Monday, 30 March 2015

Poster Palsu Pengiraan GST #GST


Infografik diatas disebarkan didalam group whatsapp dan facebook untuk mengelirukan rakyat seolah olah GST adalah cukai yang ditindih keatas makanan dan minuman di restoran.

Pengiraan GST yang ditunjukkan disitu adalah tidak benar dan ia satu fitnah jahat golongan penipu.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

"Tiada Penumpang Semasa Kejadian" - Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail #RapidKL #myKL




Salah satu daripada tayar getah sebuah kereta api monorel empat gerabak terbakar di stesen Titiwangsa. Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail Line, Abdul Hadi Amran berkata tidak ada seorang pun di dalam kereta api itu pada masa kejadian.

Penggantungan perkhidmatan juga didorong oleh insiden kedua yang menyaksikan 
kereta api monorel dua gerabak juga terkandas antara stesen Imbi dan Bukit Bintang ia disebabkan oleh masalah teknikal .

Sebuah keretapi menyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan menolak 
gerabak terkandas ke stesen Imbi untuk mengosongkan penumpang.

"RapidRail sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas kedua-dua kejadian dan meminta maaf diatas segala kesulitan, " kata Abdul Hadi .



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monorail Titiwangsa Terbakar



Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini.

Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarah mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

"Sekarang operasi memadam masih dijalankan," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.-  BERNAMA



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 27 March 2015

Rafizi Ditahan Hanya Kerana Sokong Peliwat?!

Rafizi Ramli ditahan polis petang ini berhubung seruannya kepada anggota parti supaya menyertai perhimpunan Kita Lawan‬ esok.Beliau, yang juga setiausaha agung PKR, ditahan bawah Akta Hasutan di pusat khidmat parlimennya di Pandan.

Beliau dijangka dibawa ke balai polis Dang Wangi untuk disiasat, kata satu kenyataan PKR. 


Selain berkumpul di kompleks membeli-belah Sogo mulai jam 4 petang seperti beberapa minggu lepas, perhimpunan esok turut bertujuan "meraikan" majlis perkahwinan anak perdana menteri di pusat konvensyen KLCC.

Mereka dijangka berarak dari beberapa lokasi sebelum menuju ke Sogo dan kemudian KLCC. - mkini

Rafizi, habis modal untuk menghasut rakyat dengan strategi #kajangmove hinggalah #kitalawan pembangkang menabur fitnah didalam persidangan parlimen demi meraih sokongan para fanatik Pakatan Pembangkang untuk berdemonstrasi.

DIingatkan esok akan disusun orang mulut buih, orang kena sawan, orang sakit dan pura pura pensan pada demonstrasi esok dan mereka semunya ini sudah  dijanjikan bayaran untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya Polis mengasari penyokong pakatan sedangkan skrip sudah ada.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Petisyen Pengampunan Anwar Ditolak

Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dilupuskan (disposed), dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urusetia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin ditolak dan akan menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat. Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April. - malaysiakini


Dalam pemahaman admin, petisyen pengampunan Anwar memang tidak boleh diterima kerana :
  • Bukan Anwar (persalah) yang mengemukakan rayuan, tetapi pihak keluarga.
  • Persalah mesti mengaku bersalah sedangkan Anwar tidak mengakuinya.
  • Hukuman tetap berjalan walaupun diberi pengampunan ia tidak mengugurkan hukuman 100% cuma mungkin dikurangkan hukuman tersebut. (contohnya hukuman mati diringakan kepada hukuman penjara seumur hidup) 
Apa yang cuba dilakukan oleh keluarga Anwar adalah cuba menarik penyiokong fanatik mereka untuk menyerang pihak institusi. Dan dari lensa kamera kita dapat lihat anak dan cucu dijadikan alat meraih simpati sedangkan Anwar tidak mengaku bersalah tetapi mahu diberi pengampunan.

Keluarga Anwar akan mengunakan apa sahaja demi menarik simpati rakyat, sedangkan beliau ternyata bersalah dalam Kes Liwat tersebut. Cucu menjadi alat meraih rasa kasihan. 

Semasa beliau meliwat Saiful, ada dia fikir tentang cucu dan ahli keluarga beliau?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 26 March 2015

Golongan Anti-Raja Mula Fitnah Majlis Raja Raja?! #hudud


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers di sini pagi tadi juga bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

"Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

"Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (semalam) yang menyentuh perkara (hudud) itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, sebuah portal berita menyiarkan laporan yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud dan ia menjadi viral di internet. - sumber

Admin : 
Tindakkan seperti ini jelas menunjukkan golongan sosialis/komunis kini kian berani dan semakin licik menyerang pemerintahan beraja di Malaysia.

