Friday, 31 July 2015

Petua dan Cara Cara Elak Disantau #info #sihir #petua

PERMAINAN SANTAU

Santau adalah salah satu permainan sihir kuno yang melibatkan racun dan pemujaan.

Kombinasi kedua-dua kaedah ini adalah bertujuan untuk melemahkan musuh dari dalam kemudian melumpuhkan sistem tubuh seterusnya mati dalam keadaan terseksa jika tidak dirawat sehingga pihak yang mengenakan santau ini boleh menyerang atau menguruskan agenda mereka secara mudah.

Pantang dalam permainan santau ini atau bahasa mudahnya 'pematah' amat dijaga oleh pengamal santau.


'Ibu santau' yang berisi bahan-bahan berbisa dipuja setelah 'ekor santau' atau 'anak santau' di'tanam' ke dalam tubuh pesakit samada melalui makanan atau dihantar melalui angin.
Antara yang menggalakkan permainan santau semakin mengganas adalah apabila proses pengubatan santau dilakukan secara terbuka
dan didedahkan kepada orang awam, kerana hal ini berkaitan dengan ANGIN dan NAFAS.

Jika dilakukan secara terbuka, maka yang menerima kesannya adalah pesakit kerana terpaksa menanggung kesakitan, setiap kali ditepuk di belakang (belikat) atau dijentik pada jari pesakit, maka pesakit akan memuntahkan benda-benda yang pelik seperti mata pisau, paku karat yang bengkok dan sebagainya, yang sebenarnya semua benda itu adalah dihantar melalui angin akibat pemujaan pada ibu santau dan angin tersebut bergaul dengan angin dari mulut pesakit yang berlendir, maka ternampaklah akan kita ianya keluar dari mulut pesakit, ini dipanggil sihir takhayyul. 

Pesakit akan menderita sakit kerana selain ibu santau dipuja dengan diletakkan mata pisau, paku dan sebagainya, sewaktu proses rawatan dilakukan, antak (gelaran tukang santau) akan menarik getah yang diikat dikakinya sebagai tanda menarik urat tekak pesakit supaya muntah dan kesakitan, oleh kerana itu, pesakit santau yang melibatkan muntah keluar melalui mulut mereka, selepas muntah tekak mereka seperti terbakar dan pedih.

Oleh kerana itu, proses pengubatan santau yang menjadi amalan guru-guru tua adalah dilakukan secara tertutup dan ditemani oleh ahli keluarga yang boleh dipercayai dan ianya tidak melebihi dari 5 orang sahaja. Penerangan secara lanjut adalah pada kuliah Santau dan Racun.

Antara yang menjadi pantang kepada pengamal santau adalah:

1) Dilarang menyantau mereka yang kakinya sedang bersilang
2) Dilarang menyantau mereka yang sedang menongkat lidah
3) Dilarang menyantau mereka yang sedang membersihkan diri (samada mandi atau berwudhuk)
4) Dilarang menyantau mereka yang sedang membuang air (air besar atau air kecil)
5) Dilarang menyantau mereka yang sedang berkaki ayam dan berpijak di atas bumi (tanah).

Dan banyak lagi pantang pengamal santau yang tidal dapat dikongsi sepenuhnya di sini, nanti 'hangin' pula pengamal santau pasal pecah lubang mereka. 

Adapun, santau ini adalah antara penyakit berbentuk ghaibiyyah yang perlu dielak, kerana jika ekor atau anak santau telah ditanam ke tubuh, maka proses rawatan agak memakan masa apatahlagi jika ianya sudah lebih dari sebulan menyerang.

Antara petua atau amalan untuk mengelakkan santau :

1) Sebelum keluar rumah, bayangkan diri dari kepala sampai ke kaki, jika bayangan agak samar-samar, maka, ambil masa dalam kurang seminit duduk sebentar atau lebih baik berwudhuk.

