Sunday, 30 August 2015

#BERSIH4 Najib Razak Mengigil Kesejukkan!


Meskipun peserta #BERSIH4 menerima pelbagai dugaan seperti susu anak kehabisan dirumah dan masa yang singkat untuk hadirkan diri di Dataran Merdeka untuk tidur dijalan raya demi membantah kerajaan hari ini yang banyak berbakti kepada rakyatnya. 

Allah Maha Besar, sekian lama berhari hari Malaysia tidak hujan, akhirnya pertolonganNya dengan rahmatNya turun memberi amaran kepada segelintir yang tidak bersyukur.




Kepada  perjuang yang kononnya tak takut mati dan tak takut sakit bolehlah bertahan dijalan tersebut dan menikmati nikmatnya hujan dikota raya yang tercinta ini.

Pada Malam ini di sambutan penuh bersejarah pada rakyat Malaysia, doa doa umat Islam dimakbulkan dengan hujan yang membawa rahmat dan menyucikan jalan jalan raya yang kotor dengan tinta dan dosa para penyokong DAP yang tidak pernah bersyukur diberikan tempat dan ruang dinegara ini.

Syukur Alhamdulillah. ALLAH BERSAMA UMNO!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#BERSIH4 Untuk Sorok Kehancuran Pembangkang!

Pe­nganjur dan peserta yang menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 disifatkan hanya memen­tingkan diri sendiri kerana tindakan mereka telah menyusahkan orang ramai untuk menjalankan aktiviti harian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka seharusnya mempertimbangkan perkara itu sebelum memutuskan mengadakan perhimpunan haram tersebut.

“Saya terkilan kerana penganjur tetap berdegil meneruskan perhimpunan ini walaupun telah diisytiharkan haram oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Mereka seharusnya memilih lokasi dan masa yang sesuai contohnya seperti di dalam stadium kerana tidak mengganggu lalu lintas dan menjejaskan peniaga,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim bimbang perhimpunan yang diadakan itu akan menggalakkan berlakunya lebih banyak perhimpunan pada masa akan datang.

Sementara itu, Presiden Gabu­ngan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan (1Malaysia), Datuk Rosli Sulaiman berkata, pihaknya me­nerima maklum balas bahawa ter­dapat peniaga yang terpaksa menutup perniagaan sepanjang perhimpunan diadakan.

“Kebanyakan mereka menutup kedai masing-masing kerana takut perhimpunan haram ini mengundang bahaya dan mengancam keselamatan sehingga boleh menyebabkan mereka kerugian jika berlaku kekecohan.

“Penganjur perhimpunan haram ini seharusnya lebih peka soal kemasyarakatan dan persekitaran. Jangan mementingkan diri sendiri sehingga peniaga terpaksa menutup perniagaan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.


Pengarah Komunikasi dan Biro Hubungan Awam MIC, Datuk Seri S. Vell Paari pula berkata, perhimpunan tersebut bukan membawa negara ke arah yang lebih baik atau maju, sebaliknya memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Katanya, tindakan pihak pembangkang menggunakan ma­syarakat untuk menjayakan agenda politik kotor mereka tidak akan berjaya dan hanya menambah masalah yang ada di dalam pakatan pembangkang.

Vell Paari menyatakan pihak pembangkang sengaja mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah dalaman yang dihadapi mereka dengan menganjurkan Bersih 4.0.

Jelas beliau, arus politik pakat­an pembangkang kini sema­kin kritikal dan mereka cuba me­­nyembunyikannya daripada rak­yat. - Utusan

DS :- Semua sedia maklum dengan keadaan semasa yang Pakatan Rakyat (DAP/PAS/PKR) sudah berkubur sepertimana juga terperuknya bekas Ketua Pembangkang Malaysia (Penjara Sungai Buluh). DAP dengan mengunakan segala kerahan dan perancangan yang rapi untuk menutup perpecahan antara parti pakatan dihadapan Rakyat dengan menghalakan api kebencian dan mendakwa ini adalah kegagalan kerajaan hari ini.

PAS yang majoritinya Melayu tidak turut sama dalam #BERSIH4 kali ini kerana berpegang kepada Presidennya TG Hadi Awang. Ini menimbulkan keluh resah dikalangan beberapa individu yang kecewa pada pemilihan PAS yang lepas mewujudkan satu Gerakan Harapan Baru yang mesra DAP.