Semoga inividu yang melakukan perkara ini dapat diberkas kerana dalam tulisan tersebut dengan terang berniat jahat terhadap Majlis Raja Raja dengan mengaitkan perkara ini!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 25 March 2015

Zairil : DAP Layak Pertikai Presiden PAS #hudud


“Saya tidak akan meminta maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” tegas Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari.

Menurutnya, beliau tegas dengan pendiriannya bahawa Abdul Hadi telah melakukan banyak pengkhianatan ke atas Pakatan Rakyat dengan harapan untuk memecahbelahkan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Presiden PAS turut mengkhianati 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tiada masa depan jika Abdul hadi terus mengetuai PAS. Hipotesis ini berdasarkan banyak tindak tanduk pengkhianatan beliau termasuk dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Zairil berkata, pengkhiatan Abdul Hadi juga terbukti apabila sebanyak sebanyak enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan sesama sendiri antara PAS dan PKR disebabkan Presiden PAS menyebabkan ia dimenangi oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mendakwa, surat bantahan oleh PAS Pusat ke atas kenyataannya berhubung Abdul Hadi ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bukan Presiden PAS.

“Saya tidak pernah memohon maaf kepada Abdul Hadi saya kekal dengan kenyataan saya berhubung Presiden PAS itu,” katanya. – mynewshub

apabila anjing DAP bersuara?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Ahmad Maslan Mahu Tukar Nama "Caj Perkhidmatan" #GST #apaGST

Kerajaan bercadang menukarkan nama caj perkhidmatan yang dikenakan oleh restoran dan hotel kepada caj restoran ataupun caj hotel agar tidak mengelirukan orang ramai, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, ini bagi mengelakkan orang ramai daripada berfikiran bahawa cukai caj perkhidmatan ini sama ada 5 peratus, 6 peratus ataupun 10 peratus itu disalurkan kepada kerajaan.

“Cukai caj perkhidmatan ini tidak ada kaitan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan sebanyak enam peratus mulai 1 April ini.

“Cukai caj perkhidmatan merujuk kepada tips yang diberi kepada pekerja restoran dan hotel,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu sidang dialog mengenai CBP, di sini, hari ini.



Ahmad berkata cadangan tersebut telahpun disampaikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan kementerian itu bakal mengeluarkan satu garis panduan mengenainya.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua pengusaha restoran mengenakan caj perkhidmatan ini kerana mereka mahu memberikan harga yang kompetitif kepada pesaing mereka di samping mahu menarik lebih ramai pelanggan.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan akan memberikan pembayaran balik khas kepada syarikat yang telah mendaftar CBP tetapi masih mempunyai barang-barang yang ada di dalam tangan yang dahulunya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan yang lebih daripada enam peratus.

Menurutnya, syarikat yang ingin mendapatkan pembayaran balik khas perlu melakukan pengiraan stok yang dipegang pada 1 April tahun ini dan mengenal pasti amaun yang bersamaan dengan cukai jualan yang dibayar ke atas barang-barang daripada stok pengambilalihan.

Sekiranya amaun pembayaran balik khas kurang daripada RM10,000, pihak yang menuntut dikehendaki mengemukakan perakuan audit yang ditandatangani juruaudit syarikat dan telah diluluskan di bawah seksyen 8 Akta Syarikat 1965, katanya.

Sumber: BERNAMA


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 24 March 2015

Presiden PAS Dilayan Ibarat "Anjing Kurap" #keluarDAP

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa keluar PR sekiranya masih mahu meneruskan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud di sidang Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui media di lobi Dewan Rakyat berkata, Abdul Hadi tidak seharusnya membentang RUU berkaitan hudud atas kapasitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang kerana ia diluar perbincangan pihak Pas dan PR.

"Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut (hudud), lebih baik dia tinggalkan Pakatan Rakyat, dia tentu berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu turut mengumumkan pendiriannya untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

"Saya kesal dengan tindakan tidak jujur dia (Abdul Hadi).

"Hadi telah mengkhianati serta memungkiri janji yang dibuat kepada PR. Oleh itu dia harus keluar dari Pakatan," tegasnya. - Sinarharian

---------------------------------------------------------------------------------------

LGE sedar akan kebahayaan PAS bersama pakatan pembangkang yang kini dilihat seolah olah cuba berdiri dengan kaki sendiri walaupun acap kali DAP memberi tekanan dan  peringatan agar terus tunduk dengan desakkan DAP agar tidak sekali kali bermimpi tentang "hudud", TG Hadi Awang selaku presiden PAS terpaksa mengambil risiko diserang oleh sekutunya terutama ahli PAS yang cenderung kepada DAP.