2) Sebelum hendak makan atau minum air, gunakan jari telunjuk meniti dibibir pinggan atau cawan, arah lawan jam, sambil mengucapkan Dua Kalimah Syahadah (dalam hati) dan apabila sampai pada kalimah ALLAH dan Muhammadun, jari diketuk perlahan pada bibir pinggan atau cawan. Jika ada racun atau santau di dalamnya, lazimnya, makanan tersebut akan berulat atau membusuk, paling tidak, kita akan merasa pening atau loya. Pinggan atau cawan meletup? Itu juga harus berlaku, tetapi fenomena pinggan atau cawan meletup ini banyak faktor, bukan tertakluk pada sihir santau semata-mata, ada juga melibatkan masalah untuk aibkan tuan kedai atau tuan rumah, maka tukang sihir akan mengetuk tempurung pada kayu, isyarat untuk memalukan tuan kedai atau tuan rumah, sebagai makluman bahawa tuan kedai atau tuan rumah ada niat tidak baik.

3) Sapukan minyak zaitun ke belakang leher setiap kali sebelum keluar rumah, petua ini antara yang ampuh (BiiznILLAH) dalam mengelakkan sihir berbentuk santau, busung, pukau dan seangkatan dengannya.

Dan banyak lagi petua Ulama serta Tobib terdahulu berkaitan dengan permainan sihir dan sebangsa dengannya.

Dalam menilai masalah santau ini, penelitian amat diperlukan, kerana tidak mudah dan sewenangnya meletakkan dakwaan bahawa seseorang itu telah disantau. Kekadang mereka mengalami masalah bronkitius, juga simptomnya seakan-akan santau. Jadi, penelitian amat penting.

Paling utama, taqarrub kepada ALLAH, ikut segala suruhan ALLAH dan Tinggalkan segala larangan ALLAH. InsyaALLAH, diselamatkan kita dan keluarga kita dari segala anasir yang bathil.

Cukup dahulu perkongsian ringkas mengenai permainan santau. InsyaALLAH maklumat lanjut akan dikongsikan di dalam Kuliah Racun dan Santau disember 2013 ini.

Wallahualam...Wassalam.. - Ust. Wan Asrul Al Aydrus -



Lagi petua :

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Wallahualam...Wassalam..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Baca Seterusnya...

DAP dan PKR Takut Dedah Dana Dari SUARAM?

DAP Hipokrit Realiti Pembiayaan Politik di Malaysia - Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang nyata hipokrit apabila mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan dahulu mereka dengan keras menentang inisiatif pendedahkan sumber pembiayaan parti politik.

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Antara parti yang paling awal membantah reformasi pembiayaan adalah DAP, mereka memberi alasan kerana parti itu adalah parti sara diri dan bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan parti terbabit.

Rahman Dahlan berkata, pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaporkan Tian Chua bimbang pengisytiharan penuh akan menjejaskan penyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan bagi parti pembangkang. - sumber


Tak pernah pula  BN sibuk pasal duit dalam akaun Kit Siang & Lim Guan Eng




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Petua Petua Orang Tua #info #petua

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Hitamkan Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Merawat Kulit Berkedut

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut

1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Keremajaan / cantikkan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan

1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda

1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.


Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Fitnah Tanpa Sempadan - Mohd Razlan

Fitnah Tanpa Sempadan

Mutakhir ini banyak betul fitnah berlegar di dalam media masa & media sosial.Teringat akan nasihat yang Mak selalu pesan kepada saya. 

"Sedekah ke jalan Allah, Insyallah pahala yang kita dapat macam mengalirnya air sungai. Selepas mati pun Insyallah pahala sedekah itu akan terus kita dapat."

Suka saya ingatkan semua termasuk diri saya. Zaman ini, fitnah yang kita buat dalam Facebook, Youtube dan juga apa-apa platform media. Dosanya juga akan mengalir macam tidak putusnya aliran air sungai.

Ingatlah, jangan sampai dah mati pun nanti fitnah yang tersimpan dalam 'database' akan terus menyumbang dosa percuma kepada kita. Minta kita semua dijauhkan daripada sifat negatif tersebut.

RAZLAN RAFII

31 Julai 2015



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kenapa Pembangkang Sibuk Dengan Duit Barisan Nasional?! (epilepsy)

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan beliau dirakam oleh individu yang kianat pada parti politiknya sendiri yang berbunyi secara directnya menceritakan berapa dan dari mana wang yang dimasukkan kedalam akaun bank presiden parti (UMNO) untuk tujuan pilihanraya.


