Friday, 27 February 2015

Penganjur #kitalawan Diberi Amaran Lisan Oleh Polis!

Pada perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Zainol Samah, penganjur 'Kita Lawan' disaran berhimpun di Padang Merbok ataupun di Stadium Merdeka dan bukannya di hadapan pusat membeli-belah Sogo


*Admin syorkan agar mereka juga boleh berkumpul beramai ramai di hadapan Zoo Negara dan jika berkesempatan boleh menjenguk haiwan haiwan didalamnya sebagai tanda sokongan kepada kesedaran umum melindungi haiwan terancam seperti yang kini sedang dikurung di penjara Sungai Buluh!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 26 February 2015

BN Pernah Kalah Majoriti Besar di DUN Cempaka

Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu diambil untuk memberi keutamaan kepada urusan bantuan pasca banjir kepada mangsa dan usaha kepada perpaduan ummah.

“Keputusan diambil selepas mendapat penjelasan daripada UMNO Bahagian itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada malam Rabu.

Mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata soal kekosongan kerusi atau pilihan raya kecil perlu diadakan belum diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita tunggu ikut pada tafsiran Perlembagaan oleh SPR, jika sudah diputuskan, MT akan bermesyuarat untuk tentukan keputusan,” katanya.

PRK DUN Chempaka diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Chempaka akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pula pada 10 Mac.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi. - BNBBC

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Para penyokong PKR dan DAP tidak senang duduk semenjak sekembalinya PM dalam bertemu MB Kelantan. Pelbagai fitnah dicanang dan dirangka dalam media siber termasuk mengulang tayang kembali fitnah lama yang melibatkan seorang model dari Monggolia.

Sebelum ini yang kuat menabur fitnah dalam bentuk animasi kartun ialah Zunar (yang disokong penuh oleh Malaysiakini), dalam lakaran beliau secara jelas menghasut fikiran rakyat dengan mengaitkan DS Najib dengan kes pembunuhan model tersebut.

Akhirnya ketika kehabisan modal, jalan terakhir menaikkan kebencian terhadap kerajaan terutama DS Najib mereka mula menyerang isteri beliau Datin Seri Rosmah. Mereka tahu dengan menyerang Datin Seri Rosmah sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa benci penyokong mereka walaupun kita sedia maklum Datin Seri Rosmah bukanlah seorang ahli politik jauh sekali pemerintah kerajaan.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 25 February 2015

Anwar Tetap Gugurkan Jawatan Ahli Parlimen #kitalawan

Sila baca Fasal 5 Dalam Perkara 48 dengan Perkara 48 (1) e yang jelas jawatan Ahli Parlimen gugur tidak kira pengampunan diterima atau tidak Dari tarikh jatuh hukuman terakhir pada rayuan terakhir 


PENGAMPUNAN DIBERI ATAU TIDAK TETAP JAWATAN AHLI PARLIMEN GUGUR AUTOMATIK DAN PILIHANRAYA KECIL DIADAKAN 

Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika—

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau
(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau
(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau

(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negara di luar Persekutuan.

(2) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi menghilangkan kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen selama tempoh yang dinyatakan oleh undang-undang itu orang yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya; dan mana-mana orang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu, adalah dengan demikian itu hilang kelayakan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian.

(3) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam Perkara ini, jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk terus menjadi ahli Majlis itu menurut perenggan (e) Fasal (1) atau di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2)—

(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia—

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang persekutuan yang dibuat menurut Fasal (2); atau

(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a) suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau

(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

SILA BACA DIBAWAH JELAS PERUNTUKKAN 

(5) Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kp kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 22 February 2015

PM Dikaitkan Lagi Dengan Pembunuhan Altantuya Shaariibuu


Dalam minggu ini ramai pelayar media baru melihat satu snapshot keratan akhbar "The Age Australia" kononnya mengeluarkan satu laporan yang mana secara terang terangan menyerang pucuk pimpinan negara DS Najib Razak dengan mendakwa DS Najib terperangkap dalam pembunuhan, skandal rasuah.




ini dimuatkan dalam artikel yang  di http://www.malaysia-chronicle.com pada 14 January 2013 ditulis oleh Lindsay Murdoch yang dilihat secara halusnya cubaan menjatuhkan kredibiliti PM Malaysia yang hari ini dilihat mampan dalam memacu negara ini menjelang sebuah negara maju dan aman damai.


