Wednesday, 29 April 2015

Mat Sabu Campak "Lima Puluh Sen" Pada Pemuda PAS #PRKPermatangPauh #PRKRompin

Setelah Mat Sabu dihalau oleh penyokong PAS sendiri di Keratong 4 Romping, Pahang sehingga tidak dibenarkan masuk di "Himpunan Selamatkan FELDA 2.0" pada 26 April lepas dan membawa kepada gagalnya himpunan tersebut itu memberi isyarat Mat Sabu bukan pilihan orang PAS dalam mengepalai perjuangan PAS pada Muktamar ke-61 pada Jun nanti. 

Berdesing cuping telinga puppet DAP itu bilamana Pemuda PAS Permatang Pauh bertindak memboikot calon PKR di Permatang Pauh, maka dengan itu "plan B" terpaksa digunakan?


"Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini menukar pendirian mereka yang tidak menyertai kempen untuk presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh."

Akhirnya Mat Sabu mengunakan "kuasa pitis" untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali di PRK Permatang Pauh pula dengan melemparkan "LIMA PULUH SEN" kepada Pemuda PAS Pulau Pinang yang mana sebelum ini saudara Mohd Yusni Mat Piah dianggap menentang Mat Sabu kerana bersepakatan dengan PKR yang menghina Tuan Presiden PAS sendiri TG Hadi Awang dan hari ini kuasa "LIMA PULUH SEN" juga menyebabkan Pemuda PAS Pulau Pinang kembali kepada ribaan Mat Sabu dan meninggalkan TG Presidennya sendiri.

DAP sendiri mengambil jalan selamat tidak berkerjasama dengan PAS kerana itu perkara yang merugikan lalu Mat Sabu adalah satu satunya cara untuk DAP menjadikannya alasan kukuh untuk tidak menyalahkan "kesepakatan yang tidak pakat" antara DAP dan PAS yang secara terang terangan menolak Presiden PAS hari ini dengan bantuan PASMA dan Anuarinas.

Nampaknya geng PAS Rompin tidak boleh dibeli dengan mudah oleh Mat Sabu, maklumlah orang FELDA kaya kaya. Ada pula memandai kata orang FELDA boleh dibeli dengan RM20?











للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pemuda UMNO tidak bantu PRK Rompin?! #PRKRompin #P091



Ada segelintir pihak tertentu yang sengaja memainkan isu kononnya jentera Pemuda UMNO tidak turun padang untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin kononnya.

Hal ini mendapat komen Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin Datuk Mohd Johari Hussain menganggap dakwaan itu sengaja ditimbulkan bagi memberi persepsi buruk kepada Pemuda UMNO Rompin.

Datuk Mohd Johari Hussain juga menyatakan selepas hari penamaan calon, 22 April lepas, Jentera Pemuda terus menggerakkan lebih 1,500 jenteranya daripada hampir keseluruhan UMNO bahagian untuk berkempen mendekati rakyat dan juga telah dikerahkan untuk memasang poster dan bendera di kawasan kawasan strategik di daerah Rompin termasuk kawasan kawasan pedalaman bagi mendekati masyarakat di kawasan itu.

"Orang bercakap Pemuda amat perlahan, tidak aktif dan agresif. Itu semua hanya di peringkat permulaan PRK kali ini.

" Pemuda UMNO sentiasa memainkan peranan sebagai sayap utama dalam memastikan segala gerak kerja kempen berjalan dengan lancar," kata beliau

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad lepas turut menyangkal dakwaan jentera Pemuda parti itu tidak turun padang untuk berkempen kerana tidak kelihatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kebanyakan kawasan Parlimen Rompin.

Dari laporan yang diberikan kepada beliau lebih 70 peratus kawasan telah berjaya dikuasai jentera Pemuda termasuk di sekitar FELDA, Bukit Ibam dan Bandar Muadzam. Walaubagaimanapun harus diingat Parlimen Rompin  ini mempunyai kawasan keluasan  5,247 km persegi (524,704.84 ha) iaitu 14.6 % daripada keluasan Negeri Pahang.

Jika kelibat pemuda tidak kelihatan diwaktu siang, hasilanya kita dapat lihat disekitar Rompin. DSR kongsikan disini beberapa keping gambar untuk tatap kita semua.

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada para Jentera Pemuda yang sanggup melapangkan masa dan menyalurkan keringat demi perjuangan mempertahakan Parlimen Rompin.














Maklumlah Pemuda buat kerja malam malam siapa nampak?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 28 April 2015

Rancangan 'Bunuh' TG Hadi Awang?! #PASMA #PRKRompin #P091

Angin dari Permatang Pauh yang mana Mat Sabu bakal mengambil tindakkan (memecat) Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh yang setia kepada TG Haji Hadi Awang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengugut akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli parti yang memboikot Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Kenyataan media beliau dikeluarkan oleh Page Rasmi Kempen Prk Permatang Pauh Dap P.pinang semalam :

1) Keputusan PAS menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS. Mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal.