PKR mengambil jalan selamat dengan menentang pembentangan RUU Hudud ini demi meraih kemenangan besar di PRU14 bilamana PAS dilihat semakin dirosakkan oleh PRO DAP, ANUARINAS dan PASMA.

Kegetiran ini bertambah bilamana Mat Sabu selaku orang no.2 dalam PAS juga cenderung kepada DAP sepertimana kata kata Mat Sabu sebelum ini "Saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi." - sumber


Hari ini para penyokong PAS menuntut janji pilihanraya (yang lepas lepas) yang pernah dijanjikan oleh PAS kepada para pengundinya agar hudud ini terlaksana demi memenuhi janjinya meskipun DAP menetangnya bermati matian. DAP mempunyai laluan mudah merampas 'Kerusi Ketua Pembangkang' di Malaysia tidak lama lagi lantaran Ketua UMUM PKR DSAI hampir mustahil dibebaskan! 

Secara tidak langsung ini mengesahkan "DAP ganti PAS" akhirnya menjadi kenyataan! Jika UMNO dipersalahkan dalam perkara ini, aku doakan semoga Allah swt memberi hidayah kepada saudara seagamaku! 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 23 March 2015

Peguam Pelampau Kristian Ditahan!

Peguam Penghina Islam, Eric Paulsen ditahan hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dipercayai kerana tuitnya yang didakwa menghasut, kata peguamnya Melissa Sasidaran melalui Twitter.


Melalui Twitter Melissa memberitahu, Paulsen telah ditahan pihak polis kira-kira jam 5 petang tadi sewaktu mereka sedang minum petang bersama teman-teman lain dalam acara Arts For Grab.

Dalam insiden yang berlaku di aras bawah tanah Dataran Merdeka itu, difahamkan, telefon bimbit Paulsen juga telah dirampas.

“Dia ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Hasutan namun tiada maklumat lanjut setakat ini,” ujarnya yang menambah pihak polis sedang memohon reman bagi penahanan Paulsen.

Penahanan Paulsen dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa tuitnya yang mempersoalkan tentang pelaksanaan hudud di Kelantan. - sumber

Antara tweetnya yang cukup menghina Polis dan Agama lain






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 21 March 2015

Aisyah Tajuddin Celupar Disiasat

KENYATAAN MEDIA: 

MCMC BERSAMA POLIS SEDANG MENELITI VIDEO AISYAH BFM CYBERJAYA, 21 Mac 2015

Kes video oleh wartawan BFM Aisyah Tajuddin berkenaan hudud di Kelantan yang tersebar dalam media sosial semalam kini sedang dalam siasatan dan penelitian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). 


Polis melakukan siasatan di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan juga telah memohon bantuan MCMC untuk mendapatkan maklumat akaun YouTube Aisyah. 

Menurut Pengerusi MCMC, Dato' Sri Dr Halim Shafie, MCMC pula sedang menyiasat kes berkenaan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian. 

"Kami telah memulakan siasatan sebaik sahaja menerima aduan daripada orang ramai berkenaan video ini dan telah menghubungi pihak PDRM untuk menghulurkan bantuan dalam siasatan," kata Dr Halim. 

"Kami juga sedang meneliti sudut pelanggaran Kod Kandungan oleh BFM dalam kes ini," tambahnya lagi. 

Dalam pada itu, Dr Halim turut memperingatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau memaparkan mesej-mesej mahupun apa jua kandungan yang berbaur ugutan dalam talian kerana ianya salah di sisi undang-undang.

"Biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan dulu. Beberapa individu di Pulau Pinang telah juga membuat laporan polis berkenaan ugutan bunuh dan rogol terhadap Aisyah, dan saya difahamkan bahawa pihak polis sedang menyiasatnya," terang Dr Halim.

TAMAT


Anak bapak kepala DAP apa dorang takut?! Kebebasan bersuara sebegini tidak membawa kesan positif dalam negara ini. Aisyah sebelum ini dengan celuparnya mengunakan media maya untuk menyindir cara pemakaian tudung yang digariskan oleh kerajaan negeri kelantan secara tidak langsung mempersendakan islam.

Siapa nak rogol kamu Aisyah?inilah Drama politik halus menyerang PAS jelas Aisyah alat DAP.