Walaubagaimanapun tindakkan segelintir lidah pembangkang di Malaysia hari ini tidak henti henti meracun pemikiran rakyat khususnya para penyokong mereka sendiri kononnya DS Najib terlibat dalam kes pembunuhan itu.
Pembangkang sudah kehabisan modal dan terpaksa mereka reka fitnah baru untuk terus menyerang DS Najib Razak sedangkan PM sendiri secara tegas dan berani menyatakan beliau tidak ada kaitan dengan tuduhan tidak berasas dari mereka mereka itu.

Yang agak melucukan adalah tuduhan dan kaitkan gambar gadis berbaju hijau itu kononnya wajah Altantuya Shaariibuu tetapi sebenarnya gambar seorang artis Korea yang mati membunuh diri pada 2007



Tonton video pengakuan DS Najib Razak ini :



http://youtu.be/lzkEddbtXIU

Laporan yang ditulis oleh Lindsay Murdoch :


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 21 February 2015

Najib Tawar Anwar Kerusi TPM?!


Nurul Izzah Anwar seorang ahli politik yang cukup popular hari ini dan dikatakan bakal mengambil alih tugas sebagai ketua pembangkang. Dalam menuju kearah jawatan ketua pembangkang Malaysia yang baru. Task yang diberikan oleh rakan pakatan pembangkang adalah mengsensasikan kes liwat 2 dengan pelbagai dwi-rekarasa cerita agar dapat memberi publisiti kepada beliau dalam masa yang sama mahu para oengikut pakatan pembangkang bersetuju untuk Nurul mengantikan tempat ayahnya.



Pada PRU13 yang lepas Nurul pernah melontarkan fitnah terhadap persaingnya demi memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai dan beliau membuat permohonan maaf kepada Raja Nong Chik setelah kerusi parlimen Lembah Pandai berjaga digodam dengan cara permainan politik fitnah dan menipu pengundi.

Baru baru ini disidang media dirumahnya beliau mengunakan segala teknik dan eksperesi muka untuk meraih simpati kepada umum demi menarik perhatian para wartawan agar menulis perihal adiknya Nurul Nuha.

Nurul Izzah mungkin bakal memegang ketua pembangkang Malaysia manakala tugasnya kini diletakkan di bahu Nurul Nuha kerana ia mahu masyarakat Malaysia memandang gerakan membebaskan Anwar tidak melibatkan parti politik sedangkan dengan jelas disidang media tempoh hari Pakatan Pembangkan meletakan agenda membebaskan Anwar adalah salah satu agenda pakatan pembangkang yang sebelum ini dengan memperbodohkan penyokong dan pengundi mereka dengan slogan DEMI RAKYAT yang mana hari ini bertukar DEMI ANWAR.

Nurul Izzah meletakkan pelbagai player maker untuk gerakan kali ini walaupun secara jelas PAS tidak mahu mengambil bahagian dalam perkara ini kecuali pemimpin PASMA yang berada dalam PAS yang bersungguh sungguh mahu mengheret penyokong PAS meyokong gerakan ini, tapi malangnya ia tidak memberi hasil.


Dr. Hatta dilantik oleh pakatan sebagai kepala kepada gerakan ini diberi suntikkan simpati dengan kes kereta beliau dibakar dan dengan begitu pantas dinafikan itu perbuatan mereka sendiri. Walaubagaimanapun Dr. Hatta Sepatutnya malu pada diri sendiri kerana menjadi alat kepada PKR sedangkan PKR sendiri tidak menghormati Presiden PAS (kes saman Hadi Awang) dan tidak malukah Dr. Hatta yang dilaporkan hilang semasa Kuala Krai dilanda musibah banjir tetapi beliau hilang dari radar?!


Berbalik kepada dakwaan Nurul kononnya PM Najib pernah menawarkan kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada ayahnya DS Anwar Ibrahim (persalah liwat) sedangkan diketika itu Anwar dibelenggu kes liwat 2 yang berlanjutan selama 6 tahun itu jelas cereka drama Nurul Izzah penipu besar terkantoi! Walaubagaimanapun penipu besar dan nepostisme adalah syarat wajib untuk kerusi ketua pembangkang. Tahniah Nurul Izzzah Anwar.


Nurul Izzah, aku doakan semoga kamu bertaubat!













للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 17 February 2015

Kawan Yang Baik....

Jika kita dilambung ombak didalam perjalanan menuju destinasi itu adalah lumrah. Tetapi apalah daya hati ini jika perjuangan ini diracuni oleh "parasit tak jelas datangnya" dalam seperjuangan?!


