Thursday, 5 November 2015

"Rafizi Penuh Sifat Kelakian" - Arul Kanda #1MDB

Kenyataan Media oleh Arul Kanda

Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad

5 November 2015

"Integriti PAC mesti dihormati"

Saya merujuk kepada perintah oleh Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia terhadap cabaran YB Tony Pua untuk berdebat dengan saya di televisyen secara langsung. Saya sangat menghormati Speaker dan kebijaksanaan beliau dalam menjaga integriti Dewan yang mulia itu dan prosiding PAC.

YB Tony Pua telah mencabar saya untuk berdebat di televisyen secara langsung pada 29 Oktober 2015. Pada hari yang sama, saya telah menerima cabaran YB Tony Pua dengan satu syarat – “Demi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan untuk mengelakkan sebarang konflik berkepentingan, YB Tony Pua mesti meletakkan jawatan terlebih dahulu daripada PAC”. Apabila YB Tony Pua tidak mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC, pada 31 Oktober 2015, saya telah menarik balik syarat tersebut. Saya telah menerima cabaran beliau tanpa sebarang syarat memandangkan YB Tony Pua telah membuat pelbagai dakwaan yang salah terhadap 1MDB dan saya sendiri, jadi saya mahu berdebat secara terbuka dan membetulkannya.



Sekarang YB Tony Pua telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan dari PAC dan beliau tidak akan berdebat dengan saya. Beliau telah memilih untuk bersembunyi di sebalik keahliannya dalam PAC untuk lari daripada pertarungan yang beliau secara agresifnya menganggu saya untuk menerima, di mana saya telah bersetuju tanpa sebarang syarat.

Berdasarkan pengalaman lepas, saya suspek cabaran Tony Pua lebih berunsurkan politik daripada keinginannya untuk mendedahkan kebenaran. Sebagai Ahli Parlimen untuk dua penggal, sepatutnya beliau sudah arif dengan prosedur Parlimen dan tahu bahawa debat itu tidak akan berlaku.

Saya ambil tahu bahawa gabungan Tony Pua telah menawarka Rafizi Ramli sebagai pengganti berdebat. Soalan yang paling jelas adalah mengapa tidak YB Rafizi menggantikan YB Tony Pua di PAC, supaya Tony Pua boleh berdebat dengan saya? YB Tony Pua yang telah mencabar saya. Beliau menjadikannya sesuatu yang peribadi, dan menggunakan kata-kata mengejek seperti “saya tidak akan menumbuk beliau”, “dakwaan saya”, “memalukan saya” dan sebagainya.

YB Tony Pua yang telah mengeluarkan cabaran untuk berdebat dan saya menerimanya tanpa sebarang syarat. Tidak pernah ada sebarang soalan berkaitan debat dengan Pakatan Harapan, tetapi sekarang muncul secara tiba-tiba, dalam keadaan terdesak dan saat-saat akhir, untuk menyelamatkan YB Tony Pua daripada malu. Ini semua jelas permainan politik, di mana saya sebagai seorang professional, tidak akan ditarik bersama.

Saya menghormati YB Rafizi Ramli sebagai pencabar yang layak. Beliau adalah seorang pendebat yang baik dan penuh sifat kelelakian. Saya amat suka zaman berdebat dengan beliau semasa zaman muda kami dahulu. Walaubagaimanapun, Speaker memegang kuasa mutlak bagi semua perkara berkaitan Parlimen. Beliau telah mengeluarkan perintah ke atas tanggungjawab saya sebagai saksi PAC dan sebarang debat hanya boleh diadakan selepas pendengaran kes PAC.

Untuk 10 soalan yang didakwa akan dibangkitkan oleh YB Tony Pua semasa debat, saya dengan ini mengesahkan bahawa 1MDB akan memberi respon untuk kesemua soalan,pada masa dan dalam forum yang sesuai, termasuk pihak berkuasa yang sah seperti PAC.

1MDB menegaskan kesediaan kami untuk berdepan dengan PAC. Pada masa yang sama, saya dan kumpulan akan kekal focus dan komited untuk melaksanakan pelan rasionalisasi 1MDB.


Arul Kanda 

Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan
1Malaysia Development Berhad



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
"Rafizi Penuh Sifat Kelakian" - Arul Kanda #1MDB Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 5 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!