Video yang berdurasi 53 saat tersebut mengundang rasa sawan babi (epilepsy) dikalangan penyokong penyondol yang menafikan kebenaran dah hanya berkiblatkan pembohongan yang jelas dirancang dengan teliti demi matlamat meruntuhkan kerajaan yang sedia ada dibawah pimpinan YB PM DS Najib Razak.

Keadaan ini diburukkan lagi bila mana para penyokong pembangkang mengambil peluang ini untuk mencuri ruang kosong dalam kepala penyokong kerajaan yang kini sedang dimanipulasi oleh bekas pemimpin mereka sendiri.

Kepada penyokong pembangkang buat apa sibuk pasal duit BN?Pergi nyah kau pasang lilin depan penjara sungai buluh.


Pembiayaan Politik: Menangani Realiti (Terjemahan dari Bahasa Inggeris)

Datuk Abdul Rahman Dahlan (Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional)
31 Julai 2015 

Pertamanya, mari kita berbincang mengenai fakta. Sumbangan untuk politik adalah sah dari segi undang-undang Malaysia.

Jika anda mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah parti politik dan meyakini perjuangannya, anda boleh membantu mereka mencapai matlamat dengan menyumbang wang dan/atau aset. Sebetulnya, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang dimahukan: RM10, RM1,000 atau sejuta ringgit - malah satu bilion ringgit sekalipun - jika mampu berbuat demikian.

Mengimbas kembali, saya pernah menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima tahun (2008-2013). Saya tahu barisan anggota SPRM berusaha keras untuk mendapatkan persetujuan parti politik dalam mewujudkan prosedur lebih telus berhubung sumbangan politik. SPRM berhasrat mahu melihat semua sumbangan diisytihar secara rasmi atas nama ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Apabila SPRM mula-mula mencadangkan perubahan dari segi pembiayaan politik, pemimpin politik pertama yang menyokong idea itu mungkin mengejutkan anda. Tidak lain tidak bukan, ia adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap cadangan SPRM dan mahukan ia dilaksanakan serta dimasukkan ke dalam inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara parti yang paling awal membantah reformasi pembiayaan adalah DAP. DAP memberi alasan yang mementingkan diri - dan itu amat mengecewakan. Pemimpin DAP bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan parti terbabit.

Dalam mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat melaporkan Tian Chua sebagai berkata: "Beliau bimbang pengisytiharan penuh akan menjejaskanpenyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan bagi parti pembangkang, kebimbangan bahawa penyumbang mungkin didakwa oleh parti yang menang kerana menyokong pakatan pembangkang dalam mana-mana pilihan raya umum. Ini dengan sendirinya akan menyebabkan pengurangan sumber kewangan bagi pakatan pembangkang." Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Anthony Loke turut menyuarakan perkara sama menerusi Forum Majlis Peguam mengenai pembiayaan politik pada 29 September 2011.

Berdasarkan alasan sama, mengapa Pakatan Rakyat tidak boleh mendedahkan sumbangan diterima daripada ahli perniagaan dan individu sejak 2008 di dua negeri terkaya di Malaysia yang diperintahnya - Pulau Pinang dan Selangor? Jelas sekali, kebimbangan seperti disuarakan Tian Chua dan Anthony Loke tidak lebih daripada alasan remeh dan bukannya atas nama ketelusan.

Semua pihak mengetahui parti pembangkang agak kreatif dalam meraih dana bagi menampung operasinya. Bukan rahsia juga bahwa mereka menerima pembiayaan politik daripada ahli perniagaan dan individu yang menyokong perjuangan, selain penganjuran majlis makan malam amal yang berkesan dan diadakan hampir setiap minggu (jika bukan setiap malam). 

Walaupun tiada yang terkejut jika pembiayaan diterima daripada sumber domestik, ramai yang membuat spekulasi bahawa parti pembangkang turut menerima sumbangan daripada sumber luar negara. Sesetengahnya berselindung sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya membiayai bagi kemajuan aspirasi demokratik. Lebih kurang begitulah.

