Wednesday, 30 September 2015

Undi Tidak Percaya Kepada Najib - Tun Dr Mahathir

Plot 'Undi Tidak Percaya' Tun M tidak bersandar bukti dan undang-undang



1. Baru saja pada 25 September 2015, Tun Dr Mahathir menulis, “satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur,” semalam, pada 29 September 2015, kenyataannya berubah lagi kepada “the assets are actually Government land which Najib allowed 1MDB to acquire at ridiculously low prices, and then revalued 500 times more.”

2. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, aset 1MDB bukan sekadar loji janakuasa di dalam negara dan tanah di Kuala Lumpur sahaja, tetapi merupakan IPP beserta 13 loji janakuasa di dalam dan di luar negara, tanah di Jalan Tun Razak dan Sungai Besi, tanah di Pulau Pinang dan Selangor, serta aset-aset kewangan yang jelas dimiliki dan mempunyai nilai di dalam penyata kewangan diaudit 1MDB. Kecenderungan Tun M mengubah-ubah data dan kenyataan menunjukkan kata-katanya bukan bersandarkan fakta dan bukti, tetapi hanya dakwaan dan tuduhan semata-mata.

3. Plot MENJENAYAH NAJIB yang bermula awal tahun 2015 sedang mengambil bentuk baru. Plot ini bermula dengan dakwaan menerusi media dalam talian (online) dan disusuli dengan cubaan memperalatkan institusi penguatkuasaan dan undang-undang negara. Plot kemudiannya menjadi rancangan menggulingkan Najib menggunakan platform parti, iaitu melalui Majlis Kerja Tertinggi, mesyuarat tahunan UMNO di bahagian-bahagian dan sayap UMNO. Apabila ia gagal, plot ini menjadi rancangan menggulingkan Najib melalui demonstrasi jalanan. Apabila ini juga gagal, ia bertukar menjadi rancangan MENJENAYAHKAN NAJIB menggunakan media, institusi dan pihak berkuasa asing, termasuk FBI. Apabila Najib tidak ditangkap oleh FBI di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), plot ini sedang bertukar kepada cubaan MENGGULINGKAN NAJIB melalui Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat pula.

4. Tun M cuba menggunakan alasan amalan demokratik dan perundangan untuk memberi justifikasi terhadap rancangan ini.

5. Tun M mendakwa “tiada PM yang membubarkan institusi yang menyiasat asal usul (wang RM2.6 bilion) dan di mana wang yang mereka punyai ini berada.” Dakwaan Tun M ini pelik, kerana pertama, rasanya sebelum ini TIDAK ADA institusi yang diarahkan untuk menyiasat asal usul dan di mana wang yang dipunyai oleh PM-PM sebelum ini, termasuk yang dimiliki oleh Tun M dan anak-anaknya. Kedua, dakwaan Tun M ini adalah pembohongan kerana Najib tidak PERNAH membubarkan Jabatan Audit Negara, Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

6. Dakwaan Tun M bahawa tiada PM sebelum ini yang “meminjam RM42 bilion pada kos yang tinggi untuk menubuhkan dana pembangunan yang terlibat dalam urus niaga yang kabur”, juga pelik kerana pertama, bukan PM yang berhutang, tetapi syarikat 1MDB. Kedua, sebelum ini kebanyakan syarikat kerajaan diberikan dana atau aset yang berpadanan dengan peranannya, sedangkan 1MDB hanya diberikan modal permulaan RM1 juta dan dari segi model perniagaannya, ia perlu mencari dana melalui pasaran hutang. Ketiga, dakwaan ‘kabur’ ini pelik kerana setiap perniagaan yang 1MDB diceburi mempunyai bukti dokumentasi yang jelas dan diaudit. Pelaburan dalam PetroSaudi memberikan keuntungan AS$488 juta. Pelaburan di dalam IPP mempunyai stesen janakuasa yang masih beroperasi, mempunyai lesen dan perjanjian perbekalan tenaga. Pelaburan dalam sektor hartanah juga mempunyai aset yang nyata dan kerja-kerja pengalihan aset serta kerja tanah juga telah dimulakan.

