Saturday, 26 December 2015

Ada Pahala Pada Haiwan

Ada seorang pemuda bertanya kepada saya apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti? Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka? Atau bagaimana?

Walaupun jawapannya saya tahu, tetapi banyak perkara yang saya tahu dulu telah tidak sah lagi. Ilmu-ilmu yang dulu saya dapati melalui pembelajaran, kuliah, ceramah dan pembacaan perlu dimurnikan dan dipastikan kesahihannya berdasarkan nas yang benar. Jadi, sebelum saya menjawab kepada pemuda itu, saya memeriksa dahulu di arkib soal-jawab.

Berikut ini jawapannya:

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain-lain. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".(An-Naba' 78:40).

Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam hadith tiupan sangka-kala”

[Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir ‘an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa’, 2003].

Ya, mereka menjadi debu. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

Membaca jawapan di atas akan membuatkan kita berasa insaf dalam banyak aspek. Dalam tulisan ini, saya ingin menyentuh satu aspek yang terngiang-ngiang di fikiran saya beberapa hari ini. Iaitu tujuan apa haiwan-haiwan ini dicipta oleh ALLAH Ta`ala?

Sudah tentunya ada manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan manusia. Khususnya untuk manusia sebagai khalifah di bumi ini. Tidak mungkin sia-sia ALLAH jadikan haiwan dan segalanya.

ربنا ما خلقت هذا باطلا

“Tuhan kami, tidaklah ENGKAU jadikan semua ini sia-sia.”


Saya terbayangkan seekor kucing...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ada Pahala Pada Haiwan Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 26 December 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!