Thursday, 15 October 2015

TOL NAIK 'Saya tahu pun' - Sivarasa

Selaku Ahli Lembaga Pengarah SPRINT, YB Sivarasa Rasiah tidak tahu keputusan SPRINT menaikkan kadar tol. Selaku Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Mohamed Ali tidak tahu keputusan PKNS dan Kumpulan Peransang menaikkan kadar tol. 

Apa yang mereka tahu sebenarnya jika hal ehwal syarikat kerajaan negeri sendiri yang ditadbir oleh proksi dan kroni sendiri pun mereka tak tahu? 

Meski pun LLM menyatakan bahawa kerajaan Pusat tidak lagi mampu membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol, perlu diingatkan bahawa kadar tol pernah diturunkan pada 2011 dan 2013. Dan seingat saya semenjak 2008, kadar tol tidak pernah dinaikkan. 

Selaku parti-parti politik yang pernah berkempen untuk memansuhkan tol sebelum PRU 12 & 13, saya belum melihat atau mengetahui sebarang kertas cadangan untuk memansuhkan tol atau mengurangkan kadar tol dikemukakan oleh kerajaan Pulau Pinang atau Selangor kepada kerajaan Pusat di plaza-plaza tol negeri. 

Saya tidak menolak kemungkinan pakatan 2.0 sedang mempolitikkan isu tol akibat kegagalan mereka sendiri menunaikan manifesto pilihanraya dan apa yang termaktub dalam buku Jingga.

AZMIN TAK BUAT KERJA : TOL NAIK TAK RUJUK SAYA



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
TOL NAIK 'Saya tahu pun' - Sivarasa Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 15 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!