Thursday, 28 May 2015

Menteri Pelajaran Dipecahkan?! #KekalNajib




Demi masa depan pendidikan anak bangsa, Kementerian Pendidikan wajar dibahagi dua

Baru-baru ini negara digemparkan apabila Dato Puad Zarkashi, seorang Ahli MT UMNO yang berpengaruh dan Ketua Pengarah JASA mengkritik Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri Pelajaran di facebook kerana tidak turun padang sehingga mengakibatkan banyak isu sekolah-sekolah di pedalaman terutamanya Sabah dan Sarawak tidak selesai.

Kata Dato Puad Zarkashi, “MASIH BELUM TERBELA". Ini berlaku apabila ada rakyat Malaysia yang prihatin email kepada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang dilihat terlalu daif. Puncanya utama perkara ini berlaku adalah dipercayai kerana pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Persoalannya, kenapa mereka tidak turun ke bawah? Adakah kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.”

“Sepatutnya bila TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal (10 tahun), maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah!,” ujar  lagi.

Saya mahu bersikap profesional dan mengetepikan soal politik dalam membicangkan perkara ini. Biarlah politikus dengan urusan mereka. Saya hanya mahu membincangkan soal sekolah pedalaman yang terbiar sehingga menjadi begitu dhaif dan tidak kondusif untuk pembelajaran anak-anak.

Saya telah membuat sedikit carian google mengenai Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah dan meneliti Facebook Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Pendidikan I dan Timbalan Menteri Pendidikan II. Kesimpulan saya, hanya terdapat pengumuman dan jawapan Parlimen mengenai Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah, tetapi berdasarkan gambar di facebook dan carian google, sukar dibuktikan mereka sering turun padang ke kawasan pedalaman.

Bagi mereka yang kurang arif tentang Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah, jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menilai keadaan fizikal sekolah-sekolah didalam negara ini dan mengemukakan laporan kepada Kementerian Pendidikan. Laporan yang disediakan oleh jawatankuasa ini akan diguna oleh Kementerian untuk memperbaiki infrastruktur sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti. 

Untuk makluman, berdasarkan carian google, Pengerusi Jawatankuasa Audit Fizikal Sekolah sekarang adalah P. Kamalanathan. Gambar di facebook beliau menunjukkan beliau lebih sering melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Berdasarkan carian di Google dan facebook ini, besar kemungkinan kritikan Puad Zarkashi bahawa Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan jarang turun padang ada kebenarannya.

Kita semua sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan adalah sebuah kementerian yang amat besar. Kementerian ini mempunyai: 

10,159 buah sekolah (5,600 luar bandar dan 2,500 di kawasan pedalaman). 
69 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
181 buah Sekolah Agama (tidak termasuk Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri) 
69 buah Kolej Komuniti
15 buah Kolej Matrikulasi
27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG)
20 buah Politeknik, 
20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). 

Akhir sekali, bilangan guru, pensyarah dan kakitangan KPM saja sudah mencapai 450,000 orang.

Jika dilihat, Kementerian Pendidikan ini terlalu besar. Bagi saya memandangkan Kementerian ini terlalu besar dan tanggungjawab yang diamanahkan juga besar, elok Kementerian Pendidikan dipisahkan dua kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi seperti dahulu supaya lebih fokus. Ramai yang pelik kenapa ia digabungkan. Sepatutnya Perdana Menteri kekal dengan pemisahan kedua-dua kementerian ini.

Dahulu Kementerian Pelajaran mempunyai seorang Menteri dan dua orang Timbalan Menteri. Manakala Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri. Sekarang, Kementerian Pendidikan mempunyai 2 Menteri, seorang Menteri yang juga seorang Timbalan Perdana Menteri, seorang lagi Menteri yang hanya memberi tumpuan kepada pengajian tinggi. Sekarang terdapat hanya dua Timbalan Menteri yang terpaksa melihat kedua-dua aspek pelajaran dan pengajian tinggi. Bukankah sukar bagi mereka ini mengendalikan sebuah kementerian yang besar dimana kementerian ini bertanggungjawab mendidik anak bangsa?

Dulu, Menteri Pelajaran adalah Menteri dengan satu portfolio. Jadi lebih mudah untuk beliau memberi tumpuan kepada kementerian dan hal-hal yang berkaitan. Hari ini, Menteri Pendidikan adalah juga seorang Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai banyak tugas-tugas lain. Bagi saya, Kementerian ini memerlukan seorang menteri yang boleh memberi 100% tumpuan kepada kementerian ini kerana bukan sahaja banyak institusi di dalamnya, tetapi juga kerana kesan yang besar terhadap guru-guru dan pembangunan anak bangsa. Kementerian ini memerlukan sentuhan seroang menteri yang berdedikasi, proaktif dan mempunyai minat dalam pendidikan.