Perangai macam orang gila!mulut pun celupar.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 20 March 2015

Ustaz Kazim Penglipur lara Minta Sedekah?!


Kerana sindiran individu yang dianggap "orang alim" oleh Ustaz Mohd Kazim Elias, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi muncul dikaca television untuk berdakwah jelas tuduhan tuduhan liar yang membuatkan beliau "down" (kecil hati) dalam usaha dakwahnya diperkecilkan oleh orang lain.

Beliau mempunyai bilangan pendengar setia yang ramai dipelusuk negara

Dengarkan penjelasan beliau mengapa keadaan ini terjadi.


like dan ikuti page rasmi DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias)
https://www.facebook.com/ustazmohdkazim

Hehehe..luaskan kuasamu Ustaz!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 19 March 2015

Tolak Hudud Golongan Tidak Beriman?! #hudud

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selesai membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu dibentangkan oleh Ahmad pada jam 11 pagi tadi (semalam) dan turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, perbahasan pindaaan enakmen tersebut ditangguhkan hingga ke pagi esok.

Jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan itu ialah:
  • Sariqah (mencuri)
  • Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan)
  • Zina termasuk liwat
  • Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat)
  • Syurb (minum arak atau memabukkan)
  • Irtidad (murtad)

Mengikut Rang Undang-undang tersebut, enakmen itu hanya terpakai kepada orang Islam yang mukalaf iaitu seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya.

Dalam ucapan itu, Ahmad memberi jaminan bahawa undang-undang tersebut tidak akan dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.

“Di sini saya nak jelaskan bahawa Kanun Jenayah II adalah terpakai kepada orang Islam sahaja iaitu orang Islam yang mukalaf yang melakukan kesalahan di bawah Kanun ini, di negeri ini.

“Ini bermakna, Kanun ini sama sekali tidak terpakai ke atas orang bukan Islam,” tegasnya.

Selain itu, pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang dibentangkan di DUN Kelantan hari ini menetapkan kesalahan murtad boleh dikenakan hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Murtad yang disebut sebagai irtidad atau riddah dalam pindaan enakmen itu menegaskan sesiapa secara sukarela tanpa paksaan dengan sengaja atau disedarinya melakukan apa-apa perbuatan atau mengungkapkan apa-apa perkataan yang menjejaskan atau berlawanan dengan aqidah Islam adalah melakukan irtidad.

“Dengan syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh mana-mana orang atau keadaan,” menurut Bahagian 22 pindaan enakmen tersebut.

Selain itu, dalam ucapannya juga Ahmad berkata, pihak yang masih mengkritik enakmen hudud yang dibentangkannya hari ini adalah “golongan yang tidak beriman”.

Beliau merujuk kepada pihak yang mendakwa enakmen jenayah syariah itu sebagai “zalim dan tidak berperikemanusiaan”.

“Tuduhan yang menyatakan undang-undang ini zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah tuduhan liar yang terbit dari hati orang-orang yang tidak beriman,” katanya.

Pindaan yang dibentangkan hari ini memansuhkan peruntukan yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam, sama ada ingin dibicarakan mengikut undang-undang syariah atau undang-undang sivil.

Selain itu, ia turut meminda peruntukan yang memberi pengecualian dari hukum hudud, termasuk peruntukan untuk tidak memotong tangan seseorang pencuri yang sudahpun cacat di sebelah tangan, dan sekiranya pesalah itu memperoleh hak mengikut undang-undang ke atas harta yang dicuri itu, sebelum penghakiman dibuat.

Pengecualian yang dibuat hari ini adalah sama seperti yang terkandung dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syraiah (Hudud dan Qisas) yang dibentangkan oleh PAS ketika mentadbir Terengganu pada sidang DUN negeri itu pada 2003.

Pindaan ketiga yang dibuat ialah beban bukti bagi mereka yang melaporkan kes zina dan liwat, di mana di bawah enakmen yang sedia ada, sesiapa yang membuat tuduhan zina atau liwat tanpa empat orang saksi boleh dikenakan hukum qazaf.

Rang undang-undang baru ini juga membolehkan penuduh memberi keterangan melalui syahadah atau bayyinah (keterangan yang jelas) dan kebal daripada hukuman jika kemudiannya ditentukan bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan salah laku itu.

Manakala pindaan keempat melibatkan kesalahan liwat antara suami dan isteri, yang memperuntukkan hukuman ta’zir sekiranya didapati bersalah.

Pindaan baru ini juga memansuhkan peruntukan yang menyatakan perbuatan seks antara perempuan, necrofilia (mayat) dan binatang sebagai jenayah.

