Thursday, 5 November 2015

Doktor Pakar Balas Kenyataan Pemuda UMNO #Vape

BANTAH KENYATAAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Saya tertarik untuk menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Armand Azha Hj Abu Hanifah, Exco Pemuda UMNO Malaysia yang mengkritik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu vape. Kenyataan beliau itu mencipta persepsi seolah-olah KKM membuat keputusan kerana ada agenda tangan-tangan ghaib. Saya tidak tahu siapakah yang dimaksudkan dgn tangan-tangan ghaib tersebut. Kenyataan yang telah dibuat oleh Ybhg. Datuk Dr Lokman Hakim dan YBhg. Dato Dr. Abdul Razak mewakili bagi pihak Ds. Subramaniam Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan akhbar dalam isu kawalan tembakau, E-rokok dan vaping sudah jelas. (rujuk sidang media di link di bawah) 


Ia satu keputusan yang telah dibuat berdasarkan pandangan kesihatan semata-mata. Dato Dr Abdul Razak adalah Pakar Perunding Perubatan Respiratori dan juga Ketua Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur. Beliau merupakan rujukan kesemua Pakar-pakar Perubatan Respiratori di Malaysia dan suara beliau membayangkan kesatuan para doktor dalam isu vape/ e-rokok. Datuk Dr Lokman Hakim pula adalah seorang Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan juga Pakar Kesihatan Awam. Bermaksud beliau adalah antara penjawat awam tertinggi yang berkhidmat di KKM. Ini adalah pandangan top doctors di Malaysia. Keputusan mereka adalah berpandu kepada hasil kajian WHO dan journal2 perubatan dunia berautoriti lain yang begitu banyak membangkitkan isu vape dengan penagihan nikotin, penyalahgunaan alat vape untuk menghisap dadah tanpa dikesan serta kesan jangka panjang vape yang mengandungi formaldehyde yang diketahui merupakan agen karsinogenik yang boleh mengakibatkan kanser. 

Rokok sudah berada lebih dari 100 tahun dan dipasarkan secara bebas di dunia. Ia telah wujud sebelah sebuah negara bernama Malaysia dilahirkan. Satu ketika dahulu, para doktor sendiri tampil sebagai model iklan rokok dengan mengesyorkan brand rokok tertentu berbanding dengan yang lain. Ia merupakan satu kesilapan besar kerana kesan jangka panjang rokok terhadap kesihatan seperti pelbagai jenis kanser, penyakit jantung dan kardiovaskular lain serta seribu satu macam penyakit lain hanya diketahui selepas beberapa dekad dari penggunaan rokok. 

Kesan rokok ini terasa hingga kini apabila hampir saban hari pesakit2 hadir ke hospital akibat penyakit yg berkaitan dengan rokok ini. Ia merupakan satu perbuatan yang menzalimi diri sendiri, memberikan impak kepada kos kesihatan dan merugikan wang negara. 

Rokok sudah bertapak lama dan membudaya hingga kita tidak ada political will untuk menghentikannya kini. 

Adakah kita mahu menambah satu lagi masalah dengan vape/e-rokok pula? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan apabila nasi sudah menjadi bubur, baru kita menyesal. Jangan kerana perjuangan berlandaskan nafsu, maka kita mengaut dosa kerana turut serta merosakkan generasi manusia di negara kita. 

Api apabila dalam keadaan mancis mudah untuk dipadamkan dengan hanya meniupnya. Tetapi jika ia sudah marak seperti kebakaran di hutan, amat sukar untuk kita mengawalnya malah mencetuskan krisis kesihatan dengan jerebu kepada umat terbanyak yg tidak berdosa. Begitulah isu e-rokok ini. Ia menambahkan jumlah penagih nikotin dan malah membudayakan perbuatan ini sebagai aspirasi anak muda hingga kanak2 dan wanita muda juga menggunakannya. Apakah yg sedang kita cuba lakukan? Ia patut disekat pada peringkat awal ini sebelum terlambat. 

Nikotin adalah merupakan antara dadah yang termaktub di bawah Akta Racun. Membenarkan penggunaannya utk menghasilkan liquid vape oleh orang ramai akan mendedahkan manusia kepada bahaya. Siapa tahu apa kandungan spesifik liquid tersebut? Justeru itu, nikotin perlu diregulate oleh badan profesional seperti jabatan farmasi bagi mencegah penagihan dan penyalahgunaan. Di US, vape digunakan untuk menghisap Flakka sejenis dadah sintetik yang berbahaya dan mempunyai kesan halusinogen dan menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Siapa tahu apakah Flakka, ganja dan lain2 najis dadah dimasukkan di dalam liquid vape sekarang ini? Itulah sebabnya kita perlu mencegah penjualan nikotin secara bebas tanpa regulasi seperti sekarang. 

Saya kecewa melihat Pemuda UMNO memperjuangkan isu e-rokok ini sebenarnya. Ia seolah-olah menggambarkan Pemuda memperjuangkan kerosakan dari kaca mata saya sebagai seorang doktor. Saya melihat setiap hari kesan penagihan dadah dan kesan kerosakkan rokok terhadap pesakit2 saya. Tidak adakah agenda yang lebih baik yang boleh diperjuangkan pemuda? Vape bukan aspirasi anak muda! Ia adalah aspirasi penagih muda sebenarnya. 

Keputusan KKM untuk merampas cecair nikotin adalah tidak membelakangkan kabinet kerana KKM hanya menggunakan peruntukan Akta Racun sedia ada yang termaktub dalam undang-undang negara. Apakah Pemuda tidak mahu menghormati undang-undang? Apakah mesej yang cuba disampaikan? 

Keputusan KKM berkenaan isu ini adalah telus berdasarkan pandangan kesihatan dan perubatan semata-mata. Tolong jangan tuduh kami bermain politik kerana kami hanya penjawat awam yang melihat isu ini dari aspek kemudaratan kesihatan semata-mata. Keputusan YB DS Subramaniam adalah keputusan yang berani yang mencerminkan hasrat para doktor dan warga KKM sebenarnya. 

Mencipta persepsi bahawa syarikat gergasi rokok menjadi tangan-tangan ghaib dalam menentukan dasar dan tindakan sebuah kementerian yang terdiri daripada doktor-doktor profesional seperti KKM dalam isu ini adalah tidak patut dan lebih hampir kepada fitnah. Tolong hentikan perbuatan ini melainkan anda boleh mendatangkan bukti. 

Apakah selepas ini Pemuda UMNO akan menuduh pula Majlis Fatwa dan mufti-mufti tunduk kepada syarikat gergasi rokok selepas ini dengan mengambil kira ramai para mufti yang sudah menyuarakan pandangan untuk mengharamkan e-rokok/vape? 

Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma.

Mulut Ghaib : Exco UMNO ini apa kerja dia sepatutnya?demonstrasi? Kumpul keahlian baru? Jangan cakap besar, tuhan marah!





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Doktor Pakar Balas Kenyataan Pemuda UMNO #Vape Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 5 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!