Monday, 26 January 2015

Malaysia Negara Fahaman Wahabi - Mariam



[PRESS RELEASE]

Saya baru sahaja buat satu laporan polis terhadap seorang penulis di dalam portal online 




FreeMalaysiaToday yang bernama Mariam Mokhtar berikutan artikel yang berunsur hasutan tarikh 23 Januari 


2015 bertajuk 'Allah ruling reveals Malay weakness' maksud pada tajuk itu adalah 'Larangan penggunaan Kalimah Allah untuk bukan Islam menyerlahkan kelemahan bangsa Melayu'


Disini saya ada 8 point penting dari artikel hasutan Mariam untuk di ketengahkan.

1- Tindakan dia yang kerap mempersoalkan isu kalimah Allah telah melampaui batas dan pertikaian ini akan melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia.

2- Hujah dangkalnya yang kononnya kaum Melayu adalah lemah sehingga kononnya terpaksa mengharap kepada larangan kalimah Allah ini adalah amat tidak berasas sama sekali. 

3- Mahkamah telah memutuskan hal-hal berkenaan isu-isu yang sensitif seperti keagamaan dan perkataan suci  demi memelihara kesejahteraan rakyat. Jadi isu Kalimah Allah ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi.

4- Mariam menghasut rakyat membenci Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dengan menuduh beliau bermain dengan api dan menari mengikut rentak ekstremisme. 

5- Paling berbahaya sekali apabila dia mengaitkan isu kartun dan pembunuhan staf Charlie Hebdo di Prancis dengan keadaan yang sama di Malaysia. Seolah-olah Malaysia ini tidak selamat dan menuju ke arah kancah rusuhan dan peperangan.

6- Selain itu, Mariam menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan fahaman Wahhabi sedangkan kita semua tahu Malaysia mengikut mazhab Shafie dan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tuduhan sebegini memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan umat Islam di Malaysia serta memberikan persepsi negatif di kalangan bukan islam.

7- Di dalam artikel ini juga dia ada menuduh dan membuat tanggapan buruk kepada Islam dengan mengatakan  Seolah-olah Islam melarang golongan wanita untuk keluar bekerja. Dan ada yang terpaksa menjadi pelacur

kerana tidak boleh mengharap kepada sistem kebajikan di Malaysia. Jelas ini adalah satu penyelewengan fakta dan berniat jahat.

8- Untuk makluman pihak polis, ini bukan kali pertama Mariam menulis artikel tanpa asas dan bukti yang  kukuh. Telah beberapa kali dia memfitnah Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia tanpa apa-apa bukti yang sahih. Mohon pihak polis menyiasat artikel ini demi mengelakkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia. 




- Tamat isi laporan




- Harapan dan kenapa laporan Polis ini dibuat.

Saya memohon pihak Polis siasat individu ini dan ambil tindakan yang tegas. Kerana jelas dia mempunyai agenda jahat untuk menghasut dan melaga-lagakan rakyat Malaysia. Dan ini boleh mengancam keharmonian kaum  di dalam negara kita.


Tindakan seperti Mariam ini jika tidak dibendung saya takut akan ada banyak lagi penghasut yang akan  Lahir. Langkah mencegah sebelum ia jadi lebih serius mesti diambil.

Sudah 57 tahun kita merdeka. Hidup aman damai berbilang agama dan bangsa. Takkan kita nak lihat semuanya  musnah hanya kerana seorang penulis portal yang tak bertanggungjawap ini?

Saya juga mohon agar semua pihak tidak bertindak keterlaluan sehingga melanggar undang-undang dan perlembagaan negara. Sebagai seorang anak muda sudah tentu kami mahukan negara kita terus aman damai dan maju.. 




ZAPAPARUDIN ABDUL RAHIM

(Pengerusi Pemantau Media Sosial Pasukan SEMUT Malaysia)

SEMUT: Sensible , Ethical Malaysian United Team.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 24 January 2015

4 Maut Angkara Dihambat JPJ?!



KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menafikan laporan yang mengatakan empat individu maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh akibat diburu JPJ.