Dari GHB inilah DAP cuba menyalurkan dana untuk menarik para pendemonstrasi ke Dataran Merdeka, sedangkan ia menerima kritikkan yang jelas tidak mendapat sokongan orang Melayu secara total.

Yang ada di #BERSIH4 hari ini dan semalam hanyalah segelintir Melayu (majoriti cina) yang berada dalam DAP dan selebihnya hanyalah askar upahan yang menerima imbuhan sebanyak RM300 sehari sebagai duit tambang untuk memberi makan kepada anak isteri dirumah. Kerja muda, pakai baju, berjalan sambil menjerit dan balik.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Cina Tak Tolak UMNO/BN #BERSIH4

Mengapa kaum cina menolak BN????

Aku nak berkongsi pendapat aku ni lama dah... cuma aku malas nak mencemarkan wall aku dengan kesampahan dari macai2 Pakatan yang tak pernah ada pemikiran intelektual setaraf manusia...Tapi 



di pagi nan berbahagia ni aku kongsikan jugak.....Adakah majoriti cina anti Melayu????

Pada pendapat aku... TIDAK...!!!Sebenarnya cina tidak menolak BN, tetapi hilang kepercayaan kepada dua parti utama cina iaitu MCA dan Gerakan... kerana kedua-dua parti ini kelihatan amat galak berebut kerusi di tempat masing-masing.Pulau Pinang contohnya adalah kerusi tradisi Gerakan, tetapi sejak PRU12, MCA begitu ghairah cuba merampas kerusi2 Gerakan di Pulau Pinang.... dan dalam masa yang sama, Gerakan juga memburu kerusi-kerusi MCA.

Ini menyebabkan orang cina berasa "fed-up" kerana parti2 cina ini lebih bernafsu memburu kerusi daripada berkhidmat untuk orang cina. Kesempatan ini dimanipulasikan oleh DAP untuk meraih sokongan pengundi cina Gerakan dan MCA ini yang akhirnya menolak keseluruhan kedua-dua parti ini.Secara kasarnya, beberapa perkara gagal dibendung oleh BN untuk "mengawal" pengundi cina.

Pertamanya : Akhbar cina.... ada akhbar cina yang ada versi pagi dan versi petang... Akhbar-akhbar ni secara jelas terang dan nyata menyiarkan berita yang bersifat bertentangan dengan dasar Barisan Nasional sekalipun ada antaranya adalah milik MCA. Ada yang juga secara jelas berkempen untuk pembangkang.

Nyonya jual sayur tepi jalan mana la ada smartphone bagai ni nak baca FB ker blog ker.... Yang ada cuma akhbar bahasa cina. Abis baca:- esoknya boleh bungkus sayur atau buah-buahan jualan.Kedua - Sekolah dan Kolej Cina.

Kaum Cina ni, waima belajar sampai ke Marikh sekalipun, dia cuma akan baca dua jenis akhbar sahaja iaitu akhbar cina dan akhbar berbahasa inggeris, terutamanya golongan profesional muda.

Masuklah sekali-sekala TAR College tu... dan peratikan gelagat politik anak2 muda cina yang belajar di Kolej itu.... Aku kenal ramai students Tar College ni terutamanya amoi... Kita marah dan tuntut buang anak-anak melayu di universiti tempatan jika terbabit dengan politik, tapi kita tak perasan pun bahawa Kolej Cina milik MCA ini membenarkan politik partisan secara terbuka dalam kampus mereka

;- yang jelasnya mempromosikan DAP dan idea-idea politik cina.Ketiga - Membendung perebutan kerusi dan kuasa oleh MCA dan Gerakan. 

Aku malas nak ulas panjang-panjang, tapi bagi aku, BN cuma perlu 1 Parti Cina sahaja. MCA sudah banyak kali "tersasul" mensabotaj BN dan telah 2 penggal gagal membuktikan bahawa mereka mampu memulihkan keyakinan pengundi cina kepada BN semula. Walaupun Gerakan juga gagal, tetapi mereka tidak memiliki Kolej TAR atau Nanyang Siang Pau...Ngantuk ler plak... lenkali la aku sambung... kehkehkehkeh

Cuma satu aku nak tambah last :- Tak semua cina kaya, dan tak semua melayu miskin.... Dah sampai masanya DS Najib Tun Razak mengotakan janji yang dibuat oleh Ayahanda beliau 44 tahun yang lalu.... Sekadar menyatakan dengan retoriknya Janji Ditepati sahaja adalah sia-sia, sekiranya tidak mengotakan janji itu dengan setulusnya...Kejayaan paling besar DEB bukanlah pemilikan ekuiti atau hartanah oleh Bumiputera... 

