Monday, 26 October 2015

Video "Naik Train Ada Tol" - Wan Azizah #Bajet2016

Meskipun wan azizah terlancap mengucapkan kata kata tersebut, maka ada juga yang cuba mempertahankan kata kata beliau kononnya salah dengar soalan wartawan. Masalahnya apa yang Wan Azizah dengar selama satu jam 45 minit PM Malaysia DS Najib Razak membentangkan #Bajet2016 dalam Sidang Parlimen?


Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran.” 

Para sahabat bertanya“Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” 

Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya atau bukan orang yang layak, maka tunggulah saat kehancuran.”


Bajet 2016 ada menyebut berkenaan Lebuhraya Pan Borneo

Kerajaan Persekutuan memberi jaminan Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol kerana ia adalah laluan utama pengguna jalan raya kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berbeza dengan di Semenanjung yang lebuh rayanya dikenakan tol, kerana ada laluan alternatif disediakan, iaitu jalan yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya. 

"Lebuhraya Pan Borneo ialah laluan utama, tidak ada jalan alternatif, ini perlu diperjelaskan kenapa tol tidak dikenakan di sini. Di Semenanjung, laluan utama ialah lebuh raya utara selatan yang ada juga jalan alternatif," katanya semasa merasmikan fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM13 bilion di sini hari ini. 

Najib berkata, di Semenanjung, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan laluan utama yang dikenakan tol untuk cepat sampai ke destinasi tertentu, atau memilih jalan alternatif yang mungkin jauh jaraknya. Beliau berkata, fasa seterusnya projek lebuh raya ini akan dilaksanakan pada tahun ini juga dengan pelancaran dijangka pada bulan September. Perdana Menteri berkata, apabila siapnya projek lebuh raya ini nanti ia bukan sahaja menambah baik infrastruktur Sarawak, tetapi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada semua rakyat di negeri ini. Beliau menafikan projek Lebuhraya Pan Borneo ialah projek mega yang membazirkan wang rakyat kerana projek itu bakal membawa faedah jangka panjang penduduk negeri ini. 

Dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, projek Lebuhraya Pan Borneo akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 1,663km dari Sarawak ke Sabah iaitu 936km jalan di Sarawak dan 727km untuk Sabah. 

Bagi Sarawak, skop pelaksanaan projek kali ini ialah pembinaan jalan 919km untuk pembangunan jalan satu lorong dari Tanjung Datu ke Sematan dan pembinaan jalan dua lorong dari Sematan ke Merapok. Pembinaan secara rasmi bermula di Sarawak pada hari ini dengan fasa pertama bermula untuk jalan sepanjang 43km dari Nyabau ke Bakun yang dijangka siap penghujung 2017 diikuti jalan Tanjung Datu-Sematan-Miri-Limbang-Lawas dengan tempoh semua projek siap dijangka dalam masa lapan tahun iaitu pertengahan 2023. 

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang turut berucap, berkata perundingan dengan konsesi tol di Kuching, Sibu dan Miri masih belum membuat sebarang keputusan sama ada hendak menurun atau menghapuskan kutipan tol bagi ketiga-tiga syarikat berkenaan. "Kalau boleh tol dihapuskan, tapi ini belum diputuskan, kita mahu meringankan beban pengguna jalan raya yang terpaksa membayar cukai jalan dan mengurangkan kos sara hidup," katanya. 

Beliau berkata tindakan Kerajaan Persekutuan tidak mengenakan tol ke atas Lebuhraya Pan Borneo adalah keputusan tepat memandangkan ia akan menjadi laluan penting bagi penduduk Sarawak untuk tujuan ekonomi dan sosial. Beliau berkata, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo adalah bukti kukuh komitmen kerajaan persekutuan menunaikan janji seperti yang termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri; Ketua Jabatan dan ketua kaum di sini. - BERNAMA


INTIPATI KANDUNGAN BAJET 2016 

Berikut disertakan ringkasan intipati penting kandungan Bajet 2016 yang akan dikemaskini sepanjang pembentangan berlangsung 

Lima Tunjang Atau Strategi Utama Bajet 2016 

Memperteguh ketahanan ekonomi negara 
Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau 
Mempersiaga modal insan 
Memperkasa agenda bumiputera 
Meringankan kos sara hidup rakyat 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Video "Naik Train Ada Tol" - Wan Azizah #Bajet2016 Daeng Selili Rating: 5 Monday, 26 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!