Friday, 16 October 2015

"Peniaga India Disitu Memang Kurang Ajar Dan Samseng" - Tony Pua

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang melakukan satu kunjungan di bazar di Sungai Way melahirkan rasa kesal dengan tindakan peniaga India yang melemparkan kata-kata kesat kepadanya dan berkelakuan samseng ekoran diarahkan berpindah ke tapak yang baharu.

Menurut Pua, peniaga India yang berkelakuan samseng tersebut telah dikenal pasti dan merupakan ahli PKR. Oleh itu, beliau akan membuat aduan kepada PKR untuk mengambil tindakan tegas kepada peniaga India yang merupakan ahli PKR ini dan beliau yakin PKR akan mengambil tindakan terhadap aduannya itu.

Pua berkata, tindakan peniaga di situ sememang kurang ajar dan beliau berharap aduan beliau kepada PKR itu akan diambil serius memandangkan peniaga disitu rata-ratanya ahli PKR.

"Sesetengah daripada mereka adalah ahli PKR... Saya akan menulis surat aduan kepada menteri besar," kata Pua.

Pua dalam masa sama menjelaskan keputusan untuk memindah tapak bazar lama ke tapak baharu dibuat berdasarkan aduan mengenai kesesakan lalu lintas.Selepas digertak oleh peniaga bazar disitu, Pua mengatakan keputusan untuk memindahkan bazar tersebut kekal dan ia perlu dipindahkan dengan segera.

Sememangnya pemimpin DAP sering menuding jari kepada parti lain apabila sesuatu isu itu tidak dapat diselesaikan oleh mereka. Kali ini, pemimpin DAP menuding jari kepada PKR dengan mengatakan peniaga bazar di Sungai Way yang bertindak gangster itu merupakan ahli PKR dan beliau mahu PKR menyelesaikan perkara tersebut.

Sungguh mudah menjadi pemimpin DAP kan... dahulu Pas sering menjadi mangsa DAP apabila DAP tidak dapat menyelesaikan satu masalah. Kini DAP mula menjadi PKR sebagai mangsa baharu mereka dalam insiden peniaga India diarahkan untuk berpindah.- Utaranews.com





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
"Peniaga India Disitu Memang Kurang Ajar Dan Samseng" - Tony Pua Daeng Selili Rating: 5 Friday, 16 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!