7. Dakwaan Tun M bahawa tiada PM sebelum ini yang “melaburkan lebih daripada RM1bilion dalam usaha sama yang meragukan dengan syarikat-syarikat Arab yang meragukan juga pelik” kerana pelaburan dan usaha sama 1MDB dibuat ke dalam syarikat Arab Saudi yang ternama, iaitu PetroSaudi. PetroSaudi, berdasarkan maklumat di laman webnya adalah sebuah syarikat eksplorisasi dan pengeluaran minyak yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai ibu pejabat di London, United Kingdom, Riyadh, Arab Saudi dan Geneva, Switzerland. Dalam laman web yang lain, disebut PetroSaudi mempunyai pelbagai projek di Timur Tengah, Amerika Latin, Afrika dan beberapa rantau strategik. PetroSaudi juga memiliki kapal dan melaksana operasi cari gali minyak, yang pertama PetroSaudi Saturn, dibina pada tahun 1983 oleh Keppel Fels, Singapura dan beroperasi sejak 2010. Kedua, PetroSaudi Discoverer, dibina pada tahun 1977, berkapasiti kasar 5,897 ton dan boleh mencari gali sedalam 20,000 kaki ke dalam paras laut. 

9. Paling pelik apabila Tun M mengatakan “tiada daripada mereka yang terlibat dengan skandal kewangan dan pembunuhan sesiapa,” kerana jelas bahawa sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya, Tun M memang berulang kali dikaitkan dalam sejumlah skandal kewangan termasuk yang melibatkan anaknya dan individu yang disebut sebagai kroninya, sehingga ada dakwaan bahawa Tun M telah mengakibatkan kerugian RM100 bilion kepada negara. Tun M juga dikatakan terlibat dalam ‘pembunuhan’ rakyat Memali. Mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya menampakkan Tun M sudah kehabisan modal sehingga terpaksa mempertikaikan keputusan mahkamah selepas perbicaraan selama 9 tahun dan pengakuan Razak Baginda mengenai hubungannya dengan Altantuya.

10. Nampaknya Tun M masih tercari-cari justifikasi perundangan untuk MENJENAYAH dan MENGGULINGKAN NAJIB termasuk dengan menggunakan alasan dana politik dari sumber derma yang diterima Najib walaupun dia tahu tiada undang-undang yang melarang seseorang ahli politik menerima dana politik dan pihak berkuasa seperti SPRM juga telah mengesahkan bahawa ia bukan dari sumber rasuah dan 1MDB, berdasarkan bukti 4 dokumen daripada penderma dan komunikasi mereka dengan penderma.

11. Jelas, plot ‘Undi Tidak Percaya’ Tun M ini nampaknya tidak bersandarkan bukti dan hujah perundangan, sebaliknya sekali lagi, merupakan permainan persepsi semata-mata.

tun faisal dot com: Plot 'Undi Tidak Percaya' Tun M tidak bersandar bukti dan undang-undang - http://tunfaisal.blogspot.my/2015/09/plot-undi-tidak-percaya-tun-m-tidak.html?m=1
Baca Seterusnya...

Monday, 28 September 2015

Sukarelawan Belia #MyVOC Edar Topeng Muka Ke Sekolah

Komuniti Sukarelawan Belia #MyVOC, Majlis Belia Malaysia telah mengedarkan sebanyak 1000 keping topeng muka kepada guru-guru dan murid-murid di Sekolah Rendah Agama Bandar Kinrara 5, Puchong.


Sebelum mengedarkan topeng muka, sedikit penerangan mengenai jerebu dan cara pemakaian topeng muka diterangkan oleh Encik Zaidi Aziz, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia. Turut hadir untuk mengedarkan topeng muka tersebut ialah Encik Ahmad Saparudin Yusop, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia.-belia.org.my



Baca Seterusnya...

