Friday, 16 October 2015

Sivarasa Hanya Tunggul Dalam SPRINT?!

RUPA-rupanya ada seorang ahli Parlimen PKR dalam lembaga pengarah SPRINT Sdn. Bhd. (SPRINT) yang turut menyertai 11 lagi syarikat konsesi lebuh raya yang mengumumkan penyelarasan kenaikan kadar tol di lebuh raya seliaan ma­sing-masing berkuat kuasa semalam. Tetapi apa yang dibuat oleh R. Sivarasa yang juga wakil rakyat Subang Jaya ini? Kenapa dia seolah-olah macam tunggul kayu kalaulah benar dia `memang mahu sangat’ memperjuangkan kononnya `hak dan nasib rakyat’ menentang kenaikan tol ini?

Sebagai ahli lembaga pengarah dalam SPRINT, Sivarasa ada kelebihan menentang kenaikan tol ini dan `mengganas’ seperti mana dia berada dalam SUARAM dengan sering menempelak kerajaan dan menyerang Perdana Menteri serta menteri-menterinya dalam apa yang dikatakan isu panas termasuk isu kapal selam Scorpene pada suatu ketika. Tetapi mengapa Sivarasa membisu, diam membatu?

Belum pun kenyataan dikeluarkan oleh Sivarasa selaku ahli lembaga SPRINT dalam isu kenaikan tol ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula tampil seolah-olah `membela’ Sivarasa.


Kata Azmin, kerajaan PKR Selangor tidak akan menyerap atau menurunkan kadar tol di Le­buh Raya Shah Alam (Kesas) dan SPRINT meskipun mereka membantah kenaikan tol di 18 lebuh raya utama di Lembah Klan yang efektif semalam. Dengan `tindak tanduk berpolitik biasa ala PKR’, Azmin memberikan alasan:

“Perkara itu sukar dilakukan meskipun kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) masing-masing mempunyai pegangan saham dalam kedua-dua konsesi lebuh raya berkenaan.

“Setakat ini pun PKNS hanya mempunyai 30 peratus pegangan saham dalam Kesas, manakala KPS mempunyai pegangan 20 peratus saham dalam konsesi SPRINT.

“Itu luar bidang kuasa kita (kerajaan negeri), kita hanya minoriti (dalam pegangan saham). Namun, kita akan gunakan wakil kita bantah dalam isu kenaikan tol.”

Wah! kalau berbicara `bagi pada’ Azmin dan orang-orang PKR. Cara mereka `psiko’ rakyat memang nombor satu.

Dan sebenarnya Sivarasa yang berada dalam lembaga pengarah SPRINT cukup maklum dan faham mengapa kadar tol terpaksa dinaikkan.Sivarasa faham syarikat konsesi menanggung kerugian dari segi kos susulan keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari lepas lagi.

Sivarasa akur bahawa langkah menaikkan tol itu akan membolehkan kerajaan Barisan Nasional (BN) membelanjakan sumber kewangannya untuk kepentingan rakyat seperti menyediakan kemudahan seperti sekolah dan klinik. Tetapi Sivarasa tidak mahu melihat ini berlaku.

Dia tetap mahu berlagak seperti mana dia berada dalam SUARAM dan pembangkang yang acap kali mereka-reka satu keadaan di mana segala informasi yang diberikan kepada pihak media tidak boleh disiasat dan mereka mahu pihak media percaya akan setiap perkara yang mereka nyatakan.

Namun, semua maklum Suaram bukanlah satu organisasi yang bebas ataupun mahu memperjuangkan hal rakyat.Bila telah duduk dalam lembaga pengarah, Sivarasa tidak boleh berpolitik ikut gaya Suaram. Dia terpaksa tunduk pada realiti.

Sebagai ahli lembaga pengarah SPRINT, Sivarasa akhirnya sependapat kalau katakan PKR `membentuk kerajaanpun’ bersama juak-juaknya DAP dan Parti Amanah pun, `kerajaannya’ tentu sependapat dengan kerajaan BN hari ini bahawa tidak seharusnya kerajaan terus menanggung pampasan yang sangat tinggi yang dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengekang kenaikan kadar tol.

Kerajaan, seperti mana kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar semalam, terpaksa membayar pampasan berjumlah RM510 juta bagi tempoh Januari-Oktober tahun ini susulan keputusannya menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan 10 bulan lalu.

Kerana itulah dibenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol yang dilakukan mengikut perjanjian konsesi yang dimeterai sebelum ini. Sivarasa terpaksa menelan ludahnya. - sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sivarasa Hanya Tunggul Dalam SPRINT?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 16 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!