2) PAS dengan ini menegaskan semua ahli-ahli PAS wajib menolak sebarang arahan atau pendirian yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat ini, dan sekiranya ada tindakan dari mana-mana ahli yang terbukti bertentangan dengan arahan ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas ahli tersebut berdasarkan peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam perlembagaan. Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

3) PAS komited membantu kemenangan rakan-rakan PR dalam usaha menyelamatkan rakyat dari tindakan-tindakan yang menindas oleh kerajaan pimpinan BN. Seluruh Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat mesti meneruskan gerak kerja kempen pilihanraya sehingga tahap maksima untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat, iaitu Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hj Mohamad B Sabu
Timbalan Presiden
Pengarah Induk Jentera P’raya PAS Pusat.


Yang lebih menarik adalah tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR.

“Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mat Sabu.

Pemuda PAS Pulau Pinang semalam dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka.

Mohd Yusni berkata tindakan itu akan diambil setelah tamat tempoh diberi sehingga kelmarin, Justeru, katanya, Pemuda PAS negeri tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.


Senario belaku didalam PAS hari ini adalah permulaan rancangan membunuh karier politik TG Hadi Awang dan golongan pro ulamak yang mana PASMA  (didalam PAS) telah bersepakat untuk mengulingkan TG Hadi Awang pada Muktamar PAS ke-61 pada Jun depan.

Antara nama dalang dimaklumkan kepada DSR ialah :
  • Dato Phahrolrazi Zawawi
  • Nasir Ahmad
  • Taib Zakaria
  • Dzulqarnain
  • Rahman Taib
  • Hazmi Hassan
  • Sayuthi Omar
  • Mohd Yusof Mohd Noor
  • Zolkifly Md Lazim
  • Nordin Majid
  • Taib Ahmad
  • Yusni Mat Piah
  • Muhaimin Sulam
  • Yacob Ali
  • Roshidi Husin
Rancangan ini ditaja penuh oleh DAP yang mana LGE sendiri sangat berharap agar TG Hadi Awang dan golongan ulamak ditumbangkan dlm pemilihan PAS tahun ini dan PASMA akan kuasai PAS.

DAP juga mahu PASMA menggembleng tenaga membantu DAP di Sarawak dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak secepat mungkin, Dan segala perbelanjaan akan ditangung oleh DAP. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA dijohor dan kawasan Melayu Johor. Johor adalah negari yang menjadi 'piala' untuk ditawan dlm PRU14 dimana Lim Kit Siang sudah memulakan langkahnya.

DAP akan memberi peruntukan sebanyak RM500,000 ribu kepada PASMA setiap 3 bulan. Mat Sabu bakal menjadi presiden PAS pada muktamar akan datang dan ini disahkan lagi dengan tindakkan tindakkan drastik dari golongan penentang Ulamak didalam PAS terutama PASMA dan ANWARINAS.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wan Azizah Wakil Suami #PRKPermatangPauh #PKR

Rakyat di kawasan Parlimen Permatang Pauh perlukan pemimpin untuk mewakili mereka sebagai wakil rakyat dan bukannya seorang wanita sebagai wakil kepada suami di Dewan Rakyat.

Atas dasar itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan calon anak tempatan, Suhaimi Sabudin sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, kata Ketua Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abdin Osman.

Beliau menyifatkan pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanyalah sebagai wakil kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini.

Menurutnya, adalah hampir mustahil untuk menguruskan keperluan rakyat di dua kawasan dalam satu masa, tambah lagi jarak yang jauh antara Kajang dan Pulau Pinang merujuk kepada Dr Wan Azizah yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

“Kami kesian dengan PKR kerana memaksa Wan Azizah memikul tanggungjawab sebagai ADUN Kajang, Presiden parti (PKR), Ketua Pembangkang, nenek dan seorang ibu serta sekarang mahu memegang kerusi Parlimen di Permatang Pauh.

“Sebab itu, kami memilih calon anak tempatan yang akan sentiasa ada dan bekerja untuk rakyat.

“Rakyat mahukan pemimpin yang ada dengan mereka bukannya wakil rakyat yang perlu berkhidmat di dua tempat yang berbeza negeri,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN di Bandar Perda.

Sementara itu ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, adalah tidak adil kepada rakyat di Kajang dan Permatang Pauh sekiranya wakil mereka mewakili dua tempat.

“Ini tidak adil kepada rakyat kerana dia (Wan Azizah) tidak boleh berada di dua tempat dalam satu masa selalu.