Radio Amatur #MyVOC Sedia Bantu Masyarakat Ketika Bencana

Menyedari betapa pentingnya komunikasi ketika bencana alam, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah proaktif melahirkan sukarelawan mahir dalam mengendalikan radio amatur atau ham operator. Pasukan ini diyakini mampu dan berupaya menghulurkan bantuan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau bencana alam



Kewujudan pasukan ini adalah sebahagian dari kepakaran Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC) yang di wujudkan oleh MBM dengan kerjasama KBS.

Ketua Penerangan MBM, Saudara Mohammad Rizan Hassan berkata, pasukan radio amatur ini merupakan perkhidmatan radiokomunikasi bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan laporan yang dijalankan oleh sukarelawan terlatih tanpa ada kepentingan kewangan.

Menurut Rizan Hassan, pengendali radio amatur pada dasarnya menjadikan alat komunikasi itu sebagai hobi bagi berhubung dengan rakan-rakan yang lain di seluruh negara, namun mereka turut memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa ketika kecemasan dan bencana.

“Sebagai contoh, ketika banjir besar melanda Kelantan yang lalu, kumpulan radio amatur menghulurkan bantuan dari segi komunikasi berikutan sistem talian selular mengalami gangguan,” katanya lagi.

Tambah beliau, ”MBM kini memfokuskan latihan kepada sukarelawan yang berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing. Ini bermakna, MBM menerusi MYVOC akan mempunyai sukarelawan yang terlatih yang akan bergerak di bawah pengawasan miimum ketika kerja lapangan nanti”.

Pasukan ini juga mendapat perhatian dan pujian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak ketika merasmikan SilverYouth Fest 2015 di Ipoh tempohari. Beliau yang melawat gerai pameran MYVOC turut memuji usaha KBS-MBM ini yang dilihat sentiasa terkehadapan dalam misi-misi bantuan kemanusiaan. Turut sama dalam lawatan itu ialah YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan Saudara Hasnul Fairuz, Presiden Majlis Belia Negeri Perak.





Penyertaan MYVOC di dalam SilverYouth Fest 2015 adalah dalam rangka Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Selain dari pameran radio amatur, MYVOC turut menampilkan pasukan perubatan yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung. Pemeriksaan kesihatan meliputi pemeriksaan tekanan darah, kandugan gula dalam darah dan khidmat nasihat kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.- belia.org.my
Baca Seterusnya...

Sunday, 27 September 2015

#MyVOC Edar 1500 Penutup Muka Oleh Sukarelawan Dari Dua Negara

Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Cawangan Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif mengedarkan topeng muka kepada orang awam di sekitar KLCC bermula seawal jam 8 pagi.


Sebanyak 1500 penutup muka diedarkan kepada orang ramai di sekitar hentian bas dan laluan keluar dari LRT KLCC.

Mohamad Yassar, Pengurus KNPI Caw Malaysia menyatakan perlunya tindakan yang lebih keras kepada pesalah yang menyebabkan jerubu berlaku.

Sdr Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM pula menghargai usaha bersama ini dalam menyatakan kesulitan yang terpaksa dilalui oleh masyarakat kedua-dua negara.

Seramai 20 orang aktivis daripada kedua-dua negara hadir melakukan kerja penyerahan selama setengah jam tersebut bermula 8.00 pagi.

Semoga usaha kecil ini mendapat perhatian masyarakat umum berkenaan kesihatan dan memberi mesej kepada Kerajaan Indonesia supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Tindakan tegas harus diambil kepada pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.

KITA BERKONGSI UDARA YANG SAMA. -Belia.org.my












للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#MyVOC Sukarelawan Bantu Kempen Bahaya Jerebu

Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) ke SK Putrajaya Precint 18(2) sempena kempen atasi bahaya jerebu di sekolah-sekolah dan tempat awam yang telah digiatkan semenjak minggu lepas.


Selain mengedarkan topeng muka kepada pelajar-pelajar, team #MyVOC juga telah memberikan penerangan tentang tindakan semasa jerebu.

