Friday, 26 June 2015

Hukum Makan Belangkas #info

APA ITU BELANGKAS?

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.


Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:


- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan (HALAL).



NILAI PERUBATAN

Belangkas darahnya berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.


Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Sarjana Sains (Akuakultur), Institut Akuakultur Tropika (IAT) Universiti Malaysia Terengganu telah lama menyelidik nilai perubatan belangkas ini. Universiti Malaysia Terengganu sedang memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.

500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dibantu bagi menternak belangkas. Nelayan terbabit dijangka mendapat pendapatan RM 1200 sebulan apabila projek ternakan ini berjaya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 25 June 2015

Ramai Pro-Mahathir Kini Percaya MalaysiaKini?! #kekalNajib



Mkini kini ketandusan idea dan jelas semakin terdesak untuk melagakan penyokong Tun M yang kini sedang dicuri sokonganya dari Barisan Nasional.

"Lightbox" Berwajah Mahathir yang dikatakan kononnya sengaja biarkan tidak menyala mengundang reaksi tidak senang terutama dari penyokong "kipassusahmati" Tun M.

Bertimbunlah sumpah seranah dilemparkan kepada YB PM DS Najib Razak lantaran kejadian itu meskipun ianya dimuat naik oleh portal MenipuKini sememangnya portal lidah pembangkang yang kini ketandusan idea dan membawa isu remeh untuk memecahkan perpaduan umat islam didalam UMNO.

Ada blogger pro Tun M dengan semberono memberi tuduhan tidak baik kepada presiden parti hanya kerana perkara yang dianggap tidak menambah atau mengurangkan kreditbiliti mantan Perdana Menteri tersebut [sini]

Sewajarnya pihak pengurusan tersebut lebih peka akan keadaan-keadaan ini. Terima Kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur segera membantu menagani akan perkara ini agar tidak belaku pertelingkahan diantara sesama sendiri hanya kerana "Lampu Tak Menyala"


"Pemuda UMNO Wilayah di Tingkat 4 bagi melihat sendiri dakwaan Malaysiakini bahawa Gambar Tun Mahathir tidak berlampu.. 

Kami melihat gambar ini terang dan tidak ada masalah. "

Mohd Razlan 
Ketua Pemuda UMNO WP




Semalam, 
Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Saudara Razlan Rafii yang hari ini telah menjayakan Program Jom Shopping Raya 2015. 

Program yang mulia ini melibatkan hampir 500 orang dimana mereka ini terdiri daripada bahagian UMNO seluruh Wilayah Persekutuan, anak-anak Yatim dan golongan orang kurang upaya (OKU). Program ini turut mendapat kerjasama konglomerat tekstil Melayu terbesar negara iaitu Jakel trading Sdn Bhd (JAKEL).- 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 19 June 2015

Media Asing Mempunyai Agenda Sendiri - Tun Mahathir #KekalNajib

Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan amat malang kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengorbankan prinsipnya semata-mata kerana agenda mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini termasuk mula menggunakan media asing untuk memburuk-burukkan Najib dan UMNO sedangkan dahulu Tun Mahathir cukup menentang media asing.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, tindakan Tun Mahathir ketika ini bertentangan dengan apa yang dipertahankan di zaman pemerintahannya dahulu.


Beliau mengulas wawancara mantan perdana meteri itu dengan The New York Times (NYT) yang terus mengkritik Najib, 1MDB malah menyifatkan UMNO semakin lemah dan Barisan Nasional (BN) bakal kalah pada PRU akan datang.

“Saya tidak terperanjat dengan serangan Tun Mahathir sebab UMNO sebenarnya semakin kuat apabila menambah kerusi parlimen daripada 80 kepada 88 kerusi pada PRU 13,”.

“Dia (Tun Mahathir) juga sudah serang UMNO ketika itu. Jika kita lihat UMNO semakin kuat dengan ramai muka baru golongan profesional, peguam dan doktor diberikan peluang dalam parti dan jadi ahli parlimen ketika ini,” ujarnya kepada BNBBC.my

Bagi Shahrir, dakwaan Tun Mahathir tidak tepat kerana UMNO bukan bertambah runcing, rosak seperti didakwa sebaliknya proses peremajaan parti dengan memberikan peluang golongan muda serta cerdik tampil ke depan.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu menyatakan kecewanya kerana Tun Mahathir sanggup mengorbankan prinsip kerana agenda dan matlamat mahu menjatuhkan Najib.