Berikut adalah kenyataan penuh JPJ yang dimuatnaik menerusi laman rasmi Facebook jabatan tersebut:

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil serius laporan berita tidak sahih yang dikeluarkan oleh salah sebuah media tempatan.



"Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Melaka pada 23 Januari 2015 pukul 4.15 petang adalah disebabkan proton perdana dari arah Merlimau yang diburu pasukan JPJ sehingga memasuki jalan bertentangan berlangar dengan produa kancil dan menyebabkan 4 maut di tempat kejadian.

"Ibu Pejabat JPJ telah menerima laporan penuh daripada JPJ Negeri Melaka berhubung dengan situasi sebenar yang berlaku iaitu, 4 anggota JPJ yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah kemalangan dan telah memberi bantuan yang sewajarnya sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.



"Berikutan dengan itu, laporan Polis telah dibuat oleh anggota yang berada di tempat kejadian bagi menjelaskan situasi sebenar dan menafikan laporan berita yang dikeluarkan oleh media tempat tersebut.

"JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan.

"Siasatan sedang dibuat berhubung dengan laporan berita tersebut." - sumber



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 21 January 2015

Sultan Kelantan Ziarah Nik Aziz Di HUSM


Semenjak semalam admin memberitahu kepada umum keadaan TG Nik Aziz yang terlantar tenat/uzur dan kini dalam intensive care unit (ICU) di HUSM.

Sultan Kelantan juga berkenan berangkat hadir disana untuk menziarahi TG Nik Aziz turut juga ramai pemimpin Kelantan terutama dari PAS membanjiri HUSM melawat TG Nik Aziz yang kini dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menggunakan alat bantuan pernafasan. 

Antara yang hadir adalah TG Hadi Awang (presiden PAS) Mustapa Ali (Stopa The Great), Datuk Ahmad Yakob (MB Kelantan) dan ramai lagi [dari sumber admin].




Sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat TG Nik Aziz Semoga segera pulih, Insyallah.


*ralat tajuk HUKM = HUSM

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 19 January 2015

Al-Fatihah : Tok Guru Nik Aziz Nik Mat Nazak


Disampaikan oleh rakan admin TG Nik Aziz dilaporkan sedang nazak dan dimohon perbanyakan doa kepada beliau. Diharap beliau dan pengikutnya segera bertaubat dan menarik kembali kata kata terhadap musuh politiknya selagi masih ada nyawa.

Minta Doa Dari Seluruh Rakyat Malaysia Moga Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Cepat Sembuh & Terus Diberikan Kekuatan oleh Allah SWT. - sumber Ahli PASMA




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 13 January 2015

Muslimat PAS Elok Dirawat Hospital Gila! #kpop

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof menyifatkan insiden remaja


perempuan bertudung yang dipeluk serta dicium penyanyi lelaki K­pop membuktikan kegagalan kerajaan dalam membentuk remaja berakhlak. Beliau yang dihubungi berkata kerosakan remaja hari ini adalah kerana meniru sikap pemimpin yang ada sekarang.

"Saya mewakili Dewan Muslimat PAS kesal dan malu dengan penganjuran progam yang menjatuhkan maruah serta meruntuhkan akhlak remaja.

"Di mana maruah seorang muslimat berhijab bila rela dipeluk dan dicium depan khalayak ramai di pentas, mana tindakan pihak yang mengawal keadaan tersebut," ujarnya.

Di Malaysia hiburan diberi ruang kepada seluruh rakyatnya tidak mengira fahaman agama dan ketebatasan sosial memandangkan PR sendiri mahukan negara ini bebas bersuara dan bebas bertindak mengikut hati dan perasaan masing masing. tidak adil dikatakan sebuah negara ini yang mempunyai lapisan masyarakat yang pelbagai dan kegemaran berbeza memandangkan keterbukaan negara ini membenarkan rakyatnya memilih apa jua yang mereka mahukan termasuk meminati artis barat mahupun cara bersosial diruang langit terbuka. ini soal iman!