Semalam ada yang membuat panggilan kepada aku secara peribadi apabila aku memuat naik satu status facebook berkenaan "buaya pendek" alangkah terkejutnya ada "Buaya" lain yang terasa dengan status itu walhal aku tidak menulis nama siapa siapa disitu.

Nasihat aku...jelas diatas,tapi kalau nak perang silakan kecil tapak tangan kepala keretapi aku tadahkan :3

(Faham pelembagaan sebelum serang orang lain!)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 15 February 2015

Doktor Pakar Mohon Maaf Selepas Di Ugut BUNUH?!

Selepas diugut bunuh dan diancam dengan pelbagai ugutan lain seorang doktor pakar memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga Allahyarham Nik Aziz lantaran status facebook beliau dikecam kerana salah faham dan turut dimarakan lagi api kebencian penyokong kuat Nik Aziz termasuk Dr. Maza (mufti perlis) yang bermasalah peribadi dengan saudara Dr Abdul Rahman Abdul Kadir. Tindakkan mufti Perlis itu saling tidak tumpah seperti "Cyber Bully" yang mana beliau menggunakkan pengaruh dan sokongan beliau di Facebook untuk menyerang orang lain.

Inikah tugasan seorang Mufti merangkap hakim kepada perundangan Hukum dan Fatwa?!



Mufti Perlis seharusnya lebih bersikap menasihati dan menegur dengan terbuka dan tidak menyerang orang lain memandangkan tahap beliau seorang mufti yang mana kata katanya wajar menjadi contoh kepada umat Islam di Malaysia khususnya. [peranan mufti]

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" - (Imam As-Syafie)

Baca penjelasan Dr. Abdul Rahman


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Hudzaifah Shubli Tidak Gila! [video] #rakyathakimnegara

Video ini dirakam oleh sahabat media yang mana seorang lelaki bernama Hudzaifah Shubli yang diasak beramai ramai dalam demonstrasi dihadapan istana kehakiman minggu lepas. Yang melucukan beliau dengan aksi yang tenang dan bersahaja menegur penykong pembangkang yang berdemonstrasi disitu dicabar, diejek, dicemuh kerana tidak bersempendapat dengan kelompok disitu.

Ada yang menjerit beliau "belum makan ubat" merujuk kononnya beliau gila sedangkan apa yang beliau sampaikan semuanya nasihat berbanding para penyokong anwar dan ada yang cuba provoke beliau untuk berlawan dengan mengatakan beliau "pengecut"



Ada beberapa Ibrah yang boleh kita ambil daripada Video ini. Tapi sebelum itu admn nak bagitau, yes, beliau sememangnya seorang yang berkelulusan UIA yang memiliki "double degree". And No, beliau tidak memiliki masalah mental. 


Kenyataan beliau dalam video ini benar dan tiada lain melainkan yang benar-benar belaka. Pernah dengar ahli politik mengajak kita menuju menegakkan Kalimah Allah? Bahkan Anwar Ibrahim tidak kisah langsung mengenai penggunaan Kalimah Allah digunakan oleh bukan islam! Bukankah itu zalim namanya?


Admin kagumi sikapnya yang berani menyampaikan kebenaran tanpa takut dicemuh, bahkan sentiasa senyum dalam menyampaikan kebenaran. jika kita berada dalam situasi tersebut, apaka respon kita?


Yes, Kita kena pertahankan agama islam
YES, kita kena pertahankan institusi Raja-raja Melayu
Yes, Kita kena pertahankan kedaulatan negara kita yang aman dan damai ini sebelum dijajah buat kali kedua.


Tapi, berani tak kita berdepan dengan masyarakat seperti apa yang beliau lakukan untuk menyampaikan kebenaran?



Hebat! 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Mufti Perlis Samseng Facebook

Secara umumnya ramai kenal Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr. Maza mufti Perlis yang baru baru ini dilantik semula sebagai seorang yang akan menasihati Sultan.

Ini serba sedikit admin nak kongsi apa peranan seorang Mufti. Mufti yang sebenarnya adalah seorang yang diberi mandat oleh Sultan di sesebuah negeri sebagai pemegang fatwa bagi negeri tersebut.


Pasti ramai yang tahu bahawa seorang hakim tidak boleh keluar minum dikedai atau tempat sebarangan, tidak boleh ke pasar membeli belah, tidak boleh berjumpa orang ramai tanpa urusan yang mewajibkan dan sebagainya. (Kata-kata seorang mufti adalah harus diikuti tetapi bagaimana dengan Dr. Maza yang lebih banyak mengulas untuk membawa agenda peribadi beliau.)