“Prinsipnya dahulu, beliau ketepikan. Dulu, beliau seru pertahankan parti, Jangan berpecah. Jangan percaya media asing, tetapi sekarang dia sendiri gunakan 'New York Times',” jelasnya. - BNBBC



Dulu cakap lain hari ini beliau pula mengunakan media asing untuk hentam kerajaan?! Sedangkan Mahathir sebelum ini pernah menyatakan.. "Media asing mempunyai agenda sendiri," dalam blognya.

Hari ini agenda siapa New York Times bawa?! 
Anwar dan Mahathir dari kubang yang sama.. 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 18 June 2015

Video NOSTALGIA KARTUN (1987)



sebuah klip video dokumentari yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama Malaysia pada tahun 1987.klip video yang dipetik melalui rancangan berbentuk majalah yang diacarakan oleh Wan Zaleha Radzi ini menyiarkan perspektif mengenai dunia kartunis di Malaysia.

Segmen menarik ini juga turut memfokoskan majalah-majalah kartun,kartunis,pendapat menteri-menteri dan juga menyiarkan info-info menarik mengenai kartun.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.



Baca Seterusnya...

Ayam Percik Menu Bebuka Paling Laris

Ayam percik memang tidak ketinggalan ketika bulan ramadan. Ia lazimnya menjadi pilihan pelbagai golongan umur, baik kanak-kanak, wanita mahupun lelaki.


Rasanya yang pedas, diperab dengan rempah dan dibakar, sambil dicecah dengan sos memang terbaik! Jom lihat antara ayam percik yang terdapat di bazar..Atau cuba masak sendiri..Tak kena GST :p

RESEPI AYAM PERCIK :

Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang
  • 9 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 400 ml santan pekat
  • 1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam)

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan putih

Cara-cara :
Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air. Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit). Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 17 June 2015

700,000 Pesara Kerajaan Dapat "Duit Raya" #Ramadhan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.


Beliau berkata, bantuan khas tersebut juga dinikmati oleh 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.

“Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion,” katanya

ketika menyempurnakan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) bertemakan Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. - UTUSAN ONLINE

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Rakyat Selangor Bakal Hadapi Masalah Jantung?! #KrisisAir

Ramai yang mungkin terlepas pandang tentang kepentingan air untuk kesihatan. Jom kita tengok berapa peratuskah air yang diperlukan oleh badan kita?

Sumber foto : rasanutrisihat.com


Kita perlu minum air kosong yang banyak setiap hari kerana badan kita memerlukan air untuk mengawal suhu badan, membantu buah pinggang menyingkirkan bahan buangan dan toksik dari tubuh, pembawa mineral, nutrien serta oksigen ke seluruh sel badan serta pelincir kepada sendi-sendi.

Kajian para saintis dari Jepun mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi banyak memberi manfaat dan boleh mengubati banyak penyakit. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sbg ubat 100% bagi penyakit-penyakit seperti:

Penyakit sakit sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

Berapa banyak air yang diperlukan dalam satu hari mengikut berat badan?


Jangan ambil mudah, minumlah air kosong mengikut saranan kerana kesihatan adalah hak milik setiap insan. 

Apalah nasib orang selangor yang hari ini masih dalam krisis airnya?! Mampukah mereka menikmati sejumlah air yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan mereka jika hanya bergantung kepada air tangki seperti dibawah?!
 








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 16 June 2015

Perlis Bakal Alami Suhu Lebih Panas Ramadhan Ini #Ramadhan

Malaysia diramal mengalami keadaan cuaca panas dengan taburan hujan yang sedikit sepanjang bulan Ramadan tahun ini, demikian menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut timbalan Ketua Pengarah Strategik dan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Rosaidi Che Abas, suhu pada bulan Ramadan yang bermula pertengahan Jun diramalkan sekitar 33 hingga 35 darjah celsius di samping keadaan hujan yang kurang daripada biasa.

Beliau berkata, ini disebabkan negara telah memasuki musim monsun barat daya yang secara relatifnya menyebabkan jumlah hujan diterima berkurangan. Keadaan cuaca panas itu dijangka berterusan sehingga September, katanya. 

Dr Mohd Rosaidi berkata, keadaan suhu mungkin berbeza mengikut tempat, dengan memberi contoh kawasan di sebelah utara seperti Perlis dijangka lebih panas dengan penambahan suhu sehingga satu atau dua darjah celsius.

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah Selasa 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah. - Bernama



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Temui "kembar" Wajah Sama Melalui Internet #InfoInternet

Sesetengah orang percaya bahawa terdapat 7 orang memiliki wajah yang serupa di seluruh dunia.

Bertitik tolak daripada idea itu, laman web Twin Strangers membuka peluang kepada semua orang yang berminat mencari "kembar" di serata dunia untuk berdaftar melalui laman web itu.