Bagaimanapun, Rang Undang-undang itu mengekalkan hukuman rejam sampai mati, sula dan salib. - KLXpress


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 18 March 2015

DAP Melenting PAS Bentang Hudud #hudud #DAP #kitalawan #PAS

Tindakan kerajaan PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini adalah satu keputusan yang melanggari Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan mengkhianati konsensus Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata DAP bertegas membantah sekeras-kerasnya tindakan parti itu yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac lalu.

Malah katanya, ini merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

“DAP konsisten dengan pendirian kami bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah atau Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia.

“Sejak hari pertama DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR dalam kerangka Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, DAP sentiasa menegaskan bahawa pelaksanaan hudud bukan dan tidak akan menjadi agenda bersama dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Seremban juga menjelaskan DAP komited untuk menjayakan misi Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional yang korup dan boros.

Namun katanya, ada pihak-pihak tertentu dalam PAS yang lebih cenderung memberikan ‘pelampung’ kepada UMNO untuk menyelamatkan diri daripada pelbagai skandal rasuah yang didedahkan kebelakangan ini.

“Pakatan Rakyat tidak akan berjaya menumbangkan Barisan Nasional selagi ada ‘musuh dalam selimut’ yang sentiasa membelakangkan konsensus bersama dan bertindak mengikut rentak yang dimainkan oleh UMNO,” jelasnya.

Katanya lagi, pimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat CEC pada Isnin ini untuk membincang dan memutuskan hala tuju parti itu bersama Pakatan Rakyat selepas ‘ditikam dari belakang’ oleh PAS Kelantan pada hari ini.

lagi : SINI




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

GST Membabi Buta #GST #kitaLawan

Lantaran pada 1 April 2015 ini akan dilaksanakan pertukaran cukai SST (Sales and Services Tax) kepada GST (Goods and Services Tax). Serangan berterusan yang tidak memberi kesedaran yang baik kepada rakyat khususnya.

Pembangkang hanya memburuk-burukkan dan menakutkan rakyat dengan GST. Hanya kerana tidak bersetuju dengan perkembangan yang baik untuk negara dan rakyat mereka membuat pelbagai andaian dan tuduhan buruk terhadap GST sedangkan tidak menjelaskan maksud sebenar GST ini digantikan dengan SST.


Dari serangan serangan tidak ilmiah dah terus terusan membodohkan rakyat (seperti gambar gamabr ini) ia jelas dilubuk hati pembangkang di Malaysia penuh kebusukan hati dan tidak memikirkan hal membantu rakyat dan memajukan negara, Bila ditanya berapa SST ramai tak tau tak reti, tapi disoal pasal GST yang duduk dalam hutan pun tak habis bersembang konon pandai sangat sedangkan ia hanya didedahkan yang buruk sahaja yang manfaatnya tidak!


Boleh download e-book tentang GST disini :
(Klik GST untuk dapatkan panduan)

atau

http://gst.customs.gov.my/ 
(juga boleh diaksess dalam versi Bahasa Malaysia)





Cukai Barang dan Perkhidmatan atau CBP adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Berbeza dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat, CBP adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali CBP yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka.

CBP dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan

ia adalah cukai untuk menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) semasa

Kebanyakan negara telah melaksanakan CBP/VAT kerana tidak berpuas hati dengan struktur cukai kepenggunaan mereka. Ketidakpuasan ini adalah kerana salah satu atau kesemua perkara-perkara berikut:
  • cukai kepenggunaan dalam bentuk cukai jualan yang sedia ada tidak memuaskan;
  • permintaan untuk mengurangkan kadar cukai lain; atau
  • sistem cukai yang sedia ada tidak seiring dengan pembangunan ekonomi.

Bagi Malaysia, pengenalan CBP adalah merupakan sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh Kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian.lebih cekap, berkesan, telus, mesra perniagaan dan berupaya menjana punca hasil yang stabil. CBP adalah menggantikan cukai kepenggunaan semasa yang terdiri daripada SST. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan, CBP boleh mengatasi pelbagai kelemahan yang wujud di bawah SST iaitu:
cukai bertindih;
  • isu pindahan harga dan pindahan nilai;
  • tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barang yang dieksport;
  • tidak menggalakkan integrasi menegak; dan
  • karenah birokrasi.
[baca lagi sini]

ha ha ha sadis VIDEO nie!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 17 March 2015

Ramai Jadi Alat Politik! #kitalawan #BebasAnwar

Seorang demi seorang pemimpin pembangkang yang diamanahkan sebagai wakil kepada rakyat yang mengundi mereka pada PRU 13 lepas kini membazirkan masa dan makan gaji buta bilamana terlibat secara aktif dengan demonstrasi jalanan yang tidak langsung memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia terutama suburnya demokrasi di Malaysia.