“Bagaimana dia mahu menjadi ADUN dan Ahli Parlimen pada satu masa di dua tempat?,” katanya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PKR, dan dua calon Bebas, termasuk seorang yang mendakwa daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Calon BN Suhaimi Sabudin akan dicabar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salleh Ishak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada PRM.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. - therakyatpost


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 27 April 2015

Calon PAS "Kambing Hitam" PASMA? #PRKRompin #PASMA #P091


Semalam, Datuk Phahrolrazi Zawawi Presiden PASMA mengumumkan PASMA bakal diumumkan sebagai parti politik seraya itu mengesahkan dakwaan TG Hadi Awang wujudnya "Jemaah Buat Onar" (JEBON) didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Oleh disebabkan itu PAS terperangkap dengan JEBON dari ahli partinya sendiri dengan pengumuman Datuk Phahrolrazi Zawawi itu yang dilihat oleh segelintir pemerhati politik dimana ini sebagai "counter attack" apabila Naib Presiden PAS atau Mat Sabu dihalang oleh Pemuda PAS Pahang dari memasuki beberapa kawasan berkempen di sekitar #PRKRompin untuk menghalang JEBON (PASMA dan ANUARINAS) terus meracuni para pewakilan PAS yang bakal mengundi pada Muktamar Agung PAS ke-61 pada Jun 2015 nanti.

DSR sempat berbual bual di sebuah warung di sekitar Bandar Tun Razak pagi tadi dan bersembang orang orang diwarung tersebut.


"Calon PAS antara calon yang terbaik untuk diketengahkan akan tetapi kini hanya sebagai 'kambing hitam' oleh ramai ahli PAS sendiri kerana mereka terpaksa berhempas pulas oleh sebab percayakan dengan pucuk pimpinan tetapi tidak disangka golongan PASMA jelas mengsabotaj PRK kali ini" Kata Rahim seorang Ahli PAS dari Kelantan yang menjadi jentera di PRK disini.

DSR sempat bertanyakan padanya berapa ramai yang datang membantu? Apa pandangan beliau tentang Datuk Phahrolrazi Zawawi yang bakal mengumumkan PASMA sebagai parti politik selepas Muktamar PAS nanti.

"Kami datang dengan beberapa sukarelawan disini memenuhkan program yang diajurkan, nak kata penat tu memang la. Perihal PASMA ini semoga Allah swt yang membalasNya." jawapnya.

Sempat mengusik beliau, apa jasa dan kelebihan calon PAS di Rompin? Beliau gagal menjawap soalan ini sekadar mengatakan ia anak tempatan dan muda. Lalu mengalih cerita terbaru Datuk Lee Chong Wei dengan isu penyalah pengunaan dadah beliau.

Muktamar PAS ke-61



Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man disifatkan masih 'alim alim kucing' untuk mencabar Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti awal Jun ini. Akan tetapi dari pemberi sumber lapangan disini DSR dimaklumkan Tuan Ahmad Awang bakal menandingi kerusi presiden PAS itu.

"Beberapa gerakan dikenal pasti kearah itu walaubagaimanapun masih menunggu jawapan dari Tuan Ahmad Awang" katanya

Info : Datuk Phahrolrazi Zawawi Presiden PASMA umumkan 1000 sukarelawan PASMA membantu di PRK Pematang Pauh.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 26 April 2015

Himpunan Selamatkan FELDA BATAL! #PRKRompin #P091


Sempena #PRKRompin Mazlan Aliman menganjurkan Himpunan Selamatkan FELDA di Keratong 4 pada 25 dan 26 April 2015 (hari ini) malangnya berakhir dengan kegagalan dimana majlis yang sepatutnya diteruskan pada malam ini dibatalkan kerana mendapat tentangan dari geng Pro-Ulama PAS Pahang yang menolak Mat Sabu dan geng PASMA daripada hadir pada malam ini langsung perasmian penutup.


Semalam DSR juga sempat mendapatkan beberapa respon hadirin yang bengang dengan ucapan Datuk Fauzi, Pengerusi PKR Pahang (YB Indera Mahkota) semalam (25 April) yang memperbodohkan FELDA dan menyuruh agar FELDA membuat projek BIODIESEL dan Produk keluaran FELDA sedangkan semua warga FELDA maklum semua semua itu sedang diusahakan oleh FELDA.

"Inikah dikatakan orang buta nak mengajar kami berlari" kata seorang peneroka dari FELDA Keratong 3.

satu lagi komen yang DSR dengar dari mulut seorang Pemuda PAS.

"Calon ini hanya kambing hitam sahaja, PAS tak boleh menang tetapi ada yang mahu ambil kesempatan dalam PRK ini untuk berkempen pemilihan, Ada juga yang berkempen senyap senyap disini nak bertanding jawatan presiden" ujarnya dengan nada sinis


Tinjuan malam ini dikawasan ceramah..Krik krik krik...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Menangkan Calon PAS untuk Kerajaan Batalkan #GST #PRKRompin #P091

"PAS tahu mereka tidak boleh menang PRK kali ini, Adakah Calon PAS ini hanya kambing hitam puak puak dalam PAS hari ini yang mahukan platform ceramah untuk meraih populariti semasa pemilihan PAS 2015 kelak?!"
- Pemuda PAS Keratong 3 (anti-PASMA) -

"Ayuh! Menangkan Calon PAS untuk Kerajaan Batalkan GST"

Inilah ayat paling paling stim yang dilaungkan oleh para penceramah sekitar #PRKRompin yang mana ramai penyokong yang masih belum jelas tentang GST lalu disogok dengan tawaran yang jelas membodohkan penyokong mereka sendiri.