Menariknya, seorang gadik Irish yang bernama Niamh Geany,27 bukan sahaja menemui seorang "kembar" mirip dengan wajahnya, malah telah menemui dua orang hasil pencarian melalui laman web tersebut!

Pada April tahun ini, Niamh telah dipertemukan dengan Karen yang juga tinggal senegara dengannya. Wajah mereka saling tidak tumpah dan telah mendapat perhatian dunia.


Gambar Niamh bersama kembar pertamanya, Karen. (Sumber foto: Twin Strangers)

Menariknya, baru-baru ini, Niamh sekali lagi berjaya menemui "kembar" keduanya yang bernama Luisa Guizzardi, seorang gadis Itali.

Sekali lagi, kisah pertemuan mereka ini mendapat perhatian dunia apabila kedua-duanya bukan sahaja memiliki wajah yang sangat mirip, malah karakter, bahasa badan dan aura yang serupa. 

Menerusi portal Cosmopolitan, Niamh berkata, "Saya sangat terkejut dengan pertemuan ini, ini kerana kami kelihatan lebih mirip di dunia nyata berbanding dalam gambar.."


Niamh bersama kembar keduanya, Luisa. (Sumber foto: Twin Strangers)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pakatan Berkubur Kerana Orang Islam?! #DAP #PakatanRakyat #LawanTetapLawan

Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

Dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh DAP, PKR dan PAS untuk memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia berikutan tsunami pilihan raya umum pada 8 Mac, 2008.

“Ia mendorong pimpinan DAP, PKR dan PAS untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama,” katanya.

“Namun, ekoran beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabuli keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan mengakibatkan muafakat sedia ada hampir lumpuh.

“Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Abdul Hadi membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya - astroawani

LGE terus terusan menunding jari kepada kepimpinan PAS lantaran ketidaksepakatan mereka yang kini jelas telah retak.


DAP dan PAS dilihat tidak sehaluan dalam agenda masing masing yang mana DAP selaku orang yang angkuh dan sombong semberono menyalahkan PAS sedangkan PAS cukup berhabis bersabar dengan kerenah kepimpinan DAP sendiri yang tidak pernah menghormati tahaluf siyasi sesama mereka.

LGE lidah komunis sekali lagi mengaitkan hubungan orang Islam sebagai alat pepecahan Pakatan Pembangkang.

Jangan hairan DAP memang mengamalkan cara PECAH DAN PERINTAH. Perpecahan ini jelas DAP gelojoh mahu mengepalai satu gerakan baru yang pastinya mesti ada segelintir orang Melayu/islam akan menjadi keldainya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kedai Caj GST Pada "Pinggan Kosong" #GST

Insiden yang berlaku pada 7 Jun lepas di sebuah kedai Bak Kut Teh di Klang. Insiden ini berlaku apabila sebuah restoran telah mengecaj harga untuk pinggan kosong termasuk dengan caj GST.

Pada mulanya Mavis Law yang ke kedai tersebut untuk sarapan pagi tidak perasan mengenai perkara tersebut sehingga meneliti kembali resit yang tertulis 'Empty Plate' yang telah di caj sebanyak RM2.12.

Mavis pun berjumpa dengan staff dan mereka memberi alasan 'siapa mahu bayar untuk membasuh pinggan ini' dan setelah berbincang, mereka setuju memulangkan amaun tersebut.

Mavis mula memuatnaik kisahnya ini sebagai peringatan pada mereka yang ambil mudah tanpa sedar mudahnya kita ditipu. Kisah ini menjadi viral sekejap.

Walaupun insiden ini berakhir dengan baik kerana Mavis telah memadam status ini didalam FB miliknya, namun ia harus dijadikan pengajaran untuk pengguna lebih teliti dan tahu ke mana aliran belanja duit seharian kita pergi.

Jadilah pengguna yang bijak, jangan renyok terus resit yang dibeli, silap-silap kita di caj dengan 'benda' yang tiada.

Sumber : theantdaily.com


Cara mudah nak bagi rakyat mengamuk marahkan kerajaan kerana puak puak macam kerbau pendek ini memang suka mengambil kesempatan.

Walaubagaimanapun, pelanggan yang perlu bijak dan memang kena ajar peniaga macam ini, mencuri dalam berniaga. - DSR

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Jangan Buang Air Dalam Kolam! #InfoSihat

Berenang merupakan aktiviti sukan terbaik yang membakar kalori selain berlari dan berbasikal. Dalam melakukan aktiviti yang paling digemari itu, kadang-kala mata kamu pedih dan merah. Jangan salahkan klorin, ini kerana klorin memang tidak bersalah.

