Wednesday, 16 December 2015

#G25 Bakal Disiasat Polis

Veteran UMNO Kelantan meminta polis menyiasat kumpulan bekas penjawat awam (G25) yang mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan hukuman khalwat dimansuhkan.

Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Rozali Isohak berkata kenyataan daripada kumpulan G25 itu dilihat sebagai satu cubaan mengganggu urusan kerajaan persekutuan dan mengkhianati sistem perundangan syarak serta pentadbiran agama Islam negeri di bawah Raja-Raja Melayu.

Justeru, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Pengkalan Chepa di sini pagi tadi (semalam).

Rozali berkata Veteran UMNO Kelantan berpendapat kenyataan oleh kumpulan berkenaan amat serius dan tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh merosakkan akidah umat Islam.

“Rasionalnya, Jakim adalah nadi pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia manakala hukuman khalwat adalah sangat penting untuk mencegah dan mengawal perlakuan yang membawa kepada zina, perbuatan yang dikutuk dan ditegah oleh hukum syarak,” katanya.- Bernama


G25 :Noor Farida Ariffin



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#G25 Bakal Disiasat Polis Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 16 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!