Mufti adalah seorang yang kedudukan tertinggi selepas Sultan dalam sistem beraja hari ini di Malaysia. Dan tugas mufti amatlah berat, termasuk menulis fatwa, menyimpan fatwa atau membatalkan fatwa. Ia dilihat seperti hakim dalam perundangan hukum syarak dalam Islam.
Seorang mufti bukan seorang pendakwah.Tidak boleh berjumpa orang ramai di pasar atau pusat belibelah, menerbitkan album lagu atau ceramah, aktif berfacebook dan sebagainya, Dimanakah kredibiliti seorang mufti itu terpelihara jika Mufti Perlis iaitu Dr.Maza saling tak tumpah macam budak samseng melagakan orang dengan mengulas sesuatu yang tidak jelas maksudnya?.

Pembantu peribadi Mufti ini boleh dihubungi di talian 04-9794428 dan fax 04-9763844


Kenapa beliau sewenangnya mengaitkan penulisan Abdul Rahman itu dengan kematian TG Nik Aziz?! Beliau seorang Mufti bukannya budak berkumis ditepi jalan!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 13 February 2015

Ramai Penyokong Nik Aziz Terdedah Dengan Perkara Khurafat?!



Jika ada kematian, seeloknya orang ramai mendoakan roh jenazah, ahli keluarganya dan mengucapkan takziah sebagaimana yang diajar baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW kepada kita.

Pengerusi Biro Pemuda IPT Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata orang ramai tidak perlu menceritakan apa yang berlaku di persekitaran seperti melibatkan matahari dan awan kerana ia bersalahan dari segi akidah Islam.

“Untuk kaitkan apa yang berlaku apa yang berlaku di persekitaran adalah salah di sisi akidah.

(Kononnya Kalimah Allah terbit dilangit)

“Walaupun ia tidak sampai ke syirik besar, mempercayai unsur sebegitu adalah khurafat,” katanya kepada Mynewshub ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas berkenaan kejadian di laman sosial apabila beberapa pengguna dilihat mengaitkan beberapa peristiwa di kawasa persekitaran kerana kematian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia malam tadi.

Beberapa gambar di laman Facebook dikatakan menunjukkan kepulan awan membentuk kalimah Allah dan ratusan ekor burung didakwa terbang secara berkumpulan di sekitar rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Apabila disebarkan maka ramailah yang jadi ‘nasi tambah’ kononnya fenomena itu berlaku susulan pemergian ulama yang cukup zuhud dan tinggi keperibadiannya. Bagi Fathul Bari, kepercayaan sebegini perlu dikikis dari dunia orang melayu Islam.

Sememangnya…bukan hendak menidakkan kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seumpama ini.

Malah ada cerita bila mana wafatnya Ibrahim anak Rasulullah, ramai orang ramai mengatakan matahari bersedih sehingga menjadi gerhana.

Namun tatkala cerita ini sampai ke pengetahuan Baginda, Rasulullah melarang berkata demikian menerusi sabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana dan langit tidak hujan dengan kematian salah seorang daripada kamu”.


Wallahualam…. apapun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia. - http://www.drfathulbari.com/

Admin tak reti nak ulas pasal taksubnya pengikut Nik Aziz dari sudut agama maklum la admin bukan setaraf nak tegur orang yang cukup tinggi agamanya seperti pengikut fanatik TG Nik Aziz cuma admin sedikit pelik dengan perbuatan yang tidak menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani oleh golongan muda mudi hari ini. (taksub melampau)


Hingga hari ini tidak ada seorangpun dari kalangan pemimpin (ulamak) PAS mengecam perbuatan "candle vigil" yang jelas menjerumuskan orang Islam terutama dari penyokong yang beragama islam yang dikuatiri tergelincir akidahnya.

Tidakkah ada rasa hormat mereka kepada kematian rakan seperjuangan pembangkang (TG Nik Aziz) yang kuat menyokong mereka sebelum ini? 

Apa kata DR. MAZA?!Selalu laju je kutuk orang..kah kah kah


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 12 February 2015

Gambar Sekitar Rumah TG Nik Aziz Nik Mat




Sekeping gambar yang bakal diratapi penyokong Arwah TG Nik Aziz Nik Mat yang baru meninggal dunia pada jam 9.45malam tadi.

Beliau dilaporkan telah lama uzur dan ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sehinggalah pada malam tadi sekitar 8.30 malam beliau dibawa keluar mengunakan ambulan untuk dibawa pulang ke rumahnya.