Jika dari sudut moral remaja itu dikritik, layakah pemimpin PR yang sendiri pernah menghalalkan sesuatu yang tidak masuk dek akal seperti merelakan mahasiswa PRO PEMBAANGKANG berkongsi khemah didataran Merdeka? 


Bagaimana pula dengan bapa, ibu, anak lelaki dan anak gadis yang memegang lilin tanda protes yang jelas menyerupai acara bukan islam?



Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut memberitahu, isu penganjuran program­program hiburan telah banyak kali ditegur sewaktu sesi persidangan parlimen.

"Kita sudah tegur agar kerajaan menghentikan segera program­program berbentuk hiburan kerana jelas ia tidak mendatangkan apa­apa faedah kepada golongan remaja hari ini.

"Namun teguran itu tidak mendapat respons positif sebaliknya kerajaan menggesa kita melihat dari sudut sumber pendapatan dengan alasan ia dapat menjana pendapatan negara," sambung beliau lagi.

Kata negara berbilang bangsa, kenapa perlu halang orang lain untuk berhibur?Di Kelantan memang boleh dibuat kerana hampir semuanya Melayu Islam tapi bagai mana pula dengan di Pulau Pinang dengan aksi telanjang bulat?!



Beliau turut menegaskan jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kematian beberapa remaja pada satu konsert hiburan di Bukit Jalil dan kelmarin insiden membabitkan akhlak remaja yang mengaibkan itu terus berulang.

"Saya tidak tahu di mana letaknya kepentingan akhlak remaja di dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekarang, dulu kematian remaja akibat pengambilan dadah dan alkohol dan sekarang remaja dipeluk serta dicium oleh artis lelaki.

"Kita menggesa agar semua pihak terutamanya mufti­mufti, Jabatan Agama serta Majlis Fatwa Kebangsaan tampil membuat pendirian tegas dalam insiden yang berlaku sekarang agar ia tidak lagi berulang pada masa akan datang," tambah beliau lagi.

Malas nak ungkit yang mati overdose masa program malam itu adalah penyokong pakatan tegar. 

Aksi remaja perempuan pada konsert K­pop di ibu negara itu mendapat kecaman beberapa pihak apabila ia tersiar di laman sosial facebook. Kumpulan K­pop B1A4 tersebut membuat persembahan bersempena KL Live Center Kuala Lumpur kelmarin. ­ HARAKAHDAILY 12/1/2015



Jangan fikir anda mendokong parti yang kononnya cukup islam dari orang lain semberono menuduh! Selak kain pemimpin PAS sendiri yang dikaitkan dengan isu moral yang mati hidup semula dipertahankan kerana individu itu proksi PAS.

Pembangkang di Malaysia kurang cerdik dalam memberi teguran sedangkan mereka sendiri mahukan keadaan ini.

Wahai Siti Zailah Mohd Yusof pertuturan kamu sangat bodoh lagi hina dari padangan mata orang orang diluar ini. Hospital Tanjung Rambutan Banyak kosong lagi..boleh isi..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 12 January 2015

Pembedahan Plastik Dianggap Biasa Di Korea #kpop

Fakta tentang K-Pop :