Dulu, Timbalan Menteri Pelajaran terdiri daripada seorang Melayu dan seorang bukan Melayu. Hari ini, kedua-duanya adalah bukan Melayu. Saya tidak bersikap rasis, tapi saya berpandangan ada kemungkinan jiwa dan semangat Timbalan Menteri Pelajaran Melayu lebih hampir dengan anak-anak di pedalaman, berbanding Timbalan Menteri Bukan Melayu yang lebih hampir jiwa mereka dengan anak-anak di SKJC dan SJKT. Disebabkan itu tidak hairanlah jika Allahyarham Datuk Razali Ismail dan Datuk Dr Puad sangat kerap dilihat turun ke pedalaman berbanding dua Timbalan Menteri yang ada sekarang.

Tidak mungkin Timbalan Perdana Menteri, malah Perdana Menteri sekalipun dapat memberikan tumpuan seperti seorang menteri dengan satu protfolio seperti dulu. Lebih-lebih lagi jika sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau juga perlu mempengerusi Jawatankuasa Kabinet, seperti Jawatankuasa Kabinet mengenai Pendatang Asing, Jawatankuasa Pengurusan Krisis dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam seperti banjir. Malah, akibat terlalu sibuk dalam pelbagai jawatankuasa, Timbalan Perdana Menteri telah dikritik oleh penduduk di Kelantan akibat mengambil masa yang terlalu lama untuk respon ketika bencana banjir yang berlaku pada tahun lepas. 

Maka tidak hairan jika bukan sekolah pedalaman sahaja tidak terbela, malah sekolah di bandar juga, jika benar-benar disiasat juga mempunyai pelbagai masalah infrastruktur dan bukan infrastruktur, terutama sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah kebangsaan berstatus bantuan modal yang lain.

Disebabkan kementerian pendidikan ini amat penting dan berkait rapat dengan masa depan dan pembelaaan anak bangsa, terutamanya anak-anak di pedalaman, saya fikir sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri memisahkan kembali kedua-dua kementerian ini dan melantik Menteri yang benar-benar fokus untuk portfolio ini agar kementerian tidak terabai lagi seperti sekarang.


KL CHRONICLE: Demi masa depan pendidikan anak bangsa, Kementerian Pendidikan wajar dibahagi dua - http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/05/demi-masa-depan-pendidikan-anak-bangsa.html?m=1
Baca Seterusnya...

Sunday, 24 May 2015

#FBP2015 @festivalbelia15 : Kumpulan SEARCH "Lawan" Akim & The Magistrate Di Pentas Utama?!

Festival Belia Putrajaya 2015 #FBP2015 bakal melabuhkan tirainya bagi festival pada tahun ini dengan mempersembahkan kumpulan legenda Rock tanah air SEARCH sebagai penutup pada malam ini.


Seperti malam semalam dipentas yang sama Hafis Suip selaku belia muda yang digandingkan dengan seorang penyanyi cukup lama didalam bidang nyanyian iaitu Anuar Zain dimana mengikut tema festival pada kali ini "Pameran Bakat" yang mana artis lama digandingkan dengan artis baru dalam pertunjukkan bakat mereka. 

Tidak ketinggalan juga pada malam ini gabungan lama dan baru juga bakal dipersembahkan. Bermula pada jam 9.00 malam ini iaitu dari "Akim & The Magistrate" satu kumpulan pemuzik baru anak muda yang cukup berbakat dalam industri seni muzik tanah air dan jam 10.00 malam diteruskan dengan pukulan drum dan gitar "Kumpulan Search" selaku kumpulan rock 'otai' tanah air.


Marilah bersama sama kita memeriahkan konsert 2 generasi ini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#FBP2015 : Tunjuk Bakat Anda Permainan Wau dan Gasing @FestivalBelia15 @Khairykj

Mentor Rakan Muda, Eena Khalil bekerjasama dengan saudara Rimy Azizi, sarjana gasing dan saudara Kalimullah, seorang pembuat wau untuk menganjurkan pameran mengenai gasing serta bengkel membuat wau di Festival Belia Putrajaya kali ini. 



Pakar pembuat gasing akan menunjukkan bagaimana teknik untuk membaling dan mainkan gasing dan peserta juga boleh beli gasing yang akan dijual disini sekitar Zon Selatan (Zon Seni Budaya). 

