Friday, 30 October 2015

Mulut Masin Tuan Guru Hadi Awang #PakatanHarapan #PAS

Pas mengibaratkan gabungan Pakatan Harapan sebagai sebuah bas yang tidak akan sampai ke destinasi dan tidak ada masa depan.



Oleh itu, tiada sebarang sebab yang kukuh untuk Pas bergabung dengan Pakatan Harapan malah parti itu lebih rela bergerak sendirian.

“Kita tidak ada harapan dengan Pakatan Harapan yang diibarat sebagai bas yang tidak sampai ke destinasi. Bas ekpress hendak pergi Kuantan, tetapi tersekat di Jalan Kuala Lipis,” kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lobi Parlimen pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang menjelaskan, Pas mampu bergerak bersendirian malah selama ini parti pembangkang lain yang banyak bergantung kepada parti Islam itu.

“Bukan sahaja boleh bersendirian tetapi kita memang sudah lama bergerak secara bersendirian dan percaya parti lain yang banyak bergantung kepada kita selama ini.

“Kamu saksikan sendiri sewaktu berdemonstrasi jika Pas tidak turun, maka tidak ada orang. Ini kekuatan yang ada pada kita. Kita bukan hendak menunjuk-nunjuk dengan kekuatan itu,” tegasnya. - FMT

Tiba tiba viral lori tersadai kah kah kah

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 29 October 2015

Najib Jawab Nizar Jamaluddin

Najib Razak jelas menampilkan perwatakan seorang pemimpin yang berjiwa besar ianya boleh dilihat dari pelbagai sudut termasuk cara tutur, bahasa, senyuman, berbual dengan orang ramai dan menjawab pertanyaan yang diajukan.

Tidak mudah melenting atau melatah tetapi sentiasa "cool" demi mengekalkan suasana harmoni termasuk difitnah dari setiap penjuru lantaran memegang pucuk pimpinan negara hari ini.

Tentu ramai masih lagi ingat balik dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin konon beliau dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil jeneral-jeneral tentera. [rujuk sini]

Setelah lebih setahun kes tersebut dikemukakan, pada Rabu (28 Oktober 2015), Nizar, yang berusia 58 tahun; akhirnya dibebaskan oleh pihak mahkamah di Ipoh selepas beliau mengemukakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri.

Permohonan maaf tersebut dibuat secara terbuka di mahkamah. Sebelum itu kes Nizar ini agak menarik kerana ia menjadi terlalu lama dan ramai yang menunggu bilakah beliau hendak dihadapkan semula ke muka pengadilan.

Walaupun dihujani dengan desakan pelbagai pihak terhadap isu yang tidak menjadi isu sebenar, namun sebagai pemimpin berjiwa besar, Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak berlapang dada dan sedia menyelesaikan masalah fitnah yang menimpa diri beliau. 




Antara ucapan yang dizahirkan di facebook beliau tertulis :


Saya menerima permohonan maaf Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan kes fitnah beliau ke atas saya. Islam menuntut umatnya tidak menfitnah atau menyebarkan dusta.

Dalam Surah Al Hujurat ayat 12, Allah SWT berfirman, mafhumnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain." Wallahualam.

Islam juga menggalakkan umatnya bermaaf-maafan. Dalam Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan pemberian maafnya (kepada saudaranya,) kecuali kemuliaan (di dunia dan akhirat)."


Insya-Allah, semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat Allah SWT.


Najib Razak
29 Oktober 2015 [6.57pm]



Semoga Nizar Jamaluddin insaf dan berhenti jadi si kitol ..Insya-Allah


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Arul Kanda Sahut Cabaran Debat Tony Pua #1MDB

Mana mahu lari…? 

Presiden dan CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menerima cabaran Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua untuk muncul pada debat secara langsung di kaca TV untuk menjawab segala dakwaan terhadap syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

“YB Tony Pua mencabar saya pagi ini untuk satu siaran langsung ‘talk show’, dengannya. Saya dengan ini menerima cabaran itu dan tidak sabar untuk menjawab soalan beliau,” kata Arul dalam satu kenyataan Khamis.

Bagaimanapun, Arul meletakkan syarat yang Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

“Umum mengetahui Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC,” katanya.

Ini berlaku selepas Tony Pua, memperlekehkan Arul dengan mendakwa beliau “mengitar semula” jawapan semasa temubual di Bernama TV pada Rabu. Tony Pua berkata, beliau akan menjadi host debat itu dan akan memberikan Arul “setiap peluang dan masa sebanyak dia suka untuk menjawab soalan-soalan ini”.

“Bagaimanapun, saya, seperti biasa, sanggup dibuktikan salah,” katanya.