Makluman:

Solat jenazah ayahanda tuan guru akan didirikan pada jam 10am pagi esok (Jumaat) 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju tuhannya.

Terima kasih.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
23 Rabiul Akhir 1436H/12 Februari 2015




lagi gambar boleh tengok sini :


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nik Aziz Meninggal Dunia [Gambar Sekitar Rumah Beliau]

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, 9.45 malam tadi - Harianmetro


Dikongsikan gambar gambar sekitar rumah TG Nik Aziz yang kini mulai dibanjiri penyokong dan ahli keluarga beliau.





AL Fatihah Buat TG Nik Aziz!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kenapa nak persoal sistem beraja? - Datuk Noor Ehsanuddin

Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz yang ingin menukar sistem beraja jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang tidak banyak mengetahui tentang sejarah Malaysia, kata Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Jelas Ahli Parlimen Kota Tinggi Johor itu, adalah tidak wajar Nik Abduh membuat kenyataan sedemikian hanya kerana pergaduhan melibatkan parti PAS dan DAP.

Katanya, masalah tersebut seharusnya diselesaikan secara dalaman antara kedua-dua parti tersebut dan bukannya memberi cadangan untuk menukar sistem yang telah wujud sejak merdeka lagi.

“Kenapa nak adakan benda yang tak ada dan nak tukar pula benda yang memang dah wujud 57 tahun lamanya?

“Pilihanraya PBT baru cadangan, mereka bergaduh anak beranak (PAS dan DAP), selesaikanlah dengan cara mereka, kenapa nak kena usik sistem beraja pula?” Katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Nik Abduh hari ini mempersoalkan samada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.

Persoalan itu dibangkitkan berikutan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP.

Tambah Ehsanuddin lagi, cara pembangkang menyelesaikan masalah membawa kepada kehancuran politik berikutan tuduhan provokasi yang dilakukan sehingga sanggup menukar sistem beraja yang kononnya demi mencapai keadilan di Malaysia.

“Pembangkang jangan nak mengelak isu sebenar, bila dah silap, bergaduh beriya dua parti tersebut, lepas tu nak tunding pada salah lain pula, cakap sistem beraja katanya patut ditukar. Lepas tu orang dah tak ingat pergaduhan mereka, yang orang akan fokus adalah provokasi lain iaitu nak kena tukar sistem beraja.


“Cara mereka ini adalah membawa kepada politik kehancuran, jelas manampakkan yang pembangkang ni tidak ada kemahiran dalam mentadbir negara, akhirnya rakyat yang jadi mangsa, percayalah,” jelasnya. - bnbbc




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 11 February 2015

Punca Kenapa PAS Tolak DEMONSTRASI untuk Anwar?! #rakyathakimnegara

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil



2009/88/2 Akidah Muzakarah Newsletter e-Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.


Keterangan/Hujah: 

Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.



Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)



Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

“Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Bebaskan Anwar Atau Kami Turun Ke Jalanraya? #MarchtoFreedom

Semalam menjadi detik hitam dalam sejarah Pakatan Pembangkang yang ketua Umumnya DS Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara diatas kesalahan meliwat pembantu peribadi beliau Saudara Saiful Bukhari Azlan yang mana ini adalah satu kes yang cukup kontrovesi dimana pihak pembela Anwar "bergadai bergolok" untuk menyelamatkan Anwar.

Setelah 6 tahun, 68 kali penangguhan dan 39 kali rayuan, Kes Liwat II. Prosiding rayuan kes beliau yang memakan masa hampir 8 hari telah memperlihatkan peguambela dan pendakwaraya berentap menghujahkan kes masing-masing. Para pemerhati dalam dan luar negara serta pemerhati guaman secara puratanya menyatakan bahawa pendakwaraya yang diwakili oleh Shafee Abdullah mempunyai kelebihan berbanding peguambela Anwar.


Peguambela Anwar yang gagal memanggil 14 saksi alibi telah sedikit sebanyak menjejaskan kes tersebut untuk memberi kelebihan kepada pihaknya.

Ramai yang membantah dan tidak bersetuju dengan keputusan ini walaupun berbagai pihak terlibat dalam kes kali ini dan provokasi yang belaku diluar bangunan Istana Kehakiman semalam jelas menunjukkan pembangkang hilang hala tuju lantaran jatuhnya Anwar.

Terus terang admin jelaskan disini ini hanyalah retorik melankolia agenda anwar untuk terus membohong dan mengikut nafsu beliau semata mata, kenapa tidak dinyatakan didalam akuan bersumpah laknat jika benar beliau tidak melakukkan perkara terkutuk itu?

