Sunday, 13 December 2015

Kerajaan Tanggung RM2.9 BILION Untuk ERL?!

RM2.9 BILION UNTUK ERL (EXPRESS RAIL LINK) KEKAL TAMBANG LAMA?


Tahukah anda kerajaan TERPAKSA MEMBAYAR PAMPASAN sebanyak RM2.9 Bilion atau MELANJUTKAN TEMPOH KONSESI selama 30 TAHUN kepada syarikat konsesi ERL (yang dikuasai YTL) untuk mengekalkan harga tiket pada kadar lama setelah 14 tahun ditangguhkan kenaikkannya?

Najib Razak juga menyifatkan perjanjian konsesi "jangka panjang" ERL ini sebagai "Perjanjian Berat Sebelah" sewaktu dimeterai pada tahun 1997 dalam ucapan penggulungan PAU (Perhimpunan Agung UMNO) 2015.

Sebagaimana diakui oleh Tun Mahathir sendiri pada 2007 (Rujukan kenyataan Tun Mahathir: http://www.thesundaily.my/node/171646) bahawa beliau MELAKUKAN KESILAPAN kerana tidak membaca, meneliti dan memahami perjanjian konsesi dengan baik sebelum dimeterai oleh kerajaan dan syarikat konsesi ketika pentadbirannya.


Tun Mahathir juga menasihatkan agar kerajaan (hari ini) tidak mengulangi "KESILAPAN" yang telah beliau lakukan sebelum ini.

Namun ERL bukanlah satu-satunya "KONSESI LEGASI KESILAPAN Tun Mahathir", berpuluh-puluh lagi "KONSESI LEGASI" yang perlu ditanggung oleh kerajaan semasa dan kesannya terus menghantui pengguna (rakyat) hari ini di mana penjimatan perbelanjaan kerajaan juga perlu diambil kira dengan teliti.


Perlu juga kita ketahui bahawa 10% saham pemilik "SYARIKAT KONSESI LEGASI ERL" dimiliki oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Pengerusi melalui anak syarikat dalam organisasi kroni YTL.

Semoga pentadbiran Najib Razak berjaya menangani isu-isu "MASALAH KONSESI LEGASI" ini dengan baik untuk terus mensasarkan PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN kepada GOLONGAN SASAR yang lebih memerlukan berbanding hanya tertumpu di kawasan bandar (urban) sahaja yang nilai pampasannya berbilion RM untuk ditanggung oleh kerajaan semasa.


Najib Razak juga mengumumkan diskaun untuk pengguna ERL dan komuter dalam ucapan penggulungan PAU 2015. Beliau juga meminta KTMB untuk membuat beberapa pengumuman mengenai diskaun lain yang akan ditawarkan kepada rakyat menerusi perkhidmatan awam komuter. (Berita selanjutnya diskaun ERL & Komuter oleh YAB PM: 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kerajaan Tanggung RM2.9 BILION Untuk ERL?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 13 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!