Anda harus tahu bahawa, klorin memiliki manfaat untuk mengikat zat-zat. Jadinya, zat yang berbahaya untuk tubuh juga diikat oleh klorin, sebagai contoh peluh dan air kencing.

"Hasil ikatan klorin pada zat-zat bahaya ini menyebabkan iritasi. Ini adalah penyebab mata merah," kata Michael J.Beach, Pusat Pengendalian Penyakit AS (CDC).


Sebab itu, sangat penting mengajar anak-anak kita supaya tidak membuang air di dalam kolam renang.

Wabak penyakit senang merebak dari kolam renang umum kerana kuman yang dibawa pengunjung kolam renang, baik orang dewasa mahupun anak-anak.

Disebabkan itu, pengunjung disaran membilas badan di bawah pancuran sebelum masuk ke kolam renang untuk membuang kuman.

Walaupun satu orang yang membawa kuman tidak akan menyebabkan wabak, namun bayangkan jika ke semua pengunjung agen pembawa kuman? - LadyLista.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#TabungHaji : Wakil Rakyat Bukan Islam Sokong Jangan Jual Tanah TRX

Anggota Parlimen Sokong Tabung Haji Tidak Jual Tanah TRX

KUALA LUMPUR: “Dulu lain, sekarang lain”…itulah nada anggota Parlimen terhadap polemik tanah milik Lembaga Tabung Haji (TH) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) apabila rata-rata menyokong agar tanah seluas 0.63 hektar itu tidak dijual semula.

Beberapa wakil rakyat yang menyentuh isu itu, termasuk bukan Islam berpendapat TH wajar menimbang semula cadangan untuk menjual tanah berkenaan kerana disifatkan sebagai pelaburan yang menguntungkan.

Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata TH akan memperoleh keuntungan yang lebih sekiranya tidak menjual tanah berkenaan.

“Dari sudut perniagaan, tanah berkenaan akan mendatangkan lebih banyak keuntungan, jika tidak dijual,” katanya ketika mencelah penggulungan usul Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat, Isnin.


Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), yang turut menyokong cadangan tersebut, berkata pihak pengurusan TH sememangnya mempunyai kepakaran dalam perniagaan dan telah menjalankan amanah dengan sebaiknya sejak dahulu lagi.

“Kita minta tanah ini jangan dijual kerana dalam perniagaan tanah, semakin hari disimpan semakin naik harga,” katanya.

Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) pula berkata cadangan penjualan tanah itu sebelum ini dibuat berikutan persepsi politik.

“Kalau persepsi itu sudah tidak ada, apa kata menteri supaya tanah ini tidak dijual dan dipertahankan untuk pembangunan demi keuntungan lebih besar kepada Tabung Haji di masa hadapan,” katanya.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi); Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang); Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun) turut menyatakan sokongan mengenai parkara itu.

Sokongan seumpamanya turut dinyatakan anggota Parlimen pembangkang Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) yang mengucapkan tahniah kepada Tabung

Haji kerana membuat suatu pembelian menguntungkan.

“Isu Tabung Haji ini timbul kerana isu 1MDB pada masa itu, tiba-tiba Tabung Haji mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli tanah yang agak mahal, tetapi dengan penerangan yang diberikan mengatakan pembelian itu adalah agak murah jika dibandingkan tanah sebelahnya, maka itu perkiraan menguntungkan kepada Tabung Haji,” katanya.

Menyambut baik sokongan itu, Jamil Khir berkata beliau akan membawa perkara itu kepada anggota lembaga TH untuk menilai semula cadangan penjualan tanah berkenaan.

“Saya mendapat sokongan yang cukup luar biasa di mana kita dapat bergabung hari ini dan memberikan sokongan supaya Tabung Haji tidak menjual tanah tersebut dan saya mengambil perhatian tinggi,” katanya.

Beliau sebelum itu berkata Tabung Haji pada masa ini telah menerima tawaran pembelian tanah itu dan sedang mengkaji tawaran tersebut.

Katanya dalam penjualan tanah itu, TH tidak hanya mahu sekadar mendapat pulangan modal sebaliknya melihat keuntungan demi kebaikan pendeposit.

Tabung Haji sebelum ini dikecam hebat kerana membeli tanah tersebut dengan harga RM188.5 juta daripada syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ekoran itu, pada 9 Mei lepas, TH memutuskan untuk menjual tanahnya di TRX atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit. - BERNAMA
Baca Seterusnya...

Monday, 15 June 2015

Marah Mahathir Pada Najib Bukan Ibarat Teguran "Ayah Anak" #KekalNajib

Terlalu banyak yang ingin di perkatakan tentang serangan bertali arus Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Serangan beliau jika di lihat seolah-olah campur tangan di dalam urusan pentadbiran negara sedangkan umum mengetahui, zaman pentadbiran beliau sudah lama berlalu.

