Wednesday, 2 December 2015

Menempuh Tahun 2016 Yang Sukar

MARI BACA Diviralkan dalam aplikasi whatapp, 

Berkuatkuasa 1 Jan 2016:


- Subsidi Beras Nasional Super Tempatan dengav n kadar hancur 15% (ST15/ S15) dimansuhkan (kuatkuasa 31 Dis 2015) dgn harga RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50.


Ulasan : Beras Nasional Super Tempatan hancur 15% sememangnya wajar dimansuhkan lantaran HAMPIR TIADA lagi jualan di kedai runcit jenis ST15 (Ada belakunya penyelewengan ST15 semasa proses pembungkusan yang telah menambah baik ST15 kepada ST10 @ ST5) Cuba lihat label beras anda didapur. Betulkah anda masih membeli dengan harga RM17 (ST15) kerana rata rata kedai hari ini hanya ada bekalan beras ST10/ST5 yang berharga RM23-25.


- Pelupusan subsidi bil elektrik, yang dahulunya diperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk golongan miskin bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20.

Subsidi ini masih ada dan tidak dilupuskan. Peruntukkannya dalam bajet dipindahkan daripada Kementerian Tenaga ke Kementerian Kewangan. 


- Pelupusan subsidi minyak masak sebanyak RM950 juta yang pasti akan meningkatkan harga minyak masak (sawit). Kesannya sudah tentu amat besar ke atas harga makanan. 

Subsidi minyak masak yang dimaksudkan adalah jenis paket 1kg yang mana ia banyak digunapakai oleh pihak peniaga. Kebiasaan untuk pengunaan dirumah pengguna sudah lama meninggalkan jenis paket dan membeli minyak masak dalam botol 5kg yang sememangnya tidak ada subsidi.


- 5 buah konsesi tol akan termasuk PLUS akan menaikkan harga tol setelah lanjutan MOU yg berakhir 2018.


Walaupun terma konsesi menyatakan yang syarikat konsesi boleh menaikkan tol setiap tiga tahun (Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kemaikan kadar tol 5 peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038, tetapi kenaikan ini tidak automatik tetapi memerlukan kelulusan Kerajaan. Kerajaan tidak meluluskan apa-apa kenaikan tol PLUS pun seperti yang didakwa.


- perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 akan dinaikan dari RM35 kpd RM55.

Benar belaku kenaikkan selepas 14 tahun tidak dinaikkan dan perlu difahamkan kenaikkan ini adalah bergantung kepada perkhidmatan express iaitu ia menjimatkan masa hampir 20minit, jika tidak mahu dikenakan caj express sila guna servis yang biasa masih dengan harga lama. 


- kenaikan tambang LRT dan Monorail sebanyak 102% dan 40% (kuatkuasa 2 Dis 2015).

Benar ada kenaikan, Jumlan caj ini bergantung kepada jarak stesyen ke stesyen dan bukannya semua jarak kena caj 102%


- kenaikan tambang KTM Komuter sebanyak 58%. kenaikan bermula dgn RM0.04/km sehingga max RM7.10/km (kuatkuasa 2 Dis 2015). 

Benar ada kenaikan, Cuma kenaikkan RM0.04sen perkm. Jumlan caj ini bergantung kepada jarak km dan maksud 58% iaitu maksimum jarak sejauh 350km bersama RM7.10.


- Pengurangan 95% peruntukan dlm Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWPM) drp RM200j kpd RM10j. 


Ini tidak pasti! Walaubagaimanapun alhamdulillah ada peluang buat pahala mari mernyumbang kepada TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam dengan mengisi borang potongan gaji bulanan yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.

Mengkredit terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank seperti berikut: NO. AKAUN : 5640 1611 7704 (Maybank)

Atau melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada: Bahagian Kewangan

Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA Tel : 03 8000 8000


- Pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi yg menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4b kpd RM1.378b. Jangkaan yuran pengajian akan meningkat dan biasiswa akan dikurangkan/hapus.

Jangan salah faham, pegurangan peruntukkan ini adalah disebabkan dasar yang telah dipersetujui. Hari ini pihak universiti berupaya menjana pendapatan sendiri untuk menampung sebahagian kos operasi . Difahamkan yuran untuk pelajar tempatan tidak dinaikkan (Antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya antara yang telah berjaya dalam usaha tersebut)


Wallahualam.


Selingan :

HARGA minyak RON95 turun 10 sen kepada RM1.95 seliter mulai 1 Disember 2015 tapi paras air banjir di Selangor meningkat naik apalah maknanya harga minyak turun kalau kereta dah tenggelam?

Akan tetapi saya memuji tindakkan MB Azmin keluarkan RM9.7 juta untuk kerja mencantikkan sebuah pintu gerbang yang berfungsi untuk menahan air banjir untuk dirawat menjadikan air bersih FREE untuk rakyat Selangor!

Terima Kasih MB Azmin!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Menempuh Tahun 2016 Yang Sukar Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!