Turut hadir ke program tersebut ialah Sdr Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung MBM, Ybhg Dr Sharifah Norazah bt Syed Anuar, Yang Dipertua PIBG SKPP18(2) bersama Pn Alijah bt Ali, Guru Besar SKPP18(2) serta wakil dari Kementerian Belia dan Sukan. -Belia.org.my






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 26 September 2015

#MyVoc Majlis Belia Malaysia Edar 10 Ribu Penutup Mulut

Majlis Belia Malaysia (MBM) sudah mengedarkan hampir 10 ribu keping penutup mulut disekitar lembah Klang bermula khamis minggu lepas.


Keadaan Jerebu yang dilihat semakin membimbangkan menjadi faktor MBM tampil menghulurkan bantuan dengan mengedarkan penutup mulut di sekitar lembah Klang khususnya melibatkan pelajar sekolah .

Pagi tadi, MBM bersama sukarelawan #MyVoc telah menyerahkan hampir 2 ribu keping penutup mulut kepada guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara untuk diedarkan kepada murid sekolah terbabit.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden MBM, Saudara Mohd Zaidi Aziz dan beberapa orang sukarelawan Myvoc yang turun membantu.

“Ini merupakan satu usaha murni MBM dan Myvoc dalam memberi kesedaran berkenaan kesihatan dalam keadaan jerebu ini dan ia merupakan salah satu klausa didalam perlaksanaan program Myvoc iaitu pendidikan dan kaunseling”, Zaidi Mohd Aziz.


Turut berlangsung pagi tadi ialah penyerahan penutup mulut oleh Kongres Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Cawangan Malaysia bersama MBM di hentian Bas KLCC.

Selain dari kawasan sekolah, MBM turut mengedarkan penutup mulut secara percuma di sekitar Bangsar dan Bandar Kuching dan mereka dalam perancangan untuk mengedarkan lebih banyak lagi penutup mulut kepada orang awam dalam minggu ini sehinggalah keadaan udara di negara ini kembali kepada paras normal.

Lewat tengah malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan dalam Twitter beliau mengumumkan persetujuan Menteri Pendidikan untuk menutup sekolah hari ini yang melibatkan Kuala Lumpur/Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Melaka kerana Indeks Pencemaran Udara IPU dikawasan terbabit kebanyakannya hampir mencecah 200, iaitu paras bahaya. - 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Belia #MyVOC Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir Cameron

Sekali lagi, pasukan MyVOC membuat percaturan yang bijak dengan menghantar misi bantuan kepada penduduk Kg Raja Cameron Highland yang telah ditimpa banjir lumpur baru-baru ini. Misi bantuan yang diketuai oleh exco Majlis Belia Malaysia (Eric Chu) bersama-sama sukarelawan dari negeri Selangor dan Pahang.

Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk dengan kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang. Syukur, sumbangan ini sedikit sabanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya.


>> En. Eric Chu, Exco Majlis Belia Malaysia

Mengulas tentang program ini, En. Eric Chu selaku Exco Majlis Belia Malaysia dan selaku ketua misi bantuan,” Majlis Belia Malaysia bersama pasukan MyVOC dan sukarelawan telah Berjaya sampai ke Kg Raja Cameron Highland pada hari ini (13 september 2015) untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir disini yang ditimpa musibah pada baru-baru ini.

Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir alami dengan serta merta. Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan golongan-golongan professional dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa musibah tidak kira dari apa bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia.

Program sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang melalui Maljlis Belia Malaysia untuk mangsa bencana dan golongan kurang mampu dan pasukan MyVOC ini juga telah bersedia untuk memberi bantuan dimana sahaja sekiranya terjadi sekali lagi kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini di negeri Kelantan”


>> En. Khairul Izwan B. Abdul Khalid, Exco Majlis Belia Negeri Pahang

Dalam masa yang sama, En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid selaku Exco Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha Majlis Belia Daerah Lipis memberitahu, “ Pada konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC ini, kami dari rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Pahang telah menghantar wakil seramai 32 orang untuk bersama-sama Majlis Belia Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.