Ttapi kejayaan DEB yang paling besar adalah mengopak keluar jutaan anak melayu dari kepompong kemiskinan menerusi pendidikan...Dulu melayu ramai jadi bomoh, hari ini melayu antara pakar perubatan kelas dunia, dulu melayu hanya mampu menukang rumah, hari ini anak melayu mampu menukang satelit, dulu melayu hanya ada sekangkang kera tanah sawah, hari ini melayu adalah antara konglomerat yang dihormati di dunia....

Kita mungkin gagal memiliki ekuiti dan hartanah seperti yang disasarkan DEB, tapi nasib melayu hari ini jauh lebih baik dari 58 tahun yang lalu...Terima Kasih Tun Abdul Razak - Sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau tanda kita berterima kasih...

Salam Merdeka..
Baca Seterusnya...

Saturday, 29 August 2015

Penyokong #BERSIH4 Kena Tipu Dengan Kit Siang

Lantaran warta yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemarin mengeluarkan perintah melarang pakaian berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan 'Bersih 4' serta apa-apa bahan bercetak dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan itu.

Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (NO.22) 2015 bertarikh 27 Ogos 2015 itu disiarkan di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara.

Perintah itu dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkuat kuasa 28 Ogos 2015.

Perintah itu dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri melalui kuasa yang diberikan kepada beliau mengikut Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Menurut perintah itu sebarang percetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang diperihalkan dalam Jadual yang mungkin memudaratkan keselamatan, yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia.

Warta itu memperincikan Jadual sebagai:

* Apa-apa pakaian berwarna kuning yang mengandungi perkataan 'Bersih 4'.

* Apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan Bersih 4.

Selasa lalu, Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan berkata Bersih 4.0 adalah pertubuhan tidak berdaftar yang menyebarkan propaganda, menghasut rakyat negara bagi tujuan negatif terhadap kerajaan.

Tetapi, Hanya Kit Siang dan Anakanda tercintanya mengikuti larangan ini kerana tahu akan ditangkap kerana ingkar. Macai macainya yang bodoh tak takut ek?!

Kah kah kah..Penakut rupanya...

Sekitar 3.40 Ptg diperkarangan Sogo semua telah berangsur pulang.









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 28 August 2015

"Saya tidak akan minta maaf pada DAP" - Abdul Aziz Kaprawi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi menegaskan beliau tidak akan sesekali membuat permohonan maaf seperti yang digesa DAP berikutan kenyataannya berhubung parti itu menerima bantuan daripada Yahudi.

Menurutnya, perkara tersebut adalah jelas dan umum mengetahui bahawa matlamat DAP untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan adalah sama seperti matlamat

“Tidak, sebab benda ni memang jelas di mana elemen-elemen Yahudi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan banyak membantu DAP, kita lihat balik laporan Wall Street Journal, New York Times, semuanya berpangkalan di New York, apa motif mereka untuk menuduh Perdana Menteri?

“Samalah juga dengan DAP, dan saya boleh rumuskan Yahudi bersekongkol dengan DAP dan ini memang kenyataan,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Terdahulu, media melaporkan yang Abdul Aziz dalam ucapannya mendakwa sumbangan RM2.6 oleh Arab Saudi kepada Perdana Menteri adalah untuk menangani strategi DAP yang dibiayai Yahudi.

Susulan daripada itu, Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong disertai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh dan Ketua Pemuda DAP Subang, Edry Faizal Eddy Yusof membuat laporan di ibu pejabat Polis Dang Wangi.

DAP juga menuntut Abdul Aziz supaya membuat permohonan maaf kepada parti itu dengan Teo menafikan bahawa parti itu menerima dana daripada Yahudi sepertimana yang dikatakan Abdul Aziz.

“Ingin saya betulkan di sini, saya tak kata mereka (DAP) telah dibiayai Yahudi, tetapi saya kata elemen Yahudi itu membantu DAP, sama ada DAP minta bantuan Yahudi atau tidak, itu bukan soalnya, tetapi matlamat Yahudi itu secara terang membantu DAP dalam menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan,” tegasnya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 24 August 2015

"Jangan Roboh Rumah Kami" - Kaum Ibu Kg. Mutiara, Batu Ferringhi, Pulau Pinang!