“Malah, saya tidak akan berdendam jika dia berjaya memalukan saya dengan menunjukkan bukti yang menyangkal dakwaan saya.

“Persoalannya ialah, dia akan mempunyai keberanian untuk menerima cabaran itu?” katanya.

Dalam satu jawapan segera, Arul bersetuju untuk cabaran.

“Saya dengan ini menerima cabaran beliau dan berharap untuk menjawab soalan-soalan tersebut,” kata beliau.

“Bagaimanapun untuk berbuat demikian, YB Tony Pua tidak boleh menjadi hakim, juri dan algojo.

“Oleh itu, saya percaya beliau akan mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC dalam usaha kita untuk, meminjam kata-katanya sendiri, mengadakan perbincangan secara terbuka tanpa berselindung. - sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kerajaan Kaji Haramkan Rokok Elektronik 'Vape'

Putrajaya tetap dengan pendiriannya untuk mengharamkan penggunaan 'vape' atau rokok elektronik, atas faktor ia membahayakan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, langkah meminda dan menggubal undang-undang berkaitan penggunaan rokok elektronik itu, yang kini menjadi 'trend' di negara ini, sudah mula dilaksanakan.

"Pelan jangka masa panjang kita adalah mengharamkan vape. Kita sedang giat menjalankan usaha tersebut, melalui terma-terma perundangan, untuk melaksanakannya.

"Kita akan mengkaji beberapa pendekatan, kita akan pilih yang terbaik. Bagi saya, saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin kerana kita perlu menghentikan penggunaannya sebelum ia menjadi isu besar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.



Penggunaan vape yang menular di kalangan rakyat Malaysia mula menyaksikan perniagaan itu berkembang sejak beberapa tahun mutakhir ini.

Industri rokok elektronik bermula di negara ini sekitar 2009, apabila rokok elektronik pertama diperkenalkan, namun ia tidak mempunyai sebarang perisa.

Evolusi vape kemudian semakin rancak apabila ia mempunyai pelbagai perisa dan kos penyelenggaraannya murah, dan Malaysia menjadi antara negara yang mempunyai pengguna paling ramai.


Kebimbangan mula timbul apabila kanak-kanak dan pelajar sekolah di bawah umur juga turut terjebak dalam kegilaan 'vape', sementara pelbagai perisa yang tidak diketahui asal-usul dan tahap keselamatannya, mula muncul di pasaran. – 28 Oktober, 2015.

Baca Seterusnya...

Wednesday, 28 October 2015

Muhyiddin Hanya Pandai Singkirkan Presiden UMNO!

Amat pelik juga dengan Timbalan Presiden UMNO bernama Tan Sri Muhyiddin Yassin ini.

Ketika menceritakan kepada jemputan dan hadhirin yang sedia mendengar rintihan hati nya beberapa hari lalu, tanpa di sengaja kan beliau mendedahkan betapa amat betul tindakan di buat oleh DS Najib.

Dalam mahu memburukan 1MDB yang telah di kenalpasti oleh Tun Mahathir untuk di jadi kan alat menurunkan DS Najib , TSMY mendedahkan 1MDB sentiasa di bawa kekabinet untuk di bincang kan, ini TSMY yang memberitahu kepada penonton nya.

Selain itu TSMY juga turut mendedah kan sesuatu pinjaman atau dana 1MDB tetap merujuk kepada kabinet dan sama ada ia lulus atau tidak ia terpulang kepada kabinet. Jadi pendek kata urusan 1MDB open to all. Bukan di buat tanpa pengetahuan kabinet.

1MDB tidak seperti urusan yang seperti selalu terjadi kepada syarikat berkaitan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir di mana seperti kata Pak Lah sesiapa pun tidak di beritahu akan hal nya.

Paling menarik apabila sebagai Timbalan Perdana Menteri, DS Najib pula terpaksa melayan TS Muhyiddin Yassin dalam menentukan siapa Perdana Menteri dan bila dia harus di turun kan. Malah TSMY mengaku jika DS Najib enggan ikut arahan Tun Mahathir untuk menjatuh kan Pak Lah, maka Tun Mahathir akan melantik TSMY Yassin menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana orang bawah Najib menjadi orang suruhan kepada Tun Mahathir di dedahkan sendiri oleh TSMY.

Maka jelas TSMY bukan orang bawahan yang baik dan bukan ahli pasukan yang baik kerana rujukan nya ada lah individu luar dan bukan pasukan dalam parti.

Apabila orang seperti TSMY menyatakan beliau tidak faham dan buat buat tidak faham isu 1MDB boleh lah di anggap ia ada lah satu penganayaan terancang untuk meng enakan DS Najib bagi memuaskan hati Tun Mahathir .

