Tuesday, 1 December 2015

Anina Lebih Arif Dari Setiausaha Agung UMNO

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa kedudukan Anina Saadudin. 40 tahun sebagai anggota UMNO terbatal secara automatik apabila dia memfailkan saman terhadap UMNO. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Anina telah melanggar perlembagaan parti dan sebagai anggota UMNO, Anina terikat dengan peraturan dan undang-undang parti itu.

Hafarizam menyatakan "Ia bukan peruntukan undang-undang, tetapi peruntukan kontrak. Tidak kira apa pun peraturan parti, anggota terikat dengannya dari segi undang-undang. Kontrak ini dipersetujui dalam UMNO. "Sekiranya seseorang itu melanggar undang-undang atau sebaik sahaja seseorang itu mengambil tindakan mahkamah, keanggotaannya gugur secara automatik,"

UMNO adalah sebuah parti politik yang didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966, yang mana Seksyen 18C akta itu dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkaitan hal-ehwal sesebuah parti politik.

Oleh demikian, itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan saman Anina kerana isu yang dipertikaikan melibatkan suatu keputusan parti politik berdasarkan perlembagaannya.

Mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk memberi keputusan tentang permohonan Tengku Adnan dan Ab Rauf bagi mengetepikan saman Anina.

Dalam saman yang difailkan pada 5 Oktober, Anina memohon perintah agar dua surat pemecatan yang dikeluarkan Tengku Adnan itu adalah tidak sah dan tidak memberi kesan terhadap keanggotaannya dalam UMNO - Bernama





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anina Lebih Arif Dari Setiausaha Agung UMNO Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 1 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!