Saturday, 14 November 2015

Ramai Pemimpin UMNO Sabotaj Parti Disiasat

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.


Beliau yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi Tahun 2015 di sini berkata, mesyuarat mengenai perkara itu sudah diadakan.

"Siapa kata tujuh? Mungkin lebih...saya tidak tahu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO yang didakwa mengkritik parti secara terbuka.

Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Diminta mengulas lanjut mengenai jumlah pemimpin UMNO yang disiasat pada masa ini beliau menjawab: "Dulu saya cakap tujuh, barangkali lebih. Saya tak tahu. Tunggu sajalah."

Laporan media sebelum ini turut menyebut jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti. - BERNAMA




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ramai Pemimpin UMNO Sabotaj Parti Disiasat Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!