Saturday, 3 October 2015

Tak Sah Bayar Saman Guna Syiling?

Dalam minggu lepas admin menerima sekeping gambar dimana didalam gambar tersebut dikatakan "Anggota polis trafik ini begitu tekun dan sabar mengira wang syiling untuk pembayaran saman" Adakah ini sesuatu yang wajar dipraktikan di Malaysia?!



Anggota keselamatan sememangnya ditugaskan dalam amanah beliau menegakkan undang undang. Dalam kes ini admin yakin pesalah tersebut dengan senanja memberikan sejumlah wang syiling sebagai bayaran saman keatas beliau malahan sebagai 'protes senyap' terhadap penguatkuasaan undang undang terhadap beliau. 

Jika beliau yakin tidak bersalah beliau boleh mempertahankan diri beliau di mahkamah bukannya berperilaku seperti orang yang tidak ada otak.Pihak berkuasa mempunyai tugas tugas yang jauh lebih penting daripada membuang masa dengan melayan kerenah individu yang tak bertamadun.

Bercerita dengan pengunaan wang untuk sebarang pembayaran SAH DENGAN NILAI admin kongsikan sedikit info.


Dari apa yang admin faham (info ini guna bahasa buku gamaknya) Dahulu kita mempunyai duit syiling RM1 tetapi Pada 7 Disember 2005, syiling 1 ringgit dinyahwang dan ditarik keluar dari edaran. Antara sebabnya ialah masalah berkenaan penyelarasan (ditempanya dua versi berlainan) serta pemalsuan. Jadi kita abaikan tentang RM1.00.

Dari info diatas, Duit syiling RM0.50 diterima SAH DENGAN NILAI untuk pembayaran /jualbeli sehingga RM10.00 sahaja.

Manakala RM0.05 (5 Sen), RM0.10 (10 Sen) dan RM0.20 (20 Sen) SAH DENGAN NILAI untuk pembayaran /jualbeli sehingga RM2.00 sahaja.

So, Pihak penerima bayaran dan jualbeli boleh tolak pembayaran jika tidak mengikut had (SAH DENGAN NILAI) yang ditetapkan.

Kalau seratus orang perangai macam individu ini berapa banyak masa dan tenaga pihak berkuasa habis begitu sahaja kerana hanya mengira duit syiling?!Ada otak fikir!

Wallahualam..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tak Sah Bayar Saman Guna Syiling? Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 3 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!