Monday, 19 October 2015

Wan Azizah Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang - Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa

Awal hari ini di Sidang Parlimen, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa ahli parlimen PKR Hee Loy Sian supaya menarik balik usul undi tidak percaya itu dengan mengingatkannya bahawa ia bukan "main guli".



Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Maszlee Malik berkata keadaan itu membuktikan bahawa hubungan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang longgar.

"Ia menunjukkan bagaimana longgar mereka sekarang. Malah, mereka tidak dapat bersetuju mengenai membentangan usul itu.

"Pakatan Harapan terlalu longgar... Dengan PKR menghadapi masalah bersetuju dengan parti-parti komponen, ini punca apa yang kita saksikan hari ini,” katanya.

Mazlee tidak berdolak-dalik dan terus-terang menyalahkan Wan Azizah.

"Semuanya bermula dengan ketidakupayaan beliau menguruskan parti. Dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang.

"Sebagai ketua pembangkang, sebelum meminta Hee Loy Sian membawa usul itu, beliau perlu memanggil semua pemimpin parti terlebih dahulu," katanya.

Katanya, adalah sesuatu yang lumrah, bagi pemimpin pembangkang membentangkan sesuatu usul yang dianggap besar dan penting.

"Ini bukan baru, beliau mengetahuinya. Beliau juga banyak membentangkan (usul) mengenai isu-isu besar pada masa lalu apabila menjadi ketua pembangkang," katanya.

Jelas Wan Azizah adalah boneka yang diletakan atas 'tiket' suami beliau sebagai ketua pembangkang bilamana Anwar Ibrahim yang kini terpaksa menjalani hukuman penjara dan beliau tidak ada sesiapa yang boleh dipercayai melainkan isteri beliau yang tercinta, nepostisma yang diamalkan dalam pakatan pembangkang kini sudah tembelangnya pecah dan pastinya jika monyet yang pandai berkata kata pun boleh diberi jawatan sekiranya mempunyai pertalian darah dengan mereka mereka.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Wan Azizah Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang - Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Daeng Selili Rating: 5 Monday, 19 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!