Tuesday, 15 December 2015

Tambah Kawasan Larangan Rokok! #RokokNaik #HargaRokok

Lebih banyak kawasan Zon Larangan Merokok kini sedang diteliti Kementerian Kesihatan sebelum diwartakan kelak, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya sedang berbincang dengan agensi serta badan-badan bukan kerajaan mengenai perkara tersebut.

"Perancangan bagi menambah dan meluaskan zon ini sejajar dengan Artikel 8, perjanjian WHO Framework Convention for Tobacco Control (FCTC) iaitu untuk melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

"Perancangan ini telah dimasukkan ke dalam Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau yang telah menyasarkan Malaysia sebagai sebuah negara dengan generasi yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045," katanya.

Dr Hilmi menjawab soalan Senator Datuk Khairudin Samad tentang usaha kementerian dalam memastikan peluasan zon larangan merokok di seluruh negara tercapai tanpa mengundang tanggapan buruk masyarakat.

Beliau berkata kementerian juga menggalakkan tempat-tempat awam menyertai program bebas asap rokok di bawah Blue Ribbon Campaign serta Program Bandar Bebas Asap Rokok. - Bernama



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tambah Kawasan Larangan Rokok! #RokokNaik #HargaRokok Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 15 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!