Setelah Pak Lah di tumbangkan dengan cara sistematik oleh Tun Mahathir mengguna kan orang seperti TSMY , kini keadaan sama berulang kembali. TSMY sekali lagi menjadi alat kepada mantan PM untuk menjatuhkan DS Najib pula.

Walaupun Najib dan Abdullah ada lah 2 individu berlainan sebagai Presiden UMNO dan PM, namun TSM mengguna kan cara yang sama untuk menurunkan nya.

Cara tekanan dan kebencian rakyat ada lah kaedah yang di gunakan , walaupun bertus kali oleh berpuluh orang menerang kan isu 1MDB TSMY berlakon seolah olah beliau tidak di beri penjelasan berkenaan nya.

Kini tersebar di merata tempat di media sosial berkenaan pembohongan TSMY dan cara dia menjelaskan kepada para hadhirin nya

Jelas dan nyata dalam isu 1MDB ,TSMY amat lembab untuk memahaminya , atau mungkin pura pura tidak memahami nya , tetapi dalam menerima arahan dari orang luar yang bukan pun dalam kepimpinan UMNO beliau amat faham dan amat setia akur memahaminya.

Amat tepat jika DS Najib menlucutkan jawatan TPM dari nya , kerana dia bukan berkhidmat kepada PM atau Presiden tetapi untuk orang yang sentiasa mahu menjadi Perdana Menteri de facto . - sumber







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nizar Bebas Lepas Fitnah Najib?! [video]

TENTU ramai masih lagi ingat balik dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin konon beliau dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil jeneral-jeneral tentera.

Malah bekas ADUN PAS Changkat Jering itu tanpa rasa bersalah memfitnah Najib konon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya umum.

Tohmahan jahat tersebut dibuat oleh Nizar yang ketika itu merupakan ADUN PAS Pasir Panjang dalam satu ucapan politik semasa berceramah secara terbuka di Taman Desa Pakatan di Ipoh pada malam 23 April 2012.

Pada 25 Ogos 2014, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak kerana memfitnah Perdana Menteri dalam ucapannya di ceramah tersebut yang direkodkan antara jam 9.00 malam sehingga jam 12.00 tengah malam.

Bekas ahli Parlimen PAS Bukit Gantang itu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum selama dua tahun atau dikenakan denda.

Setelah lebih setahun kes tersebut dikemukakan, pada Rabu, Nizar, yang berusia 58 tahun; akhirnya dibebaskan oleh pihak mahkamah di Ipoh selepas beliau mengemukakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri.

Permohonan maaf tersebut dibuat secara terbuka di mahkamah. Sebelum itu kes Nizar ini agak menarik kerana ia menjadi terlalu lama dan ramai yang menunggu bilakah beliau hendak dihadapkan semula ke muka pengadilan.

Ada cakap-cakap politik konon kes ini akan hilang begitu sahaja sekiranya tidak dibicarakan dalam masa terdekat. Isu ini kemudian kembali menjadi panas apabila beliau dibidas oleh ramai pemimpin BN di Perak.



Semasa dihadapkan di mahkamah, ADUN PAN Changkat Jering itu mengaku tidak bersalah dan sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 26 September 2014, beliau diikat jamin RM4,000 serta seorang penjamin.

Untuk rekod Nizar pada 2012 dipetik berkata: 

“Saya juga dikhabarkan Najib baru-baru ini panggil kesemua pemimpin ATM, semua pegawai kanan ATM daripada darat ke, daripada laut ke, dan daripada udaranya.

“Najib bertanyakan pada mereka seandainya Barisan Nasional tumbang dalam pilihan raya umum, maka buatlah sesuatu. Saudara-saudara nak tahu apa kata ketua-ketua angkatan tentera ini, mereka juga terbuka.

“Mereka belajar berkenaan apa yang berlaku di Timur Tengah (Nota: kebangkitan rakyat Arab Spring yang didalangi Zionis antarabangsa), maka mereka beritahu Najib, kami akan sebelahi rakyat, itu jawapan tentera.

“Maknanya kalau rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional dan memilih Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya, maka tentera-tentera ini pun akan bersama-sama dengan rakyat.

“Ini menyebabkan Najib terus menjadi pucat lesi sepucat-pucatnya, Najib ingat tentera ini boleh dipermainkan,” dakwa Nizar dengan penuh yakinnya ketika menyampaikan ceramah berkenaan.

Pihak ATM bagaimanapun kemudian menafikan tohmahan jahat itu dan mendakwa Perdana Menteri tidak pernah berbuat demikian sepanjang perkhidmatannya selepas mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dan pada 28 Oktober, terbuktilah dakwaan Nizar itu bukan sahaja tidak berasas, bahkan berniat tidak baik kepada Najib hanya untuk ‘meracuni’ rakyat dengan propaganda palsu semata-mata mahu menang pilihan raya umum.