  • Remaja di Korea lebih suka hadiah ulang tahun seperti pembedahan plastik berbanding hadiah seperti kereta dan sejenisnya.
  • Had umur remaja Korea untuk melakukan pembedahan plastik mestilah berumur atas 14 tahun.
  • Negara yang ingin bersaing dengan Korea dalam hal pembedahan plastik adalah Thailand.
  • Majalah-majalah di Korea mempunyai banyak iklan tentang pembedahan plastik dan itu adalah perkara biasa
  • 50% wanita berumur 20 tahun di Korea Selatan pernah menjalani pembedahan plastik.
  • Semasa cuti sekolah panjang, kebanyakkan pelajar Korea akan melakukan pembedahan plastik.
  • Tempat pembedahan plastik paling canggih dan moden berada di Korea Selatan dan artis Korea yang melakukan pembedahan plastik adalah perkara yang perlu dan biasa. 
    Well, this picture is an ad for a plastic surgery center in Taiwan, and you can see that the children in the picture don’t look like their parents at all. The ad features the line, “The only thing you have to worry you about after plastic surgery is the explaining you’ll have to do to your children.” - editor
  • 40% pengunjung klinik untuk pembedahan plastik adalah golongan lelaki dan rata-rata lelaki Korea menjalankan pembedahan pada bahagian mata agar menjadi lebih besar dan ada juga lelaki Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk mengecilkan payudaranya.
  • Berdasarkan kajian, lelaki Korea melakukan pembedahan plastik kerana ingin kelihatan seperti Jang Dong Gun 1
  • Kos pembedahan plastik di Korea 50% lebih murah berbanding Jepun dan wanita Korea yang menjalani pembedahan plastik agar wajah kelihatan seperti Song Hye Gyo.
  • Pembedahan plastik adalah perkara yang biasa di Korea, jadi ia bukan satu masalah jika banyak artis yang melakukan pembedahan plastik . Wanita Korea ramai yang mengubah mata mereka menjadi lebih besar dengan pembedahan plastik
  • Mengikut kajian responden, 70% lelaki ingin menjalani pembedahan plastik.Kebanyakkan orang Korea menghabiskan 30% dari hasil pendapatan untuk pembedahan plastik. Di Korea Selatan, terdapat 1,200 doktor bedah plastik, namun jumlah itu masih dianggap kurang.
  • 95% orang Korea yang mempuyai lipatan di kelopak mata adalah hasil dari pembedahan plastik. 25% ibu-ibu di Korea menyuruh anaknya yang masih berumur 12-16 tahun untuk melakukan pembedahan plastik yang lebih dasyat 76% wanita Korea berumur 20-30 tahun sudah melakukan pembedahan plastik. 


*Kesimpulannya sibodo suke barang plastik terutamanya K-POP!*
Wakakaka..

Itu pasal ramai orang Malaysia khususnya remaja hari ini tertipu dengan kecantikkan dan kemulusan mamat-mamat skinner yang memenuhi ruang kpop yang mengundang kontrovesi hari ini akibat kegilaan yang palsu.

Jauhi kpop anda selamat! :3

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

10,500 'Serah Diri' Untuk Banjir

Dato Harun Che Su ketika Misi Kesukarelaan Pasca Banjir Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Bota Perak mengistiharkan seramai 10,500 sukarelawan berdaftar dengan KBS Perak yang melibatkan 8 kawasan terjejas banjir.


Ucapan tersebut diucapakan di program gotong royong perdana berlangsung pada Sabtu 10 Januari 2015 yang bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu disertai seramai 1706 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 6 January 2015

Sukarelawan "Istimewa"! #banjir2014 #Anakkl




Sedang rakyat diseluruh negeri yang terjejas banjir sedang diuji olehNya, Hadirnya insan insan yang berhati mula menghulurkan bantuan dan keringan untuk sama meringankan bebanan mangsa banjir di sana.

Suatu berita yang menarik yang di tulis oleh sahabat blog admin menulis keprihatinan salah seoran putera Sultan Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang merupakan putera tunggal (dan juga anakanda bongsu) kepada baginda Sultan Selangor telah mencemar duli untuk bersama-sama sukarelawan menyumbang tenaga dalam membuat pengagihan dan penyusunan barangan bantuan. [berita penuh]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 2 January 2015

#banjir : Husam Bohong Banjir Kelantan

Malang sungguh nasib rakyat Kelantan sudahlah dilanda banjir malah ditipu hidup hidup oleh Husam yang sedang cuba mengalihkan isu penebangan balak beliau disana yang boleh disimpulkan sebagai punca utama banjir di Kelantan antara yang terburuk pada 2014.