Usaha ini adalah usahasama yang mana jentera kami akan sentiasa membantu Majlis Belia Malaysia dalam apa jua cara berbentuk kesukarelaan yang mana sekarang ini sukarelawan adalah sesuatu yang penting dalam keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu terutama di Cameron Highland.

Majlis belia Pahang akan terus bersama majlis belia Malaysia untuk terus membentuk sukarelawan dari kalangan belia terutama di negeri Pahang dan gabungan sukarelawan negeri Pahang yang telah dibentuk dan diterajui oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang” yang menggabungkan seluruh sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang.

Misi bantuan ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir atau apa sekali pun, sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.


>> En. Zambri B. Aziz, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.

” Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Pahang atas kehadiran pasukan sukarelawan MyVOC ini ke sini yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban anggota masyarakat yang terjejas akibat banjir baru – baru ini.

Walaupun banjir kali ini tidak seteruk yang dulu, namun ianya telah menjejaskan sekurang – kurangnya 33 buah rumah penduduk dan kedai – kedai yang berada di kawasan Kg. Raja ini.” Ujar En. Zambri B. Aziz daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.

” Oleh itu, kehadiran konvoi sukarelawan ini besar ertinya buat masyarakat disini.” tambah beliau lagi.



Baca Seterusnya...

‪#‎Solidarity4khairuddin‬ : Khairuddin Ditahan Kerana Mahu Sabotaj Malaysia?!

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas.



Peguamnya, Matthias Chang ketika dihubungi Astro AWANI berkata Khairuddin disyaki menghidapi demam denggi.

“Ya, Khairuddin telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki menghidapi demam denggi,” katanya.

Pada 18 September, Khairuddin ditahan oleh pihak polis di kediamannya di Mont Kiara beberapa harisebelum beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat. Pada 23 September, Khairuddin ditahan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Beliau ditahan semula apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, bagi kesalahan di bawah Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ia disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. Polis akan merujuk hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Ada kemungkinan kita akan dapat lengkapkan kertas siasatan lebih awal,” katanya yang dipetik daripada Bernama.


Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campurtangan dalam hal ehwal Malaysia. Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai mensabotaj negara.

Khairuddin, yang sebelum itu dibebaskan selepas ditahan reman sejak Sabtu lepas, ditahan semula semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Jumaat lepas, beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara.

Tahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

DS : Ada segelintir penyokong yang tidak meneliti kronologi penahanan beliau semberono menyalahkan pihak berkuasa kerana menahan beliau sedangkan tindakkan beliau yang selama ini mencabar undang undang Malaysia sewajarnya diberi pengajaran.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dikuatkuasakan "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan dengan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait". 

Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta tersebut telah diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012, diberikan Perkenan Diraja pada 18 Jun 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012.


Baca Seterusnya...

Friday, 25 September 2015

Team Sukarelawan Belia #MyVOC Bantu Mangsa Banjir Di Kg. Raja

MBM dan KBS secara rasminya telah menubuhkan Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) pada 25 Ogos 2015 di mana komuniti ini akan diterajui oleh Sahabat Majlis Belia Malaysia yang akan bertindak mengumpul sukarelawan dari pelbagai latar belakang profesionalisme untuk dijadikan model dan asas bagi merencana SOP kerja sukarela serta melaksana program-program sukarelawan dari pelbagai bentuk mengikut kemahiran yang ada.


Keperluan mempunyai sukarelawan dari pelbagai bidang ini adalah penting kerana pengalaman pengurusan bencana yang lalu memerlukan sukarelawan yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, seperti sukarelawan yang membantu membetulkan rumah, sukarelawan yang mengajar atau memberi motivasi kepada anak-anak, sukarelawan yang membantu dalam menyediakan makan minum dan lain-lain.

Kali ini, Team MyVOC berkonvoi bagi meluaskan khidmat kesukarelaan mereka bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highland yang telah ditimpa musibah tersebut pada hari jumaat yang lalu.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Kerjasama Majlis Belia Malaysia ini turut menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Sdr. Eric Chu, Exco Majlis Belia Malaysia, En. Zambri Bin Aziz, daripada Pejabat Belia dan Sukan Cameron Highland, En. Khairul Izwan bin Abdul Khalid, Exco MBM Pahang.