Waima Pakatan Pembangkang sendiri yang memerintah Malaysia nanti (Nauzubillahiminzalik) mereka juga pasti meneruskan cara pencukaian GST ini yang mana ia lebih telus dan meminimumkan ketirisan yang belaku dalam sistem pencukaian yang lama iaitu SST. 


Batalkan GST: Antara Auta dan Fakta

Akhirnya GST pun jadi bahan untuk jatuhkan pemimpin...

1. Cadangan membatalkan GST bermaksud mahu mengembalikan sistem percukaian lama iaitu SST. Apakah tujuan pencadang ini? Untuk menurunkan harga barangan? Untuk mengurangkan beban rakyat? Atau untuk apa?

2. GST atau SST yang membebankan rakyat? Tidak ada pakar percukaian dunia yang menyatakan SST adalah kaedah cukai yang lebih baik daripada GST. Kenapa?

3. FAKTA pertama, dalam GST, cukai TIDAK menjadi sebahagian daripada kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan. GST tidak seperti SST yang menjadikan cukai sebahagian daripada kos barangan dan di'mark-up' bersama dengan harga barang di setiap peringkat sebelum dijual kepada pengguna. Bila cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos, kos pengeluaran menjadi lebih rendah untuk peniaga, seterusnya harga kepada pengguna juga sepatutnya menjadi lebih rendah kerana tidak ada kesan CUKAI BERGANDA dan CUKAI BERTINDIH ke atas pengguna.

4. FAKTA kedua, GST baik untuk rakyat kerana harga dan untung peniaga dapat dianggar oleh kerajaan berbanding semasa SST. Semasa SST harga susah dianggar maka, agak susah untuk kerajaan mengambil tindakan ke atas peniaga yang tamak dan mengambil untung berlipat kali ganda menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

5. FAKTA ketiga, GST juga baik untuk peniaga yang jujur kerana apabila mereka boleh menuntut cukai input, kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan mereka dapat dikurangkan. Harga mereka dengan itu akan menjadi lebih kompetitif.

6. FAKTA keempat, GST `tidak baik dan zalim' hanya kepada peniaga yang menipu, yang mengelak cukai, yang tidak berdaftar, yang menjalankan peniagaan yang diragui dan haram kerana ruang untuk menipu lebih sukar di bawah GST. Peniaga sukar melarikan diri dari dicukai, justeru dianggarkan pendapatan melalui GST jauh lebih baik drpd SST, iaitu tambahan sekitar RM 10 bilion

7. BATALKAN GST bermaksud i. bersedia membenarkan rakyat dicukai secara berganda dan bertindih sehingga 26% ii. bersedia membenarkan peniaga mengambil keuntungan berkali-kali ganda kerana sukar menguat kuasakan Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan ke atas mereka iii. bersedia merelakan peniaga menipu hasil dan harga barangan, mengelak dari membayar cukai dan mengutip cukai terselindung daripada rakyat tetapi tidak perlu membayar kepada perbendaharaan negara iv. bersedia membiarkan pekerja asing tidak dicukai v. bersedia jika pendapatan/hasil negara berkurangan dan perbelanjaan negara dikurangkan vi. bersedia jika agensi penarafan, agensi pelaburan dan badan kewangan dunia menurunkan penarafan kewangan negara vii. bersedia melupuskan perbelanjaan bagi melaksanakan GST

8. Hakikatnya GST secara jangka masa panjang akan menguntungkan semua, rakyat, peniaga & negara. Ini diakui pakar ekonomi dunia. FAKTA: Kajian di New Zealand, Kanada dan Australia menunjukkan kenaikan harga di peringkat awal pelaksanaan adalah sementara kerana pelbagai faktor, termasuk peniaga yang mengambil kesempatan.

9. Di Malaysia, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan harga barangan tidak turun,
FAKTA:-

  • Barangan yang tidak dicukai semasa SST. 
  • Barangan yang dikecualikan GST (exempted) kerana cukai input tidak boleh dituntut. 
  • Stok lama/stok dalam tangan kerana telah dikenakan SST .
  • Pembekal tidak menuntut SST ke atas stok lama/atas tangan ini daripada Kastam dan mengenakan GST ke atas barangan yang dijual kepada peruncit. Setakat ini hanya 3 daripada 75,000 pembekal yang layak menuntut SST mengemukakan tuntutan, bermaksud hanya 3 yang memanjangkan manfaat GST kepada peruncit dan bakinya menjual kepada peruncit pada harga yang lebih tinggi .
  • Pembekal yang tidak bertanggung jawab, mengambil kesempatan menjual kepada peruncit dengan harga yang lebih tinggi menyebabkan peniaga tiada pilihan selain menjual pada harga yang tinggi .
  • Pembekal menuntut semula SST, tetapi selepas harga dinaikkan dan mengenakan GST .
  • Salah tafsir tentang pelaksanaan atau kesilapan teknikal perisian GST.
  • Peniaga yang mengambil kesempatan .
  • Sabotaj oleh peniaga yang bersimpati dengan pembangkang .