Kembali kepada isu diperkatakan dan dengan bantahan keras daripada DAP, inisiatif perubahan pembiayaan politik terpaksa dilupakan - tanpa sempat dimulakan. Ia tidak pernah digerakkan. Ia terbantut. Sehingga sekarang, ramai yang sukar mempercayai mengapa DAP - parti politik yang menjulang dirinya sebagai parti reformis - tidak bersetuju dengan idea berkenaan.

Bagi kebanyakan pihak, sumbangan politik adalah amat penting bagi DAP. Justeru, sebarang gangguan terhadap aliran pembiayaan politik akan memusnahkan rancangan besar DAP ke arah membentuk Malaysian Malaysia. Jika tidak, tentangan jelas DAP terhadap inisiatif perubahan seperti ini tentungan kelihatan aneh.

Gara-gara DAP, Malaysia kehilangan peluang keemasan untuk menangani kebimbangan banyak pihak terhadap kerahsiaan yang melingkari pembiayaan politik di negara ini.

Oleh itu, saya dapati agak menghairankan kebelakangan ini apabila pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato' Sri Najib mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan mereka dengan keras menentang inisiatif perubahan pembiayaan politik sejak awal.

Saya teringat perbahasan di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Saya bertanya kepada Ahli Parlimen DAP dari mana DAP mendapat wang yang banyak bagi membina ibu pejabat parti yang baru bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh 2 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri. Tambahan pula, saya katakan, Gerakan mengambil masa 12 tahun untuk membina ibu pejabatnya yang kebetulan hanya merupakan sebuah premis biasa. Saya turut mengingatkan DAP supaya tidak melupakan asal usul sosialis parti itu, termasuk menolak sebarang bentuk kemewahan.

Bagai dirancang, beberapa Ahli Parlimen DAP bangkit dan mencelah bagi mengganggu perbahasan saya. Seorang daripadanya, Ahli Parlimen DAP dari Bruas, Ngeh Koo Ham, menjerit dari tempat duduknya dan mengatakan DAP mempunyai ramai penyokong yang sanggup memberi sumbangan wang ringgit kepada DAP.

Dalam satu lagi contoh, pada Pilihan Raya Umum 2008 di Permatang Pauh (ketika Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen) buat pertama kalinya dalam kerjaya politik saya, BN benar-benar berhabis dari segi logistik dan jentera pilihan raya seperti poster, kain rentang dan aktiviti kempen. 

Saya masih ingat, setiap kali pekerja parti BN memacak satu bendera BN, ia pasti ditenggelami oleh bendera pembangkang dalam tempoh dua jam. Setiap kali BN memasang kain rentang besar, pembangkang akan melakukan perkara sama dengan kain rentang yang dua kali besar saiznya pada hari yang sama.

Ternyata, tanpa pembiayaan politik yang banyak, parti pembangkang tidak mungkin dapat menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran.

Berdasarkan persekitaran pembiayaan politik sedemikian, BN juga tidak terlepas daripada amalannya. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad mengingati catatan dalam blognya yang disiarkan pada 13 Jun 2008, yang mana beliau mengaku menyerahkan lebih RM1.4 bilion – dalam bentuk tunai dan aset - kepada Presiden UMNO yang baharu ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003. Itu adalah nilai tunai dan aset UMNO pada waktu itu.

Melangkah 12 tahun ke hadapan ke hari ini, dengan mengambil kira inflasi sepanjang beberapa tahun dan cabaran lebih hebat dalam membiayai jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri UMNO dan BN di empat negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan) sejak 2008, saya tidak akan terkejut jika pucuk pimpinan perlu bersikap lebih proaktif dalam mendapatkan pembiayaan daripada penyokong serta penyumbang.

Di akhirnya, kini wujud keperluan lebih mendesak untuk mengawasi pembiayaan politik dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh pembangkang terutama DAP. 

Bagaimanapun, sementara menunggu lonjakan keyakinan itu menjadi kenyataan dalam kalangan pakatan pembangkang, tiada pihak yang berhak mendabik dada dan mendakwa dirinya lebih baik berbanding yang lain.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Ada Konspirasi Tuduhan Palsu Ke Atas Perdana Menteri?!

Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, tidak menolak kemungkinan wujud usaha mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan aktiviti jenayah melalui pemalsuan dokumen dan maklumat haram.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar menafikan tuduhan Sarawak Report bahawa Pejabat Peguam Negara telah bersedia untuk membuat pendakwaan ke atas Mohd Najib pada hari Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Abdul Ghani Patail ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan.

“Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami,” kata Apandi.

Namun Apandi tidak menolak hakikat kemunculan kertas pertuduhan dan tuduhan palsu ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadapnya, dengan maklumat palsu dan memperolehi maklumat secara tidak sah.

Sebelum ini, bekas perunding editorial Sarawak Report, Lester Melanyi, mendakwa terdapat usaha “To Criminalize Najib” oleh beberapa pihak dengan kerjasama Sarawak Report.-MYKMU.NET



KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA

30 Julai 2015

1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.

2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.

3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.

4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah.

STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA

30 July 2015

1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false.

2. T‎he alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General’s Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers. ‎
3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance.

4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.

5. This plot represents a threat to Malaysia’s democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty. ‎
TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 30 July 2015

Zeti Aziz Gabenor Bank Negara Dipecat?

Beliau dikhabarkan dipecat dan meletak jawatan dalam beberapa blog penipu besar dan penyebar fitnah yang mana terus dikaitkan dengan proses siasatan 1MDB kononnya ini adalah reflek dari pemecatan Tan Sri Muhayuddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun rakyat kini jelas dengan agenda segelintir individu bernafsu serakah yang cuba menggulingkan kerajaan hari ini yang mana didirikan dalam satu sistem demokrasi yang telus.

Kepada para penabur fitnah kepada Yang Berhormat Perdana Menteri serta kerajaan hari ini sedarlah satu hari nanti kamu mati juga. Ingat....



Bank Negara Malaysia (BNM) has denied rumours circulating in local media and financial markets that its governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (pic) has resigned. 

When asked to comment on the the rumour, a central bank spokesman said: "This is not true," according to Reuters.

When contacted by The Star on Thursday, a BNM spokesman also denied that Zeti, 67, suffered a heart attack.

"She is fine and came to work as usual,” added the spokesman. - sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 29 July 2015

Punca Ramai Tangguh Niat Kahwin!

Berkenalan sudah, berkawan sudah, bercinta pun sudah. Jadi bila nak kahwin? 

Gulp! Rata-rata memang menelan air liur apabila sebut tentang kahwin. Memang teringin nak kahwin tetapi menelan air liur dan lap peluh di dahi apabila mengenangkan belanja kahwin yang tinggi. Ini biasanya di alami oleh orang lelaki. Jika jumpa bakal pasangan yang memahami, sama-sama termenung nak solve hal ini.

Ramai orang ingat masalah belanja kahwin tinggi ini hanya berlaku pada orang Melayu sahaja. Sebenarnya ia turut berlaku pada kaum Cina, India dan lain-lain. Ini diakui oleh seorang pegawai bank yang menyatakan tiada beza soal kaum apabila mahu meminjam wang untuk kahwin. Bakal pengantin biasanya membuat pinjaman peribadi di antara RM10,000 hingga RM50,000.

Menurut perancang majlis perkahwinan, belanja kahwin bagi orang Malaysia adalah di antara RM50,000 hingga RM80,000 untuk majlis di rumah dan jumlahnya meningkat kepada RM300,000 hingga jutaan ringgit sekiranya majlis dilakukan di hotel 5 bintang. Ini adalah pecahan perbelanjaan kos perkahwinan:


Apa Punca Belanja Kahwin Mahal?

Leticia Hsu, president dan co-founder Association of Wedding Professionals (AWP) menyatakan “To beat the ‘competition’, membuatkan bakal pengantin dan ibu bapa mereka mahu menyediakan sebuah majlis perkahwinan yang unik, istimewa dan mesti lebih baik dari majlis-majlis perkahwinan orang terdahulu agar kelihatan gah dan diperkatakan oleh orang ramai.