Amatlah malang sekali penyokong pembangkang yang ‘termakan’ hasutan fitnah sebegini, namun mujur parti-parti pembangkang gagal ‘menawan’ negara ini daripada Barisan Nasional. – Agensi





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

"PAS Tetap Kekal Bersendirian" - TG Abdul Hadi Awang

PAS menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia pendekatan terbaru diambil parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.

“Kami berjumpa menteri mengenai isu rakyat, kami perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri yang tak hadir ke Parlimen.

“Kami bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak bekerjasama dalam perkara yang tak baik,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, seperti dilaporkan portal berita Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, semalam.

Menurutnya, keputusan terbaru itu bukan tindakan berpatah balik, namun lebih bersikap profesional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“Kami parti berpengalaman lebih jauh daripada parti lain, kami menyertai kerajaan campuran 1970-an, pada 1974 keluar balik.

“Kata kami tak akan bekerjasama dengan Barisan, tu tak betul, ” kata Ahli Parlimen Marang itu.


kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu. Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” katanya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatannya.

“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demonstrasi jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

“Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS,” ujarnya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 27 October 2015

"Saya Bukan Samseng Melayu" - Razlan Rafii

Bagi pemerhati politik kedai kopi, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii akan dipadankan dengan stereotaip 'samseng ketuanan Melayu'.

Gambaran ini mungkin terukir dalam minda orang ramai selepas beliau mengancam membakar ibu pejabat DAP tahun lalu. Ini susulan kontroversi kenyataan ‘Umno celaka’ oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Seri Delima, RSN Rayer.

Namun jika diperhalusi, Razlan bagaikan contoh kepada dilema Umno di era moden-hidup dalam masyarakat berbilang kaum sambil mempertahankan hak Melayu mendapat lebih keistimewaan. Cita-cita Razlan, Malaysia sepatutnya seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI), sebuah perbandaran mewah, di mana rakyat pelbagai kaum hidup bersatu padu.


Bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkata, di TTDI, semua bangsa bebas mengamalkan agama di samping berhubung akrab dengan jiran mereka.

Razlan sendiri membesar dalam persekitaran pelbagai bangsa ketika menetap di Sentul yang kebanyakan penduduknya berbangsa India, sebelum berpindah ke Salak Jaya, sebuah kawasan majoriti Cina. Lelaki 41 tahun itu juga sempat tinggal di setinggan Kampung Maxwell, berdekatan dengan lokasi ibu pejabat Umno hari ini, yang mana bapanya ketua bahagian Umno cawangan di situ.

Namun ‘budak bandar’ itu kesal dengan pudarnya gaya hidup berbilang kaum secara perlahan-lahan di Kuala Lumpur.

“Perkara yang saya paling risau demografi pendudukan dalam Malaysia. Dulu kita ada kampung-kampung, saya dulu belajar dengan kawan-kawan Cina (dan) India, semua belajar sekali bersama-sama.

“Kita belajar sama, duduk rumah sama, makan sama kadang-kadang kita pergi rumah kawan (India) saya Kumar makan capati, kadang-kadang pergi rumah (kawan Cina) Ah Fong untuk makan, tiada masalah.

“Tetapi hari ni saya tak nampak perkara itu. Bila saya tanya, anak saya umur 16 tahun tidak ada perkara-perkara itu terjadi dalam kehidupan mereka.

“Apa yang jadi sekarang ini, orang Cina duduk dengan kelompok Cina, orang Melayu kelompok dengan Melayu dan India dengan India,” katanya kepada penulis.

Membesar dalam masyarakat yang pelbagai latar, beliau turut menyimpan kagum dengan bangsa lain, terutamanya Cina. Orang Cina, katanya, berhati-hati dengan wang mereka dan mengambil kesempatan daripada tawaran kerajaan seperti rumah mampu milik.

Manakala Melayu, beliau berkata, lebih membazir dan secara umumnya kurang berdaya saing. Kemungkinan pandangan bahawa orang Melayu kurang maju yang membentuk pendirian Razlan bahawa bangsa itu seharusnya diberi perlindungan dan dibantu. - Sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Elak Bayi Guna Nama Yang Disukai Jin?!

Dalam program TV Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin dan disukai JIN.

Walaupun sebutan nama-nama ini sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang yang menggunakan nya....

Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak anda semua :
  • Balqis
  • Qistina/Kistina
  • Najwa
  • Zaquan/Zakuan
  • Batrisya
  • Erisya


Peringatan daripada Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu menukar nama, tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan.