Berani kerana benar, demonstrasi kerana...?kerana Anwar dan bukan DEMI RAKYAT! Hari ini sudah bermulanya kempen mahu berdemonstrasi untuk beliau akan tetapi ia terlalu sukar diterima umat islam lebih lebih lagi ia seakan akan seperti keagamaan agama lain (membawa lilin dan meratap).

Pakatan Pembangkang mahu Hatta Ramli mengepalai kempen bebaskan Anwar, JIKA INI LEBIH PENTING Harap Hatta Ramli (MP Kuala Krai selaku PASMA didalam PAS) baik letak jawatan sahaja sebab duk jadi barua PKR. Masa Kelantan Banjir kau kat mana wahai Hatta Ramli???



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 9 February 2015

Penggodam Muda Berkumpul Di Jepun

90 peserta dari tujuh negara bersaing dalam pusingan akhir Seccon di Tokyo, Jepun.



TOKYO - Kira-kira 90 penggodam dari beberapa buah negara berkumpul di Tokyo, Jepun, bagi menyertai pusingan akhir Pertandingan keselamatan 2014 (Seccon).

Menurut laporan AFP, penggodam muda Jepun diuji bersama pesaing antarabangsa yang disertai 90 penggodam dalam 24 pasukan dari tujuh negara dan wilayah iaitu China, Japan, Poland, Russia, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Menurut penganjur, pemenang pertandingan akan mara ke pertandingan berprestij Def Con CTF (Capture the Flag) yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini.



"Terdapat keperluan mengadakan sebuah forum di mana penggodam muda boleh mengembangkan lagi pemahaman mereka mengenai dunia luar. Ia juga penting bagi mengelakkan mereka daripada menyalahgunakan kemahiran dimiliki," menurut ketua jawatankuasa penganjur Seccon, Yoshinori Takesako.

Katanya lagi, penganjuran pertandingan itu turut mendapat sokongan agensi kerajaan, syarikat teknologi dan ahli akademik yang ingin mengubah imej media Jepun yang jauh ketinggalan berbanding negara lain dalam bidang keselamatan siber.

Seccon direka untuk membolehkan jurutera teknologi muda Jepun menunjukkan kemahiran mereka di pentas dunia, di samping menggalakkan lebih ramai menyertai dunia keselamatan siber. - Sinar

*Kat Malaysia ramai nak jadi penggodam tapi dgn niat menyangak :3



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 6 February 2015

Dialog PEDAS Zainuddin Kepada Hayati [Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck] #TKVDW




Scene paling KILLER!

Zainuddin: Maaf? Kau regas segenap pucuk pengharapanku. Kau patahkan. Kau minta maaf..

Hayati: Sudah hilangkah tentang kita dari hatimu? Janganlah kau jatuhkan hukuman, kasihanilah perempuan yang ditimpa musibah berganti-ganti ini.

Zainuddin: Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.

Zainuddin: Bukankah kau yang telah berjanji ketika saya diusir oleh Ninik Mamakmu karena saya asalnya tidak tentu, orang hina, tidak tulen Minangkabau, ketika itu kau antarkan saya di simpang jalan, kau berjanji akan menunggu kedatanganku berapapun lamanya, tapi kemudian kau berpaling ke yang lebih gagah kaya raya, berbangsa, beradat , berlembaga, berketurunan, kau kawin dengan dia. Kau sendiri yang bilang padaku bahwa pernikahan itu bukan terpaksa oleh paksaan orang lain tetapi pilihan hati kau sendiri. Hampir saya mati menanggung cinta Hayati.. 2 bulan lamanya saya tergeletak di tempat tidur, kau jenguk saya dalam sakitku, menunjukkan bahwa tangan kau telah berinang, bahwa kau telah jadi kepunyaan orang lain. Siapakah di antara kita yang kejam Hayati?

