Friday, 18 December 2015

DAP Kutuk Pemimpin UMNO-PAS



Pertemuan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar di sini Khamis berlangsung dalam suasana penuh kemesraan.

Perdana menteri yang juga presiden Umno dan Abdul Hadi saling menyapa serta bersalam-salaman lalu kemudiannya menyertai alumni tersohor lain di atas pentas selepas Najib merasmikan multaqa berkenaan. Abdul Hadi, yang berucap sebelum Najib, menegaskan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Ketika berucap, Najib memetik surah al-Quran berkaitan kewajipan umat Islam untuk bersatu padu.

Beliau turut menggesa Abdul Hadi supaya bersama-sama dengan beliau dalam menyatupadukan umat Islam.

"Saya bagi pihak kabilah saya (UMNO) dan Tuan Guru (Abdul Hadi) yang mewakili kabilahnya (PAS) akan terus berpegang kepada tali Allah," katanya.

"Insya-Allah kita tidak akan berpecah seperti negara-negara lain yang disebut oleh Sheikh Abbas Timbalan Pengerusi Alumni al-Azhar Induk."

Najib, dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, menghulurkan tali silaturahim kepada PAS. Presiden UMNO itu berkata umat Islam perlu berusaha ke arah bersatu padu kerana ia adalah tindakan yang wajib dilaksanakan dan bukannya satu pilihan.


Perdana Menteri berkata berdasarkan dalil yang terdapat di dalam al-Quran, surah Aali Imran ayat 103, Allah mewajibkan umat Islam untuk bersatu padu kerana perpaduan adalah tali kepada agama Islam. Malahan Najib berjanji akan menjaga perpaduan yang wujud kini dan mengelakkan berlakunya perpecahan.

Dalam usaha perpaduan itu juga, kata Najib, umat Islam harus meraikan pandangan serta pendapat daripada bukan Islam, termasuk urusan ibadah dan keagamaan mereka.

"Apa yang saya faham, ini mengisyaratkan bahawa pra syarat kepada perpaduan itu adalah budaya hidup bermasyarakat yang positif serta berasaskan akhlak yang terpuji," kata beliau.

Najib berkata bagi Malaysia, kepelbagaian dan kemajmukan rakyatnya adalah satu kekuatan yang perlu digarap demi membangunkan negara.

Beliau berkata satu daripada cabaran dihadapi umat Islam kini adalah wujudnya golongan yang mentafsirkan Islam secara tegar dan ketat sehingga menyalahgunakan konsep jihad seperti yang didukung Daesh (kumpulan militan IS), yang sanggup membunuh umat Islam sendiri kerana tidak sehaluan dengan mereka.

Cabaran kedua, kata Najib, adalah golongan cenderung mentafsirkan agama secara liberal walaupun ia bercanggah dengan pandangan majoriti ulama.

"Pemikiran liberal ini...sesungguhnya membuka ruang kepada berleluasanya tafsiran agama secara bebas, kononnya menjunjung akal dan logik manusia semata-mata," katanya.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Kutuk Pemimpin UMNO-PAS Daeng Selili Rating: 5 Friday, 18 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!