Friday, 13 November 2015

14 Tanda Orang Yang Berbohong

14 Tanda Orang Berbohong/Menipu

1.Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka.Terutama di mata.Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda.Mereka juga semakin sering mengerdipkan mata.Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu,tegang dan berbohong,kadar stres yang meningkat akan menyebabkan mereka lebih banyak mengerdipkan mata.

2. Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya,jika sedang meninggi,ertinya sebuah dusta sedang diceritakan.Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.

3. Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan.Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan.Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu.Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.

4. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong,tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar.Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio.Jadi,apabila mereka bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal,sebenarnya ada sesuatu yang cuba diselindungkan.

5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya.Berfikir terlalu lama,berdehem,batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi.Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih,pilu,marah dan sebagainya,kemungkinan besar orang tersebut berbohong.Jadi,jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya,maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

7. Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri,kaki mereka mula mengetuk ke tanah.Semasa pembohong sedang duduk,maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

8. Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka.Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami.Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga.

9. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya.Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan,ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

10. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong.Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong.Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta,tangan cuba menghalangnya.

11. Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama.Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.

12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong,kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna.Untuk mengetahuinya,cuba anda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan.Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

13. Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal.Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas.Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya.Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

14. Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong.Akibat rasa bersalah,pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.
Kesimpulannya,sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong,kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti.Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak.Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%.Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemudian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.

Wallahualam..






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
14 Tanda Orang Yang Berbohong Daeng Selili Rating: 5 Friday, 13 November 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!