Zainuddin: Kau pilih kehidupan yang lebih senang, mentereng, cukup uang, berenang di dalam emas, bersayap uang kertas. Siapakah di antara kita yang kejam Hayati? Siapa yang telah menghalangi seorang anak muda yang bercita-cita tinggi menambah pengetahuan tetapi akhirnya terbuang jauh ke Tanah Jawa ini, hilang kampung dan halamannya sehingga dia menjadi anak yang tertawa di muka ini tetapi menangis di belakang layar. Tidak Hayati, saya tidak kejam. Saya hanya menuruti katamu. Bukankah kau yang meminta dalam suratmu supaya cinta kita itu dihilangkan dan dilupakan saja, diganti dengan persahabatan yang kekal. Permintaan itulah yang saya pegang teguh sekarang. Kau bukan kecintaanku, bukan tunanganku, bukan istriku. Tetapi janda dari orang lain. Maka itu secara seorang sahabat, bahkan secara seorang saudara saya akan kembali teguh memegang janjiku dalam persahabatan itu sebagaimana teguhku dahulu memegang cintaku. Itulah sebabnya dengan segenap ridho hati ini kau ku bawa tinggal di rumahku untuk menunggu suamimu, tetapi kemudian bukan dirinya yang kembali pulang, tapi surat cerai dan kabar yang mengerikan. Maka itu sebagai seorang sahabat pula kau akan ku lepas pulang ke kampungmu, ke tanah asalmu, tanah Minangkabau yang kaya raya, yang beradat, berlembaga, yang tak lapuk dihujan, tak lekang dipanas. Ongkos pulangmu akan saya beri. Demikian pula uang yang kau perlukan. Dan kalau saya masih hidup, sebelum kau mendapat suami lagi Insya Allah kehidupanmu selama di kampung akan saya bantu.
Hayati: Saya tidak akan pulang. Saya akan tetap di sini bersamamu. Biar saya kau hinakan. Biar saya kau pandang sebagai babu yang hina. Saya tak butuh uang berapa pun banyaknya. Saya butuh dekat dengan kau, Zainuddin. Saya butuh dekat dengan kau..

Zainuddin: Tidak. Pantang pisah berbuah dua kali. Pantang pemuda makan sisa. Kau mesti pulang kembali ke kampungmu. Biarkan saya dalam keadaan begini. Jangan mau ditumpang hidup saya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

ISIS Adalah Kelompok Khawarij?!

Penjelasan Rasmi Dari Markaz Al Imam Al Albany

Segala puji bagi Allah, shalawat serta salam atas Rasul-Nya, atas para keluarga, sahabat serta para pengikutnya.

Kami dan setiap orang islam telah dikagetkan dengan khabar wafatnya saudara kami yang dibunuh dengan zalim dan ditipu. Seorang pilot asal Jordan Mu’adz Al Kasasibah -semoga Allah merahmatinya, menerima beliau sebagai syuhada di sisi-Nya- pelakunya adalah ISIS yang sesat yang menisbatkan diri secara dusta dan bohong pada agama kita yang hanif.

Pertama kami menyampaikan ta’ziyah kepada kedua orang tuanya, keluarganya, bangsa Jordan serta seluruh kaum muslimin. Kita sampaikan kepada mereka semua : Bahwa Allah yang berhak memberi, ia pula yang berhak mengambil, dan segala sesuatu di sisinya terbatas pada waktu yang telah ditentukan, hendaknya kalian sabar dan berharap pahala.

Dan kami mengutuk dengan keras apa yang dilakukan oleh para pendosa, orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dari kalangan khawarij, rofidhoh serta orang-orang sufi.



Sesungguhnya dakwah salafiyyah yang murni –demikian pula para da’i nya, para syaikh dan para pengikutnya- tidaklah bertambah keyakinannya kepada ISIS melainkan mereka ini adalah benar-benar khawarij yang melesat dari agama ini, kelompok yang telah diperingatkan oleh Rasul shalallahu ‘alaihi wa sallam. 

Beliau bersabda tentang kelompok ini : “Mereka melesit dari agama ini sebagaimana melesitnya anak panah dari sasarannya. Seandainya aku mendapati mereka niscaya aku akan membunuh mereka sebagaimana kaum Tsamud dibunuh".

Dan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang mereka : “Mereka ini keluar ketika manusia berpecah belah”. Maka khawarij tidaklah keluar melainkan ketika terjadi zaman fitnah.

Dan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Akan muncul sekelompok manusia dari kalangan umatku dari arah timur. Mereka membaca al qur’an namun tidak melewati kerongkongan meraka. Setiap kali mereka muncul akan dipangkas, setiap kali mereka muncul akan dipangkas”. Hingga beliau menghitung sampai dua puluh kali, “Hingga dajjal pun muncul dari sisa sisa mereka ini”.

Orang-orang khawarij ini memerangi islam dan kaum muslimin. Nabi telah mengatakan : "Pekerjaan mereka adalah membunuh orang-orang islam, jika mereka keluar maka bunuhlah mereka. Beruntunglah orang yang membunuh mereka, beruntunglah orang yang dibunuh oleh mereka”.