>> Pasukan Majlis Belia Malaysia – 6 Buah kenderaan 4×4 daripada Kilo Lima Bravo Motorsport Club (KLBMC) dan Selangor Advanture Club (SAC) dalam perjalanan daripada Gombak menuju ke Cameron Highland dengan membawa peserta sukarelawan MyVOC dengan diketuai oleh Pak Kulim. - Lagi GAMBAR SINI







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sukarelawan Belia #MyVOC Lawat Pesakit Leukemia Hospital Sultanah Nur Zahirah

“ Walaupun memerlukan perbelanjaan tinggi dan jarak perjalanan lebih 400 kilometer terpaksa ditempuh setiap bulan, ia bukan penghalang buat saya dan suami untuk mendapatkan rawatan buat anak sulung yang menghidap leukemia, ” kata Salinah Mat Yusof, 48, ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini,

Anaknya, Mohamad Nazmi Mohd Yusoff, 14, disahkan menghidap leukemia sejak setahun lalu selepas mengalami demam berlarutan selama dua bulan.

Katanya, dia yang menetap di Kampung Sarang Tiong, Rompin, Pahang terpaksa berulang-alik ke HSNZ setiap bulan bagi mendapatkan rawatan untuk mohamad Nazmi sejak setahun lalu.

“ Kami terpaksa berulang-alik dari Rompin ke Kuala Terengganu kerana kemudahan rawatan bagi kanak-kanak menghidap leukemia yang paling hampir hanya ada di HSNZ.

“ Dilema saya dan suami, Mohd Yusoff Mohd Daud yang berumur 42 tahun adalah kos bagi perbelanjaan berulang-alik dari rumah ke HSNZ berikutan jarak yang jauh dan memerlukan peruntukan kewangan yang mencukupi memandangkan suami hanya bekerja sendiri.

“ Namun, bagi memastikan Mohamad Nazmi sihat seperti kanak-kanak lain, saya dan suami berkorban tenaga, masa serta wang untuk ke Terengganu setiap bulan,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih, Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC, Majlis Belia Malaysia (MBM) di HSNZ, di sini, semalam.

Menurutnya, tahun lalu, Mohamad Nazmi terlantar di wad HSNZ selama tujuh bulan dan tiap-tiap bulan, anaknya akan mendapatkan rawatan susulan di HSNZ termasuk menjalani rawatan kimoterapi.

Katanya, tiada yang lebih berharga apabila melihat Mohamad Nazmi dalam keadaan sihat walaupun tidak seperti dulu dan sudah setahun anaknya tercicir sesi pembelajaran di sekolah berikutan penyakit yang dihidapi itu.
Salinah berkata, dia teringin melihat anaknya kembali ke sekolah seperti biasa, namun dia yakin hajatnya itu akan tertunai berikutan rawatan yang baik diperoleh di HSNZ.

Sementara itu,Naib Presiden MBM Asfalinda Anuar berkata, program disertai 30 sukarelawan wanita yang mengunjungi wad wanita dan warga emas di HSNZ selain menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian juga alat tulis.

“ Program ini bertujuan menghargai golongan wanita sama ada yang sakit mahupun yang berkorban tenaga menjaga ahli keluarga mereka. Dalam program berkenaan, kami mengagihkan 250 sumbangan kepada wanita dan 150 kepada kanak-kanak, “ katanya.








Baca Seterusnya...

Wednesday, 23 September 2015

Mufti Perak Desak Mansuhan Sekolah Vernakular?!

Pemansuhan sekolah vernakular dilihat mampu mengurangkan masalah perbalahan kaum yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Pendapat tersebut disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan cadangan tersebut telah dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri Kabinet yang lain.

Begitu pun, katanya, disebabkan kaum lain minta supaya perkara itu ditangguhkan, maka sehingga kini sekolah-sekolah tersebut masih beroperasi.