Gara-gara menjaga status dan air muka di depan sanak saudara dan rakan taulan, majlis kahwin dibuat secara grand (besar-besaran) bagi meraikan raja sehari walaupun hakikatnya raja sehari itu bakal jadi hamba hutang selama 5 – 20 tahun. Yang lebih tragik, hutang di bank belum habis dilangsaikan, perkahwinan pula menuju ke gerbang perceraian. Semuanya kerana masalah kewangan yang menjadi isu di antara pasangan. Rasa tertekan dengan hambatan hutang hingga nak bersama jadi masalah.

Ada juga pasangan yang mahu bersederhana dalam penyediaan majlis perkahwinan mereka tetapi atas faktor desakan keluarga terutama dari ibu bapa, membuatkan mereka menurut kemahuan tersebut meskipun terpaksa berhutang dengan pihak bank. Ada juga ibu bapa yang mahu bersederhana tetapi anak mereka pula mahu menunjuk-nunjuk pada sanak saudara dan rakan taulan.

Tetapi tak mustahil ada perkahwinan yang dijalankan dalam bajet yang berpatutan apabila pasangan dan ibu bapa capai kata sepakat mahu bersederhana. Ini biasanya berlaku pada pasangan yang masih belajar atau baru bekerja yang mahu mendirikan rumah tangga. Ibu bapa pula mahu anak mereka terlindung dari perbuatan maksiat dan gejala sosial. Lalu dikahwinkan dalam kesederhanaan dan menyempurnakan perkara yang wajib dalam perkahwinan. Maknanya, perbelanjaan kos perkahwinan itu boleh dibuat dalam keadaan bersederhana dan mampu sekiranya benar-benar mahu!

Apakah pilihan anda? Mahu gah sehari dan jadi hamba hutang berpuluh tahun? Atau bersederhana dan hidup selesa tanpa hutang majlis raja sehari?

Tepuk poket, tanya diri.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Cara Jawap Soalan : ‘Bila Kau Mahu Kahwin?’ #Lelaki #kahwin

Cepu Emas, Cemas dan Lemas!!

