Thursday, 3 December 2015

PAS Mesti Bersama Pakatan Harapan

Penganalisis politik menjangkakan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), PKR akhirnya bakal memilih antara Pas atau Pakatan Harapan berdasarkan pencapaian parti masing-masing.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, strategi yang diambil PKR hari ini hanya bersifat sementara yang tidak dapat bertahan untuk tempoh yang lama.

“Sekarang ini hanya strategi sementara PKR untuk mereka menghadapi PRU nanti untuk melihat apa kekuatan sebenar parti-parti yang ada ini. Sebab itu dalam beberapa aspek kita lihat PKR akan kerjasama dengan PH tapi pada masa sama ada kesinambungan dengan Pas.

“Boleh dikatakan, sekarang ini PKR beli masa untuk menilai sebelum memilih. Selepas PRU14, PKR akan lihat berapa nombor blok pembangkang yang tinggal. Kemudian baru boleh buat pilihan,” katanya 

Pada kongres PKR baru-baru ini, perwakilan-perwakilan parti itu lantang menyatakan pandangan agar PKR tetap meneruskan kerjasama dengan Pas walaupun parti Islam itu tidak lagi dalam pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan.

Menurut Mohd Fuad, meskipun Amanah dilihat sebagai pengganti Pas dalam blok pembangkang, namun PKR juga pasti sedar kapasiti parti serpihan itu tidak mampu menandingi Pas.

“Dari segi akar umbi, jentera, jumlah pengikut, pengalaman dan macam-macam lagi.

“PKR cuba mengimbangi kedua-dua parti. Menjalin kerjasama dengan Amanah dan DAP tapi tak boleh tinggalkan Pas,” katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sebarang perubahan kerjasama dalam Pakatan Harapan perlu dibuat segera bagi memberi ruang kepada parti dan penyokong menyesuaikan diri sebelum PRU.

“Isu ini agak kompleks tapi PH perlu buat keputusan segera. Pakatan Harapan perlu memikirkan masa depan sekiranya bersama Pas atau tidak. Pada saya lebih baik bersama Pas.

“Jika perubahan dibuat pada saat-saat akhir ia hanya akan beri kesan buruk,” katanya.

Jelasnya, mana-mana keputusan parti pembangkang itu akan memberi kesan kepada sokongan pengundi.

“Ada dua tahun lagi untuk tarik sokongan. Sekiranya ketepikan Pas, Pakatan Harapan akan menyaksikan sokongan luar bandar terjejas.

“Pas pun tidak bolehlah baik dengan Umno kemudian dengan PKR pun baik. Nanti orang tuduh Pas parti oportunis,” katanya.


Professor pun pro Parti Amanah!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PAS Mesti Bersama Pakatan Harapan Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!