Tuesday, 3 November 2015

DAP Hanya Guna Islam Untuk Politik?! [Video]

Pas mendakwa DAP hanya memperguna orang Islam untuk tujuan politik parti itu.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim mendakwa parti itu mementingkan bilangan kerusi yang dikuasai dan mensasar agar untuk menguasai sesebuah negeri supaya semua parti komponen lain menurut kehendaknya.

“Selain kerusi mereka atau kerusi pihak yang taat pada mereka, DAP tidak kisah jika UMNO atau BN yang menang asalkan apapun pakatan politik, mereka yang paling banyak kerusi dan berkuasa.

“Jika ada negeri yang berjaya tewaskan BN. Maka DAP yang perlu berkuasa dan boleh tentukan itu dan ini, begitu dan begini. Parti komponen kena ikut kehendak mereka,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, chauvinisme dalam kalangan pemimpin tertinggi DAP itu akan merosakkan perpaduan rakyat dan menimbulkan keresahan dan curiga mengenai cita-cita sebenar parti itu.


“Adakah politik ala kiasu ini boleh menjaga kepentingan dan kemakmuran kaum Cina dan India untuk jangka panjang bila jurang prasangka semakin melebar? Untuk perniagaan ini tidak bagus. Hubungan seharian sesama rakyat Malaysia yang majmuk pun tidak bagus,” ujarnya.

Malah Ahmad Amzad juga berkata, di dalam negara ini pertarungan untuk orang Melayu hanya melibatkan dua parti sahaja iaitu UMNO atau Pas.

“Jika DAP terlalu bersungguh dengan dokongannya kepada Parti Amanah Negara (Amanah), orang Melayu dengan segera dapat membaca bahawa dengan memecahkan undi orang Melayu, DAP sebenarnya mahu menggagalkan kemaraan Pas agar bilangan kerusi mereka yang paling besar.

“Jika PAS tidak menang, adakah PAN yang akan menang jika berlaku tiga penjuru dengan UMNO? DAP pun tahu tidak mungkin. Maknanya DAP mahu UMNO yang menang,” jelasnya.

Dia berkata, pihak yang sedang cedera dengan politik rakus, gopoh dan gelojoh DAP bukan hanya Pas tetapi turut terlibat sama PKR.

“Kini PKR pula berdepan realiti ini. Pas yang masih menghargai tahaluf siyasi dengan PKR berharap pelajaran penting ini dilalui oleh PKR dengan baik demi harapan rakyat,” ujarnya.

#Throwback sikit




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Hanya Guna Islam Untuk Politik?! [Video] Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 3 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!