Monday, 7 December 2015

Beli Tiket ERL Guna Kad Kredit?! #ERL

Orang ramai boleh menggunakan kad kredit bagi mendapatkan diskaun 40 peratus bagi tambang Express Rail Link (ERL).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah itu bagi tambang pengangkutan awam tersebut untuk mendapatkan kadar tambang murah.

“Kalau hendak murah, ada pakej travel kad, very cheep, boleh dapatkan maklumat dengan pihak ERL. Ada tiga pakej hingga kurang 40 peratus daripada harga tiket yang diumumkan.

“Ada pakej yang disediakan untuk penumpang bagi mendapatkan harga yang lebih murah sehingga diskaun 40 peratus. Ada banyak pilihan, (pengguna) boleh beli melalui kad kredit,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.



Mengulas lanjut, pihaknya bersedia bertemu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) untuk berbincang mengenai kenaikan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan terpaksa meluluskan kenaikan tambang susulan ia tidak pernah naik sejak 14 tahun lepas.

Katanya, kos operasi ERL meningkat dua kali ganda ekoran kenaikan sebanyak RM20 daripada harga asal.

“Selama 14 tahun harga tiket itu harga lama dan kos operasi meningkat,” ujarnya.

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD).

Kadar tambah baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Beli Tiket ERL Guna Kad Kredit?! #ERL Daeng Selili Rating: 5 Monday, 7 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!