1. Siapa ada masalah dengan soalan cepu emas: ‘Bila kau mau kawin?’
Itu sebenarnya tanda prihatin. It shows that people do aware of your existence, and you do matter to them. Sebab itu ia dinamakan ‘cepu emas’. Cepu itu bererti orang yang pentingkan diri. Emas pula sesuatu yang berharga. Jadi ‘soalan cepu emas’ itu membawa konotasi agak ironik, iaitu: pertanyaan dari seorang yangselfish, tapi sangat caring dan peduli.
Cuma kadang-kadang, situasi emas itu boleh bertukar cemas. Bila si cepu itu bukan sekadar bertanya, tetapi juga memberi nasihat bertele-tele. Siap dengan segala hadis dan nas-nas Al-Quran. Ini pun bagi saya secara peribadi, masih boleh dikompromi. Agak annoying sikit, tapi niat si cepu tentu mulia. Itu mungkin bukti bagi sikap prihatin yang lebih tinggi.
Tapi yang betul-betul menduga kesabaran, bila cepu cemas meningkat jadi cepu lemas. Serius, ini memang bikin sesak nafas.
Nota: Selain dikaitkan dengan ‘orang yang selfish’, cepu juga boleh diertikan sebagai bekas, cembul, mangkuk besi.
2. Insiden ini berlaku ketika sesi ziarah raya baru-baru ini di suatu tempat yang sengaja dirahsiakan.
“Kau masih belum kahwin? Tengok akak, anak sulung sudah mau habis universiti” , sapa dia dengan begitu ramah, yang cuma dua tahun senior saya.
“Jodoh belum sampai, kak.” Kata saya, sambil melirik nasi himpit dalam pinggan di tangan dia, yang belum dijamah sejak tadi.
“Eeeeh, jodoh tak boleh ditunggu datang, dik. Mesti usaha dan cari. Mana boleh harap cinta bergolek-golek menyembah depan kita. Bla, bla, bla.” Cepu emas sudah mula jadi cepu cemas.
Kawan sebelah saya pun sudah lama angkat kaki. Mungkin sentap, mungkin jengkel. Sebab ini majlis temumesra idul fitri, bukan sesi motivasi mencari isteri.
“InsyaAllah akan berikhtiar, kak.” Saya sambut ringkas ceramah dia yang berjela-jela. Makanan di pinggan dia belum juga luak-luak.
“Memanglah insyaAllah. Tapi kesungguhan mesti ada. Itulah, Mekah kau sudah sampai berkali-kali. Tapi nikah belum. Kita orang Islam ni dik… bla, bla, bla.”
Nah, sudah mula jadi cepu lemas. Bila tahap begini, memang saya ada isu. Bukan kerana sensitiviti pada subjek yang dibangkitkan. I don’t find it sensitive at all. But when others unnecessarily drag it too much, it denies you the opportunity for a more productive conversation. Banyak lagi hal lain yang boleh dibualkan. Sebab bukan selalu jumpa pun.
3. “Sebenarnya saya ada masalah peribadi, Kak.” Akhirnya hati saya terbuka mahu berterus terang. Sebab makin lemas bila terus diasak bertubi-tubi.
“Ya, apa dia? Kongsilah.” Mata dia terbuntang penuh minat.
“Kalau ikut trend Malaysia, ramai perempuan sekarang macam suka yang keras dan tahan lama. Saya ini sudah 20 tahun ada masalah ketegangan dan premature ejaculation yang kronik. Kadang-kadang bergesel dengan peha sendiri pun boleh pancut. Saya sudah cuba semua ubat kuat yang ada di internet, tapi tiada yang mujarab. Suami akak pakai apa?” Saya akhiri pengakuan itu dengan pertanyaan penuh mengharap.
Dia diam. Kemudian mula mengunyah nasi himpit yang sejak tadi tidak dijamah. Mujur dia akhirnya diberi hidayah untuk redha pada qada dan qadar Tuhan. Dari situasi emas, kemudian bertukar cemas dan hampir-hampir jadi lemas; tapi cepat-cepat kembali kepada fitrah asal, iaitu emas.
Selepas beberapa minit bungkam, saya jeling lagi. Dia masih terus diam, dan makin laju melantak makanan dalam pinggan. Silence is golden. Fuh, syukur pada Tuhan.
Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan di Facebook Dr Rem Dambul. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia membantu mereka yang masih bujang untuk menjawab soalan cepu emas tentang kahwin dengan cara santai.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Bukan Najib Penentu Timbalan Presiden Parti!

Sekalipun dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih yakin Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak akan menggugurkannya daripada jawatan Timbalan Presiden parti.

“Tidak, saya tidak fikir kedudukan saya tergugat. Saya sudah lama dalam parti dan tugas dalam parti saya tidak akan abaikan,” katanya kepada pemberita di kediamannya, hari ini. Kedudukan Muhyiddin dalam Umno menjadi perhatian selepas Najib gugurkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam satu pengumuman mengejut Kabinet baharu, semalam.



Mengikut amalan tradisi dalam Umno, jawatan Timbalan Presiden adalah untuk Timbalan Perdana Menteri. Nasib Muhyiddin dijangka akan ditentukan pada mesyuarat MT Umno yang akan diadakan Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau akan hadir ke mesyuarat MT itu dan sedia untuk terus bekerjasama dengan Najib sebagai Presiden Umno.

“Saya tidak bimbang untuk hadir. Saya sudah lama (dalam parti) dan saya percaya mereka (MT) akan bersikap adil dan memberi peluang kepada saya di atas setiap pandangan. Saya tidak jangka ada sesuatu yang luar biasa (Jumaat ini),” katanya. -sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 28 July 2015

Mat Sabu Bakal Jadi Perdana Menteri?! #HarapanBaru #HaruBiru

MAT SABU AKAN JADI PERDANA MENTERI DALAM KERAJAAN PERALIHAN - RAFIZI

Mohamad Sabu antara nama pilihan menjadi Perdana Menteri dalam kerajaan peralihan apabila satu undi tidak percaya akan dibuat di Dewan Rakyat bagi menyingkirkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memaklumkan kepimpinan pembangkang telah menyenaraikan beberapa nama untuk menjadi calon Perdana Menteri.