10. Jelas isu di atas atas isu peringkat awal pelaksanaan GST. Pihak bekuasa seperti KPDNKK, Kastam dan Kementerian Kewangan sedang berusaha menanganinya sesegera mungkin.

11. Sebagai contoh, dengan intervensi daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, syarikat telekomunikasi telah bersetuju meningkatkan nilai kad pra-bayar agar tidak merugikan pengguna, seterusnya akan mengembalikan caj 'top-up' kepada nilai asal dalam masa sebulan seperti yang dikehendaki pengguna.

12. Satu lagi contoh adalah tindakan penguat kuasaan ke atas seorang pensyarah yang mengenakan GST di kedai makan milik isterinya walaupun kedai tersebut tidak berdaftar dengan Kastam untuk mengutip GST.

13. Sehingga 23 April, lebih 152,000 premis telah diperiksa oleh KPDNKK, sebanyak 689 notis telah dikeluarkan dan 423 kes dikenakan tindakan. Di Rompin, sebanyak 14 laporan telah diterima dan sedang disiasat dan pengguna oleh terus membuat aduan kepada KPDNKK menggunakan talian 1-800-866-800.

14. Sepanjang pelaksanaan GST bukan semua perkara negatif. Banyak juga peniaga yang berkongsi manfaat GST dengan pengguna. MYDIN, ALIKHSAN, KFC, DOMINO PIZZA, PROTON, HONDA, TOYOTA, sejumlah kedai tayar, peralatan elektrik, kedai perabot dan beberapa perniagaan lagi sanggup mengurangkan harga dan berkongsi manfaat dengan pengguna.

15. Bulan hadapan baru bulan pertama GST dituntut. Sekiranya kita boleh bersabar dengan pelaksanaan GST, sudah pasti manfaatnya jauh lebih banyak kepada rakyat Malaysia berbanding kembali kepada SST



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

"Peneroka boleh Dibeli Dengan 20 Ringgit" - ADUN BESERAH #PRKRompin #P091

Tinjauan DSR ke kawasan ceramah PAS sekitar hari berkempen pada hari ke 3, DSR singgah di Keratong 8 yang pada malam tersebut telah didatangkan 3 orang penceramah  PAS yang terdiri dari ADUN Beserah YB Andansura, YB Khalid Samad dan Mazlan Aliman (presiden ANAK).
Yang mengejutkan DSR, ADUN Beserah berani melemparkan kata kata yang cukup kontrovesi yang berbunyi..

"Ala, Pengundi Keratong 8 ini bagi 20 ringgit boleh sahaja" 

Adakah ADUN Beserah ini biasa membeli undi di DUN Beserah pada PRU 13 lepas? Sehinggakan beliau sanggup berkata sedemikian rupa dihadapan para peneroka FELDA di Keratong 8?


Purata pendapatan peneroka tanah rancangan Felda di seluruh negara sudah meningkat melebihi RM3,000 sebulan. Walaupun harga bahan komoditi sekarang sentiasa berubah di pasaran.

Bagaimana dengan tuduhan RM20 boleh beli undi?!Ingat orang FELDA kokak sangat rasuah macam dia ke?!

Selepas pusingan pertama, Mazlan Aliman pula berucap, Antara perkara yang disentuh berkenaan dengan saham FGV. Padahal Tan Sri Isa Samad sedia maklum kepada para peneroka berkenaan saham tersebut, Main saham bukan macam jual beli runcit. Dan difahamkan kepada DSR bahasawanya saham FGV diberi secara percuma kepada peneroka, berkenaan bayaran RM50 yang disebut sebut diceramah itu juga dimaklumkan ada yang tidak menjelaskannya tetapi mendapat juga separuh dari jumlah penuh dividen. Orang FELDA bersyukur dengan apa yang ada, apa jasa Mazlan Aliman sekadar bercakap kosong dipentas politik yang datang setiap kali pilihanraya sahaja.

Khalid Samad juga berkesempatan memberikan ceramah disitu walaupun difahamkan oleh pengacara YB Khalid Samad pernah datang ke Keratong 8 pada masa 28 tahun yang lalu, tetapi bertuahnya hari ini datang ke FELDA Keratong 8 untuk PRK Rompin dan mengajar penduduk FELDA Keratong cara hidup peneroka?