Sebagai contoh, nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.

Namun, sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya.

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah, banyak kes pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas.

Sebab itulah Ustaz Sharhan menasihatkan, elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu 'dipakai' jin....

P/S : Walau bagaimanapun, tidaklah salah atau berdosa jika sekiranya Anda Semua menggunakan nama tersebut...Wallahu a'lam...

*Gambar Sekadar Hiasan!

Gambar bawah ini anak perangai macam jin!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 26 October 2015

"Syukurlah, Nizar Jamaluddin Keluar PAS" - Ustaz Ibrahim

Hari ini admin berkesempatan berjumpa dengan seorang penyokong PAS, Ustaz Ibrahim dari Perak yang mana pada PRU13 beliau antaranya penyokong kuat Datuk Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin. 


Datuk Seri Mohammad Nizar dilahirkan di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Negeri Perak pada 17 Mac 1957. Beliau sudah berkahwin dengan isterinya Fatimah Taat dan mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Bapanya keturunan Melayu sementara ibunya seorang Cina.

Tiada yang cacat celanya Keluarga Nizar Jamaluddin ini akan tetapi perkara yang dibangkitkan oleh bekas penyokong beliau ini menyatakan rasa kecewanya yang teramat sangat lantaran ditipu hidup hidup meskipun pihak lawanya (UMNO Perak) pernah mengingatkan bertapa teruknya individu yang bernama Nizar Jamaluddin. Sehinggakan Hanafiah Man terpaksa berkhemah disetiap kali ceramah dilakukan oleh Nizar Jamaluddin.

Pada sidang Dun Perak beliau yang dilihat lantang mempertahankan DAP (selalu sekutu PR pada masa itu) dan dalam kenyataanya jelas menetang Negera Islam dan Hudud dua agenda besar Parti Islam SeMalaysia (PAS) ketika mewakili denyut nadi perjuangan parti PAS ketika itu.


Ketegas Nizar dalam ucapan dalam sidang Dun tersebut cukup menguris hati dan sanubari Ustaz Ibrahim yang selama ini percaya akan individu yang bernama Nizar Jamaluddin. Malahan Nizar dilihat sebagai pembohong besar bilamana menipu para pengundinya pada PRU13 dengan kesnya pembunuhan Altantuya dan dikaitkan dengan parti lawannya (UMNO). 



"Harga C4 (RM3juta) itu pun dia tipu..Yang lain tu..tipu juga?! Syukurlah, Nizar Jamaluddin Keluar PAS" itulah kata ringkas yang beliau bisikkan kepada admin oleh Ustaz Ibrahim.


Dalam media sosial-facebook dilihat mula viral gambar ini dilihat pejabat Nizar menurunkan papan tanda pejabat beliau daripada PAS kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang dilihat kini jelas sebagai pekakas DAP untuk membantu DAP mengemis undi Melayu Islam kepada wakil DAP meskipun ianya dizahirkan atas nama PAN!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video "Naik Train Ada Tol" - Wan Azizah #Bajet2016

Meskipun wan azizah terlancap mengucapkan kata kata tersebut, maka ada juga yang cuba mempertahankan kata kata beliau kononnya salah dengar soalan wartawan. Masalahnya apa yang Wan Azizah dengar selama satu jam 45 minit PM Malaysia DS Najib Razak membentangkan #Bajet2016 dalam Sidang Parlimen?


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran.” 

Para sahabat bertanya“Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” 

Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak, maka tunggulah saat kehancuran.”


Bajet 2016 ada menyebut berkenaan Lebuhraya Pan Borneo

Kerajaan Persekutuan memberi jaminan Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol kerana ia adalah laluan utama pengguna jalan raya kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berbeza dengan di Semenanjung yang lebuh rayanya dikenakan tol, kerana ada laluan alternatif disediakan, iaitu jalan yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya. 

"Lebuhraya Pan Borneo ialah laluan utama, tidak ada jalan alternatif, ini perlu diperjelaskan kenapa tol tidak dikenakan di sini. Di Semenanjung, laluan utama ialah lebuh raya utara selatan yang ada juga jalan alternatif," katanya semasa merasmikan fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM13 bilion di sini hari ini. 

Najib berkata, di Semenanjung, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan laluan utama yang dikenakan tol untuk cepat sampai ke destinasi tertentu, atau memilih jalan alternatif yang mungkin jauh jaraknya. Beliau berkata, fasa seterusnya projek lebuh raya ini akan dilaksanakan pada tahun ini juga dengan pelancaran dijangka pada bulan September. Perdana Menteri berkata, apabila siapnya projek lebuh raya ini nanti ia bukan sahaja menambah baik infrastruktur Sarawak, tetapi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada semua rakyat di negeri ini. Beliau menafikan projek Lebuhraya Pan Borneo ialah projek mega yang membazirkan wang rakyat kerana projek itu bakal membawa faedah jangka panjang penduduk negeri ini. 

Dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, projek Lebuhraya Pan Borneo akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 1,663km dari Sarawak ke Sabah iaitu 936km jalan di Sarawak dan 727km untuk Sabah. 

Bagi Sarawak, skop pelaksanaan projek kali ini ialah pembinaan jalan 919km untuk pembangunan jalan satu lorong dari Tanjung Datu ke Sematan dan pembinaan jalan dua lorong dari Sematan ke Merapok. Pembinaan secara rasmi bermula di Sarawak pada hari ini dengan fasa pertama bermula untuk jalan sepanjang 43km dari Nyabau ke Bakun yang dijangka siap penghujung 2017 diikuti jalan Tanjung Datu-Sematan-Miri-Limbang-Lawas dengan tempoh semua projek siap dijangka dalam masa lapan tahun iaitu pertengahan 2023. 

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang turut berucap, berkata perundingan dengan konsesi tol di Kuching, Sibu dan Miri masih belum membuat sebarang keputusan sama ada hendak menurun atau menghapuskan kutipan tol bagi ketiga-tiga syarikat berkenaan. "Kalau boleh tol dihapuskan, tapi ini belum diputuskan, kita mahu meringankan beban pengguna jalan raya yang terpaksa membayar cukai jalan dan mengurangkan kos sara hidup," katanya. 

Beliau berkata tindakan Kerajaan Persekutuan tidak mengenakan tol ke atas Lebuhraya Pan Borneo adalah keputusan tepat memandangkan ia akan menjadi laluan penting bagi penduduk Sarawak untuk tujuan ekonomi dan sosial. Beliau berkata, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah bukti kukuh komitmen kerajaan persekutuan menunaikan janji seperti yang termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri; Ketua Jabatan dan ketua kaum di sini. - BERNAMA


INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2016 

Berikut disertakan ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2016 yang akan dikemaskini sepanjang pembentangan berlangsung 

Lima Tunjang Atau Strategi Utama Bajet 2016 

Memperteguh ketahanan ekonomi negara 
Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau 
Mempersiaga modal insan 
Memperkasa agenda bumiputera 
Meringankan kos sara hidup rakyat 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 24 October 2015

‪#‎Bajet2016‬ : Bumiputera Tunggu Apa Lagi?

Bajet 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini sekali lagi menjuarai keperluan rakyat umumnya.

Terima kasih diucapkan atas keprihatinan Perdana Menteri melalui Kementerian-Kementerian yang berusaha keras memastikan untung nasib rakyat mendapat pembelaan dan perhatian sewajarnya.



Isu perumahan menjadi antara tajuk utama dalam perbentangan Bajet 2016 hari ini dan bagi Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) ianya tepat pada masa terutama buat anak muda bandar di sini.

Apa yang pasti kerajaan sudah melihat dan mendengar rintihan rakyat yang mengalami kesukaran untuk memiliki rumah apabila harga melambung tinggi tanpa kawalan terutama di bandar-bandar.

Untuk skim pendahuluan perumahan, RM 200 juta diperuntukan namun mekanisma cara pengagihan masih tidak diketahui oleh golongan sasaran. Hal ini amat membimbanngkan terutama kepada mereka yang sedang mencari rumah untuk dibeli.

Tahun lepas skim Perumahan Belia memberikan pendahuluan pembelian rumah dengan jaminan kerajaan serta RM 200 rebat oleh kerajaan selama 24 bulan. Skim 'first come first serve' masih lagi tidak diketahui status pecahan kaum bagi mereka yang layak menerimanya.

PPUWP berharap dengan tambahan bajet sebanyak RM 200 juta ini akan direbut oleh golongan muda terutama anak-anak Melayu bandar.

Di samping itu juga, PPUWP mencadangkan RUMAWIP dan PR1MA bekerjasama dengan NGO-NGO Bumiputera bagi meningkatkan pemilikan hartanah di Malaysia di mana Bumiputera masih belum sedar akan kepentingan memiliki rumah dalam usia muda.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

23 October 2015
Baca Seterusnya...

Wednesday, 21 October 2015

Kit Siang Hina Speaker Dewa Rakyat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said akan membentangkan usul supaya menggantung keahlian Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dari Dewan Rakyat kerana menghina speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Saya akan bentangkan, tunggu usul itu difailkan sebelah petang," katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen.

"Usul itu sudah siap dan telah ditandatangani," kata menteri itu yang bertanggung-jawab menyelia hal ehwal Parlimen.

