Saturday, 12 December 2015

Harapan Najib Dan Muhyiddin Damai #Pau2015


Persengketaan dalaman di antara pucuk pimpinan tertinggi UMNO perlu diselesaikan segera jika parti tidak mahu kehilangan pengundi muda. 

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar, Rafidi Mohd Razali, berkata golongan muda adalah penerus kesinambungan parti dan jangan disebabkan masalah seperti ini membuatkan mereka semakin melupakan UMNO. 

Katanya, kepimpinan atasan seharusnya menjadi contoh kepada orang muda dan bukannya terus menerus bercakaran. 

"Ini boleh menimbulkan persepsi negatif dan kekeliruan dalam kalangan golongan muda. Ramai golongan muda kini memilih menyokong pembangkang sebab itu saya khuatir jika isu pergolakan tidak diselesaikan segera ia bakal mengundang keburukan. 

"Pemimpin peringkat tertinggi parti harus mencari jalan penyelesaian dan ukhwah agar perkara ini dapat diselesaikan. Mereka sepatutnya menjadi ikutan kepada golongan muda," katanya kepada BH Online di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 sebentar tadi. 

Rafidi berkata, golongan muda kini banyak terpengaruh kepada manipulasi dan laporan putar belit pembangkang di media sosial walaupun hakikatnya mereka sendiri menyedari pembangkang tidak dapat memberikan seperti apa yang dijanjikan mereka. 

Katanya, lantaran itu pemimpin peringkat bawahan harus memberitahu ahli akar umbi agar jangan cepat melatah dengan isu ini sebaliknya terus menjaga bahagian masing-masing agar perjuangan parti terus kukuh. 

"Kita kukuhkan peringkat bawahan dulu kerana jika mencampuri urusan peringkat tertinggi ia tidak akan membantu. Biar pemimpin tertinggi selesaikan masalah mereka. 

"Apa yang penting kita jaga kawasan masing-masing dan jelaskan kepada akar umbi, cuba kukuhkan lagi perpaduan peringkat bawahan. Ahli akar umbi adalah penentu hala tuju parti," katanya.



Perwakilan harapkan berlaku pelukan damai antara Presiden dan Timbalannya. Tapi ia perlu datang dari hati yang ikhlas demi UMNO.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Harapan Najib Dan Muhyiddin Damai #Pau2015 Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 12 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!