Sambutan bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini adalah yang paling menyayat hati seluruh umat Melayu di Malaysia.

Artikel yang dikeluarkan pada awal pagi tadi oleh beberapa penulis dari utara tanah air yang berkongsi kesedihan 1000 penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Antara yang disampaikan seperti dibawah


"Nasib malang menimpa satu lagi kampung Melayu di P.Pinang apabila akan dilenyapkan hari ini diatas perintah Mahkamah negeri. Hampir 1000 orang akan kehilangan tempat tinggal apabila Mahkamah hari ini memerintahkan agar rumah-rumah di kampung berkenaan dirobohkan.

Inilah nasib melayu di negeri pemerintahan DAP.. Selepas kaum India dizalimi di Kampung Buah Pala, kini nasib penduduk melayu pula tak terbela di bawah pemerintahan Lim Guan Eng." - UtaraNews









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 22 August 2015

Kenyataan "Dana Yahudi" @Akaprawi Konsisten dengan Maria Chin Abdullah


Merujuk dakwaan Datuk Ab Aziz Kaprawi yang mendakwa DAP dibiayai oleh Yahudi untuk PRU 13 adalah berasas. Penganjur BERSIH 4.0, Maria Chin pernah membuat pengakuan berkenaan dana tersebut yang ianya dari sumbangan NDI & OSI. 


Beliau berucap sewaktu Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi pagi tadi. 


Antara intipati ucapan perasmian oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi yang turut mendedahkan akan perkara ini :

Semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading tadi.Datuk Seri Zahid Hamidi menceritakan akan kebenaran derma RM2.6 billion kpd presiden UMNO. Beliau telah jumpa sendiri pemegang amanah keluarga Arab itu.

Tanpa menyebut nama,Datuk Seri Zahid Hamidi berkata antara sebab derma RM2.6 billion mahu komitmen Kerajaan Malaysia hari ini mengekang aktiviti keganasan dirantau Asia. Juga UMNO/BN terus perintah Malaysia.

Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa beliau sudah melihat dokumen asal pemindahan wang. Ini membuktikan wang KWAP tidak masuk ke akaun PM.Juga cerita proses pindah duit.

Keluarga Arab itu kata bukan sahaja memberikan derma pada Malaysia tetapi juga bagi sumbangan kepada beberapa buah negara Islam sahabat yang lain diseluruh dunia.

**
Terang lagi bersuluh para penyokong DAP sedang mengeletik kepanasan lantaran pendedahan ini, walaubagaimanapun mari kita lihat apa jadi sekiranya DAP memerintah (rujuk kabinet bayangan DAP)


Kalian rela kiasu DAP ini memerintah negara Malaysia?

Sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Gabungan NGO Melayu Malaysia meminta ketua penganjur BERSIH 4.0, Marina Chin Abdullah untuk menyatakan sumber dana perhimpunan tersebut melibihi RM30 juta.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 21 August 2015

Masalah "Zakar Patah" Mimpi Ngeri Lelaki Sejati



KEPATAHAN ZAKAR PENILE FRACTURE

Kepatahan zakar atau fracture penis adalah merupakan satu keadaan kecemasan perubatan yang mesti mendapatkan rawatan segera. Ia terjadi apabila berlakunya trauma atau kecederaan ke atas zakar yg sedang mengalami ereksi. 

Ketika tegang, zakar akan mengembang dengan aliran darah yg banyak di dalam salur darah. Apabila zakar yg sedang tegang ini dibengkokkan secara tiba2 maka ia akan menyebabkan lapisan fiber tisu (tunica albuginea) yang menyelaputi silinder zakar (corpora cavernosa) yg berfungsi menghasilkan ereksi pecah. 

Antara sebab biasa yg dikenalpasti sebagai penyebab kecederaan ini adalah disebabkan oleh amalan seksual yg ganas dan kasar dan melakukan onani secara agresif. Selain itu, kecederaan ini juga sering dilihat terhadap pesalah seksual yg ditendang oleh mangsa mereka ketika hendak menyelamatkan diri. 

Posisi seks 'women on top' telah dikenalpasti sebagai posisi yang paling banyak berisiko menyebabkan penile fracture. Ini kerana kawalan seksual pada posisi ini adalah didominasi kaum wanita dan apabila ia bengkok, lelaki tidak dapat menghentikan gerakan seksual tersebut. Pada posisi yg mana lelaki mendominasi, kecederaan ini lebih mudah dielakkan kerana apabila mula sakit, lelaki akan berhenti dan mengubah posisi. 

