Thursday, 15 October 2015

Saifuddin Memang Ahli PKR?

Sudah sah! Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, menyertai PKR, hari ini.Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Setiausaha Agung, Rafizi Ramli.


Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah sebentar tadi pengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu. 

Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebelum ini turut menimbulkan kontroversi apabila menghadiri mesyuarat meja bulat yang diadakan PKR untuk membincangkan penubuhan Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat. 

Beliau menyatakan menghadiri mesyuarat berkenaan atas kapasiti sebagai Pengerusi Akademi Belia. Sususlan itu, bekas Ahli Parlimen Temerloh, Pahang itu turut menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri DS Najib Razak telah didesak untuk memecat Saifuddin yang dilihat lebih banyak merosakkan UMNO daripada membantu memperkuatkan parti itu - Sumber.


Inilah gimik yang dimainkan oleh PKR yang mahu menunjukan penghijrahan Ahli Parti UMNO ke PKR sedangkan PKR cuba menutup kegagalan parti itu lantaran perpecahan besar Parti Pembangkang baru baru ini. Saifuddin Abdullah calon BN pada PRU13 yang lepas tewas kepada PAS lantaran itu beliau dikhabarkan tidak lagi bersemangat dalam parti yang didukungnya lalu mula beralih kepada PKR lantaran dendam dikalahkan oleh Calon PAS  Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi di Temerloh . Bertanding Majlis Tertinggi UMNO pun kalah pulak.

Saifuddin Abdullah dilihat mula mesra bersama PKR secara terang terangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan hari ini dikhabarkan secara rasmi menjadi ahli PKR lantaran terlalu lama menjadi SPY dalam UMNO secara tidak langsung beliau jelas adalah orang PKR yang duduk sekelambu dalam meruntuhkan parti UMNO.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Saifuddin Memang Ahli PKR? Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 15 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!