Selain itu, anda boleh mempelajari cara bagaimana untuk membuat wau, menghiasi, tali leher dan mengimbangi wau dalam bengkel pembuat wau dan seandainya cuaca baik (tidak hujan) anda juga boleh mengambil kesempatan untuk menerbangkan permainan wau dikawasan lapangan Zon Selatan Festival Belia Putrajaya #FBP2015











للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#FBP2015 @FestivalBelia15 : Unik "Tarian Lesung Batu"

Saksikan pelbagai persembahan tarian kontemporari dan bengkel yang dimaklumkan dan diilhamkan oleh tarian tradisional Malaysia. Setiap persembahan adalah 20 minit, dan setiap bengkel adalah selama 1 jam. Persembahan akan berlangsung di pelbagai tempat seni tapak Festival Belia Putrajaya, termasuk di atas pentas dan di padang terbuka di tepi tasik.




Antara yang menariknya tarian "lesung batu" yang dipersembahkan oleh Cik Dayana dan rakan rakan beliau membawa maksud "wanita" yang mana lesung batu dikaitkan kekuatan seorang wanita dalam rencah kehidupan bergelar seorang wanita, isteri dan pemimpin.









Persembahan selama 20minit yang digabungkan dengan 6 penari "dewi" memukar para penonton yang turut sama berada di tepian tasik sekitar Zon Selatan (Zon Seni Budaya) di Festival Belia Putrajaya 2015 #FBP2015.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#FBP2015 : Hafis Suip Dan Anuar Zain Hiburkan Pengunjung Festival Belia Putrajaya

Kemeriahan Festival Belia Putrajaya 2015 dimeriahkan dengan konsert Hafis Suip dan Anuar Zain sebagai penutup acara pentas utama pada hari ini.


Hafis sempat menyanyikan beberapa lagu dalam masa setengah jam dan menghiburkan rata rata penonton yang hadir pada hari ini di Festival Belia Putrajaya 2015 yang berlangsung memasuki hari ke-3.


Walaupun aktiviti ini dilihat daripada mata kasarnya, disini jelas para penonton disajikan dengan 2 generasi penghibur tanah air yang mana cukup jauh berbeza jarak umur namun bakat yang meletakkan Hafis dan Anuar diatas pentas yang sama. Sesuai dengan tema Festival Belia Putrajaya 2015 yang bebunyi "Pameran Bakat"

Dikongsikan bersama kepada semua suasana pada pukul 9.00 malam tadi.

















للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 23 May 2015

#FBP2015 @FestivalPutrajaya15 : Akim & The Majistret Gegar Pentas Utama Esok

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim ketujuh dan beliau adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim ketujuh bersama Hafiz, Aril, Yazid dan Isma. Pada 16 Mei 2009, beliau telah dinobatkan selaku pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia Musim 7.



Akim & The Majistret 

"mewangi" antara lagu popular yang dinyanyikan bersama Akim dan The Majistret yang cukup digilai peminat muzik tanahair yang membawa kepada kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-21 2014 (Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu), Anugerah MeleTOP Era (Lagu meletop ERA) dan Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama The Magistrate)/Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27

Persembahan di Festival Belia Putrajaya 2015

Ini adalah satu peluang yang dinantikan para peminat beliau khususnya dikalangan para belia dan beliawanis yang menyokong bakat anak muda ini dalam industri muzik tanahair. Sesuai dengan tema yang dikendalikan oleh Rakan Muda "Pameran Bakat" dengan tujuan memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada belia secara menyeluruh tanpa sempadan walaupun dengan cara berhibur secara sihat. 

Dengan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, pendapatan keluarga, budaya dan antara kaum yang wujud, focus Rakan Muda adalah untuk menjadi pemangkin kepada program pembangunan bakat untuk semua belia Malaysia. 

Kepada para belia yang diluar sana jangan lupa untuk hadir pada esok hari 24 Mei 2015  untuk turut sama memeriahkan Festival Belia Putrajaya 2015 langsung sebagai hari terakhir festival untuk kali ini. Turut dijanjikan persembahan kumpulan Rock popular sepanjang zaman "Search" pada malam terakhir esok.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#FBP2015 : Harga Istimewa Kepada Peminat De'Gwet @Festivalbelia15




Menarik dinding panel komik De'Gwet di ‪#‎FBP2015‬? Mari lihatkan hasil program mentor Rakan Muda dengan up-and-coming artis di Puncak KBS, Zon Utara.


Difahamkan De'Gwet dikendalikan oleh 3 orang crew De'Gwet dalam pameran kali ini dan di maklumkan ada juga membuat penjualan buku komik De'Gwet vol.1 dan vol.2 dengan harga istimewa serendah RM30.