Anwar Ibrahim dengan jelas telah disabitkan bersalah dengan hukuman yang cukup ringan lantaran kesalahnya meliwat bekas pembantu beliau Saiful Bukhari. Mengapa pula yang lain lain mempunyai pengaruh politik memaksa penyokong turun ke jalanan untuk menunjukkan sokongan yang kini jelas kian pudar terhadap Ketua Pembangkang Malaysia.

Realitinya hari ini Anwar akan kekal dalam penjara kerana hukuman beliau telah dijatuhkan oleh mahkamah dan tidak akan diberi pengampunan yang kononnya dibuat oleh keluarga beliau kepada yang Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Kesalahan beliau boleh diampunkan dengan dua kondesi penting iaitu Anwar sendiri mengakui bersalah meliwat dan beliau sendiri menfailkan pemohonan pengampunan bukannya wakil dari ahli keluarga atau penyokong parti beliau. Malah sehingga hari ini Anwar masih berkeras tidak mengakui bersalah.


Nik Nazmi yang boleh dikatakan antara YB muda mensiakan-siakan masanya untuk rakyat kini belagak hero kepada agenda pembangkang mahu melanggar undang undang negara ini sehingga tertangkap dan meraih simpati umum kononnya mereka dianiaya sedangkan mereka sendiri melanggar undang undang yang sedia ada!

Paling hebat drama Nurul Izzah juga turut menzalimi dirinya sendiri, jika sebelum ini beliau menjadi alat simpati kepada kes Rasuah dan Liwat Anwar kini beliau mengunakan anak anaknya sebagai alat sedangkan anak ini tidak berdosa ditarik menjadi bahan propaganda politik.

Logik pada akal adakah dengan demonstrasi ini memberi imej baik kepada demokrasi di Malaysia dan nama baik negara?

Sandiwara ini akan berterusan manakala Anwar dan anak beranaknya tahu Anwar tidak akan dibebaskan. Niat mereka hanya mahu memporak-perandakan negara ini, jika Anwar dibebaskan sekalipun tidak apa yang berubah melainkan demonstrasi sepanjang tahun yang seolah olah tiada ruang demoskrasi di negara ini.

Aadakah dengan demonstrasi akan membebaskan Anwar yang disabitkan bersalah meliwat?! Jika begitu semua peliwat yang dalam penjara itu berhak juga untuk dibebaskan dengan cara ini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Anwar Rangka Gerakan Dari Penjara!

Semenjak Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan ditempatkan di Penjara Sungai Buloh para penyokong beliau kini dikerahkan untuk melakukan apa juga kerosakan kepada nama negara biarpun beliau masih kekal dalam hukuman penjara.

Dilihat dari pandangan diluar ruang lingkup, Anwar sedang menyusun "game plan" yang besar kepada situasi negara kini dan mengunakan apa juga point dan alasan untuk terus menghentam kerajaan meskipun ia melibatkan hal hal kecil.

Selepas penangkapan Anwar ia diikuti oleh para penyokong beliau antaranya Adam Adli yang sebelum ini senyap dan ia kembali berdemonstrasi dijalanan. Dilihat juga tindakkan provokatif yang tidak menguntungkan negera terus terusan dilakukan oleh penyokong Anwar demi memburukan nama Malaysia dimata dunia.

Semalam Nurul Izzah ditahan di Lokap Jinjang, Selangor ini adalah salah satu dalam storyboard game anwar yang mana ia akan terus terusan dimarakan api kemarahan kepada penyokong mereka sedangkan seorang suspect mestilah mempunyai sebab untuk ditahan.

Walaubagaimanapun tindakan dan balasan yang diterima oleh penyokong Anwar ditafsirkan ia menguntungkan pakatan pembangkang walaubagaimanapun tindakkan undang undang wajar dikenakan kepada mereka kerana negara ini terikat dengan perundangan bukan sekadar demonstrasi jalanan sahaja.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 16 March 2015

Pembelian Jet Satu Pembaziran - Rafizi

Pesawat Baru Ganti Pesawat Berumur 20 tahun.

PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.


Pembelian Satu Pembaziran?

Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat VVIP. Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja.

Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG) sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?

Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 4 billion. Kenapa Rafizi tak menyerang disitu?