Beliau bercerita tentang GST seolah olah hari ini orang di Keratong 8 mati keras tak makan kerana GST.

"Menangkan calon PAS di Rompin untuk kerajaan batalkan GST" katanya, tetapi dia sedar atau tidak sedang berbohong dihadapan 50 orang pendengar. Seperti laporan yang disiarkan oleh Sinarharian yang memetik penyataan Ketua Umum Pakatan (yang kini dalam penjara)

"
Pakatan Rakyat laksanakan #GST jika memerintah kelak" - Anwar Ibrahim [sini]


Dari kenyataan yang tidak pernah ditarik balik oleh ketua pembangkang ini sendiri jelas Khalid Samad berbohong kepada penduduk Keratong 8 berkenaan GST.

Nasihat DSR kepada penceramah seperti mereka sewajarnya berkempen dengan sihat tidak menuduh sebarangan berkenaan dengan FELDA, pada awal permulaan ceramah bukan main lagi memuji tindakan Tun Abdul Razak yang mewujudkan FELDA tetapi hari ini pembangkang lebih kuah dari sudu, kenapa?!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Fakta : Bahaya Makanan Segera


FAKTA TENTANG BAHAYANYA MAKANAN SEGERA UNTUK KESIHATAN

Ia mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.
Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar rmakanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:
Burger daging. Mengandungi 4 gram lemak tulen. Makanan segera yang dipanggil burger ni membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng. Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. Ramai yang suka ayam goreng segera. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutnya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kentang goreng. French fries atau Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Susu kocak (shake). Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
Minuman berasaskan Kola. Amat kaya dengan gula. Bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.
Garam. Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.
Gula. Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.
Serat. Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. Ia juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.
Vitamin dan zat galian. Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.
Kesimpulan
Bukanlah tidak boleh langsung mengambil makanan segera, tapi jangan jadikan makanan segera sebagai menu tetap anda.
Kawal kuantiti pengambilan makanan berasaskan menu daripada makanan segera. Pastikan sentiasa mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.
Kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan kita dalam jangka masa yang panjang.
*Gambar Sekadar Hiasan
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Apa itu nepotisme? #PRKRompin #PRKpermatangpauh

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengaku partinya mengamalkan kronisme walaupun pada hakikatnya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PKR.

Anwar membuat penafian itu ketika diwawancara BBC pada tahun 2008.
“Apa itu nepotisme, saya tidak mengamalkannya,” kata Anwar.
Wartawan BBC mencelah, “Tetapi isteri anda, Dr Wan Azizah adalah Presiden PKR ?. Bukankah itu hubungan yang rapat ?”


“Semasa saya di penjara. Ya…” jawab Anwar seolah-olah Wan Azizah tidak lagi memegang Presiden PKR selepas beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004. (hari ini pun sama)

Wartawan BBC mencelah sambil membidas Anwar, “Dia (Wan Azizah) masih lagi presiden parti (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen (Permatang Pauh). Anda lantik isteri anda sebagai presiden parti dan anda kata tiada nepotisme (dalam PKR).”

- ( arkib mymassa 2008) -

Para pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pembangkang sebagai ‘Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Awak Yang Lebih’ apabila meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Ini kerana presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan calon yang dikitar berkali-kali oleh pembangkang untuk bertanding.

BN membalas tohmahan pembangkang sebelum ini yang menyifatkan calon BN pada PRK Rompin, Datuk Hasan Ariffin sebagai calon kitar semula kerana beliau merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan Tioman.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit.

“Cakap tak serupa bikin. Jadi masyarakat (pengundi) Permatang Pauh harus menilai dan mengambil keputusan yang bernas (pada PRK nanti),” katanya.

Hishammuddin terkejut dengan pemilihan Wan Azizah untuk terus bertanding di Permatang Pauh.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob turut menyindir pembangkang dengan pencalonan semula Wan Azizah.

“Setidak-tidaknya kita (BN) hanya mengitar semula Hasan sekali, berbanding mereka yang mengitar semula Wan Azizah berkali-kali (pada PRK DUN Kajang dan Permatang Pauh),” katanya.

Beliau berkata Hasan dipilih sebagai calon BN hasil pertimbangan teliti dan persetujuan akar umbi.

Usah dipertikai usaha yang dilakukan pihak yang lebih arif akan mengapakah Hasan Arifin dicalonkan di Rompin kali ini, terutama segelintir orang pemuda UMNO sendiri yang kononnya mendambakan orang muda dicalonkan dan menganggap "peremajaan parti" hanya retorik sedangkan kesetiaan kepada ketua dengan menyanggah semua yang baik pada parti tidak diendahkan.

"Peremajaan Parti" bukan merujuk kepada calon muda tetapi adalah lebih kepada cara dan pendekatan yang baru sepertimana hari ini berkempen dilapangan dan juga didalam media altenatif walaupun pada seketika dahulu ramai (orang politik) yang tidak mahu mengambil bahagian dalam media sosial.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Najib Menari Adalah DOSA TIDAK TERAMPUN?!