Tentang De'Gwek

Idea untuk menerbitkan majalah komik De' Gwet ini terlintas apabila kami memahami masalah-masalah yang dihadapi didalam industri komik di Malaysia. Walaupu peglibatan kami dalam industri tidaklah lama, namun begitu kami merasakan pergerakan seperti ini perlu dilakukan agar pertumbuhan kreativiti kartunis tidak disekat dimana impak daripada ini bukan sahaja membantu mereka untuk menjana pendapatan.
Majalah ini diberi nama De' Gwet. Kenapa De' Gwet? De' Gwet merupakan bahasa manja atau bahasa yang digunakan oleh genersi kini daripada perkataan "The Great". "Bagus" adalah perkataan yang sesuai untuk kami sampaikan kepada anda kartunis-kartunis yang tidak putus-putus melukis dan terus mencuba untuk meningkatkan prestasi. Menyampaikan atau menterjemahkan cerita anda melalui lukisan komik menunjukan bahawa anda merupakan kartunis yang tidak patut disia-siakan. Anda mencari landasan, kami cuba membantu dengan mewujudkan De' Gwet untuk landasan itu selagi kami mampu. Anda yang terlibat dan anda menyokong usaha ini, anda memang 'Bagus'! Kerana anda industri ini dapat diselamatkan dan terus menapak di tanah air yang kita ngi.
Semoga dengan De' Gwet komik tempatan tidak lagi dipandang sebagai bahan bacaan yang membuang, kita lihat apa yang terjadi di luar, ia kini menjadi kegilaan ramai dengan adaptasi cerita komik Marvel kepada cerita pecah pangung di pawagam. Mungkin, kita juga mampu untuk berada dikedudukan itu, InsyaAllah, jika ada rezeki kita dapat merealisasikan impian tersebut. Itulah sebabnya De' Gwet diwujudkan bagi membantu kartunis indie untuk untuk melihat karia mereka diterbitkan dalam bentuk fizikal dan digital, dapat dipegang di tangan mereka dan peghasilan produk untuk tujuan pemasaran. Perasaan itu tidak ternilai harganya. Kami harapkan yang terbaik cengan usaha dijankankan oleh De' Gwet ini. Teruskan menyokong gelombang De' Gwet, kita mampuu tuk mengubahnya.

Follow mereka di :



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#FBP2015 @FestivalBelia15 : Asah Bakat Dalam Seni Khat #FestivalBelia2015 @FBP2015


Festival Belia Putrajaya melangkah ke hari ke-3 yang mana penuh dengan aktiviti yang mengasah minat dan bakat yang ada pada para peserta #FBP2015 pada kali ini.\

Di Zon Selatan (dilabelkan Zon Seni Budaya) pada hari ini berlangsung persembahan Sape' & Tariah Ngarang, Revolution Stage, Lee Wushu Dance, Kwang Tung, AIIA Improve Comedy dan berbagai bagai lagi acara yang berlangsung pada sebelah pagi tadi di sini.



Pada seawal jam 10.00 Pagi berlangsung demonstrasi penulisan Khat di Bengkel Seni Khat yang dianjurkan oleh Saudara Firdaus Mahadi dan bengkel ini akan terus beroperasi sehingga esok (22-24hb Mei 2015).

Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan, di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing. 


Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambar. Seni khat seni yang amat disanjungi daripada seni-seni Islam kerana ia merupakan cara utama mengekalkan al-Qur'an. Syak terhadap seni gambaran sebagai taghut dan penyembahan mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan. Karya pakar khat dikumpul dan dihargai.

Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.


Kepada yang berminat untuk mendalami dan merasakan sendiri cara dan teknik penulisan khat boleh datang ke Zon Selatan Festival Belia Putrajaya 2015 #FBP2015 hari ini dan esok.
Baca Seterusnya...

Friday, 22 May 2015

#FBP2015 #Festivalbelia Warna Warni Hari Kedua Festival Belia Putrajaya 2015 @Festivalbelia15

Festival Belia Putrajaya melabuhkan sesi hari kedua dengan pelbagai aktiviti bersama belia di sekitar kemeriah Festival yang mendapat sambutan yang amat mengalakkan meskipun ia bermula pada hari berkerja semalam dan esok dijangkakan lebih ramai lagi akan bersantai bersama penganjur penganjur pelbagai aktiviti dalam pelbagai aktiviti.



Dari aturcara yang menarik hari ini antaranya persembahan Yo-yo, sukan extreme BMX, tarian hip-hop, pertunjukkan kenderaan pacuan 4 roda, pertandingan silat 5x5, perlawanan peserta #oneSilat dan pelbagai acara memenuhi sepenuhnya hari ini.

Disini admin kongsikan gambar gambar peristiwa yang belaku pada hari ini.



























Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!