Semalam, Pandikar mengarahkan pemimpin veteran DAP itu untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf atau menghadapi risiko tindakan lanjut.

Isnin lalu, Lim mendakwa Pandikar menyalahgunakan kuasanya dengan membekukan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama tiga bulan dalam usaha untuk mensabotaj siasatan kes 1MDB.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Punca Kerajaan Kena Bayar Pampasan Tol

"Saya tanya Tan Sri Koh Tsu Koon (bekas Menteri Besar Pulau Pinang) apa dah naik di Pulau Pinang? Dia kata tarif air sudah naik, kos pembangunan naik, harga tempat parkir pun sudah naik. Jadi, di Pulau Pinang, dan Selangor, kos pun naik juga," 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober ‎lalu sebagai satu keperluan.

Tegas Najib, kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), lapor Astro Awani.

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

"Gerakan mahu saya meningkatkan harga BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad," tambah Najib dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti GerakanMALAYSIA di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Mengulas lanjut, Najib juga berkata peningkatan kos sara hidup yang turut berlaku di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan peningkatan kos adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan lagi.

"Saya tanya Tan Sri Koh Tsu Koon (bekas Menteri Besar Pulau Pinang) apa dah naik di Pulau Pinang? Dia kata tarif air sudah naik, kos pembangunan naik, harga tempat parkir pun sudah naik. Jadi, di Pulau Pinang, dan Selangor, kos pun naik juga," kata Najib.

Terdahulu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata parti itu masih menyifatkan BR1M adalah satu pemberian yang tepat bagi meringankan beban rakyat.

"BR1M ialah seperti skim-skim yang turut dilaksanakan di negara maju seperti Singapura dan Hong Kong. Malah Gerakan menggesa supaya BR1M dinaikkan, di samping langkah-langkah yang lebih berkesan dilaksanakan dengan tujuan mengawal dan mengurangkan kenaikan kos sara hidup," kata Siew Keong dalam ucapan aluannya dalam persidangan yang sama.

Beliau turut mencadangkan semua isi rumah yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan diberikan potongan cukai bagi bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sama seperti potongan cukai untuk insurans, KWSP, dan lain-lain perbelanjaan.

"Ini akan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga berpendapatan sederhana, sementara BR1M menyediakan bantuan dalam bentuk wang tunai yang lebih diperlukan untuk golongan berpendapatan rendah," tambah Siew Keong. - Sinar

Kadang apa yang ditinggalkan oleh yang terdahulu bukan semua menguntungkan rakyat! Najib pula kena cuci mangkuk!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 20 October 2015

Serangan #1MDB Banyak Menggunakan Sumber Palsu?

JANGAN PERCAYA SARAWAK REPORT (SR),Tun M dan Tony Pua.

Ketiga tiga pihak di atas terus mengulang ulang tuduhan terhadap 1MDB dengan bahan cerita yang dikitar semula kerana kehabisan modal. Mereka mengejar masa kerana bimbang kepada dua perkara berikut;

  •  Bimbang rasionalisai 1MDB akan berjaya. Justeru perlaksanaannya mesti disabotaj.
  •  Bagi memastikan Najib digulingkan sebelum akhir tahun.


1. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA). Seolah-olah ini satu pembongkaran yang MAHA BESAR. Sedangkan tiada siapa yang menafikan hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA. Jho Low sendiri tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai penasihat TIA. Jho Low telah MELETAK JAWATAN sebagai penasihat TIA pada bulan Mei 2009, sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan bertukar nama kepada 1MDB. Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat, ahli lembaga pengarah mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB.

2. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low. Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR, melaporkan penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star adalah anak syarikatnya.

3. Paling penting, SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi. Kononnya wang ini diambil oleh Jho Low, membeli rumah mewah di New York, membiayai filem Riza Aziz di Hollywood, kemudiannya masuk ke dalam akaun Najib. Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi AS$2.318 bilion. Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB; pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015.

4. Tun M banyak menggunakan sumber palsu ini. Sebenarnya kredibiliti Tun M tercalar kerana dua perkara berikut;

a. Tun M banyak menggunakan sumber palsu daripada Sarawak Report dan Tony Pua DAP. Mereka bersekongkol.

b. Menurut Tunku Abdul Aziz bekas Presiden Intergriti Malaysia, Tindakan Tun M itu boleh menyebabkan kerajaan BN akan tumbang (marahkan nyamuk kelambu dibakar). Tun M mencacatkan imej Negarawannya kerana keadaan lebih teruk berlaku di zaman beliau seperti bail out PERWAJA sebanyak RM 20 Bilion dan kerugian FOREX sebanyak RM 33 Bilion.