Penile fracture adalah merupakan satu kecederaan yg amat menyakitkan dan apabila berlaku boleh dirasai kepatahannya dengan bunyi 'pop'. Serta merta ereksi akan hilang, zakar menjadi lembik dan kebengkakan pada zakar akan berlaku akibat salur darah yg tercedera. Kadangkala saluran kencing juga boleh tercedera sama dan menyebabkan darah keluar di saluran kencing dan saluran kencing boleh tersumbat. 

Apabila ia berlaku, maka segeralah pergi ke jabatan kecemasan hospital yg terdekat. Jangan malu2 dan simpan kecederaan anda selama beberapa hari kerana jika lewat dirawat semakin buruk peluangnya untuk sembuh. 

Doktor akan melakukan diagnosis klinikal dan pesakit akan perlu menjalani pembedahan segera. 

Jika tidak dirawat segera, pesakit mungkin akan mengalami komplikasi seperti mati pucuk (erectile dysfunction) atau juga mempunyai zakar yg bengkok dan hubungan seksual yg menyakitkan. Risiko komplikasi di atas adalah hampir 50% jika tidak dirawat. Dan jika dirawat dengan pembedahan risiko komplikasi seperti di atas dapat dikurangkan ke hampir 10%. 

Jadi, kayuh pelan2 dan jangan gopoh2 bagi pasangan suami isteri. Pada yg bujang, sila lah buat ice bucket challenge bila terpikir nak buat maksiat.

#Disclaimer: Memandangkan gambar semalam telah direport, saya terpaksa post gambar hiasan yg suci sahaja. Ni bukan lukisan bebird moptee. Harap maklum. 

Siapa nak tgk gambar sebenar, sila ke google images dan cari: Penile fracture.

Posting saya ini telah diremove oleh facebook kerana ada orang report. Saya syak yg report tu adalah pemilik bebird yg patah tu. So dia malu gambar bebird dia ditayang di khalayak ramai. Apapun, informasi yg saya berikan adalah hanya bertujuan memberikan informasi perubatan. So, saya repost demi manfaat umum. - Penulis


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Anjing Pembangkang Diam Isu Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor

Isu Terbaru

Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor

1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. ( menurut ADUN DAP ).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ) .

4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri. Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.

7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?

8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.

Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.

Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.

Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.

Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat. Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.

Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ? Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ? Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?


9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu ?

10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Rahsia "Batang Ajaib" Dalam Kereta Anda (Wajib Tahu)!!

RAHSIA ni kalau korang tahu!

Mesti banyak kemalangan jalan raya dapat dielakkan.. Rahsia tentang satu "batang ajaib" dalam kereta korang. Sesetengah kereta "benda ni kat belah kanan, ade yg belah kiri..

Tak kisah lah belah mana pun, tetap sama "magic" dia. Nampak tak gambar "anak panah @ arrow" tu?. 



Kalau "batang ajaib" ni ada di sebelah kiri :
• Batang ni kalau korang tekan ke "BAWAH" magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KIRI.
• Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KANAN.

Kalau "batang ajaib" ni ada sebelah kanan:
•Batang ni kalau korang tekan ke "BAWAH magic dia akan menyebabkan orang sekeliling dengan sendiri tahu korang akan belok / masuk ke KANAN.
•Kalau tolak keatas orang belakang tahu korang nak ke KIRI.

So, dah tahu rahsia "batang ajaib" ni? 
Jadi, lepas ni kalau nak Masuk simpang, nak susur keluar, nak himpit tepi, TOLONG guna rahsia ni.

Jangan nak kedekut sangat sampai masuk simpang pun nak rahsia, tak nak orang belakang tahu engko nak kemana. Ko ingat supprise ko tu "sweet" sangat?.

Boleh maut ko tahu??


- havocjelebih



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 20 August 2015

Wajah Najib Dan Rosmah Masa Muda

Kita boleh menarik kuda pergi kedalam air sungai..akan tetapi kita tak boleh suruh kuda itu minum air sungai tu...

Begitulah kita sebagai pengamal media, kita boleh bagi orang baca apa kita tulis tetapi kita belum tentu boleh membuatkan mereka percaya dengan kebenaran yang kita cuba sampaikan..