“Antaranya bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad dan Bekan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Mat Sabu juga boleh jadi Perdana Menteri dalam kerajaan peralihan ini kelak,” katanya.

Cadangan itu dibuat bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berikutan kekecewaan parti pembangkang diatas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri hari ini. Dia mendakwa mewakili kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Ia akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib. Jelasnya, sebaik Presiden UMNO itu disingkir, sebuah ‘Kerajaan Peralihan’ akan dibentuk. - Sumber



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#RombakKabinet : Senarai Kabinet Baru Malaysia Julai 2015 #KekalNajib

Kabinet Kerajaan

Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan - YAB DS Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KDN - YAB DS Dr Zahid Hamidi



Menteri Pengangkutan - YB DS Liow Tiong Lai

Timb. Pengangkutan - YB Dato Aziz Kaprawi


Menteri Kesihatan - YB DS Subramaniam
Timbalan - YB DS Dr. Hilmi Yahya


Menteri JPM - YB Dato Mah Siew

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - YB DS Nazri Aziz
Timbalan - YB Dato Mas Ermyriati


Menteri Pertahanan - YB DS Hishamuddin 
Timbalan -YB DW Mohd Johari Baharom 


Menteri MITI - YB DS Mustpha Mohamad
Timbalan - YB Dato Ahmad MAslan dan YB Senator Dato Lee Chee Liong 


Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan AIr - YB DS Maximus Ongkili
Timbalan - YB Dr James Dawos Mamat


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - YB Dato Amar Douglas
Timbalan - YB Dato Noriah Kasnom


Menteri Pertanian dan Industri Tani - YB DS Shabery Cheek
Timbalan - YB DS Haji Tajuddin Abd Rahman


Menteri KKLW - YB DS Ismail Sabri
Timbalan - YB Dato Alaxender dan YB Dato Ahmad Jazlan


Menteri Kewangan II - YB DS Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan - YB Datuk Johari Abd Ghani dan YB Datuk Chua Tee Yong


Menteri Sains Teknologi dan Inovasi - YB Datuk Wilfred
Timbalan - YB Datuk Dr Abu Bakar


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - YB DS Hajah Rohani 
Timbalan - YB Datuk Hajah Azizah dan YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun



Menteri Kerja Raya - YB DS Fadhilah Yusof
Timbalan - YB Dato Rosnah Rashid Shirlin


Menteri Sumber Manusia - YB DS Richard RIot
Timbalan - YB DS Haji Ismail


Menteri WP - YB DS Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan - YB Loga Bala

Menteri Pengajian Tinggi - YB DS Idris Jusoh
Timbalan - YB Datuk Yap Kain


Menteri Luar - YB DS Anifah Aman
Timbalan - YB DS Reezal

Menteri JPM - YB Datuk Joseph Entulu


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - YB Datuk Dr Wan Junaidi
Timbalan - YB Datuk Ir Haji Hamim


Menteri Pendidikan - YB DS Mahadzir Khalid
Timbalan - YB P Kamalanathan


Menteri Belia dan Sukan - YBKhairy Jamalaluddin
Timbalan - YBDatuk Saravanan


Menteri Komunikasi dan Multimedia - YB DS Panglima Dr. Mohd Salleh Keruak
Timbalan - YB Dato Jailani Johari

Menteri KPDNKK - YB Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan - YB Datuk Paduka Ahmad Bashah


Menteri JPM - YB DS Jamil Kamil Baharoom
Timbalan - YB Senator Dato Dr. Asyraf Wajdi


Menteri JPM - YB DS Azalina , YB Dato Ir. Wee Ka Siong, YB DS Wanid Omar, YB Puan Hajah Nancy, YB DS Shahidan Kassim, YB Senator Paul Lo, YB DS Idris Jala, YB DS Panglima Joseph Kurup, YB Dato Josep Entulu, 


Timbalan Menteri JPM - Dato Razali Ibrahim
Timbalan Menteri KDN - Datuk Nur Jazlan dan Tuan Masir Anak Kujat 

:- klxpress.com.my




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!