Viral video PM Malaysia sedang menari seolah olah Najib sedang mendukung chinadoll, lalu video ini dijadikan bahan kempen oleh macai pakatan pembangkang yang hari ini GAGAL dalam menjatuhkan DS Najib Razak dalam segala dasar dan kemajuan yang telah beliau lakukan demi negara Malaysia yang tercinta.

InsyaAllah, di PRK Permatang Pauh dan PRK Rompin video ini bakal ditayangkan kepada para penyokong pembangkang untuk menaikkan rasa benci kepada PM sekaligus menekan pengundi agar memenangkan pemimpin pembangkang yang akan menyangak didewan rakyat sepertimana Khalid dan beberapa yang lain.

Jika dahulu pakatan mengunakan slogan "pemimpin yang bodoh lahir dari pengundi yang bodoh" akan memakan diri sekiranya ini dijadikan bahan kempen. Rakyat perlu dijelaskan dengan hal hal yang dibawa oleh masyarakat setempat iaitu seperti isu kebajikan bukan menyonsang undi pengundi dengan mengunakan bahan kempen seperti ini.

Walaubagaimanapun pada aku tak salah beliau mahu menari, bukannya dia pergi selak kain isteri orang lain. Ada yang benci baca penulisan aku ini tetapi lagi ramai yang benci lagi yang lepas tengok Najib menari seolah olah perbuatan Najib ini dilihat sebagai satu dosa yang tidak terampun.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Baca Seterusnya...

Saturday, 25 April 2015

Khalid Gereja Cuba Menipu Penduduk Felda Keratong 8 #PRKRompin #P091


Dengan rasa bongkak dan sombong Khalid Gereja mendabik dada dihadapan 50 Orang Ahli PAS di Felda Keratong 8 kononnya beliau hero dalam video video youtube. Malah b
eliau berbohong dengan menyatakan memenangkan calon PAS bakal mendesak kerajaan membatalkan GST.

Cuba baca :

"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang pun akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika ia dapat memerintah negara.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata, bantahan pembangkang terhadap pelaksanaan GST bukan bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu, tetapi terhadap kesediaan negara untuk melaksanakannya.

Anwar berkata, sejak beliau dimaklumkan mengenai GST pada 1993, beliau mengakui bahawa sistem percukaian itu adalah suatu sistem yang efisien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara."

sumber : http://www.sinarharian.com.my/pembangkang-laksana-gst-jika-memerintah-1.216422




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 24 April 2015

Biodata Calon PRK Rompin #PRKRompin #P091



Tarikh Lahir : 28/4/1953
Umur : 62 Tahun

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
1976 : Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya Kuala Lumpur
1979 : Management Course Asia Institute Of Management Manila

PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK
1976 : Menjadi Ahli UMNO
1978 : Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan
1984 : Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan
1986 : Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin
1990-2004 : Ketua Bahagian UMNO Rompin
1996-2004 : Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1982-1986 : Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan
1986-1990 : Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan
1990-2004 : Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Ibam Parlimen Pekan
1986-1995 : Exco Kerajaan Negeri Pahang
1995-1999 : Timbalan Menteri Besar Pahang
i) Bertanggungjawab membangunankan Gebeng Industrial Area
ii) Menarik Pelaburan Di Pahang
iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan)
iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan

JAWATAN SEKARANG
i) Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin
ii) Pengerusi PERKIM Negeri Pahang
iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan
iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.



PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
1990-1999 : Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan Pertanian (LKPP)
Tanggungjawab :
i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga
ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000 ekar
iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang
iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan mempunyai harta yang banyak di Pahang
v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil peneroka, keselamatan dan juga peserta rumah banjir

1991-1995 : Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA
1995-1988 : Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara)
1976-1982 : Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja dengan ASPA (sebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam industri Perkayuan. Jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Operasi Kilang)

PENGALAMAN ANTARABANGSA & NGO
1995-2001 : Executive Council Commenwealth Parlimentary Association
Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United Kingdom Australia Trinidad & Tobago

LATARBELAKANG KELUARGA
Nama Isteri : Datin Rozidah Binti Karim
Anak Pertama : Ahli Perniagaan (sudah berumahtangga)
Anak Kedua : Head Of Communication Tune Talk (sudah berumahtangga)
Anak Ketiga : Executive Auditor Delloite
Anak Keempat : IT Executive

Calon santai bersahaja bersama para jentera BN di PDM Keratong 3


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 23 April 2015

Timbalan Mursyidul Am PAS Dipinggirkan?! #PRKRompin #P091


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob adalah individu yang dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS pada Mac 2015 lepas dan semalam dipelecehkan oleh golongan ANUARINAS DAN PASMA semasa majlis penamaan calon PRK Rompin semalam.