“Yang jadi masalah, saya dah tegur daripada dulu, saya dah jumpa perdana menteri dan saya dah jumpa menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan dulu, perjanjiannya sekolah hanya satu iaitu sekolah kebangsaan.


“Sekolah Cina akan ditutup dalam masa enam bulan, sekolah India juga akan ditutup dalam masa enam bulan. Semua bersetuju pada masa itu. Tetapi oleh kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya, ya sampai sekarang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Semula Surau dan Rumah Suluk, Kampung Temong Hilir, Chenderoh, semalam.

Harussani berkata, sekiranya hanya ada satu sekolah, masyarakat bukan Melayu di Malaysia akan menjadi seperti masyarakat di Indonesia dan Thailand yang bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

Mengambil contoh senario berlaku di Singapura, pembubaran sekolah Melayu dan Cina menyebabkan peradaban rakyat di sana lebih baik berbanding rakyat di negara ini.

“Di Singapura hanya ada satu sekolah iaitu sekolah Inggeris. Sekarang mereka sudah tiada beza, fikiran mereka juga sama, sebab itu ada hormat-menghormati.

“Cuma di sana, nampak Melayu diketepikan apabila mereka meminta kerja. Biasanya mereka memilih orang yang berkelulusan lebih tinggi dan lazimnya memang Cina yang lebih tinggi akademiknya.

“Peradaban dan akhlak di sana cukup terpelihara tapi kita di sini ada apa? Bila guru nak ajar sikit, ibu bapa marah. Ini semua salah kita kerana peraturan kita tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, Harussani juga mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang seakan-akan memberi muka kepada bangsa lain untuk memerintah.

“Saya tanya kepada Najib, kalau sudah Cina dan India tidak mahu kerjasama dengan kita, kenapa kita pujuk? Dia (Najib) kata kita takut kalah. Sekarang pun kita kalah dah.

“Kenapa mesti nak lantik menteri Cina? Tak perlu ada menteri Cina, biar Melayu memerintah, kita tunjuklah,” katanya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Konvoi #MyVOC Qurban di Kemboja Dijangka Tiba Hari Ini!

Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) dalam perjalanan ke Kemboja bagi melaksanakan program Ziarah Qurban 2015 dari 20 September hingga 30 September 2015 sempena sambutan Hari AidilAdha Khamis ini.

Myvoc dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia Sukan dan Kelab kereta 4×4 telah bergerak ke Kemboja pada 20 September yang lalu dimana ia telah dilepaskan oleh Timbalan Presiden MBM Saudara Zaidi Aziz di Tanjung Malim.

Berbekalkan kekuatan 27 Orang dan 7 buah kenderaan pacuan empat roda, Konvoi Myvoc dijangka tiba di lokasi Qurban di Kemboja hari ini setelah menempuh perjalanan yang agak jauh dan memenatkan.


Difahamkan perlbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui Konvoi ini yang jaraknya sekitar 5000KM, dimana ada kenderaan yang mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti telah disusun selain daripada Ibadah Qorban.Peserta konvoi juga dijangka akan menjalankan aktiviti perkongsian bahasa dan budaya antara dua buah negara ini sebaik sahaja mereka tiba nanti.

Sementara itu, ketika perlepasan konvoi MyVoc di Tanjung Malim, Timbalan Presiden MBM, Saudara Zaidi Aziz berharap para peserta menjaga nama baik negara kerana Program ini bukanlah kali pertama tetapi ia telah masuk tahun ketiga.

“Alhamdulillah program ini telah memasuki tahun ke 3,pelbagai aktiviti sudah disusun dimana ianya bukan sahaja program Qurban semata-semata tetapi juga program seperti perkongsian sosio budaya dan bahasa masyarakat disana.

Saya juga berharap peserta konvoi Ziarah Qurban 2015 dapat mematuhi arahan dari ketua yang dilantik dan apa yang penting sikap saling bekerjasama antara satu sama lain amatlah dituntut dalam program sebegini”, Zaidi Aziz .