Apakah sebenarnya yang di ingini Tun M? Adakah terdapat agenda tersembunyi yang di perjuangkan beliau terhadap kepimpinan Negara kini?

Jika di lihat kepada tindak tanduk Tun sejak hampir setahun ini, persoalan berkenaan ada kebenarannya. Sewaktu di awal serangan Tun M terhadap kepimpinan Najib, beliau membangkitkan kemana tuju wang sebanyak RM 42 billion yang di laburkan oleh 1MDB.

Malah beliau juga begitu berani mempersoalkan siapa yang mengarahkan pembunuhan model sambilan dari Monggolia, Altantuya Shaaribu. Dalam menyentuh konteks 1MDB, persoalan berkenaan telah di jawab lebih awal oleh Najib melalui pelbagai forum yang di hadiri beliau.

Begitu juga berkenaan pembunuhan model berkenaan. Ianya jelas dalam bidang kuasa Mahkamah.Adakah keengganan Najib melayan tuntutan bagi membiayai dan menyelamatkan Proton menjadi sebab utama?

Di manakah kewajaran Najib mahu menyambung semula pembinaan Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor yang ada kini?

Jika di lihat modus operandi yang di lakukan Tun M sewaktu melancarkan serangan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, beliau menggunakan apa sahaja medium untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Abdullah sehingga mendorong Tun Abdullah meletakkan jawatan.

Beliau juga merestui perlantikan Najib selaku pengganti Tun dan semua ini menunjukkan penghormatan tertinggi terhadap beliau oleh barisan kepimpinan negara.

Kali ini, corak serangan Tun hampir sama sewaktu menjatuhkan Tun Abdullah. Beliau menggunakan apa sahaja untuk menyerang Najib termasuk menyentuh hal peribadi. Ini jelas bukan satu politik yang matang demi memperjuangkan nafsu politik beliau.

Isu berkaitan Proton sebenarnya bukan perkara baru. Sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, sebegitu banyak peruntukkan di salurkan ke Proton malah beliau berjaya membina Kilang Proton di Tanjung Malim kononnya demi mempercepatkan permintaan pelanggan terhadap Proton.

Begitu juga dengan Jambatan Bengkok. Isu ini sebenarnya membabitkan kedaulatan 2 buah negara yang berjiran. Andai Malaysia membina jambatan ini bagaimana dengan pihak Singapura? Adakah mereka bersetuju dengan pembinaan ini dan bagaimana pula tentang kosnya?

Dalam hal ini, Tun Dr Mahathir Mohamed harus lebih rasional dalam beberapa tuntutan dan agenda peribadi beliau. Tindakan beliau kini seolah-olah menjadi gunting di dalam lipatan bagi kepimpinan Datuk Seri Najib kini.

Zaman beliau jelas sudah berlalu. Laungan berulang kali beliau mengatakan beliau menyayangi UMNO dan Malaysia harus di buktikan terlebih dahulu berbanding mengutamakan kepentingan peribadi beliau yang tidak penah putus.

–  sumber

*Mana ada ahli keluarga tuduh anak beranak bunuh orang..




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 11 June 2015

Suami Dipenjara Isteri Melarat?! #AnakKL ‪#‎UMNOWP‬ ‪#‎WilayahPrihatin‬

Sahaja nak kongsi info & makluman mengenai story Ibu dan anak-anak terpaksa 'merempat' yang sedang viral di laman sosial hari ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Rafi Alli Hassan sebelum ini (tahun 2014) pernah terserempak sendiri dengan keluarga ini di lokasi yang sama seperti dimaklumkan di Jalan Imbi, Bukit Bintang. Ketika itu, ibu tersebut sedang sarat mengandung.

Untuk perkongsian bersama mereka merupakan warga asing (Myanmar). Memang seperti diceritakan, suaminya dipenjara tanpa diberitahu sebabnya. Prihatin akan permasalahannya, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan ini menghulurkan sumbangan peribadi dan keluarga ini telah dibawa ke agensi kerajaan terbabit untuk tindakan selanjutnya.


Secara peribadi aku berharap sangat Lynn Musa periksa dan selidik dahulu sebelum membuat status berbaur provokasi terhadap agensi-agensi di bawah kerajaan. Jangan tahu cari salah orang, alangkah mulia sekiranya Lynn Musa bawa keluarga ini ke JKM terlebih dahulu untuk proses pendaftaran dan sebagainya.