Salah satu teknik propaganda adalah :

Berulang ulang : Sentiasa berulang ulang menyatakan sesuatu hal walaupun tidak benar atau tidak sahih untuk menyakinkan orang lain agar percaya.

Seperti hari ini barua pembangkang asyik ulang 1MDB rugi..bazir duit rakyat..bla..bla..

Padahal dah dijelaskan bagaimana modul 1MDB dijalankan. Masih tetap kata 1MDB rugi dan bermasalah.

Jikalau benar 1MDB bermasalah dan tidak menguntungkan. Minggu lepas dah 1MDB tutup gulung tikar. Check mate...game over..tah berapa kali..hahaha..
Baca Seterusnya...

Gambar Kuala Lumpur Ditelan Jerebu [20 Oktober 2015]

Gambar ini diambil dari Menara Felda (bersebelahan KLCC) Pada 20 Oktober 2015 pukul 4.00 petang, Allahuakbar.





Ini gambar ketika cuaca biasa




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Amaran Deman Kepialu Dari Kementerian Kesihatan Malaysia 2015

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 


PENINGKATAN KES DEMAM KEPIALU DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan sejak minggu pertama bulan Ogos 2015, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) telah menerima notifikasi sebanyak tujuh (7) kes demam kepialu. Mereka merupakan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar. Seramai 2 daripada 10 kontak yang diperiksa juga didapati positif ujian dan mereka telah diberikan rawatan.


Semenjak itu, beberapa kes lagi telah dinotifikasikan dari beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur. Sehingga 18 Oktober 2015, jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 32 kes. Daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4). Namun begitu tiada kematian dilaporkan.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku. Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut.

Bilik gerakan telah dibuka bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan. Sejumlah 37 orang kontak terdiri dari ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa. Sejumlah 79 sampel najis dan 4 sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella typhii. Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL baik.



Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman. Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu (1) hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.


Demam kepialu masih berlaku di beberapa kawasan di Malaysia yang mempunyai liputan bekalan air minum terawat dan penggunaan tandas sanitari yang rendah serta kebersihan persekitaran dan personal yang terabai. Jangkitan juga disumbang oleh pengendalian makanan yang tidak mengikut tatacara yang selamat dan sihat. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan negeri yang sentiasa mencatat kejadian penyakit demam kepialu yang rendah setiap tahun. Kejadian demam kepialu bukanlah keadaan luar biasa di WPKL, dengan bilangan kes semenjak 5 tahun yang lalu adalah di antara tujuh (7) hingga 35 kes setahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelakkan jangkitan. Pilih kedai atau gerai makan yang bersih, termasuk juga pekerja-pekerja khususnya pengendali makanan yang bersih. Makanan yang panas dan baru dimasak perlu dijadikan pilihan utama. Kebersihan diri (personal hygiene) juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas. Dapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala demam kepialu bagi mengelakkan komplikasi.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang berusaha keras menjalankan langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi mencegah penularan jangkitan penyakit ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
 - sumber







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Hutang KDNK Singapura Mencecah 97%


Berdasarkan laporan IMF telah mengeluarkan laporan 20 negara paling tinggi hutangnya berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malah singapura yang dibangga-bangakan  pembangkang telah mencecah 97% berbanding KDNK nya walhal kita Malaysia hutang baru sahaja mencecah 63.8%. rujuk sini :- http://www.statista.com/…/countries-with-the-highest-publi…/


Untuk rekod Malaysia tidak mempunyai apa-apa pinjaman daripada Bank Dunia mahupun IMF menunjukan Malaysia masih mampu berdiri dengan dikakinya sendiri.

Selain itu pembangkang tidak pernah mendedahkan kedudukan sebenar hutang negara kita selain hanya menunding negara bankrap. Perlu difahami daripada jumlah RM 744.7 billion, 
  • 42% adalah deposit dan hutang warga asing, 
  • 37% adalah hutang sektor swasta, 
  • 10% adalah hutang syarikat awam, 
  • 9% adalah kredit pelaburan dan jaminan 
  • 2% hutang kerajaan pusat

Ini membuktikan hutang luar negara yang diambil oleh kerajaan pusat hanyalah sebanyak RM16.8 billion iaitu 2% daripada RM744.7 billion

2% PERNAH PR CAKAP? KALAU HENDAK BANDINGKAN SECARA KESELURUHAN KENAPA SINGAPURA 97% MASIH MAMPU BERDIRI MALAH JAPAN 246.14%, ITALY 133.76%, UNITED STATES 105.06%.

Sekarang cukup jelas apa yg diputar belit Pakatan Rakyat hanyalah propaganda sekadar menjatuhkan kerajaan yang sah sahaja.

- sumber
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!