Tuesday, 24 November 2015

Tian Chua Dalang Lahad Datu Melenting Dikaitkan?!

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merupakan dalang yang mengatur pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.


Beliau berkata, Tian Chua juga merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan tindakan secara halus dalam mengatur tuntutan ‘Kesultanan Sulu’ terhadap Sabah sebelum ini.

“Saya harap Tian Chua hati-hati dalam perbuatannya, Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya, jangan sembarangan mengeluarkan kenyataan beliau itu...” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China - UTUSAN ONLINE.



Zahid Ulas penafian Tian Chua

Semakin panas kisah pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ahli Parlimen Batu Tian Chua mengatur pertemuan antara Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan anak ketua pengganas Sulu Jacel Kiram.
Zahid dalam sidang media ringkas di lobi Parlimen petang Isnin memintaTian Chua tidak menafikan perkara itu kepada media, sebaliknya perlu memberi kenyataan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dipanggil untuk memberi keterangan nanti.

Sebelumnya Tian Chua menafikan dakwaan Zahid dan meminta Menteri Dalam Negeri itu menarik semula tuduhan beliau dan meminta maaf.

Menurut Zahid, beliau tidak akan menarik semula pendedahantersebut.

“Sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau dia mengaku tidak terlibat, saya tidak berhasrat menarik balik kenyataan saya pagi tadi. Beliau (Tian Chua) jawablah, kerana beliau sahaja yang tahu mengenai perjumpaan di Manila itu,


“Saya nasihatkan tak perlu beliau nafikannya kepada media, sila jawab kepada polis apabila diminta beri keterangan ” kata Zahid.

Pagi tadi Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa, Chua yang juga Ahli Parlimen PKR Batu bertanggungjawab mengatur pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan anak bekas ketua pengganas, Jacel Kiram berikutan tersebarnya gambar mereka bersama minggu lalu.

Sejak minggu lalu, Nurul Izzah mendapat kecaman pelbagai pihak kerana tidak menghormati rakyat Sabah khususnya mereka yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Nurul Izzah dalam penjelasannya turut mengaitkan kehadiran Tian Chua dalam perjumpaan di Manila minggu lalu sebagai sokongan kepada keputusan satu kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak pembebasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tian Chua Dalang Lahad Datu Melenting Dikaitkan?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 24 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!