Kalau dilihat pada ruangan komennya, banyak betul kecaman dan kutukan dilemparkan pembaca terhadap Perdana Menteri, kerajaan dan agensi-agensi. Dek provokasi tidak berakal menyebabkan orang lain mendapat cercaan.

Sekian - Rezqeen Hill






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Rafizi Fitnah Anak DS Najib Razak?! #1MDB #KekalNajib

"Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte" - Rafizi

PAC sahkan tiada penyelewengan, anak Najib tidak terlibat audit 1MDB

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sekali lagi kantoi apabila cubaan beliau memfitnah Perdana Menteri digagalkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendedahkan anak Najib tidak terlibat dalam audit 1MDB yang dibuat oleh firma audit, Deloitte.

Kata ahli Parlimen Pulai itu, anak Perdana Menteri, Nazir memang bekerja di firma Deloitte tetapi bukan di bahagian audit.

“Mereka jawab tadi, anak Perdana Menteri, Nizar telah bekerja dengan Deloitte sejak 2004, sepuluh tahun dahulu.

“Malah dia bukan bekerja di bahagian audit tetapi beliau bekerja di bahagian kewangan yang tidak terlibat dalam audit 1MDB,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Rabu.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa anak sulung Najib itu merupakan rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Rafizi berkata, kehadiran Nizar dalam syarikat itu kononnya akan menimbulkan konflik kepentingan dalam proses audit syarikat milik Kementerian Kewangan itu. - selangorpost


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 9 June 2015

#1MDB : Kenapa Pemimpin UMNO tidak gembira dengan 1MDB?!

1MDB Selamatkan Puluhan Bilion Wang Negara Dari Masuk Ke Kantung IPP

KUALA LUMPUR – Pendapat seorang pengguna laman sosial Facebook, Eol Zari mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimuat naik pada 18 Mei lalu mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan menjadi viral.

Tulisan pendapat Eol Zari berkisar isu dana dalam projek tersebut telah pun dikongsi di laman sosial yang sama sebanyak 247 dalam waktu yang singkat.

Tegas Eol Zari yang berkerja sebagai perunding cecair gas asli (LNG), 1MDB yang menjadi isu utama ketika ini menyebabkan beliau mahu mengutarakan pendapat dirinya sendiri berdasarkan pengalaman pernah bekerja sama dengan syarikat gergasi dalam industri yang sama seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pemandu.

Tulisan pendapat beliau boleh dilihat di pautan ini: https://goo.gl/jhhvvr

Berikut adalah terjemahan pendapat Eol Zari yang diambil dari laman Facebooknya sendiri:

Sebelum ini, saya tidak memberikan pandangan tentang isu kontroversi mengenai 1MDB. Mengapa 1MDB? Apakah peranan 1MDB dan sumbangannya kepada ekonomi negara kita?

Saya mempunyai pelbagai maklumat berkaitan 1MDB dan saya simpan hanya untuk diri sendiri memandangkan keadaan masa yang tidak begitu sesuai untuk dikongsi bersama pembaca saya. Bagaimanapun, hari ini saya telah mendapat maklumat mengenai 1MDB dari sahabat saya sendiri dan mendapati ia hampir sama dengan yang saya simpan selama ini.

Saya yakin, maklumat-maklumat ini bukanlah bersifat tidak adil mahu pun berat sebelah. Sebagai seorang perunding cecair gas asli sejak tiga tahun lalu, saya mempunyai peluang berkerjasama dan berinteraksi dengan Petronas, TNB, Pemandu, Suruhanjaya Tenaga dan organisasi lain hampir tiga tahun sejak tahun 2011 menceburi bidang kerjaya ini.

Saya banyak membantu dalam memberikan pendidikan kepada kakitangan Pemandu, TNB, Suruhanjaya Tenaga mengenai sumber tenaga baru iaitu cecair gas asli sebagai bahan utama untuk loji kuasa gas.


Kepakaran saya dalam bidang ini adalah sumber tenaga. Pengalaman saya adalah pernah menjadi ketua pakar dalam operasi perkapalan LNG di Petronas. Sudah hampir 35 tahun saya telah berkecimpung dalam bidang ini. Sumber tenaga merupakan perkara tunjang dalam pembangunan infrastruktur dan menjadi perkara utama bagi negara kita untuk mencapai peningkatan ekonomi dalam memacu negara ke arah sebuah negara yang maju.

Saya serahkan kepada pembaca saya yang setia untuk mentafsir mengenai apa yang saya telah digariskan. Kita adalah manusia biasa dan saya berpendapat setiap seorang daripada kita mempunyai pandangan yang tersendiri.

1. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah memperkenalkan konsep Loji Tenaga Bebas (IPP) untuk penjanaan elektrik. Inisiatif ini adalah perlaksanaan di bawah bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir.

