Friday, 6 November 2015

Ahli Parlimen DAP Fitnah PM Didakwa!

Ahli Parlimen Tanjong (DAP) didakwa kerana fitnah DS Najib

Georgetown: Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Februari lalu.

Ng dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan menerusi kolumnya yang disiarkan akhbar Bahasa Mandarin pada 10 Februari lalu.

Dalam artikel yang diterbit akhbar harian Kwong Wah Yit Poh itu, beliau dilapor menuduh Datuk Seri Najib Razak mempunyai agenda peribadi dalam kes liwat membabitkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ng yang mengaku tidak bersalah diwakili peguam, Ramkarpal Singh Deo, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani.

Hakim Ibrahim Osman menetapkan 8 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menetapkan Ng dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ahli Parlimen DAP Fitnah PM Didakwa! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 6 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!