Thursday, 5 November 2015

@Armand_PJU Tidak Tahu Akta Racun Jangan Ulas! #Vape

Seorang lagi doktor perubatan membalas kepada kenyataan Saudara Armand Azha Exco Pemuda UMNO Malaysia yang mengkritik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu vape. 

Artikel ini disampaikan kepada admin oleh Dr. Aznil Hisham yang mana menjawap dakwaan dari exco Pemuda UMNO Malaysia saudara Armand Azha yang dilihat tidak melihat kepada fakta sebenar tindakkan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dr. Aznil Hisham Menulis :-


Saudara Armand Azha yang di kasihi. 

1. Saya rasa saudara keliru. Cecair vape yg di rampas adalah yang mengandungi nikotin. Jika flavor shj tidak menjadi masalah. Dan utk pengetahuan saudara, garis panduan tentang nikotin telah lama ada. Dan nikotin termaktub dibawah akta racun 1952. Maknanya sejak merdeka lagi kita dah bg garis panduan ini. 


2. Penggunaan nikotin bukan secara sebarangan. Ianya perlu mendapat kelulusan dari pihak berwajib (KKM). Isu sekarang adalah penggunaan nikotin tanpa kebenaran. Bukan halangan penggunaan vape. 

3. Kita punyai nikotin yg mendapat kelulusan FDA spt nikotin gum/ nikotin pill dll. Mengapa tetap mahu guna nikotin melalui vape yg belum memperolehi kelulusan FDA? Hatta, nikotin pill/ gum juga perlu mendapat pengesahan doktor/ KKM sebelum mengambilnya. 

4. Dari soalan anda, anda cuba nyatakan bahawa belum ada garis panduan penggunaan vape, kenapa cecair ini di rampas? Anda sangat lucu. Sebagai EXCO Pemuda UMNO, anda patut tahu bahawa tanpa garis panduan penggunaan vape ianya tidak sepatutnya digunakan oleh orang awam. Anda sangat kelakar. 

5. Kerana rokok beratus tahun susah hendak dikawal lah kita cuba halang satu usaha baru agar tidak menjadi endemic sebagaimana terjadi pada rokok. Rawatan yg terbaik adalah pencegahan bukan merawat. Bahan perosak kepada kesihatan selalunya kita munahkan. Tak pernah pula kita bagi samarata / double standard. 

Dr Aznil Hisham



baca juga artikel ini : 

Doktor Pakar Balas Kenyataan Pemuda UMNO #Vape

BANTAH KENYATAAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@Armand_PJU Tidak Tahu Akta Racun Jangan Ulas! #Vape Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 5 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!