Peneraju utama yang memiliki IPP ialah Tan Sri Syed Mokhtar, kumpulan YTL, Genting dan Tan Sri Ananda Krishna. Sime Darby juga salah satu pemegang IPP tetapi tidak diberikan perhatian penuh memandangkan syarikat ini adalah sebauh syarikat yang berkaitan kerajaan (Government Link Company).

Peneraju-peneraju ini mendapat perjanjian menarik dan ia berpihak kepada satu pihak. Bekas pengerusi TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, seorang lelaki yang berintegriti enggan menandatangani perjanjian dan secara sukarela meletak jawatan sebagai tanda protes.

Parti-parti pembangkang mengambil peluang menghentam kerajaan kerana memberikan satu perjanjian bersifat berat sebelah. Mereka tegas menyatakan bahawa ia adalah “perjanjian kroni ” dan mempersoalkan keperluan tindakan kerajaan untuk memberikan subsidi yang besar kepada IPP.

Malah pada Mei tahun 2011, salah seorang ahli pembangkang menganggap IPP ini sebagai “sebuah kilang dadah utama” yang memerlukan subsidi yang besar daripada Kerajaan dianggarkan RM19 bilion setahun.

2. Pada pertengahan tahun 2011, saya telah diambil bekerja sebagai Perunding LNG untuk mengkaji kemungkinan mengimport LNG melalui Terminal Regas Melaka di Sungei Udang.

Terminal ini merupakan laluan terbuka sama seperti yang saya telah lakukan di United Kingdom – LNG Regas Terminal Dragon terletak di Milford Haven di Wales. LNG Regas Terminal Sungei Udang yang dimiliki oleh PETRONAS dan LNG yang diimport diwap sebagai gas untuk dialirkan ke dalam saluran paip PGU.

Ini merupakan pandangan di mana gas domestik yang tidak mencukupi dari Pantai Timur iaitu kira-kira sebanyak 950 mmscfd. TNB pula memerlukan kira-kira 1350 mmscfd.

Kapasiti sumber tenaga untuk Sungei Udang kira-kira 500mmscfd atau bersamaan dengan kira-kira 40 kargo LNG yang diimport melalui kapal Q Flex LNG kapasiti 210,000 m3 setiap.

“Dengan rasa rendah diri, saya ingin menyatakan bahawa konsep simpanan terapung LNG menggunakan dua kapal LNG lama kami dengan pulau jeti, yang pertama di dunia telah diilhamkan oleh saya untuk Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Gas yang juga pemilik projek ini.”

Idea untuk konsep ini telah dibincangkan bersama beliau ketika dalam kereta dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Narita dari Tokyo. Dengan idea ini, Petronas telah diselamatkan untuk tidak melakukan projek pengorekan dan kawasan penyimpanan LNG greenfield pantai yang menelan kos sangat besar.

3. Hasil daripada perbezaan yang disenaraikan antara LNG yang diimport dan harga gas domestik, TNB memperolehi margin tipis daripada IPP tidak dapat menyerap perbezaan harga ini dan menyebabkan situasi di mana tidak mampu membeli gas dari LNG yang diimport secara langsung. Akhirnya, PETRONAS telah menjadi pengimport dan juga pengeluar subsidi.

4. Sebuah syarikat, My Power telah ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Najib untuk memulakan rundingan semula dengan IPP bagi mendapatkan perjanjian yang seimbang.

5. Selepas itu, 1MDB membeli IPP dari Ananda pada Mac 2012 dan diikuti oleh pembelian Genting pada bulan Ogos 2012. Selepas itu, pada bulan Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan mengenai perjanjian konsesi dengan IPP.

Seperti yang digariskan dalam perjanjian ini, tidak ada lanjutan konsesi bagi IPP yang dimiliki oleh Ananda dan juga konsesi baru bagi tiga IPP lain. Hanya konsesi baru yang akan diberikan kepada 1MDB dan TNB.

Susunan baru ini akan memastikan bahawa syarikat-syarikat swasta tidak akan mendapat perolehan berlebihan atas perbelanjaan subsidi Kerajaan.

6. Disebabkan kesilapan yang dilakukan sejak tahun 1990-an, kerugian dialami oleh Petronas dan TNB dianggarkan sebanyak RM100 billion kerana perjanjian yang lemah ini sejak 20 tahun.

7. Sebenarnya, penghargaan harus diberikan kepada Najib, Suruhanjata Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara ini dari subsidi berlebihan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang melakukan perjanjian tersebut.

Hakikatnya, kadar tarif bagi pengguna di Semenanjung Malaysia perlu ditambah pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost Pass Through (FCPT).

