Friday, 13 November 2015

Biar Pasukan 'Zahid Hamidi' Akan Sambut Alvin Tan Balik Malaysia


MOHON 'IGNORE' DAN TUNGGU ALVIN HILANG SUAKA POLITIK

Sebab wajar diabaikan posting Alvin Tan oleh rakyat Malaysia

Sepatutnya ada gerakan jangan layan budak Alvin Tan ni seluruh malaysia. Ada pelajar di Amerika beritahu saya bahawa setiap 2 atau 3 bulan, sesiapa yang berada bawah suaka politik (seperti Alvin Tan) perlu mengemukakan bukti bahawa nyawa dia terancam jika pulang. Maka setiap 2-3 bulan dia akan keluarkan penghinaan terhadap rakyat Malaysia. Bila dia buat posting sebegini, beliau dapat banyak ancaman bunuh di twitter, facebook dan sebagainya yang berusur politik perkauman dan keagamaan. Maka, atas sebab itu, perlindungan suaka politik akan diteruskan. Kalau macam ni, sampai ke tua dia akan dapat perlindungan.


Wallahualam, kena research sikit tentang undang-undang suaka politik di Amerika Syarikat seperti syarat-syarat dan sebagainya. Jika betul, satu Malaysia kena buat tak reti je dengan budak ni. Baru ada sebab permohonan perlindungan suaka politik beliau ditolak.

Bila perlindungan suaka politik dia ditolak, dia terpaksa balik ke Malaysia. Masa tu kita sambut dia dengan kompang dan bunga manggar.

Sebar dan panjangkan.. - Imam Muda Hilal [fanpage]




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Biar Pasukan 'Zahid Hamidi' Akan Sambut Alvin Tan Balik Malaysia Daeng Selili Rating: 5 Friday, 13 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!