Yang pasti, peserta yang menyertai konvoi ini bakal mendapat pengalaman yang amat bermakna dan begitu berharga. Pasti banyak perkara suka dan duka yang akan mereka perolehi sepanjang 10 hari konvoi ini berjalan.

Semoga peserta yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan selamat pulang ke Tanah Air. - sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 22 September 2015

PAS Tidak Bersama Pakatan Baru #PakatanHarapan

Persidangan Meja Bulat yang dianggotai parti-parti pembangkang hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama 'Pakatan Harapan' yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan keputusan tersebut selepas kata sepakat dicapai pada Persidangan Meja Bulat Ke Arah Pembentukan Pakatan Pembangkang, pagi tadi.


"Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno-Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu sidang media di sini.

Azizah bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status PAS di dalam Pakatan Harapan. Beliau sebaliknya mengulangi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan kerjasama dengan pakatan pembangkang masih berjalan khususnya membabitkan isu kepentingan rakyat. 


Azizah dalam pada itu turut mengumumkan langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14.

"Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredebiliti yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib," katanya.

Dalam pada itu, Azizah yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan dalam Pakatan Harapan.

"Sebuah jawatankuasa khas dengan diwakili dengan oleh Setiausaha Agung dan wakil setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain," katanya.


Beliau turut mengalu-alukan penyertaan semua pihak bersama-sama Pakatan Harapan dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara.

Azizah ditanya lebih lanjut samada sudah mendaftarkan Pakatan Harapan pada RoS, beliau bagaimanapun meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.

"Ikut giliran..satu persatu..selepas ini kita daftarkanlah," katanya. - sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#MyVOC Tambah Baik Sekolah Tinggalan Gempa Bumi


KESAN kemusnahan akibat gempa bumi yang melanda Kota Pariaman pada tahun 2009 masih jelas kelihatan. Antara yang terkesan ialah bangunan sekolah yang kini menempatkan seramai 24 orang pelajar.



Menerusi Kembara ASEAN 2015, salah satu pengisian aktiviti ialah mewujudkan sudut bacaan / perpustakaan mini bagi membolehkan pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan Global Pariaman menikmati ruang belajar yang selesa dan ceria.

Seramai 13 orang sukarelawan MyVOC KBS-MBM-UMP bertungkus-lumus selama dua hari menyiapkan sudut bacaan ini. Turut disumbangkan ialah meja dan kerusi serta kabinet menyimpan buku.

Pasukan ini diketuai oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM dan turut menyertainya ialah Saudara Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Puan Farah Hazlini Mohd San (Pegawai Psikologi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP.

PENERANGAN MBM
Kota Pariaman – youthcharacter.net









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#MyVOC Anjur Fit Indonesia Di Sumatera Barat #FitMalaysia

GAYA hidup sihat adalah budaya yang perlu dipupuk di setiap lapisan masyarakat. Untuk itu, Malaysia Youth Volunteer Community (MYVOC) membawa semangat FIT MALAYSIA ke Kota Pariaman, Indonesia bersama masyarakat disini dengan menganjurkan Senamrobik bertemakan FIT MALAYSIA, FIT INDONESIA.

Fit Malaysia diasaskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menggalakkan masyarakat Malaysia khususnya gerenrasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat menerusi sukan.


Kegiatan senamrobik ini adalah sebahagian dari aktiviti yang dianjurkan oleh MyVOC sempena Kembara ASEAN 2015 kerjasama KBS-MBM-Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kembara ASEAN 2015 adalah gerakan kesukarelaan yang berteraskan pendidikan, alam sekitar, kemasyarakatan dan potensi diri.

Seramai 13 orang sukarelawan MyVOC KBS-MBM-UMP menggerakkan aktiviti ini dengan di hadiri sekitar 300 masyarakat disini terutamanya kaum wanita. Turut sama menjayakan aktiviti ini ialah Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM, Hasnul Hanif Harun (Exco MBM) dan Puan Farah Hazlini bt Mohd San, Pegawai Psikologi, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMP.

PENERANGAN MBM
KOTA PARIAMAN, SUMATERA BARAT
13 SEPTEMBER 2015 youthcharacter.net






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!