Ini DS Rosmah muda muda dulu..percaya tak?Lawa macam Erra Fazira...


Ramai kata beliau suka melaram..

“Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik,” - DS Rosmah

Jujur dan bersahaja je jawapannya..orang kapir duk fitnah dia macam macam..




Cun...Mana tak cair beb PM Najib kita...he he he
Semoga berbahagia hingga ke syurga..InsyaAllah..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Vapor Lebih Selamat Dari Rokok?!


Pengguna rokok elektronik (vapor) perlu akur sekali gus mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penggunaannya di negara ini. Pendakwah, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, keputusan itu disifatkan tepat dan berkemungkinan diputuskan selepas mengambil kira semua laporan daripada pihak yang terlibat.

"Majlis Fatwa Kebangsaan bukan keluarkan fatwa itu dengan sewenang-wenangnya.

"Sebaliknya, ia diputuskan selepas mengambil kira semua laporan daripada pelbagai pihak khususnya dari sudut kesan penggunaannya kepada kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Hotel Kinta Riverfront, di sini, hari ini.

Menurut beliau, meskipun wujud tanggapan bahawa penggunaan vapor lebih selamat berbanding rokok namun kesahihan berkenaan perkara itu masih belum dapat dipastikan.



"Walaupun ada yang kata ianya lebih selamat daripada rokok tetapi kesannya kepada pengguna, kesan adalah kesan, perkara itu tak dilihat dari sudut sikit atau banyak (mudarat)," katanya.

Beliau berkata, penjualan rokok di pasaran juga tiada kaitan dengan pematuhan hukum haram terhadap orang Islam sebaliknya ia bagi memenuhi keperluan bukan Islam.

"Betul rokok itu haram kepada umat Islam tetapi mungkin sebaliknya bagi orang bukan Islam dan disebabkan itu bagi saya, rokok masih dijual dipasaran," katanya.

Disoal tentang langkah membendung penularan penggunaan vapor khususnya di kalangan belia, Mohd Kazim berkata, fatwa yang dikeluarkan itu perlu diwartakan bagi membolehkan penguatkuasaan secara menyeluruh dibuat.

"Perlu gazet (warta) sebab tindakan penguatkuasaan hanya dapat dilakukan selepas sesuatu perkara atau masalah itu digazetkan secara rasmi sama ada diperingkat pusat mahupun negeri," katanya.

Terdahulu, penggunaan rokok elektronik atau vapor yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada masa kini, difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 19 August 2015

3 Teknik Menutur "Ayat Mengurat"

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.

“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.

Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.

Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.

Jadi kali ini, GUA ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.

Ayat Mengurat Berlapik

Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”. 

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini. 


Ayat Mengurat Romantis

Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting. 

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”

ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. 

Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. 

Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, GUA yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat. 

Ayat Mengurat Terus Terang

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan GUA yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.


Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.


Good Luck Till Jannah....!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

10 Tips Memujuk Pasangan. #Cinta

Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya.


Namun jangan susah hati kerana di sini diperturunkan 10 kaedah untuk memujuk pasangan yang merajuk dengan cara yang paling romantik. Kaedah ini jika digunakan sebaiknya pasti akan berjaya.Walau bagaimanapun, segalanya bergantung kepada kejujuran serta tahap usaha yang anda tunjukkan. Ini kerana mereka yang merajuk selalunya suka dipujuk dan dirayu sebagai tanda anda menghargai mereka serta menyesali perbuatan yang telah lalu.

Oleh sebab itu, jika teknik pertama tidak berjaya, gunakan teknik kedua dan seterusnya. Lambat laun, hati si dia pasti akan cair dan dapat memaafkan anda.




1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.




2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.




3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.



Elakkan lagu Linkin Park..takut tak cukup nafas...ukey?!!
4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.




5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.




6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.




7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.




8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini. 




9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa (bersahaja) sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.




10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau whatsapp yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Zakar Mengecut Kerana Bina Badan?! #FitMalaysia

Pengambilan makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.

Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.

Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.

Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.

Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.

Golongan selebriti hari ini ramai yang terdedah akan masalah ini?

Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.

Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.

Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.

Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.

Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.

Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal.

- Dr.Ismail Thamby

Bersukanlah dengan sihat Insya-Allah! Setakat badan jadi lelaki berbadan sado bebird tecik (tidak berfungsi dengan baik) Baik tak yah sembang ah..wakakakakaa Kau Sado Ku Kesah?! - DS



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!