,kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna.Untuk mengetahuinya,cuba anda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan.Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

13. Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal.Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas.Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya.Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

14. Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong.Akibat rasa bersalah,pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.
Kesimpulannya,sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong,kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti.Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak.Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%.Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemudian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.

Wallahualam..






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!