Husam mengunakkan perkakas beliau menyebarkan berita tentang empangan kenyir 2 kepada penduduk kampung yang tidak tahu menahu langsung akan perkara ini (sebab memang tidak melibatkan mereka) dan ditemu ramah oleh beliau untuk meraih simpati pemakan dedak terutama golongan fanatik yang secara automatik akan menyalahkan kerajaan pusat kononnya membiarkan mereka ditenggelami air yang Husam dakwa dilepaskan oleh empangan Kenyir 2 (perkara ini telah dinafikan oleh pihak TNB). 

Percaturan licik Husam dapat dihidu oleh orang Kelantan sendiri yang mana dengan pantasnya memuat naik gambar kerosakkan hutan yang kritikal atas tangan tangan penyangak seperti Husam. Ini bukan perkara baru.



Tersebar di internet dan mesej Whatapps bahawa projek pembinaan empangan Kenyir 2 adalah punca utama yang membawa kemusnahan yang amat dahsyat di Kelantan. Mesej-mesej yang dihantar dan pelbagai artikel yang ditulis di alam maya memberi penjelasan panjang lebar dan kebanyakkannya cerita-cerita pengkhabaran yang tidak ada asas langsung.

Di antara pembohongan yang tersebar ialah banjir tersebut berpunca dari Sg. Tembat, yang bakal menjadi punca air untuk projek Kenyir 2. Sg. Tembat bermula dari kawasan tinggi Terengganu dan mengalir ke Tasik Kenyir. Maka dikatakan oleh cerita palsu tersebut bahawa air Sg. Tembat dialihkan sementara ke Kelantan kerana tidak mahu air tersebut mengalir ke kawasan projek dan menggangu pembinaan. 










للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 1 January 2015

Banjir Teruk Belaku Sebab Penebangan Balak - Nik Abduh #prayforkelantan

Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dikritik orang ramai kerana mendakwa banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hududnya.

Pada masa sama, anak kepada Mursyidul Am PAS itu juga menyeru orang ramai memanjatkan doa kepada Allah memohon agar dihentikan segala bencana dan dikembalikan kesejahteraan untuk semua umat manusia dan negeri yang dilanda banjir.

Menulis status di laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata: “Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud.”

Ia bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di dalam ruang komennya yang rata-rata membidas ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Mereka sebaliknya mengatakan, bencana alam tersebut berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal di Kelantan.



Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

“Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi,” katanya.

Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.

Dengan nada marah, beliau mengaitkan banjir itu dengan kegiatan “perogolan balak” yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.

“(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah,” kata Anas.

Sementara itu, orang ramai juga membidas kenyataan Nik Abduh yang seolah-olah mengatakan pelaksanaan hudud merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di negeri tersebut.

“Isu bnjir skrg ni tiba2 puak2 lebai ni bncg psal hudud, sabar sat klau nk laksana pun… Islam ni bkn pada hudud ja..banteras rasuah pnyelewengan, korupsi kjaan, ketirisan pn tak sudah2 lg. Selamatkn rkyt dlu, mcm hg sorg nk msuk syurga ustaz oi!” kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.

Dalam status Facebooknya semalam, Nik Abduh berkata kunci kepada isu banjir di Kelantan ialah doa dan menggesa supaya orang ramai terus meminta bantuan kepada Allah.

“Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu,” tulisnya.

Pentadbiran kerajaan PAS Kelantan sebelum ini juga menerima kritikan hebat kerana berhasrat meneruskan sidang khas meminda enakmen negeri bagi membolehkan pelaksanaan hudud pada 29 Disember ini.

Pengkritik menggesa supaya sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan itu ditangguhkan sehingga isu banjir ditangani terlebih dahulu. – suaratv

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!