Tapi bila difikirkan semula, Rafizi memang selalu ada masalah macam ini. Dengan tukang gunting rambut pun kena tipu (rambut tak berapa ada tapi gunting kena RM10), apa lagi cerita hal-hal beli pesawat macam ini. - mykmu.net


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Majlis Peguam Hanya Untuk Pembangkang?!


KUALA LUMPUR: Kepimpinan Majlis Peguam yang baharu dilantik sedang mempertimbangkan untuk merujuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ke Lembaga Disiplin berhubung salah lakunya selepas kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai.

Presiden yang baharu dilantik, Steven Thiru berkata, Majlis Peguam telah diberi kuasa untuk membuat aduan terhadap mana-mana anggotanya kerana salah laku.

"Kami telah pun melihat ke arah itu sejak isu ini timbul, namun masih belum membuat keputusan lagi," katanya.

Beliau juga berkata bahawa mereka mungkin akan mencabar perintah mahkamah, walaupun Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam telah tamat.

"Kami perlu meneliti pernyataan tuntutan terlebih dahulu. Saya tidak fikir ia adalah akademik. Ia merupakan prinsip penting bagi kami," katanya.

Walaupun menyedari bahawa Shafee telah memfailkan injunksi untuk menghalang mereka daripada membincangkan kelakuannya pada AGM ke-69, Steven berkata Shafee sepatutnya menghadiri mesyuarat itu untuk membahaskan isu ini dengan rakan-rakannya.

"Kami agak kecewa kerana Shafee bersedia untuk membahaskan perkara itu di khalayak ramai, tetapi dia memilih untuk tidak datang berdebat dengan rakan-rakannya di Majlis Peguam," katanya, merujuk kepada 'roadshow' Shafee mengenai perbicaraan kes liwat Anwar.

Beliau berkata Shafee sepatutnya memilih tindakan yang sama seperti kumpulan G100, yang memperbesarkan rungutan mereka untuk dibahaskan di AGM. - mstar


Apakah ada tindakkan Majlis Peguam terhadap peguam yang mengheret rakyat ke Jalan Raya?!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 13 March 2015

Nurul Izzah Dibalun Hingga Tercabut Tudung!

Tapi S. Manivanan Gowin mengeletik sama?!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 12 March 2015

Zulkifli Nordin Repot Polis Terhadap Nurul Izzah #kitalawan


LAPURAN POLIS
Oleh ZULKIFLI BIN NOORDIN
(zul4kulim.blogspot.com)

Balai : Jalan Dang Wangi
Daerah : Dang Wangi
Kontinjen : Kuala Lumpur
No Repot : Dang Wangi/006551/15
Tarikh : 12.03.2015
Waktu : 14.14hrs
Pengadu : Zulkifli Bin Noordin

Pengadu Menyatakan:

Semasa saya berada di pejabat di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur semalam 11 Mac 2015, saya telah menerima satu link videoklip YouTube beralamat di https://youtu.be/RbSMNVMhD0. Setelah membukanya saya dapati ianya adalah satu petikan ucapan Nurul Izzah Binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa menyampaikan ucapan dalam Bahas Titah DiRaja dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac 2015 yang telah membuat ucapan kononnya atas alasan membaca teks kenyataan bapanya Anwar Bin Ibrahim seperti berikut:

“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, Hakim-Hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”.

“Mereka diberi peluang untuk menebus diri dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik sebagai pembela sebenar keadilan. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan”.

Dan selepas beliau ditegur Tuan YDP Dewan mengenai Peraturan 36 (8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Nurul Izzah Binti Anwar menyambung:

“Saya hargai, kerana itu saya akan menunggu, apabila Ahli Parlimen Padang Serai membawa usul untuk membahaskan perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan yang saya harap akan diluluskan oleh pihak Yang DiPertua”.

Saya percaya Nurul Izzah Binti Anwar membuat kenyataan ini dalam konteks mempertikai penghakiman lima (5) orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pada 10.02.2015 menolak rayuan bapanya Anwar Ibrahim dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan mengekalkan hukuman penjara selama 5 lima (5) tahun.

Saya sesungguhnya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar ini bukan sahaja menghina dan mencera Yang Arif Hakim-Hakim tersebut dan merupakan suatu kenyataan yang “highly contemptuous”, malah ianya berbaur hasutan kerana boleh membawa kepada rakyat dan orang ramai mempertikai dan memandang hina, dan mencurigai integriti, kewibawaan dan kredibiliti Hakim-Hakim Mahkamah tersebut kerana dituduh sebagai:

1. tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik;
2. menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman;
3. menjual diri mereka kepada syaitan;
4. memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan;
5. memilih untuk kekal dalam kegelapan;
6. usul perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan.