Tetapi ia tidak pernah meningkat kerana perjanjian baru yang disemak semula telah bertambah baik dan seimbang kepada TNB iaitu pembeli akhir. Sebaliknya, tarif elektrik dikurangkan daripada Mac 2015 disebabkan oleh pengurangan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.

8. Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang besar daripada tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015.

Ia mencatat keuntungan sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2015.

Oleh itu, pensttrukturan semula ini memberi faedah-faedah yang sangat baik antaranya, :

1. TNB mendapat keuntungan yang lebih tinggi.

2. Pengguna Malaysia mendapat faedah daripada tarif yang lebih rendah disebabkan oleh pengurangan harga minyak.

3. PETRONAS tidak perlu menanggung subsidi yang tinggi di mana manfaat hanya diperolehi oleh syarikat-syarikat swasta, dan,

4. Pengguna elektrik adalah pemenang utama.

9. Yang rugi adalah pemilik asal IPP. Dan ini mungkin menjadi sebab mengapa mereka yang juga dari pemimpin tertinggi UMNO tidak gembira dengan 1MDB dan Najib.

10. Isu Tun Razak Exchange (TRX) dan pembelian tanah oleh Tabung Haji adalah tidak penting berbanding dengan jumlah yang dijimatkan oleh semakan semula perjanjian itu yang dimulakan oleh pimpinan Kerajaan sekarang.

11. Di sebalik cerita lain, terdapat dakwaan dari pembangkang pula mengenai dana yang disalah guna oleh 1MDB, peranan yang dimainkan oleh Jholow, kehilangan hasil daripada pelaburan Petro Saudi dan terkini isu kontroversi mengenai penjualan sebidang tanah kira-kira 1.5 ekar bernilai RM188 juta kepada anak syarikat Tabung Haji.

12. Isu ini mula ditimbulkan pada penghujung tahun lepas apabila 1MDB dilihat sudah tidak mampu meningkatkan dana untuk membayar ansuran pinjaman mereka.

13. Isu ini semakin menjadi isu panas dengan maklumat yang telah diputar belit bagi memperlihatkan 1MDB telah kerugian RM42 bilion (ed.) yang mana ia bukan fakta sebenar.

Sebenarnya, 1MDB tidak mengalami kerugiaan sebanyak RM42 bilion (ed.) seperti yang didakwa. Apa yang berlaku ialah mereka mengalami kerugian kerana perlu mencari dana untuk membayar ansuran pinjaman. Buat sementara waktu, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung ansuran pinjaman dan perbelanjaan pengurusan.

Namun jika diberi masa mereka akan berupaya memulihkan keadaan. Malangnya, dengan segala publisiti buruk yang dicipta, 1MDB mungkin berhadapan dengan masalah tambahan kerana terdapat khabar angin Deutsche Bank mahukan pembayaran awal dilakukan jika 1MDB tidak mendapat jaminan cagaran tambahan.

Justeru jika mahu 1MDB berjaya, kita perlu untuk mengelak dari membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara yang dijangka selesai pada akhir bulan Jun 2015.

14. Tokoh-tokoh lain termasuk peguam terkemuka dan bekas menteri, Zaid Ibrahim mengulas bahawa sebagai Pengerusi 1MDB, Najib perlu mengharungi cabaran ini dengan memberikan maklum balas terhadap dakwaan tersebut.

Begitu juga dengan Pengerusi CIMB iaitu adik Najib memberitahu kepada Pengerusi Lembaga Pengarah dan ahli-ahli 1MDB untuk melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat majlis makan tengah hari diadakan.

15. Penghargaan yang harus diberikan kerajaan yang diterajui oleh Najib kerana telah menyelamatkan negara ini dalam berhadapan usaha pembangkang untuk merosak dan menutup 1MDB.

16. Ironinya semasa pentadbiran Tun Mahathir dan Tun Abdullah, pembangkang adalah pihak yang sangat lantang bersuara mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada pemilik IPP.

17. Dan kini, mereka pula telah bersuara mengkritik dan menjatuhkan PM yang berusaha menyelamatkan negara dari menanggung subsidi yang besar melalui 1MDB.

18. Namun satu perkara yang pasti, agenda utama pihak pembangkang adalah untuk mencari kesalahan dan membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan mahu pun GLC untuk mendapat kelebihan termasuklah meraih undi kepada pihak mereka.

Ini adalah pandangan saya yang jujur dan saya serahkan kepada pembaca saya untuk membuat penilaian sendiri dan pertimbangan mengenai isu ini.

Terima kasih.

[Terjemahan bebas oleh: Nur Azlina Shaari]
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!