Tindakkan itu mencetuskan rasa tidak puashati dikalangan penyokong MB Kelantan malah dari golongan pro ulama yang jelas ANUARINAS DAN PASMA dengan senaja menjatuhkan air muka MB Kelantan yang merupakan Timbalan Mursyidul AM PAS yang lebih layak diapit oleh calon PAS PRK Rompin.


JEBON DAN BROKER (seperti dakwaan TG Hadi Awang) akan memberi seribu satu alasan akan perkara ini walhal ia jelas tidak menunjukkan rasa hormat kepada kepimpinan ulama dan calon PAS di Rompin ini dilihat menjadi mangsa kepada "promosi diri" golongan ANUARINAS DAN PASMA demi meraih populariti para pewakilan PAS di Rompin untuk pemilihan PAS 2015 nanti?





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#PRKRompin Adakah Calon Barisan Lebih Terampil?! #P091

Hari ini berlangsung majlis penamaan calon PRK Rompin dengan suasana yang cukup aman damai dan tidak ada sebarang perbuatan provokasi dikalangan penyokong dari kedua dua pihak. Ini mengundang rasa tidak selamat buat PKR yang kini sedang "membodek" PAS agar memberi bantuan untuk mempertahankan kerusi Pematang Pauh. 


BN yakin calonnya, Datuk Hasan Arifin, yang diketengahkan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, diterima oleh peringkat akar umbi dan penduduk di parlimen berkenaan termasuk golongan muda.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata meskipun Pas meletakkan calon lebih muda bagi meraih sokongan pengundi muda, namun faktor usia bukan penentu kepada kemenangan pada PRK kali ini.

Datuk Seri Hishammuddin percaya pengundi pengundi disini bijak memilih... ia tidak hanya kerana faktor umur, tua atau muda. Datuk Seri Hishammuddin, yang merupakan penyelaras BN bagi PRK Rompin kali ini, berkata BN, khususnya Umno, tidak gentar menghadapi saingan daripada Pas, sebaliknya mempunyai strategi tersendiri untuk menarik sokongan pengundi agar kemenangan menjadi milik mutlak parti. 


"Arwah Tan Sri Dr Jamaluddin (bekas ahli Parlimen Rompin), telah meletakkan asas pembangunan yang kukuh terhadap jentera dalaman BN, dan Umno Rompin sendiri sudah cukup kuat. Kita yakin ini akan menjadi faktor faktor yang membantu mempertahankan kerusi Parlimen Rompin kali ini.

"Namun yang penting jentera perlu dikuatkan dan bekerja keras dalam masa yang ada ini. Apa isu dan kenyataan yang perlu dijelaskan kita jelaskan itu kerana ia akan menentukan undi Barisan Nasional di sini," 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 22 April 2015

#PRKRompin Ahli PKR PSM Cuba Cetus Provokasi Semasa Penamaan Calon?! #P091

Awal pagi tadi berlangsung majlis penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin yang mana PRK yang bakal menjadi penganti kepada Allayarham Tan Sri Jamaludin Jarjis yang telah meninggal akibat kemalangan helikoter pada 4 April 2015 yang lalu.

Calon yang diistiharkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah Datuk Hasan Arifin dari Parti Barisan Nasional dan Ustaz Nazri Ahmad dari Parti Islam Semalaysia (PAS). 

Satu insiden yang terjadi pagi tadi, selepas SPR mengumumkan sesi penutupan borang calon pada 10.00 pagi seorang individu yang dikatakan sebagai calon bebas telah tampil untuk menghantar borang pencalonan tetapi ditolak oleh pihak SPR kerana mengemukakan borang tidak lengkap dan gagal dari masa yang ditetapkan.



Dari sumber admin, individu tersebut cuba melakukan provokasi dan membuat bising didalam Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah tetapi ditenangkan oleh pihak keselamatan dan diarahkan keluar dengan diiringi oleh beberapa anggota Polis.

Sebelum ini admin dimaklumkan bakal belakunya pertembungan 3 penjuru di PRK Rompin kerana adanya seorang calon bebas dari PKR yang akan menentang dua calon dari BN dan PAS. Mungkin beliaulah agaknya? Siapakah dalang disebalik individu ini yang jelas cuba memburukkan lagi hubungan PKR dan PAS di PRK kali ini.

Jentera PKR tidak kelihatan disini seperti mana yang ditegaskan oleh PKR tidak akan membantu kempen PAS di Rompin dan ditimbalbalik di PRK Pematang Pauh.

Dari pemakaian pakaian individu (yang tidak dapat bertanding) tersebut (gambar berbaju hitam) ia tidak melambangkan PKR mahupun PAS akan tetapi lebih mirip kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Apakah individu ini adalah "counter attack" kepada kes sebelum ini?
baca juga :
http://daengselili.blogspot.com/2013/09/impian-psm-bakal-naik-darah-tuan-guru.html



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!