Saya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar itu tidak dilindungi oleh kekebalan sesorang Ahli Parlimen seperti diperuntukkan dibawah Perkara 63 Fasal (2) Perlembagaan berdasarkan Perkara 63 Fasal (4) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen dibawah “Fasal (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948”; dan ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding v. Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC.

Saya dengan ini memohon pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah Binti Anwar dan memohon pihak Pendakwa Raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah Binti Anwar ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukkan dibawah Akta Hasutan 1948.

Saya sesungguhnya membuat lapuran ini untuk memastikan integriti dan kewibawaan badan kehakiman dan Hakim-Hakim Mahkamah terpelihara dan terbela.

Sekian lapuran saya.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Jamadil Awal 1436 / 12 Mac 2015.

*Gambar Hiasan

Baca Seterusnya...

Tuesday, 10 March 2015

Kenapa Ikan Keli Haram Dimakan?!

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. 

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Ada tersebar di internet terutama di facebook tentang “Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal” yang mana info yang diberikan oleh penulis asalnya adalah salah sama sekali. Saya rasa terpanggil untuk membetulkan fakta yang kurang tepat ini supaya orang ramai tidak mudah tertipu atau terkeliru dengan “khabar angin” atau dari pandangan orang yang kurang ilmu dalam perkara ini.

Jika orang ramai percaya dengan artikel ini, dikhuatiri penternak ikan keli yang tidak tahu hujung pangkalnya yang akan menjadi mangsa, kerana pembeli takut untuk membeli ikan keli kayu atau hibrid ikan keli Afrika yang dikatakan haram kerana tulang supraosipitalnya (kepala) berbentuk “V”.

Sebenarnya tiada kaitan antara makanan haram atau halal yang dimakan oleh ikan keli atau mana-mana haiwan dengan bentuk morfologinya. Perbezaan bentuk morfologi yang dinyatakan dalam artikel ini hanya ciri-ciri luaran semulajadi untuk membezakan antara spesies ikan keli, bukan disebabkan makanannya halal ataupun tidak. Mungkin kebetulan semasa penulis artikel asal pergi ke kolam ternakan ikan keli kayu atau ikan keli Afrika hibrid, penternak memberi makanan yang tidak halal, maka penulis terus membuat kesimpulan yang kurang tepat.

Berikut diberikan fakta mengenai 3 spesies ikan keli yang biasa terdapat di pasaran negara kita, termasuk 2 spesies tempatan iaitu keli kayu dan keli bunga dan satu spesies keli Afrika (diperkenalkan dari Afrika dan sekarang telah banyak terdapat hibridnya diternak di negara ini). Perhatikan rajah-rajah yang membezakan ketiga-tiga spesies ikan keli ini.



No. 1: Ikan keli bunga (Clarias macrocephalus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “U” dan bahagian atas (dorsal) badan warna hitam kelabu manakala di bahagian bawah (ventral) berwarna putih kelabu. Kadang-kadang terdapat juga bintik-bintik kelabu putih di badan.

No. 2: Ikan keli kayu (Clarias batrachus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” dan bahagian atas (dorsal) badan berwarna hitam berkilat manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna putih. Badan lebih panjang dan kurus berbanding keli bunga.

No. 3: Ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” (hampir menyerupai keli kayu) tetapi badannya lebih besar, bahagian atas (dorsal) dan sisi (lateral) badan berwarna gelap/hitam manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna kelabu putih. Jika dalam keadaan stress, terdapat bintik-bintik hitam di permukaan badannya. Keli Afrika mempunyai sengat (spina) pektoral yang kurang tajam berbanding dengan ian-ikan keli tempatan.

Perlu diingat bahawa warna air dan tahap kekeruhan air mempengaruhi warna ikan keli, jika warna air hitam maka warna kulit ikan akan lebih gelap daripada biasa, namun begitu bentuk tulang supraosipital tidak akan berubah.

Diharap dengan penerangan yang serba ringkas ini orang ramai tidak lagi terkeliru dengan ciri-ciri ikan keli. Kesimpulannya, makanan haram atau halal tidak mempengaruhi bentuk badan dan morfologi ikan keli. Semoga bermanfaat. [sumber]

JENIS-JENIS LAIN KELI
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan Keli Jeram
  • Ikan Keli Hutan


IKAN KELI TERNAKAN
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".


KEPERCAYAAN
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.


Kenapa Ikan Keli Haram Dimakan?!

HARAM
Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam.



HALAL
Diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!