Friday, 6 November 2015

Anwar Tak Sakit Seperti Didakwa! [video]


Pemimpin pembangkang sebelum ini sering mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Sungai Buloh kurang mendapat makanan berkhasiat sehingga menyebabkan susuk tubuh badan Ketua Umum PKR itu semakin kurus.

Namun, hari ini Anwar sendiri mengaku bahawa dia mendapat makanan yang berkhasiat walaupun berada di dalam penjara kerana susuk tubuhnya tidak sekurus Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

"Aku duk dalam penjara pun tak kurus macam hang"... itulah kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sahabatnya YB Tian Chua ketika mereka bertemu di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Hairan juga apabila Anwar bercakap seperti itu kepada Tian Chua.. sebelum ini pemimpin-pemimpin pembangkang kata Anwar semakin kurus kering sejak dimasukkan ke dalam penjara Sungai Buloh.

Tetapi, sekarang ni Anwar sendiri yang pecah tembelang kata dirinya semenjak berada dalam penjara pun tidak kurus seperti Naib Presiden PKR itu. Adakah Anwar terlupa untuk berpura-pura mengatakan dirinya semakin kurus sejak masuk ke penjara bagi menagih simpati rakyat??



Jadi, rakyat dapat menilai sendiri situasi Anwar yang kononnya semakin kurus kering disebabkan makanan tidak menghidangkan makanan berkhasiat dan susu kepada bekas ketua pembangkang itu. - sumber

Anwar Tak Sakit Seperti Didakwa! [video] Daeng Selili Rating: 5 Friday, 6 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!