Orang-orang khawarij ini, agama terbesar mereka adalah menyelisihi dan memberontak kepada jama’ah kaum muslimin, menghalalkan darah dan harta kaum muslimin, sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul islam Ibnu Taimiyyah.

Dan kita semua pada hari ini hendaknya mengambil pelajaran. Dan hendaknya orang yang tertipu dengan kelompok ISIS yang busuk ini mengambil pelajaran, bertaubat kepada Rabb nya dan kembali kepada jalan yang lurus dan benar.

Dan sesungguhnya kewajiban besar yang harus dipikul umat islam hari ini adalah merapatkan barisan serta menyatukan tekad di atas tauhid, serta berpegang teguh terhadap sunnah Rasulillah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan manhaj salaf yang haq. Karena sesungguhnya musuh-musuh umat islam senantiasa mengincar umat kita ini dari berbagai sisi, baik dari dalam maupun dari luar.

Semoga Allah menyayangi saudara kita Mu’adz dan memasukkannya ke dalam syurga Firdaus yang tinggi, dan semoga Allah membalas orang yang membunuh beliau. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim wal ‘aqibatu lillmuttaqin. Dan orang-orang yang zalim akan mengetahui kemana tempat kembali mereka.

Markaz Al Imam Al Albany :

-DR Basim Al Jawabirah
-DR Muhammad Musa Alu Nasr
-DR Husain Al ‘Awayisyah
-Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby
-Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman
-Syaikh Akram bin Muhammad Alu Ziyadah
-DR Ziyad bin Salim Al Abbady. 



Dialihbahasakan secara bebas oleh abul aswad al bayaty
Bayat, 15 rabi’ul akhir 1436H/ 05 februari 2015M

- sumber : Admin http://www.abuaqifstudio.com/





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 4 February 2015

TransAsia Terhempas : 8 Terbunuh Di Taiwan

Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh selepas sebuah pesawat TransAsia Airways dipotong jambatan dan terhempas ke dalam sungai berhampiran ibu negara Taiwan , Taipei . Lima puluh lapan orang berada di atas kapal penerbangan dalam negeri , dan beberapa orang dilaporkan cedera . 

Pusat Pertubuhan Berita Taiwan ( CNA ) menyiarkan rakaman pesawat itu hampir tenggelam di dalam sungai Keelung itu . Pasukan penyelamat adalah bersama pesawat itu cuba untuk menyelamatkan kira-kira 30 orang masih terperangkap di dalam . 



ATR - 72 baru sahaja diambil kira dari Taipei Songshan Airport dan dijangka menuju ke pulau-pulau terpencil Kinmen , hanya di luar pantai tenggara China , kata CNA . Pengawal Penerbangan terputus hubungan dengan kapal terbang pada 10:55 waktu tempatan ( 02:55 GMT ) . 

Rakaman pesawat nampaknya difilemkan dari kereta dalam lulus menunjukkan ia perbankan mendadak dan menggunting jambatan sebelum terhempas ke dalam sungai. Kakitangan penyelamat berusaha untuk penumpang bebas daripada ATR 72-600 TransAsia pesawat turboprop yang membuat pendaratan kecemasan ke dalam sungai di luar Taiwan " s modal Taipei di New Taipei City pada 4 Februari 2015. CNA juga memetik seorang jurucakap kerajaan berkata pesawat itu telah mencecah jambatan bertingkat . 


Imej televisyen menunjukkan penyelamat berdiri di atas bahagian-bahagian besar daripada bangkai rosak cuba untuk menarik penumpang keluar dari pesawat itu dengan tali . Mereka yang diselamatkan telah membantu ke dinghies dan dibawa ke pantai . Daripada 58 orang di atas kapal 53 dipercayai penumpang dan lima adalah anak-anak kapal . 


Tiga puluh salah seorang penumpang adalah pelancong dari tanah besar China . BBC Cindy Sui di Taipei berkata pelancong China mungkin telah dalam perjalanan pulang mereka kerana ramai orang datang ke Taiwan melalui pulau Kinmen . Lebih daripada 10 orang telah dibawa ke hospital , dia menambah . Pada Julai tahun lepas 48 orang terbunuh apabila sebuah pesawat TransAsia Airways terhempas di tengah-tengah cuaca ribut di Penghu,Taiwan.

[sumber]





UPDATE : BBC News - TransAsia crash: Twelve dead as plane crashes into Taiwan river http://www.bbc.com/news/business-31125052











للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!