Monday, 28 December 2015

Dewan Pemuda PAS Sokong Malaysia Tolak Visa Atlet Israel

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPM), Khairil Nizam Khirudin memuji tindakan kerajaan menolak visa dua peserta Israel dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Antarabangsa, Langkawi yang disifatkan sebagai satu tindakan yang tepat, ekoran banyak siri pembunuhan terbuka umat Islam Palestin dilakukan Israel.

Kenyataan DPPM pada Isnin menyatakan bahawa tindakan itu selaras pendirian Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1948 sehingga ke hari ini kerana masih tidak mengiktiraf kedaulatan Israel.

“Kita mahu Kerajaan Malaysia bersikap konsisten dalam memboikot Israel serta tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik, ekonomi, sosial dan sukan dengan negara haram Israel itu,” kata Khairil mengulas penolakan visa dua peserta luncur angin Israel daripada menyertai Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf) di Langkawi.

Menurutnya, mana-mana individu atau wakil parti politik Malaysia yang menyokong kehadiran rakyat Israel di negara ini adalah dianggap merestui kezaliman yang dilakukan oleh zionis Israel.

“Sama ada pemimpin DAP atau sesiapa sahaja, mereka perlu sedar diri dan tidak berkompromi membenarkan hubungan dengan Israel sama ada secara langsung atau pun tidak.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan mengatakan bahawa aktiviti sukan ini tiada kaitan dengan politik dan keganasan yang dilakukan oleh Israel,” katanya. - bnbbc




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Dewan Pemuda PAS Sokong Malaysia Tolak Visa Atlet Israel Daeng Selili Rating: 5 Monday, 28 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!